4 Ulasan Filem : The Crazies (2010)

*Kaki orang jahat

*Kaki gua..amacam..cool tak?...

AMARAN : Ulasan filem seram ini ditulis dengan iringan lagu RnB. Kalau filem ni bunyi tak seram jangan marah gua.

Selepas 41 hari gua tak menonton filem, semalam gua ke Village Mall untuk menonton apa-apa filem yang ada. Untuk pengetahuan pawagam di Village Mall memang super punk, ada 4 filem je ditayangkan.

Memandangkan gua tak mengambil perhatian ketika belajar di tadika cina 20 tahun lepas, sekaligus gua gagal menguasai bahasa mandarin, maka gua terpaksa rijek 3 filem dari pilihan gua kerana semuanya cerita cina. Maka gua memilih one and the only American movie iaitu The Crazies.

Berbekalkan setengah keping pizza di dalam perut, gua beranikan diri untuk menonton filem seram re-make dari filem The Crazies 1973.

Sipnosis yang mudah, satu kapal terbang sudah silap landing dalam stok air pekan ni. Nak jadi panjang sikit movie ni, kapal terbang tu bawak senjata biologi la pulak. Last-last habis satu pekan jadi psiko, bunuh sana, bunuh sini, kejar sana, kejar sini. Hero dia nama David Dutton (Timorthy Olyphant) merupakan Sherif kat pekan tu. Masa kerajaan US buat clearance, bini dia Judy Dutton (Radha Mittchell) pulak tak lepas saringan. Ala saringan dia macam saingan H1N1 jugak, cuma ada askar sini-sana pakai topeng sambil pegang senapang. Tu je beza.

Judy ni mengandung pulak, so David Dutton ni psiko la sebab kerajaan bukan takat tangkap bini dia je, maknanya dengan anak-anak dalam perut tu sekali kerajaan dapat in pakej, 2 in 1. Jadi movie ni menunjukan pengembaraan David, Judy dan assistant David, Russel (Joe Anderson) dalam menempuhi kumpulan manusia terevolusi, kerajaan yang kejam dan kumpulan pemburu yang gila.

Cerita aksi macam ni sememangnya terkenal dengan ketiadaan story line yang kuat, cukup sekadar kejutan-kejutan. Tapi gua tak nafikan sesungguhnya cerita ni mempunyai unsur-unsur kejutan yang agak damn. Gua terajang habis kerusi depan. Selamat yang duduk depan tu kenalan gua jugak. Kalau dibuatnya yang duduk depan gua tu mat rempit, payah jugak gua nak bertempur dalam pawagam yang gelap tu.

Ada jugak part-part yang gua rasa melampau ajaibnya, Judy tu mengandung. Tapi dah siap eksiden sana-sini. Lori tergoleek-golek kena bom nuklear, tapi tak terberanak lagi. Apa makjun dia pakai beb? Makjun Mak Dara?

Watak David pulak macam biasa, ada unsur-unsur heroic gila babi. Setakat askar US tu, rilek-rilek je dia boleh terlepas roadblock sana-sini. Patut dia bukan kerja sheriff, tapi jadi penyeludup PATI.

Soundtrack? Gua tertarik dengan opening song yang ala-ala country style. Tu je gua rasa lagu yang ada sepanjang movie ni.

Graphic? Lighting agak nice, nak shot kasi naik feel cuak bukan senang beb. Part yang dia zoom mata tu. Perghh!! Buatnya gua ada darah tinggi, mau dah kena strok setengah badan beb. Cuma beberapa kecacatan dapat dikesan seperti jalan tar masih sehat seperti biasa walaupun dah terkena bom nuklear punya wave. Perrghh, rasa hebat pulak JKR kat Amereka nun.

Pendek kata, ini adalah filem ringan yang tak perlu pikir panjang. Tengok sekali gus boleh paham, tak payah masuk otak.

Rating - 7/10


4 487 batang pen patah:

AlexAlabasta berkata...

gua lagi minat Zombie Kampung Pisang~

Achan Sinclair berkata...

hahaha..taste masing2 beb

Tanpa Nama berkata...

a'a la...mcm zombie kampung pisang jek...

Sarhanah Rosli berkata...

tahuuu xpeee...zombi kampug pisang 30x lagi seram dari citer nih...ngabehkan borehh jeee