0 Tak Ada Dragon Ball, Lu Tak Da Modal La Nak Sembang

"Abang nak makan apa ni?" tanya mak gua. "Abang tamoh makan, abang nak cepat ni," jawap gua kepada mak gua. "Nak mama belikan Slurpee?" mak gua pancing lagi, "Tamau la, abang nak cepat ni," gua buat-buat keras walhal gua dah hampir termakan umpan dah tu. Mak gua naik hairan, apalah besar sangat tanggungjawap seorang pelajar darjah 4 sampai nak pergi sekolah pun mengalahkan PM bangun lambat nak pergi Parlimen.

"Ok mama, abang pi sekolah dulu," gua meminta diri sambil kucar-kacir pakai sampin. "Nah ambik seringgit ni. Jangan pergi main tikam," mama gua kasi warning.

Tap..tap..tap

Langkah besar gua orakkan menuju ke sekolah, memang kelam-kabut. Hati gua memang rasa eksited tak habis. Kecekalan jiwa gua sehinga tiada apa yang mampu menghalang perjalanan gua ketika itu. Tengah-tengah sedap gua jalan, gua berhenti kejap, ada siput babi melintas. Gua bercangkung, usha siput babi tu mengesot.

Tak lama kemudian gua baru perasan "time is money". Gua intai jam, gua langkah besar-besar. Gua ingat nak ambik shortcut, tapi memandangkan jalan tu tak da pokok, panas. Maka gua batalkan niat suci gua tu sebab takut hitam.

Sampai dekat gate sekolah gua makin eksited, macam baru lepas akad nikah. Kepala gua dah macam lagu Angguk-angguk, Geleng-geleng mencari member-member gua. Dalam kepala dah terbayang budak-budak gua tengah lepak dekat port kami di kantin. Hura-hara langkah gua ke kantin. Nampak budak-budak tengah sibuk makan gula-gula perisa cili. Wadehel? Makan gula-gula tak manis, tapi pedas. Gua tenung mata membr-member gua dalam-dalam sambil buat senyum bangga.

"Weh, aku dah ada buku Dragon Ball isu terbaru!!!"

++++++++

Gua kongsi membaca buku Dragon Ball bersama 5 orang member yang lain sambil menghisap gula-gula cili. Haram pedas!!

0 487 batang pen patah: