1 Abang Nak Buang Sideburn Ke Nak Simpan?

Tadi gua pergi gunting rambut. Lama jugalah gua nak kumpul duit nak bayar upah tukang gunting. Tak tahan rambut dah makin berat ke belah tepi, gua pergi bank buat personal loan untuk gunting rambut.

Tengah brader tu gunting rambut gua. Gua ada dengar satu sesi perbualan di antara tukang gunting rambut yang lagi sorang dengan sorang brader bawak anak dia untuk diguntingkan rambutnya,

"Nak buat macam mana ni bang?" tukang gunting bertanya minta penjelasan dari hati ke hati,

"Buat macam rambut Mawi lah," brader tu suh ejas rambut anak dia mirip gaya seorang penyanyi yang kurang subur rambutnya tetapi beristeri comel.

"Okeh!!" tukang gunting rambut konfiden sambil sarung mata nombor 3 kat kepala mesin rambut.

Seraya dalam hati gua berkata,"Rupanya susah jugak nak jadi tukang gunting rambut. Nak kena baca URTV selalu ni. Dibuatnya saya nak potong rambut macam gaya rambut terbaru Acappan, kalau tak study URTV mau gugur rambut tukang gunting tu"

+ + + + +

Gua dah gunting rambut maka gua dah bersedia nak mengadap cikgu besar SK Batu 9 esok.

Skang ni gua tengah menonton cerita Chuck Norris sambil ikut slow-slow movement dia sebagai bekalan ilmu gua nak mengadap budak sekolah pulak.

1 487 batang pen patah:

Anwar Samad berkata...

HAHAHAHAHAHA