2 Hip Horey!! Makan kat Satay Station Senang Hati

*Sapa yang tak balik raya dan duduk kat KL, boleh beraya kat sini time hari raya.

Hari tu gua teringin nak makan sate. Sate kajang Hj Samuri pun dah kapitalisme sangat, sapa ajar dia masak sate main rebus-rebus je. Tau la sate kajang skang dah ada kat Sg Buloh, Wangsa Maju sampai ke Taiping, tapi agak-agak la. Gua pun tak lalu makan ayam rebus, memang tak true langsung. Tapi nafsu makan sate perlu dilayan jugak, berbekalkan ilmu di dada sama duit di dompet, sebab ada ilmu tapi tak dak duit pun bukan boleh makan sate. Maka gua menuju ke Satay Station kat Ampang belah-belah Galaxy.

Cerita parking kereta kat sini memang isu besar sebab Satay Station ni bukan kat kedai, tapi kat area rumah. Tak sedap la karang gua tengah makan satay, tiba-tiba ada pak cik datang bawak parang tegur gua sebab gua halang gate rumah dia kan? Better datang naik motor, kalau naik LRT tu boleh. Tapi sempat lapar balik la time nak jalan kaki dari Satay Station ke steseen LRT tu.

*Anda takut asap satay dan cintakan aircond? Anda memang tak troo..

Konsep restoren ni bajet macam kat kampung la, harga tak macam kampung pun. Lu boleh buat pilihan samada nak makan kat dalam atau kat luar. Kat dalam air cond la beb, kalau lu berkeras nak hisap rokok dalam tu jugak maknanya lu kena bertempur sikit la dengan pelangan-pelangan lain.

Dari segi makanan pulak dia ada 2 benda je, Sate sama Mee Rebus Bonda. Gua story pasal mee rebus dia. Mee rebus dia pekat gila tapi just nice la, tak ada la sampai pekat sangat sampai nak telan pun sangkut kat kerongkong. Kuah dia just nice la, manis sikit la, mungkin Bonda dia orang kelantan. Sebenarnya gua pun bukan makan banyak pun, gua paw orang punya je..haha


*Satay kuda belang sama satay kerengga.

Bab Utama!! Sate. Sate dia memang besar gila! Gua order 20 ayam 10 daging untuk 2 orang makan. Awal-awal gua bajet macam ngam-ngam je. Sekali sate dia datang. Mak kaw!! Besar satay dia macam satay kajang tu tambah lagi secucuk. Memang kena dengan harga 70 sen sehelai sate. Satay ayam dia gua tak amik port sangat. Satay daging dia memang...padu!! Juicy beb!! Memang terbaik la. Dengan kaliberiti sebagai seorang bekas pembakar sate, satay daiging sebenarnya tak boleeh dimasak sampai garing sangat sebab nanti hilang manis daging tu. Dan tukang bakar dia memang pro la. Salute. Rasa manis sate tu memang tak hilang. Owh, lu tak payah gatal-gatal nak order nasi impit kat sini sebab dia datang satu set dengan sate, nasi impit, bawang sama timun. Set satay dia hidang dalam tampi kecik. Sekolah mana ajar makan dalam tampi, kesian pesawah sebab tampi disalahguna kat KL ni. Kecewa depa.

Bagi sapa-sapa hantu sate yang cintakan kemanisan iman dan kemanisan daging, Satay Station adalah tempat anda. Dia ada braches dekat Bandar Baru Ampang sama Mont Kiara, baru bukak kot. Zaman gua keeje dulu haram nak jumpa makanan meelayu kat sana.

Salam Sayang Sate dari gua

2 487 batang pen patah:

aja2fighter berkata...

Haha..ko lmbt tau tempat ni la achan. Aku yg dok kat Bdr Tun Razak pon dah tau lama. Tp satay diorg mmg nice. Berbaloi la byr tujuh kupang secucuk.

Achan Sinclair berkata...

Aku duduk damansara bb..lagi jauh kalau ikut sesaran..tp mmg berbaloi2