0 Kerana Mulut, Air-Cond Binasa

Brader teknisyen tu tampak tampan dengan pakaian set biru gelap berbau minyak hitam.

"Bro, kalau gua pinjam tong gas air-cond lu bawak pergi skuba diving kat swimming pool boleh tak?" gua cuba mengemukakan cadangan bernas.

Pandangan mata brader tersebut berubah. Sudut pandangan mata beliau memang tak jauh berbeza seperti pandangan mata seorang Pak Imam kepada budak-budak bersidai kat tembok sambil main gitar lagu Ameng Spring. Tajam. Boleh terkoyak baju sama seluar.

"Tak boleh la ek?" gua try-try ejas, mana tau lembut hati brader tengok sinar kejujuran di mata gua.

Zasss.....

Gua lentik badan macam cerita The Matrix untuk elak dari kena tikam dengan skrudrebar yang dibaling oleh Brader Teknisyen tersebut...

0 487 batang pen patah: