3 Berita dan Cerita


Pemandu teksi tolak ganjaran

PATCHOGUE 13 Jan. — Saya seorang Islam. Saya tidak boleh terima ganjaran ini''. Itulah kata-kata yang diluahkan oleh seorang pemandu teksi di New York apabila dia ditawarkan ganjaran atas kejujurannya.

Mohammad Mukal Asadujjaman adalah seorang pemandu teksi warga Bangladesh di New York turut menerima pujian atas kejujurannya memulangkan semula wang tunai berjumlah $21,000 (RM66,960) milik seorang pelawat dari Itali.

Fellicia Lettieri,72, tertinggal dompetnya, yang mengandungi wang miliknya dan enam ahli keluarganya ketika menaiki sebuah teksi di Manhattan sehari sebelum perayaan Krismas lalu.

Polis sebelum itu telah memaklumkan kepada pelancong Itali itu agar mereka tidak menaruh harapan untuk menjumpai semula beg duit berkenaan

Bagaimanapun, Mohammad Mukal telah memandu teksinya sejauh kira-kira 80 kilometer untuk pergi ke Long Island berdasarkan alamat yang terdapat di dalam beg duit berkenaan untuk memulangkan dompet itu kepada tuannya.

Namun begitu, ketika dia tiba di alamat berkenaan, tidak ada sesiapa berada di rumah berkenaan dan Mohammad Mukal terpaksa meninggalkan nombor telefonnya dan kemudian kembali semula untuk menyerahkan wang berkenaan.

Pemandu teksi berusia 28 tahun itu ditawarkan ganjaran atas kejujurannya, namun dia berkata, sebagai seorang penganut Islam, dia tidak boleh menerima ganjaran tersebut. - AP




Gua pernah jugak berhadapan dengan situasi time gua bergelar lelaki bekerjaya tak lama dahulu. Satu hari tu client gua dari Korea tertinggal henpon dalam satu teksi ni. Satu-satunya manusia yang dia kenal dekat Malaysia ni adalah gua. Nak dijadikan post entry, dia ada pulak business card gua. Lepas tu call gua mintak tolong gua carikan heenpon dia. Dia tak tau gua letih-letih balik kerja nak manja-manja dengan anak bini malam-malam.

Maka berdasarkan DNA James Bond yang mengalir dalam darah gua, maka gua dapat gak tracking brader teksi tu. Selamat rumah dia dekat-dekat Subang je. Maka gua kawtim dengan brader teksi tu jumpa dekat surau kat rumah dia. Time tu pun time Isyak.

Time jumpa brader tu gua usha rilek je brader tu, pakai baju melayu, kain pelikat sama kopiah kira uniform pergi masjid la. Lepas brader tu bagi phone mamat korea tu kat gua then gua cakap terima kasih. Then dekat masjid tu jugak brader tu tanpa segan silu tanya gua, "Encik, saya dah jaga henpon orang Korea ni. Tak kan tak ada apa-apa saguhati kot? Henpon ni kalau saya jual pun dapat banyak gak". Berlainan dengan mamat bangla yang rijek OFFER saguhati, ini siap mintak beb.

Perghh.. brader ni. Tak padan kat masjid dia boleh bikin perangai. Nak kena tumbok ke? Memandangkan client tu buat bisnes ngan company gua makan ratus-ratus ribu, takut kang henpon hilang client tu tak jadi deal ngan company gua. Kang gua lak kena tumbuk rusok ngan bos. Maka gua bagi la RM50 kat brader teksi tu.. Tapi agak segan la lbrader, lu bikin perangai kat mesjid brader.

3 487 batang pen patah:

~ zAhiRaH ~ berkata...

huisyk..ko bg det sndri ke kt drebar teksi tu?
ke mamat korea tu bg ganjaran? haha

Achan Sinclair berkata...

Duit sendiri..esok klem kat boss..hahaha

empunya berkata...

moga murah rezeki pemandu teksi tuu..