1 Review Filem : Up In The Air (2009, Waktu Tayangan US)


Damn it, ini blog ke Encyclopedia? Andai jika blog gua ini sebuah buku, gerenti kertas-kertas muka surat dia dah melekat satu sama lain sebab lama tak bukak. Gua baru balik temuduga di Cyberjaya, memang perTEMUan gua nak cari kerja banyak gila DUGAannya. Patut depa panggil temuduga.

Di petang yang hujan panas ni, gua mengambil inisiatif untuk membuat ulasan silang (cross review) bersama pengkritik filem yang tak asing lagi di daerah Alor Setar iaitu Nukman Basyir yang itu penulis NukmanTheMovie, maka kami membuat ulasan untuk filem yang sama dengan gaya tersendiri. Filem yang gua pilih adalah filem Up In The Air yang BAKAL ditayangkan di pawagam pada tahun ni..haha. Jangan tanya mana sumber gua dapat filem ni untuk diulas.

Kisah Up In The Air memaparkan kisah kehidupan Ryan Bingham (George Clooney) yang merupakan seorang lelaki yang berjaya dalam karier hidupnya iaitu, Termination Engineer. Wadehel pulak Termination Engineer? Gua dulu belajar kat universiti yang berkiblatkan 'Engineering Future' pun tak da offer course untuk jadi Termination Engineer ni. Panjang sial jawatan dia, gua pendekkan jadi TE la. Malas taip. TE ni kerja dia adalah kerja-kerja memecat pekerja-pekerja secara professional dan dia diupah oleh boss-boss yang tadak teloq nak pecat pekerja depa sendiri. Nukman Basyir kata "He is the last person that people want to see'. But for me, he is not the last person but people pray for not seeing him. Babi pa, asal dia jumpak orang ja pecat, jumpa orang ja pecat. Selamat Donald Trump tak hire dia dalam Apperantice. Trump got the balls.haha

Memandangkan dia ni seorang TE, maka dia banyak kena travel. Sampai dia kata last year dia travel 323 hari, yang belen 22 hari dia duk bilik sewa. Kira dia ni gila babi hustler bab travelling, semua membership kad dia ada sebab dia dah tau skill nak jimat masa. Diakibatkan dia ni gila babi traveller, maka dia ni selalu la dijemput untuk bagi speech. Tetapi, dalam setiap ceramah ni dia dok menjual prinsip hidup dia iaitu no komitmen. Dia memang haram tak dak komitmen, tak dak rumah, tak dak keta, tak dak bini dan kalo tak dak bini jadilah tak dak anak. So he put all of his life in the lugage.

Sampai satu hari ni, dia terjumpa Alex Goran (Vera Farmiga) yang kaki traveller ngan dia. Jadi dia menjalinkan satu hubungan kasual dengan perempuan ni. Nak kasi panjang filem, director suruh company Ryan ni hire Natalie Keener (Anna Kendrick). Natalie ni tak dak la pandai, cuma orang ofis dia ja yang bodoh sebab Nataliee ni mengemukakan teknik yang cost efficient iaitu firing people via video conference. Demmit, awat la bord of director dia tak terfikir. Thru video conference ni kira depa boleeh jimatkan masa dan wang untuk travelling.

"Perrghh..fak ape kan? Macam mana gua nak cari makan ni? Tak leh r nek kapal terbang," mamat Ryan ni dok monolog sesorang. Kira kehadiran Natalie ni sedikit sebanyak menjejaskan sumber pendapatan Ryan. Pecat pakai video tak berapa nak feel, hilang human touch dia. Sampai pernah sekali tu minah yang Natalie tu pecat pegi bunuh diri. Damn

Nak panjangkan story, Ryan ni diassign sebagai mentor Natalie ni. Maka dia dok ajaq segala bala macam mana nak travel. Tapi selepas beberapa lama, Natalie ni pulak jadi mentor si Ryan. Menyedarkan Ryan that in the real he is not travelling but he is running from the world. Dan Ryan ni tersedar dan tersepak batu. Dan penghujungnya? Lu tunggu la show time dia kat Malaysia.haha

Ok.. Korang perasan tak persamaan antara cerita ni dengan cerita feberet gua sa-umur hidup, Thank You For Smoking. Both films all about career and life. Lepas tu kerja watak utama dia memang unik dan orang tak terfikir tentang keja depa ni. Dalam Thank You For Smoking, Nick Carter jadi Spokeman for Tobacco Academy. Dan kerjaya depa sbenarnya bukanlah kerja semata-mata, tapi itu adalah metafora tentang hidup depa. Dan untuk pengetahuan umum, kedua-dua cerita ni adalah arahan director yang sama Jason Reitman. Tak lupa, mamat ni bikin cita budak kecik mengandung si Juno tu gak. Fakap la mamat ni..haha

Plot dia gua dah story kat atas, naik turun dia memang kena. Dari sudut lakonan pulak, George Clooney beb. Lu nak pertikai apa lagi? Tak cukup dengan trilogy Ocean? Batman Robin? Kalau tak terer dia tak menang Oscar sama Golden Globe la. Anna Kedrick pun not bad, dulu dalam Twilight memang noob. Tapi untuk filem ni dia siap nominated untuk Oscar lagi..

Soundtrack dia memang best-best. Gua tertarik sama satu band ni Sad Brad Smith, depa ni band Western Swing. layan gak laa..

Pergh..apa lagi gua nak story? Cita ni best lah senang cita. kalau kuaq wayang Malaysia, aku pi usha lagi skali kot.

Quote to Reitman, "In one sense, it’s a movie about a man who fires people for a living. In another sense, it’s a movie about a man who collects air miles excessively. In another sense, it’s about a man who meets a woman who’s so similar to him that even though they both believe in the idea of living solo, they begin to fall in love."

Ok, gua sertakan trailer pendek sama lagu dari Sad Brad Smith, panjang-panjang bukan lu dengar pun.. Lu mesti mahu tonton punya laa.. Filem nominated for 6 Oscar maa..

Rating : 9.4/10


notaKaki : Aku check website depa tarikh tayang kat Malaya 4 March.. Dan lagi ni kumpul sehari 50 sen buat tiket wayang. Tadi interview depa suruh cita pasal your peberet movie, aku pilih Thank You For Smoking..haha.

1 487 batang pen patah:

neo berkata...

Aku br usha muvi ni tadi. mmg terbaik r. kagum aku.

selamat aku x baca entry ni awal. Spoiler giler2 bagak2 r ko kasi.

Citer ni ada iras2 the terminal sket. bkn part yg kt airport, tp part cinta dia x kesampaian.

haha..aku pn nk tlg spoilkan gak ending. lol..