1 Autopsi Ke'hilangan' Gua Ke Sg Petani

Seminggu lepas gua dan Jali Bajet menghilangkan diri ke arah utara bertujuan mencari secebis nafkah untuk anak bini. Kerja runcit-runcit je, cukuplah beli gula sama bayar bil meksis. Gua bersyukur diberi peluang dapat bekerja bersama Pak Wan (Redzuan FotoMedia, Pertama Kompleks), Gap (GapStudios) dan beberapa tukang gambar lain.

Selain menetap di dalam kawasan Pusat Serenti dan digelar Encik Harris walaupun ketika merokok. Gua memang dapat peluang besar sebab housemate dengan Godfather of Photography, Pak Wan yang sebenarnya pernah jadi cikgu foto kepada bapak Jali Bajet gak, dunia memang kecik. Memang selama seminggu gua berumah kat situ memang gua korek habis dengan pak cik ni. Dah 40 tahun dia jadi tukang gambar, uncle ni siap dilantik jadi Pakar Industri Negara, dia invloved dari zaman kamera pakai teropong ikut atas.. Bukan macam gua, teropong ikut lubang tandas.


*Pak Wan

Gua siarkan beberapa gambar untuk tatapan umum, ketika dalam kelas, outdoor shooting di Penang dan indoor shooting dalam rumah.


*Brader-brader kerajaan yang cool!!

*Tunjuk ajar Don.

*The Big Boss No. 2, Don Gap!! The next big talent.

*Ni kerja gua sama Jali Bajet, jalan-jalan suka-suka.

*Journey to Penang, yang hitam kat atas tu tinted bas. Bukan photoshop

*Turun bas Agensi Anti Dadah, ada uncle siap suruh tangkap penagih kat lorong berdekatan tu..haha
*Lu bayangkan brader-brader ni turun Penang. Kepala paip pun jadi popular.

*Ni masjid kapitan keling

*Dari masjid gua jalan ke temple plak. Sambil pancing-pancing untie kat situ, mana tau ada limau raya cina lebih hari tu.

*Kaki tak sempat rehat, kami ke Jeti Semeling untu sunset photoshoot. Tapi gua terlepas sunset sebab tolong2 brader ni..haha

*Haram, letih super. Pergi ke Dataran Sg Petani pulak untuk trailing technic. Ni gambar kasi orang thrill!!

*Gambar cacat boleh disempurnakan melalui Photoshop. Memang mencabar sebab 90% brader-brader ni tak pernah sentuh photoshop.

*Karya peserta kursus. Gambar tentang pelancong Jepun.

*Brader ni menang the best photgrapher. Gambar dia memang cool!!

*Lagi satu gambar dari brader tersebut!! Memang tinggi nilai fotografinya - Pak Wan

*Trainer Bajet, Encik Jali Bajet..haram. Usha lama-lama naik menyampah!

*Gua and The Don..haha

*Seni Fotografi Sebenar-benarnya

Maka sepanjang kursus ni, memang gua dapat sharpen skill ambik gambar gua dari segi teknikal. Dan paling penting, gua dapat belajar falsafah fotografi tu sendiri. Gambar itu adalah sebuah buku cerita yang penuh dengan moment - Achan Sinclair, Jurugambar Persendirian Gadis-gadis Muka Majalah Playboy.

*Gambar kelas. Haha


Majoriti gambar adalah dipetik oleh jari gua. Ada beberapa yang gua paw!

1 487 batang pen patah:

Bajet berkata...

Kacak gak gambar aku ko ambik