3 Review Filem : I am Sam (2001)


Ini cerita zaman gua sekolah menengah lagi, cerita Y2K pun tak reda lagi. Pakcik-pakcik yang bawak keluar duit dari bank takut bank reset belen akaun pun tak seempat nak bank in duit balik. Bini dok sedap pujuk suruh beli rantai leher tebal macam rantai motor.

Pemilihan gua kali ni agak berat sebelah sebab gua sebab gua terasa nak tengok Sean Penn jadi retard. Sebenarnya dah banyak kali jugak gua usha filem ni, tapi sebab gua takut bias terhadap filem-filem peberet gua, maka gua malas nak review.

I am Sam cukup mudah dari segi penceritaannya, berbekalkan Sean Penn sebagai Sam, seorang bapa yang terencat akal (IQ menyamai budak 7 tahun) yang terpaksa membesarkan anak perempuannya Lucy yang diolah cantik oleh pelakon comel, Dakota Fanning.

Dalam segala kesusahan Sam membesarkan Lucy, dia terpaksa bertempur dengan pihak kebajikan pulak sebab pihak kebajikan risau akan kemampuan Sam yang terbatas dalam mendidik Lucy di dalam dunia yang penuh pancaroba (perrghh ayat gua).

Plot dia memang simple macam tu je, tapi yang bikin filem ni jadi drama adalah perwatakan Sam dan Lucy yang memang superb. Memang gua tak dapat nafikan lah kenapa Sean Penn dicalonkan sebagai Pelako Lelaki Terbaik untuk Oscar tahun tu. Gua compare lakonan Sean Penn dalam Mystic River, yang dia jadi bapa dan mafia dengan dia jadi retard father memang macam dua orang berlainan. Walaupun isunya dua-dua jadi bapak, tapi personaliti tu memang totally split dan wow!! Cukup natural dan bukan lakonan plastik, double thumbs up juga kat Dakota sebab guua rasa filem ni umur dia baru dalam 5 tahun je, tapi lakonan dia memang berkesan habis.

Lagi satu apa yang menarik tentang filem ni, Sam adalah seorang fanatik The Beatles sampai nama anak dia Lucy tu pun diambil dari lagu Lucy In The Sky With Diamond. Maka filem ni dipenuhi dengan lagu-lagu Beatles yang jarang ke udara macam Across The Universe. Dalam I am Sam ni pun banyak Sam quote fact The Beatles dan memotivasikan dirinya sendiri dengan quotes dari Beatles antaranya feveeret gua bila orang tanya Sam samada dia mampu nak jaga Lucy atau tak? Then Sam jawap.

People think..that George Harrison (Guitarist for The Beatles) couldn't..maybe, he couldn't write a song. But then he wrote "Here Comes the Sun" and that it was one of the best songs on "Abbey Road."

Secara keseluruhan filem arahan Jessie Nelson ni memang cukup touching kat gua. Memang cukup unsur-unsur drama untuk filem begini. Lakonan menarik (dan tak over), lagu-lagu yang indah dan plot yang ringkas. Tak macam drama Indon, hari ni konflik ngan Si A, eok konflik dengan Si B pulak..perrghh tak dak penghujung.

Rating : 8.2/10

Owh kalau anda menitis setitik dua air mata time usha cita ni tak pa, anda normal.

notaKaki : I am Sam, Papadom, Mystic River..semua kisah kebapaan. Jangan ada budak datang mengaku gua bapak dia sudah...

3 487 batang pen patah:

liza hussain berkata...

aku tgk citer ni. dakota fanning mmg terer habis berlakon. klo mmg betul wujud budak cam lucy tu pun aku dah cukup impressed, tapi sebab ada budak kecik yg lagi hebat mendalami emosi watak lucy tu, aku double impressed.

giler matured dia twist emosi n psychology org sekeliling yang try pisahkan dia n sam. klo aku, x yah pikir, nangis sambil jerit "daddy~~" jer

Achan Sinclair berkata...

Tu r..dalam movie ni memang aku supeer impress dengan dia r. Cerita tak payah nak buat efek CGI sana sini, letup pow paw pow paw nak buat filem sedap. Belanja aiskrim paddle pop kat dia cukup r.. Sean Penn xkanko xteruja? Truja la sket..haha

penkek coklat berkata...

ni la satu2nya citer sean penn yg aku tgk. xde la teruja sgt. haha jadi budak 7 tahun. susah sgt ker??

senang je kot.

tapi ntah kenapa aku selalu rasa cam nak tampar jer sam tuh. haha.