6 Pekan Frinjan 7.0 : Dung Tak Tentu Arah (Bukan Slam Dunk)


*Awek main hujan, terrrrbaik!!


Kehidupan gua penuh dengan pelbagai onak dan ranjau semenjak gua jadi penganggur, macam-macam dugaan mendatang. Nak keluar rumah, minyak motor dah keluar tanda "Minyak Nak Habis". Dah elok seluk-seluk celah sofa cari duit syiling nak buat modal isi minyak, hujan pulak jatuh ke bumi. Namun berbekalkan motivasi yang tinggi macam iklan "Seminar Kenali Potensi Diri", gua kaliskan badan gua terhadap air. Menjadi, cuma baju dengan seluar gua aja yang basah.

Keraskan badan gua menuju ke arah Dataran Shah Alam sempena upacara Pekan Frinjan 7.0. Pekan Frinjan ni adalah acara yang dianjurkan ikut suka tak ikut masa oleh geng Frinjan. Ada beberapa gerai yang menjual buku-buku yang menarik hati gua macam buku-buku indie, antalogi puisi dari Indonesia dan Singapura, zine-zine bebas dan koleksi-koleksi puisi indie, tapi memandangkan duit dalam wallet tak berapa nak tebal maka gua alihkan pandangan mata ke arah awek-awek yang bersepah. Usha awek tak payah kena bayar. Kalau gua kaya

*Malini Rafar, pemuisi bersuara emcee.

Bertemakan Anti-Rasism, Pekan Frinjan menampilkan ramai pemuisi-pemuisi hebat yang mmpersembahkan hasil karya masing-masing kepada umum. Marini Rafar, Faisal Mustaffa, Meor, Nurul Schmurul (Izzah Anak Anwar) dan ramai lagi pemuisi hebat yang berseni dibawah hujan rahmat. Tak lupa pemuisi hebat diimport khas dari Kota Singa, Rafaat Haji Hamzah sememangnya wow dan 5 bintang!!

*I dont know who the hell is this girl. But she fuckin cute and awesome!!


Beberapa band yang sempat gua usha telah ditampilkan oleh Frinjan, antaranya Benjamin Hasni yang mengutarakan lagu-lagu pop rock. Memang lazat lagu-lagu mamat ni. Kira radio catchy la. Kemudian ada band Tilu, band yang membawa lagu-lagu nu-jazz dan macam swing sket-sket. Berbekalkan vox perempuan yang comel dan sebuah band yg ketat dan mantap. Band-band yang perjuang genre-genre macam ni meemang perlu bassist yang cukup groovy dan bassist Tilu memang berjaya mencuri tumpuan gua. Gua nak cari EP depa.

*Kabereter RXZ.

Dan finally sebelum gua chow, Carburetor Dung (CD)!! Dengan gaya punk yang gila babi, gua nampak Joe Kidd (Otai), Fendi (Bass), Tom (Guitar) dan Alak (Vox) setting-setting instrumen sambil hisap weed..haha. masing-masing pakai baju yang 'cukup unsur punk' dengan seluar keciknya. Kalau jalan kat CM memang gua pun tak kenal depa. Kat belakang tu gua nampak ada brader kat belakang pakai baju labuh dengan jam tali emas berdiri peluk tubuh usha CD tengah setting. Ini bapak sapa pulak? Sekali brader tu duduk kat drum set, bukak jam tali emas sambil ketuk-ketuk drum. Damn, rupanya brader tu Bullet, drummer CD. Memang genre pop yeye.


*Joe Kidd, idealis punk negara!!


Starting dengan lagu lama Our Voice/The Flag (gua ada post semalam video dia), memang memberi impak kuat kepada follower-follower lama CD. Gua usha Fendi main bass bukan slap style ke apa, dia strumming beb bass tu. Dah macam Sid Vicious main bass. haha. Sepanjang lagu ni gua sing along lah, bukan senang nak dengar depa ni. Ada sing along together beberapa brader yang gua rasa lebih mumayiz dari penonton lain, owh ada sorang brader dukung baby pun sing along gak. Gua tak tau la budak tu malam-malam bapak dia nyanyi apa la lullaby song.


*Alak!! Budak-budak Anwar ingat lagi ke boxer dia kaler apa?

Kemudian depa main lagu baru satu, apa nama ntah dia. Kira tribute to kat Palestine punya situasi yang makin meruncing sekarang ni lah. Then last song is cover song from Iwan Falls iaitu Puing II, atau bahasa melayu Perang II atau lebih dekat di hati Perang Lagi!! Joe Kidd story memang Iwan Falls memainkan pengaruh penting dalam kehidupan CD sejak muda-mudi lagi. Sejak dari CD bertapak di Terengganu lagi!! Makang Ikang!! Sepanjang CD main, gua berteduh dekat khemah stage, lepak tepi dengan Aidil Couple. CD main memang gila babi!! Sampai amp terbakar, damn!

Kemudian gua start motor, pusing minyak lagu-lagu balik Kota Damansara. Gua ada sesi jamming pulak dengan kawan-kawan. Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Owh, sekarang ni semnjak beberapa ketika ni gua berjinak-jinak blues pulak. haha







*"Lu kena pukul dengan budak Anwar hari tu amacam ok x?" tanya gua. "Boxer gua koyak,barbee," jawap Alak. "Ala, gua kat sekolah dulu selalu gak kena pukul"

So secara keseluruhan Pekan Frinjan ni memang bagus dan medium terbaik untuk menonjolkan bakat-bakat muda dan lama serta menjadi tapak untuk mengeluarkan idea. Bukan meelulu membakar gereja. Sekian!

*Lambang keceriaan antara Achan dan Alak.

6 487 batang pen patah:

Jairo berkata...

cun la frinjan.. rugi tak dapat p hehehehe

Achan Sinclair berkata...

Lain kali meh la Shah Alam..hehe

Jairo berkata...

ari minggu ni aku turun kl hehehehe macam nak usha burger kat bangsar

Achan Sinclair berkata...

Perrghh..gua woken ni g penang lak. Ada mmber baik nak bertunang. Duit berkoyan-koyan boleh la tunang..

empunya berkata...

nice pics..

marinirafar berkata...

bawah gambar saya tu tersilap satu huruf. marini. bukan malini. malini dah macam artis bollywood. hehe

Anyway Terima Kasih ye Achan untuk caption pemuisi bersuara emcee tu. suka. hahhaha