0 Review Filem : Avatar (2009)


Tak pernah seumur hidup gua rasa masa menonton wayang teasa seperti mental torture. Semalam gua dan beberapa wakil dari Persatuan Penganggur berhinggap ke Bukit Bintang. Kami tidur dekat condo depan Pavillion tu, sebagai perwakilan persatuan maka kami berhak untuk tidur di kawasan-kawasan begini (Thanks to Din..hehe)

Maka nak dijadikan story, gua dan rakan-rakan menonton midnight di Pavillion. Memang seumur hidup gua tak pernah usha wayang tengah-tengah malam. Lepas tu gua usha Avatar 3D pulak tu. Memang jahanat la usha 3D tengah malam, memang tak ada kasih sayang sesama insan la.

Sebenarnya ni kali ke-2 gua usha Avatar 3D, tapi kali ni nasib tak baik duduk 2nd row. Ternganga la gua usha screen. Avatar 3D adalah peertaruhan peengarah hebat, James Cameron. Dari filem-filem fiksyen The Termanator, Alien sampailah ke filem cinta yang meruntun jiwa masa gua tak akil baligh lagu, Titanic dan kini filem fiksyen yang gua rasa lebih 70% mengunakan CGI menjadi modal Cameron.

Filem Avatar mengambil tahun 2154 sebagai latar zamannya, tiga dekad selepas sebuah syarikat korporat multinasional melakukan perlombongan di planet Pandora.


Bagaimanapun, untuk menguasai galian unobtainium yang amat berharga yang terletak di bawah pohon raksasa yang menyimpan semangat dan kehidupan masyarakat serta dianggap suci oleh puak Na'vi, kumpulan korporat yang diketuai oleh Kolonel Miles Quaritch (Stephen Lang) perlu menghalau puak Na'vi dari kawasan tersebut.


Untuk melaksanakan operasi tersebut mereka menghantar Jake Sully (Sam Worthington), bekas askar Amerika yang lumpuh melalui program Avatar yang membolehkan Jake menyerap ke klon tubuh bangsa Navi yang membolehkannya menyelidiki kehidupan puak Na'vi supaya kemudian mudah menguasai puak tersebut.


Jake Sully yang membuat hubungan dengan Neytiri (Zoe Saldana) anak kepada ketua kumpulan Na'vi ini kemudian telah jatuh hati bukan saja dengan Neytiri tetapi juga dengan kehidupan bangsa Na'vi serta alam sekitarnya.


Tindakan mamat ni bertentangan dengan misi depa untuk menguasai kumpulan tersebut.


Pendekatan naratif pada bahagian awal ini memperlihatkan ideologi barat pada era penjajahan terhadap puak-puak asli di Amerika dan malah pendekatan kolonial semasa menguasai negara-negara dunia ketiga dulu.


Menyedari hasrat penaklukan kumpulan korporat ini, puak Na'vi bersatu dengan puak-puak lain di planet Pandora menentang penjajahan manusia yang dilengkapi senjata yang canggih.


Tindakan gila dan ganas kumpulan Kolonel Quaritch yang membakar dan memusnahkan alam dan kehidupan puak Na'vi pasti mengingatkan kepada adegan Kilgore membakar perkampungan Vietcong semasa serangan tentera Amerika di Vietnam dalam filem Apocalypse Now.


Walaupun Avatar sebuah filem fiksyen sains tetapi Cameron sebenarnya tidak memisahkan dirinya daripada realiti dan permasalahan kehidupan masa kini seperti mana yang difaham dalam genre fiksyen sains.


Permasalahan seperti kemusnahan alam sekitar, kolonialsm dan kapitalism diangkat sebagai kritikan dan konflik sosial dalam filem ni yang mempengaruhi fek bunyi, tekstur dan jalan cerita sendiri. Sebagai contoh, imej kaum Na'vi jika diperhalusi adalah meenyerupai orang negro dari segi bibir dan bentuk wajah. Adakah Cameron nak menunjukkan penjajahan tak langsung oleh idealis barat terhadap kaum ni?


Naratif cerita Avatar ni adalah bergerak dari Star Wars, cerita Alien hinggalah ke cerita koboi selain Brokeback Mountain. Organisasi besar yang cuba menakluk planet Pandora dan menghalau kaun Na'vi mngingatkan kepada plot-plot tipikal fileem koboi di mana koboi yang menghalau Red Indian.


Dan perhubungan antara Avatar dengan Star Wars bukanlah setakat gerak kapal angkasa di cakerawala, tetapi Star Wars sendiri dipengaruhi oleh genre filem koboi yang kemudian turut mengambil elemen kehidupan era pra-sejarah dan mitos.


Elemen dan fungsi kapal angkasa ini hampir sama dengan kapal dalam Alien. Tetapi jika dalam filem Alien yang memperlihatkan makhluk asing yang mengancam manusia, sebaliknya dalam Avatar manusia adalah makhluk asing yang datang sebagai penakluk dan pemusnah.


Lebih menarik, dalam Alien makhluk asing tidak sahaja membunuh manusia tetapi cuba menyerap ke tubuh manusia dalam proses reproduksi dan hal sebaliknya berlaku dalam Avatar.


Dari segi teknologi GCI pula memang gua kasi 5 bintang.

Gila babi detail. Dan kekaguman itu juga diakibatkan oleh keemampuan Cameron untuk berfikir dan berimaginasi tentang Pandora. majoriti filem barat diadaptasi dari novel, tetapi bagi Cameron itu tak true. Mamat ni main pakai kepala seendiri buat filem.

Banyak idea-idea inovatif yang gua rasa teruja. Antaranya idea kaum Na'vi mampu berkongsi maklumat pakai saraf masing-masing yang tenaga elektro-kimia. Kalau sekarang ni dah ada style macam tu memang gua berani jamin tokey thumbdrive Kingston join persatuan penganggur anjuran gua. Dan menatang saraf tu boleh bikin control kuda, wow!! Ini adaptasi dari teknologi pintar. Niat aja dah gerak kuda tu..Nice. Gua rasa nanti ada jugak teknologi tu, niat aja kereta dah gerak.

Ok sekarang bab apa gua benci tentang Avatar. Pertama gua pening pakai spek 3D tu, kalau nak prevent kena minimalkan pergerakan bar tak pening. Tapi larat mana nak bertahan.

Kedua cerita ni macam setan panjang, dengan durasi 2 jam 30 minit memang gua terseksa zahir dan batin.

Ketiga, ada banyak bab meleret lagi-lagi involved Kolenel Mile tu. Macam setan meleret.

Keeempat kaum Na'vi menjerit bunyi macam beruk mengawan. Dia nangis lagi teruk. Bunyi dia huduh terok!!

Keempat, filem 3D memang tak ada subtitle. Selamat gua bekas graduan universiti. Kalau gua jadi budak Nazi kat Sogo dulu memang gua pergi kutip la Cameron tu.

Secara totalnya, Avatar adalah hasil pemikiran tipikal Cameron tentang kaum tertindas dan teknik CGI memang kaw. Gua rasa semua dalam tu semua real tak dak satu pun tipu. Owh depa dah menang Golden Globe Award. Pengkritik filem Nukman Basyir tak puas hati...haha

Rating - 8.0/10


0 487 batang pen patah: