2 Perrghh Hari Minggu

Pada suatu tengahari, gua bangun pagi. Buka mata dan perut lapar, memang gua akui perut gua adalah organ yang paling berdisiplin sekali. Bila tiba masa makan, without any comprome si dia akan menghantar isyarat elektro-kima ke neuron-neuron di bahagian badan gua yang paling jarang digunakan iaitu otak.

Makan pagi (di tengahari) memang tak ngam kalau tak tengok Melodi. Elok gua sorongkan pinggan ke depan TV, sesekali mata melirik ke luar pintu ketika iklan. Langit cerah, mak gua memang seronok sidai kain masa-masa macam ni.

Tapi gua rasa ada yang tak berapa nak ngam ho dengan scene di luar rumah tu. Gua usha kat ampaian macam ada benda yang tak patut berada di ampaian. Baju, kain pelikat, cadar, seluar pendek, kemeja lengan panjang, boxer Sponge Bob, laptop dan tuala, Sat. Laptop??!!

Wadefak happen with my holly-fuckin' laptop? Mak gua basuh laptop gua sekali ke? Seingat gua malam tadi gua tak letak laptop gua kat dalam bakul baju kotor. "Awat laptop abang ada kat luaq ni?" gua mula menimbulkan persoalan.

"Tak tadi Abah ang minum ayaq, letak cawan atas laptop ang. Pas tu ayaq tumpah kat keyboard." balas mak gua sambil mata sibuk tengok Abang Nas terjah artis mana ntah.

Perrghh

Gua usha Abah gua. Rilek hisap rokok silang kaki!!

Perrghh sekali lagi.

Mengenangkan kata-kata hikmat "jangan derhaka mak bapak, sebab hubungan dengan keluarga ni sampai akhirat takkan putus". Maka gua batalkan niat gua nak ambil tindakan undang-undang kepada Abah gua. Gua cuma karate nasi lemak tadi terbelah 3, tanda protes.


2 487 batang pen patah:

iLLy berkata...

kalau ak, dah keluar ayah halus mulus sikit.. "abah, jom kite gi low yatt." hihi..

Achan Sinclair berkata...

Bila aku dah kluar universiti, maka semua privilege pelajar pun dah di tarik balik