3 Ulasan Filem : Laskar Pelangi (2009)


Filem ni gua dah usha taun lepas, tapi gua usha lagi sekali sebab tak puas. Sinematografi filem terbaik pernah gua usha. Serius, sinematografi filem ni bukan satu benda yang boleh di ambil mudah. Filem yang diadaptasi dari novel ini menjadi filem ke-4 paling ramai ditonton di Indonesia dengan penjualan 4.6 juta tiket.

Laskar Pelangi adalah kisah 10 orang anak miskin di Pulau Belitung yang tak mengenal penat lelah dalam menuntut ilmu di SD (Sekolah Dasar) Muhamadiah Gantong. Sekolah miskin ini terpaksa menempuh cabaran dalam mendidik anak-anak di Belitung, manakala majoriti penduduk miskin Belitung berpendapat pendidikan adalah perkara sia-sia kerana hujung pangkalnya pasti menjadi kuli jugak.

Dengan kapasiti 10 orang pelajar satu sekolah dan 3 orang guru, SD Muhamadiah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dalam bidang extra-curricular berbanding sekolah-sekolah lain. Guru besarnya, Pak Harfan berpendapat kejayaan bukanlah sesuatu yang hanya diukur dengan angka, namun dari ianya datang dari hati.

Pelbagai dugaan mendatang kepada penghuni SD Muhamadiah, dari ketiadaan dana dan tenaga kerja, sehinggalah kematian Pak Harfan. Guru, Muslimah adalah tonggak utama yang membuka jalan dalam kejayaan mereka.

Setiap watak dari 10 karekter itu mempunyai kekuatannya sendiri, Seperti Ikal, seorang budak yang sering bermonolog sendiri dan amat menghargai persahabatan. Anak nelayan miskin, Lintang pula adalah seorang ketua yang dilatih secara tidak langsung dari latar belakang keluarganya. Mahar adalah seorang pencinta seni dan kreatif.

Selama durasi 1:59 jam, gua rasa dibawa bersama ke Pulau Belitung dalam menghadapi kehidupan seharian mereka. Seperti perjalanan yang ditempuh Lintang untuk ke sekolah dimana Lintang terpaksa melalui kawasan lintasan buaya. Ye beb..sarang buaya!! Perjalanan mereka melepak di atas batu tepi laut. Walaupun gua rasa sebenarnya Belitung tu mesti oldskul bak macam pekan Tronoh, tapi sinematografi dia buat gua rasa Belitung tu memang destinasi gua nak pergi honeymoon. Cukup sifat pada angle-nya, lighting-nya dan segala aspek yang gua rasa mmg wow!!

Dari segi acting memang gua terkejut besar beb. Rupanya semua budak-budak dalam cerita ni semuanya budak kampung kat Belitung tu. Patutlah muka pulau habis. Tapi dari segi lakonan memang pro. Apa diorang kat Belitung tu ada kelas lakonan ke apa? Memang super beb!!

Soundtrack OST Laskar Pelangi memang hot. Lagi-lagi single dari Nidji, Laskar Pelangi. memang sesuai untuk motivasi sekolah. Pendek kata, budak-budak rempit sekolah menengah kat luar sana tu, korang patut usha movie ni kasi elok sikit akidah.

Terima kasih

Rating : 8.8/10



3 487 batang pen patah:

Bajet berkata...

Acan simpan cite ni. Nanti bila ada kelapangan aku sedut dari ko.

Achan Sinclair berkata...

Beli ori la woi..hahaha

Drum Kit berkata...

Best cerita ni aku dah tgk! :D