1 Ulang Tahun Berkhatan

Owh, gua dah terlepas 5 hari nak meraikan ulangtahun gua bersunat kali ke- 15 tahun. Dulu-dulu time sunat sana-sini orang datang selak kain pas tu bagi RM5. Lepas dah habis pantang, kayuh basikal GT pergi beli komik Dragon Ball. Satu Malaysia set kat otak sakit sunat macam kena gigit semut api, kenapa semuut api? Bukan semut kecil (nyanyian Meggy Z)? Semut Ipoh ke? Kena sepit dengan ketam ke..Baru seksa sikit. Ini kasi semut api sebagai benchmark. Tak mencabar langsung.

Di saat-saat gua jadi penganggur ni, gua rindukan saat-saat memegang duit. Tapi seksa kena tahan dari makan telur goreng. Takut bentan kata orang. Ntah siapa-siapa profesor bikin fakta tersebut.

Owh, terima kasih Petronas kerana dah start menaja gua berkhatan zaman tu. Memang gua pioneer teknologi berkhatan terbaru zaman tu. Siap kena cop logo Petronas lagi..haha

1 487 batang pen patah:

Anwar Samad berkata...

pergghhh.. sambut ulang taun berkhatan.. tak ley blahh...