4 Achan & Wonderland



Sedang asyik gua menonton sinetron Ketika Cinta Bertasbih episod 267, tiba-tiba gua menerima panggilan dari sorang awek. Sedang gua tak berduit ni, syak gua kot-kot ada datin-datin nak jadikan gua anak ikan. Ada jugak duit nak mengadap mapley Kayu Original tu. Namun jangkaan gua meleset sama sekali, rupanya gua menerima panggilan untuk ke sebuah kursus yang bergelar Graduate Employability Management Scheme (GEMS) yang bertempat di Sungai Petani.

----------

Ketika Budak-budak Kaki Pau sibuk mencari rezeki di Puduraya,

"Gua naik bas pukul 12 pagi ni. Kalau drebar tu bawak secara berhemah seperti pasangan bercinta sedang memandu, gua syak kaki gua jejak Bumi Jelapang Padi dalam subuh jugak ni. Kalau drebar bas bawak macam setannirrajim, mungkin subuh esok gua masuk surat khabar." gua bermonolog dalam hati secara diam-diam.

Gua pandang tepi, ada seorang budak belasan tahun gaya indie berjaya di'paw' oleh Budak Kaki Paw. Mata berkaca-kaca tengok gua minta bantuan. Gua bikin endah-tak endah, "Ini masa lu nak belajar jadi lelaki."

Ada juga gua pertimbangkan pekerjaan Kaki Paw ni sebagai kerjaya gua, Tapi bila gua pikir dalam-dalam balik, kerjaya ni tak dak KWSP. kalau gua berjaya kumpul duit pergi haji pun, potensi gua untuk tak nampak Kaabah amatlah tinggi jika modal tambang gua hasil gigih gua paw warga KL.

----------

Hari Pertama kaki gua jejak Harvard Suasana Hotel, Sg Petani

"Mak oih, ramainya awek!!" gertak gua kepada Nukman Basyir selaku penjaga gua pada petang tersebut. Orang lain semua mak bapak hantar, gua gamble bawak beg AF dari KL. Sampai Kedah, mintak belas ihsan member suruh hantar.

Dengan ratio perempuan kepada lelaki 200:40, sapa tak seronok beb? lainlah gua Azwan Ali.

Perjalanan hari pertama tak banyak songgeh sangat. Nukman Basyir tunjuk gua area Sungai Petani, Tesco, panggung wayang gambar dengan harapan gua dapat menonton wayang dengan awek apabila ketiadaan beliau disisi.

---------

Minggu Kedua

Niat gua nak datang GEMS untuk bercuti terbantut apabila kena tuju sebagai CEO. Kerja CEO ni tak lari jauh dari tugasan seorang ketua darjah. Yang bezanya dalam kelas lu tak payah nak kejar Penentu Kunci Prestasi (KPI). KPI ditentukan dengan keaktifan ahli kumpulan dan kejayaan kumpulan tersebut dalam apa-apa pertandingan yang dipertandingkan.

Dalam awal-awal minggu ni, company gua masik ekselen. Setakat KPI tu memang mudah-mudah dapat jejak Top 3. Masa ni asal bukak mulut je sembang pasal KPI. Haram.

---------

Minggu Kelima

Budak-budak company gua dah pandai bikin onar. Air Terjun Sedim, Pusat Karaoke Village Mall, panggung wayang gambar Village Mall, sebut aja mana pusat hiburan di daerah Kuala Muda, gua saspek 80% mereka (kami) dah terjah.

Masa ni semangat pergi kelas masih teguh terpalit dalam hati nurani masing-masing lagi. Trainer sebagai lilin pembakar semangat dalam diri. Masing-masing semangat nak jadi pekerja kolar putih. Kasut sentiasa berkilat, kalau berdebu tu memang asyik kena pandang serong. Pen pun kena pakai yang boleh pantul cahaya, setakat pen tudung plastik tu boleh letak dalam poket seluar je la, lagi-lagi kilometriko, pen jimat sampai boleh menulis berkilo-kilo jauhnya. Ingat golden rule!! Orang kaya suka membazir, pakai pen yang boleh tulis 2 muka lepas tu kena beli pen lain. Jam tangan juga memain peranan penting untuk nampak gaya opis, kalau jam lu bukan tali besi, awek receiptionist pun tak pandang. Ni semua angkara module "Professional Grooming". Tak Punk langsung!!

----------

Minggu Kelapan

Masa ni gua dah sibuk lain macam, kadang-kadang muka biru sebab lupa nak tarik nafas. Busy sangat punya pasal. KPI company gua dah memang terbaik, dari No 1, jadi no 3, no 5, sekarang ni no 6. Misi gua nak kasi jadi no 8, merangkap nombor paling last.

Kemalasan dah mula menguasai diri. Modul team building memang menjadi, sebab gua berjaya membawa team gua bersama dalam membuat onar. Bersatu kita teguh!! Bercerai kita rujuk balik.

----------

Minggu Kesepuluh

Ni musim mengawan, ramai pulak jadi sentimental nak luah-luah perasaan yang terpendam. Misi company gua untuk menjejak ke tangga ke-8 dah pun tercapai. Budak-budak dah tahap klimaks kuat main-main. Kalau indeks kemalasan boleh diukur, memang Robert Wadlow pun mendongak usha graf gua.

Lu imagine dah 10 minggu gua tak tekan remote TV. Gua menggelarkan diri gua dah zuhud kerana TV adalah ibu segala hiburan. Seorang kanak-kanak tak berkelakuan macam jin jika beliau tak didedahkan dengan kartun Shin Chan. Pak Cik- Pak Cik tak kan lepak di kedai kopi jika tak menonton Buliten Utama kerana takut digelakkan member-member bila kita tak dak modal nak gebang.

Macam biasa, dah berjumpa mesti ada berpisah. Dan selama 2 bulan setengah ni gua rasa memang best. GEMS in a big step in mylife.

-----------
Hari ni gua kat rumah

Sinetron Ketika Cinta Bertasbih masih tak habis-habis lagi, mungkin tasbih dia panjang sangat kot.

4 487 batang pen patah:

Tanpa Nama berkata...

patutla gua tunggu karya bermutu lu sering tak kunjung tiba.rupanya lu pergi program gems.

Achan Sinclair berkata...

Der..sedangkan menteri pun kena jalan2 oversea..gua tak dak duit ni terpaksalah jalan2 melalui training

thepinklover berkata...

GEMS sgt la best!!saya rindu untuk bergelar sebagai seorg GEMieS~!!
ehe..kat kuching KPI pggl BKSE (Bumi Kenyalang Stock Exchange)..company kita mempunyai nasib yang sama minggu pertama numb 3 dan di minggu akhir number 8..ehe..naik turun naik turun jer..ngehh..
tp GEMS beessssttt,,,
kan2..

-COO plg hensem kat GEMS KCH 04-

Achan Sinclair berkata...

Haha..tahniah endang!! Company aku dari no 3 naik ke no 1..pas tu trun tak naik-naik..haha