0 Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan

Berdasarkan kira-kira kasar gua, dalam tahun ni gua dah menjangkaui usia sedekad sebagai perokok. Patut-patutnya gua kenalah buat apa-apa yang patut untuk meraikannya. Ada yang membodek gua dengan harapan gua dapat buat kenduri rokok. Tapi disebabkan cukai rokok yang dikenakan oleh kerajaan macam tak ada belas ihsan sesama insan dan kad CIMB gua yang dah agak lama tak digunakan sebab baki akaun yang tak cukup untuk pengeeluaran tunai maka gua lupakan saja hajat tersebut.

Dalam perkiraan gua kenduri doa selamat pun bolehdipertimbangkan secara serius. Ye la doa mintak gua tak jadi model untuk iklan kotak rokok untuk dihari kelak. Dalam usia 10 tahun ni gua malas nak bagitau apa tindakan gua untuk perihal rokok ni. Malas nak komen samada gua nak kurangkan rokok ke atau makin kuat hisap rokok atau gua terus tukar karier kepada penghisap curut Cuba atau paip. Tu nanti gua nak kena buat hitung-hitung dulu tengok SOCSO gua boleh pakai ke tak.

Sepanjang perjalanan seni berasap gua, dah pelbagai rintangan gua lalui, jadi perokok punk paw rokok orang dekat Campbell, jadi penghisap rokok keretek tegar sampaikan gua penah jadi saudagar rokok untuk menampung keehidupan gua di kampus pada suatu masa dahulu. Dah macam-macam peerisa rokok gua rasa, ada yang sedap ada yang manis ada yang bau macam haram (SKL Strawberry). Tak dak lidah punya perokok. Jadi berdasarkan ilmu di dada, gua membuat analisis tentang rokok dan orientasi seksual perokok tersebut. (versi cetak semula)


1) Jenis Tukar-tukar Rokok : Mereka ini adalah manusia yang gemar bertukar-tukar pasangan. Pendek kate deme ni playboy sebab tak setia pada yang satu.

2) Perokok Menthol - Pastinya mereka ini kebanyakan datangnya dari golongan kolar putih ataupun high-class. Mereka memilih kawasan-kawasan peranginan di atas bukit sebagai port untuk.. ataupun paling cikai pergi hotel yang ada air-cond. Maka Lubuk Tupah dan Tasik Permaisuri tiada dalam senarai.

3) Pengemar Cerut@Curut - Berdasarkan analisis gua terhadap fizikal dan spiritual penggemar cerut ni. Pengemar cerut mungkin lebih gemarkan yang gebu-gebu..huh? Kenyataan di support oleh seorang pemilik Satria Neo.

4) Perokok Gudang Garam - Fakta bagi non-smokers, Gudang garam adalah antara rokok kuat baunya di dunia, dan ianya juga adalah antara rokok yang paling lama nak habis sebab panjang dan padat. Dan seorang rakan menyatakan mereka ini kononnya tahan lama dan...aahh...

5) Perokok Lucky Strike @ Camel @ Rokok Tak BerFilter - They don't like protection and risk-taker. Hati kering beb~

6) Perokok SKL Strawberry Flavour - Uhh..bagi seorang lelaki yang gemar rokok ini, orientasi seksualnya mungkin kepada Abang-abang Perokok Yang Lain, jiwanya lebih halus dan sensitive.. jaga-jaga dengan mereka ini, jangan kamu bangun2 dan rasa seakan-akan buasir..bahaya!!! Perokok ini juga memang tak ada lidah, hisap rokok bukan-bukan.

7) Perokok Gulung DIY - Layan binatang jek, mungkin sebab cintakan alam sekitar serta flora dan fauna.



notaKaki : Gua hisap rokok Mild 7, rokok Jepun..hahaha.

0 487 batang pen patah: