1 Fakap Things Happen Everyday

Pagi tadi mak gua dah bersusah payah kejut gua bangun. Pelbagai ikhtiar dan usaha digunakan untuk mengejut gua yang dah sebati dengan katil. Pakai amp 100 watt, kepit ibujari kaki pakai jumper sambung kat bateri kereta, pakai bomoh hujan dan semuanya umpama mencurah air ke daun keladi.

Setelah gua bermotivasi tinggi seperti baru mendengan kaset Fadzilah Kamsah, gua bangun sendiri dan menyiapkan diri ke sebuah interview di sekitar Segitiga Emas Kuala Lumpur. Gua keluar rumah pukul 9.45 pagi, Jali Bajet sms gua kata interview pukul 10 pagi. Gua dah habis pulas throttle minyak, ngam-ngam pukul 10 pagi gua jejak kaki di kawasan kejadian.

Jahanam, lenggang!! Ada sebijik motor ZZR, kereta Perdana sama Wira. Gua call Bajet, tanya dia kat mana. Jawapan macam celaka, dia kat KL Sentral lagi dan dia kata interview postponed sebab hari ni cuti Hari Wilayah. Gua dah start memaki dalam bahasa mother tongue.

Jahanat yang email tu pun update email cakap postponed pun time orang dah bertolak keluar. Memandangkan gua dah pakai baju opis dan berjumpa rakan-rakan dari Persatuan Penganggur dari pelbagai daerah lain. Kami mengambil inisetif untuk melepak di Jalan Bukit Bintang dengan berpakaian formal, seluar slek lembik sama kasut kulit. Memang menaikkan nafsu mat skinhead BB suruh paw kami.

Tapi gua tak kisah, dalam poket pun bukan ada duit berjuta, boleh la buat isi minyak motor balik rumah. Kemudian kami gerak ke shopping complex Pavillion, nak usha wayang. Gua target nak pakai kad matrix, dapat student price. Tapi awek jaga kaunter tak mengizinkan sebab hari ni fix price, public holiday. Fakap!!

Pas tu masing-masing bajet nak sep duit makan McValue Lunch kat McD. Sekali pusing-pusing, baru kami sedar kat Pavillion tak ada McD. Double fakap. Dan gua hampa seluruh hari ni.

Esok gua ada double interview, 02.02.2010. I dont want 2 fakap for 2nd days. There's a lot of number '2' in this post.

Gua tetibe rasa nak jadi skinhead lak time jalan-jalan kat BB. Lu cari la gua kat video bawah ni, kepala botak baju biru ada bendera England.haha


notaKaki : Gua usha dekat Dataran Merdeka yang menyambut Hari Wilayah ni smua bawah 18 tahun je..baik kasi cuti kat budak sekolah je.

1 487 batang pen patah:

OoizzioO berkata...

sabo acan!
hak3
anyway
good luck interview tuh weyh