3 Ulasan : My Name Is Khan (2010) *Awas, Ulasan Panjang!


"My name is Khan and I am not a terrorist."


Sebuah quote yang menjadi tunjang utama dalam persoalan filem My Name is Khan. Sepanjang malam gua mencari pawagam mana lagi yang masih menayangkan filem hindustan urban ni? Berdasarkan carian, gua dapati hanya TGV Sunway Pyramid dan TGV CapSquare saja yang masih menayangkan filem ini hingga ke hari Rabu.

Dari pengarah filem Kuch Kuch Hota Hai yang berjaya membawa gelombang kedua filem hindi ke Malaysia pada 12 tahun lepas, Karan Johar kini membuat comeback dengan sebuah filem hindi hybrid yang bergenrekan drama dan percintaan yang berjaya membuka mata barat dan pengkritik-pengkritik filem dunia.

Plot ringkasnya menceritakan Rizvan Khan (Rizwan) seorang pesakit autism atau secara tepatnya sindrom Asperger yang menjadikan Rizvan sukar berkomunikasi dengan masyarakat dan hidup di dalam caranya sendiri. Lahir dari golongan pertengahan di Mumbai, keluarga Rizvan sedar bahawa kebijaksanaan dan kemampuan beliau dalam membaiki pelbagai jenis mesin. Akibat sering dibuli di sekolah, Rizvan dihentikan sekolah dan dididik oleh seorang cendiakawan yang fasih berbahasa inggeris dan didikan moral yang dititikberatkan oleh ibunya.

Selepas kematian ibunya, Rizvan berhijrah ke San Francisco selepas ditaja oleh adiknya, Zakir yang telah berjaya membina kehidupan disana. Zakir sedar bahawa abangnya mampu berdikari, Rizvan ditugaskan untuk menjadi jurujual produk kesihatan di sana. Penyakit autism Rizvan menjadikan dia sebagai jurujual paling teruk di dunia di atas kelurusannya, namun ia menaikkan nilai-nilai kemanusiaan di mata tamadun dunia.

Dalam menghadapi kerjayanya, Rizvan telah menemui cintanya Mandira lakonan aktress hebat Kajol, seeorang janda anak satu yang bekerja di salun. Namun cintanya terhalang oleh adiknya yang bersikap prejudis terhadap agama akibat dari kekangan idealogi dan perpaduan diantara dua agama tersebut yang terbawa-bawa dari India.

Namun Rizvan berkeras hati, dia dan Mandira berkahwin dan bermigran ke Banville. Kehidupan mereka bermula dengan detik-detik bahagia selepas Mandira membuka salun sendiri di sana serta anak tiri Rizvan, dapat menerima Rizvan seadanya.

Segala masalah bermula dengan tragedi 9/11, umat Islam hidup didalam paranoid. Bukan sahaja Islam, malah Sikh juga disalah tafsir sebagai pengganas. Keadaan ini memberi tekanan kepada keluarga Rizvan dan dugaan semakin besar apabila anak kesayangan mereka, Sameer dibunuh di sekolah hanya kerana datang dari keluarga Khan.

Mandira menjadi tak keruan dan menyalahkan Rizvan sebagai penyebab. Jika dia tak berkahwin dengan Rizvan segalanya takkan berlaku. Dan akibatnya Rizvan dihalau dari rumah. Diakibatkan tekanan yang hebat, Rizvan bertekad ingin berjumpa Presiden Amerika. Namun dalam perjalanannya, Rizvan berhadapan dengan 1001 dugaan termasuk ditangkap dan dianggap sebagai seorang pengganas. Namun dapatkah Rizvan menghadapai dugaan yang mendatang dan memenuhi bertemu Presiden?

Dalam sudut penceritaan, plotnya memang terbaik, padat!! Mungkin ada yang berpendapat durasi 161 minit terlalu laju untuk membawa kisah Rizvan dari kecil hingga berkeluarga. Tapi bagi gua, durasi stereotype filem hindi ini hanya just nice. Teknik perkembangan plot adalah banyak looping di antara realiti dan flashback. Teknik penceritaan oleh watak utama atau pandangan dari sudut pertama dapat membantu penonton mendalami cerita dengan lbih hebat. Teknik yang sama diguna pakai oleh sebuah filem Korea tahun 1990'an yang berjaya mencipta revolusi filem di sana.

Pelbagai babak dipaparkan untuk menunjukkan bahawa Islam hidup dalam paranoid di US. Babak Rizvan ditelanjangkan oleh pihak keselamatan lapangan terbang sehingga Rizvan terlepas penerbangannya kee Washington. Babak fuck you oleh masyarakat kepada peniaga berbangsa Pakistan dan climax kematian Sameer akibat kebencian masyarakat US terhadap Islam.

Dari pandangan gua, Karan Johar banyak mengulangkaji filem-filem yang memaparkan watak autism yang terkenal seperti Forest Gump lakonan Tom Hanks dan I am Sam lakonan Sean Penn. Banyak resepi rahsia dipakai dan berjaya mendatangkan hasil kepada My Name is Khan seperti idea Rizvuan menulis dalam diarinya, saling tak tumpah seperti Forest Gump.

Unsur-unsur lawak situasi juga berjaya dibawa untuk menghilangkan ketegangan dan merehatkan minda penonton seperti babak Shah Rukh Khan membaca buku Intercourse for Dummies. Ringkas dan padat.

Filem ini gua kategorikan sebagai fileem hindi yang hybrid kerana, teknik-teknik plot berkembang adalah teknik penceritaan Hollywood namun beberapa babaknya dipaparkan secara Bollywood. Contohnya bantuan banjir ke Georgia datang secara 'segerombolan' manusia bergerak sekali. Bila masa pula orang-orang ini boleeh berkumpul dan bergerak sekali. Apa kerajaan US yang 'laju' menghantar bantuan ke negara lain boleh terlepas pandang di negara sendiri? Bukankan agak ironic dan hiperbola?

Malahan dari segi soundtrack juga memaparkan unsur-unsur hybrid. Secara stereotaipnya, filem hindustan tak boleh lari dari lagu walaupaun ianya sebuah filem hantu. Pengarah muziknya bijak bermain dengan pemikiran ini. Filem ini ada unsur-unsur lagu seperti tipikalnya, tapi ianya tak memaparkan adegan 'nyanyi dan guling'. Kejap ada di Paris, kejap ada di UK dan kejap lagi muncul di Korea. Unsur muzik diselitkan bersama babak-babak seperti mana yang biasa kita lihat dalam filem genre drama di Hollywood. Dan lagu-lagunya juga adalah kontemporari, seperti ada sebuah lagu hindi berentak country. Menarikkan?

Dari lakonan pula, usah dipertikaikan kemampuan Shah Rukh Khan dan Kajol. Apa gandingan lebih mantap dari mereka? Syamsul Yusuf Haslam dan Dianna Danielle? Haha. Memang gua rasa Shah Rukh Khan ini betul-betul retard. Cool!!

Dan lagi satu gua kagum dengan Bollywood adalah teknik pencahayaan mereka. Memang terbaik!! Dan dalam filem ini, adalah best of the best. Banyak adegan sinematografi yang cantik, seperti sunrise di San Francisco dan adegan potong rambut yang menaikkan rasa romatik.

Tapi beberapa aspek yang mencacatkan sedikit filem ini, seperti babak Presiden Amerika yang sanggup u-turn untuk bertemu Rizvan. Ini memang fantasi betul. Mustahil!! Barrack Obama?? Fikirkan sendiri. Dan beberapa babak yang gua rasa ada pemikiran tersembunyi. Lagi gua bengang dengan Lembaga Penapisan Filem, babak Sameer kena sepak dengan bola kena tapis tapi part pak lebai kena fuck you lepas pulak. Bukan berkecai pun badan Sameer tu kena bola. Faktor masalah teknikal pada bunyian di 3/4 filem juga agak menganggu penumpuan. Arghh!!

Tapi secara keseluruhan, anda sedang menonton filem realiti (kecuali babak Obama tu) kehidupan yang memaparkan sejarah kehidupan di Barat bukan diukur dari masa BC dan AC. Tapi kini juga diukur dari kehidupan sebelum 9/11 dan selepas 9/11. Okay gua mengaku, ada part emosi yang meruntun jiwa sikit-sikit dalam filem ni. Hehe. Filem ni cukup semua unsur, romantik, family, kontroversi, drama. Cukup perisa!

Rating - 8.4/10
Di'rekemen' untuk tontonan - Yes!



3 487 batang pen patah:

iLLy berkata...

tunggu dvd kuar la gini. x sempat nak catch kat cinema dah. nak tgk mase cny haritu.. panggung penuh langsung.

paker berkata...

name saye paker

Achan Sinclair berkata...

Mesti kalau makcik2 dtg nk usha cinta hindustan tipikal mesti kecewa