2 Walaupun Gua Brutal, Tapi Dalam Hati Gua Ada Taman

Pergghh.. Masa mencemburui gua, kalah perempuan-perempuan kat luar sana yang senantiasa mencemburui gua bila gua keluar dengan orang lain selain mereka. Zaman gua menganggur pun bakal menemui penamatnya. Bukan gua nak mati bunuh diri akibat kecewa dengan kehidupan, tapi gua bakal menemui jalan hidup yang baru.

Gua bakal meletakkan jawatan Penganggur Di Raja yang dianugerahkan oleh pihak universiti gua. Meletak jawatan sebagai penganggur bukanlah bermaksud gua akan berkerjaya sebagai jurutera ataupun pembaca berita.

Namun gua memilih ke pangkal jalan untuk menamatkan karier yang disandang gua sejak beberapa bulan lepas. Gua memilih untuk menjadi seorang pelajar semula. Gua sambung belajar dengan lebih mendalam dalam bidang siber, ok?

Maka nak dijadikan cerita, semalam gua pergi ke kelas pengajian yang terletak dekat MidValley. Di akibatkan kecerdikan gua dalam menaakul keadaan trafik di Kuala Lumpur, gua memilih untuk bermotorsikal untuk ke sana. Gua tak sanggup nak menyanyi sorang-sorang dalam kereta sambil memaki seranah sendirian bila tersangkut dalam jem. Tak terdaya pulak insan yang lemah ini untuk bertempur dengan penumpang lain untuk mendapatkan seat dalam komuter, tak manis la wajah gua masuk Buletin 1.30 akibat pertumpahan darah diantara penumpang KTM yang lain.

Gua ni pun bijaksana jugak, naik motor tak bawak baju hujan. Walau besar dan mahal mana sekali pun motor anda, ingatlah bahawasanya motor ada dua tayar dan tak ada bumbung. Perrghh...gua bawak motor meredah hujan, memang syahdu. Kalau ada handycam tu kalau buat record lepas tu re-play, memang ramai orang percaya adegan tersebut adalah adegan babak dalam filem Sembilu 5. Tengah dalam hujan yang manis-manis rasa airnya, GEDEGANGG!!! Gua boleh bantai masuk lubang, selamat gua tenang menghadapi bencana mendatang. "Tak apa, gempa dekat Haiti lagi teruk dari ni," bisik gua nak sedapkan hati sendiri.

Setibanya gua dekat MidValley, gua parking motor dekat sebelah RHB Bank. "Dekat sikit dengan tempat dia. Tak payah menapak jauh-jauh," bisik hati nurani suci gua.

Pow..paw..pow..paw

Gua keluar dari tempat latihan tu dan gua nak try call mak gua. Kemudian ada suara akak jawap call gua sayu-sayu aja suara dia," Talian anda telah digantung perkhidmatannya, sila selesaikan bayaran bil tertunggak atau hubungi pusat perkhidmatan pelanggan...". "Macam setan," balas gua.

Elok gua nak ambil angin sambil menenangkan jiwa yang terluka, gua ternampak motor gua dan dirantai kemas lagi rapi. Gua pun naik hairan, biasanya orang rembat motor depa bukak rantai atau kunci, ini siap rantaikan lagi. Baik sungguh budi bahasa orang ni. Gua perhalusi lagi penglihatan gua, dan gua nampak sekeping nota berwarna merah terselit dekat motor gua.

"Ini mesti awek baju purple tadi syok kat aku," gua buat hipotesis awal. Gua baca dia tulis melayu ada bahasa omputih pun ada. Biaq gua bacakan..

Motor anda telah dikunci kerana "Parking lebih 15 minit di kawasan parking despatch". Sila hubungi 03...... dan RM20 dikenakan untuk melepaskan motorsikal anda.

"Gua kena mandi bunga ni," gua dah start memaki.

Lepas setel gua merasuah pihak yang berkenaan, gua nak challo bete dah. Sekali ada firaun mana parking motor rapat gila babi dengan motor gua. Nak kata motor gua yang rapat kat motor dia tak logik sebab motor gua dah lama park kat situ, siap kena sita. Elok gua nak reverse motor gua, tersangkut pulak motor gua kat motor dia. Motor dia menyenget dan motor itu terus....

"Gua kena mandi pakai satu taman bunga ni," mulut gua terkumat-kamit


2 487 batang pen patah:

AlexAlabasta berkata...

Xpe... Ingat je orang2 kat Haiti... Sabar2~

puwe berkata...

pastu ko angkat x motor2 tu can