3 Review Filem : Adnan Sempit (2010)


Semalam hari Rabu, dengan kata lain hari wayang murah. Bagi golongan kelas kebanyakan macam gua ni, pemilihan hari Rabu sebagai hari tengok wayang adalah suatu bonus. Gua dan Jali Bajet mengambil inisetif untuk melawat Cineleisure semata-mata nak menonton filem melayu, Adnan Sempit.

Adnan Sempit bolh dikatakan spoofy filem untuk kisah-kisah filem yang mengetengahkan gejala sosial remaja seperti filem Remp-It dan Bohsia : Jangan Pilih Jalan Hitam. Bergenrekan komedi semasa, pengarahnya Ahmad Idham mempertaruhkan konsep komedi sanduran dalam Adnan Sempit. Bukan seperti komedi filem-filem Prof Madya yang dibuat pakai buku lali tu.

Tunjang utama, Adnan Sempit digalas oleh adik ipar Bung Mukhtar iaitu Shaheizy Sam. Karekter Shaheizy dalam filem-filem terdahulu seeperti Bohsia dan Syurga Cinta sebenarnya banyak memberi impak dalam jalan penceritaan.

Plot Adnan Sempit adalah ringkas dan macam cerita melayu biasa, Adnan Sempit seorang despatch yang tinggal bersama abang saudaranya, merangkap penasihat emosinya Macha (Cat Farish) di Kuala Lumpur. Dalam diam-diam, Adnan memendam perasaan terhadap bossnya, Nadia (Intan Ladyana).

Nak dijadikan filem, Nadia ni ada reunion. Dan diakibatkan dia rasa dia tak cool sebab tak ada boyfriend, maka dia suruh Adnan ni pretend to be hr boyfriend. Seperti orang mengantuk diusungkan bantal, Adnan sememangnya agree saja.

Dalam perhubungan palsu mereka, masing-masing tetap cuba menyelami cara kehidupan masing-masing yang jauh berbeza. Adnan dengan hidup dengan rakan-rakan seRempit dan Nadia pulak anak Dato' yang maknya pakai rambut palsu.

Secara langsungnya, Ahmad Idham sebenarnya ingin mempertengahkan bahawa bukan ssetiap manusia beermotor itu adalah mat rempit. Dan masalah sosial itu adalah segelintir bukan majoriti (pada pendapat gua masih majoriti). Dan modal biasa dari zaman Nordin Ahmad dengan Laila Majnun, dan P. Ramlee dengan Si Penarek Becha yang menjadikan cinta dua darjat sebagai isu.

Pengolahan komedi situasi dan skrip yang catchy telah menutup kelemahan-kelemahan filem ini seperti plot yang tak kukuh dan pembinaan beberapa watak yang tak kukuh seperti perhubungan Zack dan Jofri sebagai watak antagonis.

Idea-idea seperti meletakkan Angah Raja Lawak sebagai penyanyi karoeke di kedai Macha sememangnya satu pertaruhan yang menjadi. Gaya lakonan Adnan yang bersahaja juga sememangnya nampak hidup walau pada dasarnya gua tak pernah usha jumpa mat rempit yang muka putih anak orang kaya macam si Adnan ni.

Tetapi suatu kegagalan bila pengarah membina babak seperti part Wawa dan Boboy menyanyi di tepi tasik tu. Apa motifnya? Nak habiskan roll filem berlebihan ke? Part tu gua rasa paling spoil sekali dalam filem ni.

Secara keseluruhan filem ni kalau keluar TV gua boleeh usha buat kali ke dua la..

Ok, gua ada banya kerja lagi. banyak lagi begtangan gua nak ragut...challo!!

Rating : 6.2/10


3 487 batang pen patah:

OoizzioO berkata...

yup... part Wawa dan Boboy menyanyi di tepi tasik tu mmg mcm..."urm perlu ker?

tp still aku rasa certain movie ahmad idham suka dubbing suara....

JanuskieZ berkata...

Hi... Looking ways to market your blog? try this: http://bit.ly/instantvisitors

Achan Sinclair berkata...

Tunggu r Nang Rapik..gua syak lg merepek