4 Tribute To Student Life in UTP (2005-2009)

Jangkamasa selama 5 tahun bagi gua bukan satu jangkamasa yang sekejap. Kalau pinjam kat Ah Long, bunga dah macam bunga pokok sakura gamaknya. Banyak hal ehwal kehidupan berlaku selama gua duduk sebagai budak universiti. Kalau nak reverse balik 5 tahun lepas memang gua tak rasa budak sekolah yang rambut botak licin (kalau ada rambut pun kaler biru), balik sekolah pasang lagu-lagu Sham 69, Roots n Boots buat lagu nak tidur petang boleh masuk universiti. Dulu gua dah nampak masa depan gua kalau tak kerja cetak t-shirt kat CM, mesti gua kerja jual boot kat Campbell. Tapi sekali gua masuk universiti pulak, dah nampak cerah sikit dunia.

2005 - Permulaan Cerita, Pengakhiran Budak Botak Licin

Mula-mula gua jejak kaki kat universiti, gua kaget. Pening kepala gua mendengar statistik, 95% budak UTP datang dari SBP dan MRSM, gua dari SMB (Sekolah Menengah Biasa). Macam mana gua nak handle situasi ni? Nak kena bawak buku tebal-tebal pergi library, lepas tu terlanggar awek dan mintak nombor henpon?


*Ini waktu gua ke Wajadiri IPT 2005, damn it. Esok gua kena joging secara serius ni!!

Penyelesaiannya gua ambil keputusan untuk bermain habis-habisan pada tahun asas. Namun disebalik gua main-main, gua juga mula berkecimpung secara serius dalam bidang persilatan dan orkestra. Namun selepas gua mempunyai sedikit perselisihan faham dengan ahli orkestra yang mempunyai masalah identiti, gua ambil keputusan untuk keluar. Maka gua lincahlah seronok bersilat dan berkawan.

Perangai nakal gua time tu not bad, saman pertama gua dengan UTP sebab gua sembur fire extinguisher time sambut besday member gua. Lepas tu gua kuat kacau geng 'akak-akak' yang berjiran dengan bilik gua. Ghairah pulak dengar suara jeritan diorang..."Awwww maakk!! Ada orang susun bakul sampah penuh depan pintu kita, dah tak nampak luar dah ni!!"


*Waktu ni rambut gua masih botak lagi. Ini permulaan dalam penubuhan 'Golongan Rare'. Serius esok gua nak bangun pagi jogging!! hahaha

2006 - Keperitan di rasai.


Ini tahun kepayahan, pencapaian akademik gua merundum di atas 'usaha' gua pada tahun sebelumnya. Ini zaman gua dah tukar rumet, rumet lama join geng masjid (Jali Bajet). Rumet baru lebih steady, malam-malam pasang TV 5 inci hitam putih sambil tengok wrestling. Budak-budak dah makin kuat dengan hedeonism samada cerita Korea atau DoTa.

Pada tahun keperitan ini gua masih kuat bermain-main, tapi gua ada sikit achievement yang boleh dibanggakan iaitu gua jadi geng Majlis Perwakilan Pelajar UTP bahagian kebajikan. Kerja macam setan, nak ambik report budak aja. Budak-budak pun satu, report la isu yang munasabah. Ini report katil patah, kipas pusing arah berlawanan, apa lu ingat lu nak suruh gua tiup kipas tu sampai berpusing dipaksi yang benar? Report pasal tak puas hati dengan staff pun ada, dia ingat muka gua macam kaki pukul kot.

Pada tahun yang sama gua dah start kena extend, gua terpaksa tukar geng belajar. Bertitik mula dari tahun ini gua belajar dengan budak junior satu semester, sapa suruh tak belajar betul-betul.

Dengan perasaan tak insaf lagi, gua dan Faliq menubuhkan sebuah band yang berkiblatkan Vintage Rock iaitu Band Jamen. Dengan berline-up kan Aldy, Izhan, Gua, Faliq, Majin dan Sebastian, kami mula bermain lagu-lagu yang sedikit gelap. Band Jamen adalah gabungan minat gua terhadap rock dan Faliq terhadap metal, kami korek line up. Kami kutip Sebaz (2nd guitar) dari band church lu tau? haha


*Gaya macam kumpulan kaki pukul, ntah macam mana nyanyi nasyid.

Nak kasi stabil sikit perjuangan musik, gua join Zaufan iaitu sebuah kumpulan nasyid yang dah ada nama di UTP time gua join. Tahun ni jugaklah gua dan Zaufan dapat masuk Pertandingan Nasyid Terbuka Malaysia MMU. Memang nuub habis nak compare dengan group lain. Tapi gua tetap salute Zaufan.clap2

2007 - Hidup Gua Memang Melayu

Ini zaman gua asyik bersilat, ye la dah naik jadi jurulatih. Asal gua keluar aja dengan budak silat. Asal adahal aja, hal silat. Walaupun gua rasa gua banyak spent masa dengan silat ni, tapi gua tak pernah rasa sia-sia. Separuh dari masa gua mengajar anak orang nak pertahankan diri dia, sepenuh masa gua mengajar diri sendiri.


*Ini kalau kostum kasi tukar dengan baju melayu merah sama set sampin baru kena dengan logo keris.UMNO..hehe

Gua rasa pemikiran gua banyak diacuan ketika bersama saudara-saudara ketika bersilat. Gua banyak berjalan pun sebab silat, buat demonstrasi sana-sini. Tapi secara keseluruhan gua masih bermain-main.

2008 - Rasa Dah Macam Tua Sikit

Ini zaman dah nampak masa depan, belajar sungguh-sungguh nak jadi apa sebab time ni budak-budak tengah pulun nak cari company terbaik untuk prektikel. Gua tadah tangan jugak la dapat company yang menawarkan elaun yang gua rasa lumayan untuk seorang pelajar yang duduk kat rumah mak bapak sendiri. Banyak pahit jerih kelat manis gua dapat time intern.

Dari segi musik, gua bercerai sebentar dengan Band Jamen di atas sebab-sebab tertentu. Gua menumpukan sepenuh perhatian kepada Zaufan. Baju Zaufan pun dah makin power time ni.

2009 - Memang Tua

Final year, jalan pun bidang dada, mengepak ketiak, betis nak keras, rokok senantiasa kat tangan walaupun rokok pau. Baru namanya final year student. Semester pertama memang tenang, FYP pun tak susah mana. Buat report sambil pejam mata sebelah pun dapat A-. Malam-malam kerja nak main snuker aja. Entah bila-bila belajar pun gua tak tau. Zaman ni Band Jamen dengan gua dah rujuk balik, masuk Euphonius dapat number 3. Ok la tu, solo gitar pakai 5 tali je. Tali bawah putus.

Semester kedua gua dah tak ambil enteng tentang pendidikan. Gua dapat merasakan pendidikan peting untuk pembangunan sahsiah modal insan. Jadi gua tuju ke Pusat Snuker Champion lagi pada setiap malam yang kelapangan. Aktiviti malam gua makin kuat semester ni, ada aja alasan FAREWELL. Farewell Karoeke la, Farewell BBQ la, Farewell Beach Party la, Farewell Main Snuker la, Farewell Mapley la. Tapi time exam week kali ni gua rasa exam week paling gua belajar sekali..hahaha

Gua kepilkan gambarajah-gambarajah pilihan gua selama 5 tahun ni.



*Ini time jari kaki gua tak terkerat lagi. Memang la hepy (2008)


*Zaufan on Stage..masing-masing tanya lirik kat member sebelah (2009)



*Sesi jamming bersama kawan-kawan..Band Jamen, Influx, Zig Zagoon~ (2007)



*Muka jambu, cuma IQ aja tak berapa nak tinggi (2008)



*Band Jamen kecuali awek american tu..dia emcee..(2009)


*EDX hari tu, gua suka muka gua nampak serius..haha (2009)


*Punca utama kejadian gempa bumi kat Jakarta tempoh hari. (2009)


*Aksi gua memang tak pernah mengecewakan~ (2009)


*Gambar Raya Ashikawa University students yang tak masuk Salam Perantauan (2009)



*Memburu Durian Part I, ini sesi menyejuk badan (2009)


*Ni time sambut besday gua masa intern (2008)


*AGM untuk silat, gaya gua gaya senior sih..waa (2009)


*Ini pulak team Net Ball gua. Apa lu ingat gua tak power main net ball ke??(2009)

*Gua jarang keluarkan simpanan gambar time gua silat. Gambar ni macam menarik, diambil time time gua dah menang lawan 20,000 orang orang jahat. (2007)

*Ini pun gambar aktiviti dengan budak silat gua, ini zaman gua junior. Misai pun tumbuh tak ikhlas lagi. Kebanyakkan entiti di atas kini sudah berumah tangga dan ada yang ada cahaya mata. Cuma ada sorang lagi masih gay, tak nak kahwin (2006).

*Ni pulak gambar time gua jadi sessionist time perform kat Mexico dulu..Betul!! (2009)


*Time ni gua handle satu Martial Arts Demonstration yang menggabungkan Silat Cekak hanafi, Silat Gayung, Karaete Do, Taekwando dan amoi2. Gila 1Malaysia!! Kalau Najib tau mesti gua dapat pangkat Dato ni.


*Ini sesi BBQ dengan budak kelas yang sepatutnya (2007)


*NI BBQ dengan budak kelas yang lagi satu (2009)

Sekian tribute gua kepada kehidupan gua, rakan-rakan gua dan seluruh kenalan gua di UTP. Adios!!!

3 Review Filem : The Man From Earth (2007)



Dah habis belajar, apa lagi boleh gua buat dalam masa terdekat ni? Gua mengambil ikhtiar untuk menjadi penonton filem tegar. Filem kita untuk malam ini saudara saudari adalah sebuah sci-fi movie yang bertajuk The Man from Earth. Berdasarkan poster lu ingat ni muvi pasti cerita ada alien atau UFO macam cerita Star Trek (penulis sama). Maaf, sangkaan anda meleset sama sekali. Ini adalah filem sci-fi bajet rendah yang sci-fi pada pemikiran bukannya fizikal. Gua kira filem ini adalah salah sebuah masterpiece kepada Jeromy Bixby. Penulisan dibuat oleh Bixby mengambil masa dari tahun 1960an sehingga April 1998, tu pun time lepas menulis penamat cerita ni Bixby pun KO.

Bermodalkan sebijik ruang tamu rumah, selama durasi cerita 89 minit, 90% masa dihabiskan diruang, 5% masa di beranda dan 5% di parking lot. Mudah dan murah. Secara jujurnya ini bukan pertama kali gua usha filem ni. Ini adalah kesekian kalinya gua menonton filem bercakap ni. Memang menarik, bercakap aja. Tak ada bunyi tembak-tembak atau keghairahan pasangan berasmara (terma yang digunakan oleh TV Malaysia untuk istilah making love).

Filem mudah, tetapi plotnya rumit diakibat penceritaan yang betul-betul rumit. Plot dimulakan dengan seorang pensyarah tengah kemas barang nak pindah rumah. Nama pensyarah tersebut adalah John Oldman yang dilakonkan oleh pelakon tak ternama David Lee Smith. Time tengah-tengah syok layan kemas barang, member-member satu opis datang beraya.

Tengah melepak-lepak tu, member-member pensyarah lain dok brainwash dia tanya awat dia nak pindah. Ada awek baru ka, mak panggil balik kampung untuk mengusahakan kebun durian atau apa? Mula-mula John ni pun hangat hati la, malas nak story. Lepas dok keep on kena presure dengan member-member dia pun open story bahawa dia kena pindah setiap 10 tahun, nanti orang tak perasan dia tak tua dan dia mendakwa dia dah berumur 13,000 tahun.

Ang percaya dak aku idup dah 13 000 tahun? Watdefak kan? Si John ni nak tiaw member-member dia yang dari kalangan ilmuan ka dia dok tengah hai hidu gam Dunlopp tadi? Member-member lekcerer dia naik hangin la, depa dok ada sorang satu pHd tapi kena kencing macam budak 2 tahun.

Maka cerita ni berkisar macam mana member-member dia dok argue dengan statement dia dan macam mana Si John ni menjawap dengan cool dan sempoi. Antara soalan yang smart ditanya oleh member dia (ditranslate dalam bahasa utara), "Kalau ang dah hidup beribu tahun. Awat ang tak simpan artifak ka macam dalam Indiana Jones (Tambah sendiri)?". Dia sempoi je jawap sambil memegang sebatang pen, "Ang tau ni pen kan? La ni semua orang ada pen kan? Ang rasa ang sedaq tak ang akan hidup sampai pen ni jadi satu benda yang rare? Ang ada perasaan tak nak simpan pen ni?".

Ada lagi sekoq tanya dia, "Ang tau dak rumah ang kat mana?". John geleng. Then member dia dok tiaw dia, "Macam mana asal-usul ang pun tak tau?". Pas tu John bidas sambil buat muka seposen, "Ang rasa kalau ang balik ke kawasan perumahan hang yang ang tinggalkan 30 tahu dulu. Ang rasa benchmark-benchmark macam pump station, playground apa suma tu masih ada lagi 100% macam dulu dak?". La turn member dia geleng. Pas tu John tambah, "Tu kalau ang tak balik dalam 30 tahun, aku tak balik dah 13,000 tahun. Dulu semua bukit-bukau ja la bahlol.". Maka member-member dia dok tertunduk tanda keakuran.

Klimaks cerita ni sehingga ada salah seorang bertanya samada John mempunyai pegangan agama atau tak? Dan John terkantoi bahawa dia salah seorang entiti yang penting dalam agama. Member dia tanya, "Nama ang ada dalam bible dak?". John angguk. Dan John mendakwa bahawa dirinya adalah Jesus, yang mana 500 tahun sebelum tu dia pi berguru dengan Gautama Buddha dan dia cuba nak bawa idealogi tu ke Mediterranean. Tapi depa dah salah anggap ingat dia anak Tuhan. Maka member-member John ni angin la kan. Lepas sesi soal jawap, member-member dia akur sebab John tak boleh membuktikan kesahihan melalui sains, dia tak mau buat lab test. Dan member-member dia tak mampu nak deny dia.

Selepas emosi member-member dia kian meletup, member dia tinggalkan dia kat rumah tu. Dalam ramai-ramai, seorang ja dok percaya ngan dia. Minah tu tanya la, apa nama yang dia pernah guna. Tengah-tengah dok sebut nama, sekali dia tersebut nama bapak kepada seorang lekcerer tua ni. Selepas sesi soal jawap terakhir, pak cik tua ni terkejut lantas mati sakit jantung. Dan final ending, John bertukar fikiran bahawa dia nak stay dengan awek yang percaya dia tu hingga ke akhir hayat..perrgghh

Plot cerita ni banyak membuatkan orang tertanya-tanya, dan segala pertanyaan terjawap. Member-member dia memang cekap bertanya, soalan-soalan yang dia tanya memang sama logik ditanya pada realitinya. Klimaks tak ada letup-letup, cuma meletup emosi menangis, menjerit. Dan twist ending memang ummpphh!! Tak macam filem Razak Moheiden, ending macam haram. Sepanjang cerita rupanya hanyalah mimpi semata-mata. Haram jadah!

Soundtrack dia gua perasan. OST dia memang low cost, bukan taruk audio time editing. Tapi jadi OST sebab John tu pasang radio time depa dok sembang. Gua perasan satu lagu Beethoven, 7th Sympony. Memang classic macam 13,000 tahun..haha

Location dia? Paling jauh dia pergi kat area parking rumah tu. Yang lain kat ruang tamu atas sofa aja.

Secara keseluruhan, movie ni antara indie movie terbaik pernah gua usha. Cukup minimalis pada segala unsur filem. Gua salute!!

Ranking : 8.4/10

notaKaki : Gua usha Cerekarama ni, OST dia asyik ulang lagu Nassier Wahab. Scene dia asyik jalan-jalan kat taman, taman kat rumah gua pun masuk TV..hehehe.

0 1Entri 1Malaysia #24 : Review Filem : Iglorius Basterds (2009)



Kalau lu menantikan filem perang ala Pearl Harbor, gua suggest tak payah baca post ni. Walaupun yang berlakon tu Brad Pitt, namun cerita ni adalah sebuah alternate history film for World War 2 (WWII). Ini bukan filem fakta nyata ala Bukit Kepung atau Leftenan Adnan. Ini adalah spaghetti western movie dan boleh disumbat ke dalam genre macaroni war yang di arahkan oleh pengarah yang pernah top dengan Pulp Fiction, Quentin Tarantion.

Tema utama dalam filem itu bukan kekeluargaan, jauh sekali percintaan seperti Cinta Kuliah (Razak Moheiden). Filem yang bertemakan dendam ini mengisarkan dua plot cubaan membunuh Hitler. Hitler yang cacat telur ada sebijik tu pun ganas macam setan. hahaha

Chapter 1 "Once Upon a Time .......... In Nazi Occupied France (1941)" : Cerita bermula dengan pemburuan kaum Yahudi oleh Colonel Hans Landa (Christoph Waltz) lebih famous dalam majalah URTV sebagai The Jew Hunter. Babi, psiko gila mamat ni. Communication skill dia memang kalau Ms Ena Batacharya usha pun kagum. Mamat ni berjaya psiko satu famili France yang menyorokkan satu family yahudi, lepas Landa ni bunuh family tu, dia lepaskan anak Yahudi tu, Shosanna. Yang lain semua setel makan peluru.

Chapter 2 Iglorius Basterds (1944) : Secret Service America telah menubuhkan sebuah kumpulan komando elit yang berperang gaya guerilla untuk menghapuskan Nazi yang bergelar Inglorius Basterds (IB). Lt Aldo The Apache (Brad Pitt) mengetuai kumpulan elit ini yang turut dianggotai oleh 8 orang komando American-Jew. Style pembunuhan kejam oleh IB ni memang famous sampai ke telinga Hitler. Gila lu, geng ni bunuh lepas tu koyak kulit kepala. Apa pulak tak ganas?

Chapter 3 German Nights in Paris (1944) : Selepas 3 tahun kejadian pemunuhan keluarganya, Shosanna telah melarikan diri ke Paris dan menyamar sebagai wanita berbangsa France serta memiliki sebuah pawagam di tengah-tengah kota. Selepas pertemuan pertama Shosanna dan Frederick Zoller (Daniel Brühl), seorang wira Nazi yang berjaya membunuh 300 askar musuh dengan sniper secara solo dan telah propose kepada pihak atasan untuk menayangkan filem mengenai kehebatan dirinya kepada Nazi yang lain di pawagam milik Shosanna. Shosanna yang masih berdendam dengan Nazi sebab bunuh familynya telah merancang suatu plot pembunuhan Nazi secara berjemaah.

Chapter 4 Operation Kino : Geng IB bertemu dengan perisik mereka di sebuah bar untuk mengetahui tentang tayangan filem Nazi. IB telah merangka suatu plot pembunuhan Nazi secara berjemaah ketika mereka stim melayan movie Nazi tersebut. Tapi boleh pulak dorang kantoi time dekat bar time meeting tu. Ada part, sorang mamat tu kena tembak kat telur...perrghh senak kot.

Chapter 5 Revenge of the Giant Face : Segalanya terjawap disini. Gua tak mau spoilkan muvi ni..hahaha

Plot movie macam biasa, Quentin Tarantion memang suka bermain dengan time line. Seperti mana ada penceritaan menggunakan chapter by chapter dalam Pulp Fiction, maka benda yang sama digunakan dalam Iglorius Busterds. Tapi dalam Pulp Fiction, penceritaan chapter by chapter tak synchronize dengan plot tipikal. Dalam IB mudah, macam baca lecture notes. Mudah paham walaupun kuat makan semut.

Watak, Brad Pitt bukan watak utama dalam filem ni. Gua syak Brad Pitt ni kira kambing hitam untuk tujuan promosi aja. Watak utama dia adalah Si Psiko Landa, yang power dalam bidang komunikasi dan berjaya mengantoikan segala komplot-komplot. Memang mamat ni terer gila la berlakon, sampai gua pun jadi psiko usha dia. Watak 8 ekor komando lain tu tak ada apa sangat, berperang je. Pierre Andre pun boleh berlakon macam tu.

Secara kesuluruhan, cerita ni menarik kalau lu olang tak campur aduk fakta dan cerita rekaan Quantin ni. Memang setan la kalau Hitler mati time tengah tengok wayang. Tak ganas langsung. niali-nilai murni dalam cerita ni jangan bunuh mak bapak orang sama jangan jadi talam 2 muka. Mudah kan?

Rating : 7/10

4 1Entri 1Malaysia #23 : Antara Cinta dan Kerjaya



Gua sikalang bergelar bekas pelajar UTP, ada mana-mana HR company yang mengular sambil baca blog gua ni janganlah sombong sangat. Reserve la 1-2 seat untuk gua dalam company tu. Gua tak memilih kerjaya, CEO ke CIO ke Principal Analyst ke Partner pun ok. Janji gua boleh beli BMW 5 Series dalam masa 2 bulan.

Sekarang ni gua sibuk jadi broker rumah, jual rumah Abah gua. Sapa-sapa nak lepak kat bungalow atas bukit tepi bukit sebelah sungai, seberang kampung orang Asli sambil hisap curut Cuba silalah pm gua. Mana tau Abah gua bagi komisen untuk gua beli BMW sebijik.

2 1Entri 1Malaysia #22 : Budak-budak dan Drama Korea

Gua into scene drama korea ni pun tak dak la lama mana, baru jugak. Time gua foundation 2nd semester, time tu drama Full House tengah hangat diperkatakan. Time kelas tanya Han Je-Eun kena apa, kat cafe tanya Rain apa khabar. Perangai macam ni terbawa-bawa hingga ke pusat snuker. Memang tak ganas langsung.

Zaman tu budak-budak tak ada duit lagi nak beli komputer sorang satu, rumet gua pun bawak TV hitam putih buat modal tengok gusti malam-malam. Jadi modal nak tengok drama korea pun kena tengok kat bilik budak yang ada komputer. Kalau nak pergi Korea naik kapal terbang semata-mata nak tengok drama aja, baik gua kumpul duit pergi naik haji.

Episod keluar setiap minggu, jadi setiap minggu gua dan rakan-rakan berjemaah di bilik Ketex untuk menonton Full House. Muka seekor-seekor memang macam samseng kawasan perumahan yang mengimpikan kisah cinta macam novel Alaf 21.

Stereotaip drama korea pastilah banyak mempertaruhkan adegan-adegan air mata dan ababk-babak yang 'so suwwiiittt'. Part babak-babak yang 'so suwwwiiittt' tu, ramailah budak-budak mulut ternganga, bajet yang lari-lari dalam hujan sambil berpimpin tangan dengan heroin tu konon-kononnya yang dorang lah..hak tuih!

Manakala bila tiba part-part sedih tu payah sikit. Saluran air mata dah penuh, kalau pejam kelopak mata kang berlinangan pulak air mata. Gila lu, sumpah tak macho kalau samseng menangis tengok drama korea. Nampak sangat EQ rendah, emosi mudah terganggu. Bila sampai crucial part, untuk melarikan fokus dari plot drama yang menyayat hati, budak-budak ni adalah buat perangai, bumping-bumping bola keranjang, buat alasan nak pergi beli rokok sempat jugak ada yang pergi jamban. Masing-masing cuba menyembunyi pergolakkan perasaan di dalam, takut air mata menitis. Hampas!!

3 1Entri 1Malaysia #21 : Review Filem : Papadom (2009)



Ini filem emosi. Tu first impression gua terhadap filem Papadom arahan pengarah tempatan peberet gua, Afdlin Shauki. Dengan bermodalkan kemenangan besar dengan Anugerah Filem Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke-22 membikinkan gua patut menonton filem ni. Adakah pemenang Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik (Afdlin), Pelakon Wanita Terbaik (Liyana Jasmay) dan Skor Musik Terbaik (Bro Pacai) layak menerima anugerah-anugerah tersebut?

Dengan filem berkisarkan tentang seorang peniaga nasi kandar, Saadom (Afdlin) yang sibuk dengan perniagaannya sehingga mengabaikan keluarga. Namum selepas kematian isterinya (Noorkhiriah), Saadom telah berubah menjadi bapa yang begitu mengambil berat tentang anaknya.

Namun selepas anaknya, Mia (Liyana Jasmay) memasuki UiTM, Saadom terasa ibarat anaknya itu masih kecil dan mentah untuk menghadapi ronak ranjau duniawi (peergghh..ayat gua). Lantas Saadom menyamar sebagai tukang kebun di universiti anaknya untuk memerhatikan dan mengawasi anaknya. Namun Saadom terpaksa mengelak dari terserempak dengan Mia kerana Mia malu dengan kongkongan ayahnya. Dengan bantuan Mat aka WajibTayang (Que Haidar), Saadom dapat meneruskan misi mustahilnya. Tetapi pelbagai dugaan dihadapi Mia yang cuba dijatuhkan oleh Shasha (Scha) yang dengki terhadap perhubungan Mia dan Hisham (Farid Kamil).

Jika sebelum ini filem-filem Afdlin banyak bermain dengan plot, berlainan pula dengan Papadom yang mempertaruhkan emosi sebagai daya tarikan. Emosi yang ditunjukkan oleh Saadom yang amat menyayangi Mia, emosi persahabatan anatara Mia dan Yvonne (Chelsia Ng) dan perasaan cinta Mat terhadap Mia.

Plot cerita ringkas dan mudah difahami. Permulaan dari Munirah mengandungkan Mia ketika mereka masih susah , sehingga Saadom menjadi seorang usahawan. Penceritaan lebih berlatarkan kehidupan Mia di kampus membuatkan cerita ni sedikit terbantut. Mungkin sebab gua masih dekat kampus dan gua menyumpah, "What the hell?? Apahal life dorang kat campus exactly berbeza dengan apa yang gua rasa skang ni?? Awek pun tak ramai kat UTP ni". Mungkin..gua kata mungkin.

Pembinaan watak adalah kekuatan Afdlin yang tak dapat gua sangkal, watak Saadom menunjukkan bahawa dia adalah seorang yang komited terhadap kerjaya, keluarga dan persahabatan. Pembinaan watak-watak kecil seperti En. Hussin (Harun Salim Bachik) dan guru silat botak-Henzy adalah menceriakan suasana dan membantu penceritaan, maka wajarlah untuk diwujudkan watak-watak tersebut. Lakonan Que, Vanida Imran dan Noorkhiriah sememangnya professional, hidup watak Prof. Balqish yang elegan tu. Ohh.. musician antara paling indie kat Malaya, Pete Teo pun berlakon sebagai Alan, selaku member dan funder restoran Saadom. Dah tua Pete Teo..haha

Seperti biasa filem Afdlin pasti berat dengan unsur sarcatism. Sepertimana ditunjukkan bahawa Mia dapat 20A dalam SPM, tak ke terjal tu. Babak dimana jawatan tukan kebun diiklankan dalam internet dan kita sedar sebenarnya penggunaan ICT masih tak menyeluruh. Watak Que sebagai WajibTayang adalah runcing buluh sebenar, dimana Afdlin cuba menunjukkan nasib filem tempatan yang wajib tayang dalam tempoh tertentu saja. Lepas tu tayang masa macam setan, time office hour. Habis masa wajib tayang, bolehlah pasang cerita Batman balik kat cinema. Babak Prof Balqish dan tukang kebun makan nasi bungkus bersama? Tak pernah gua usha kat UTP ni ada Prof lepak dengan brader-brader yang pakai t-shirt AZAR sambil makan nasi bungkus.

Pada aspek skor musik yang disusun oleh Pacai sememangnya tak payah lu nak lawan. Gua rasa pengalaman dari filem Sepi dan Cinta yang mana kedua-dua filem memerlukan musik sebagai medium utama telah membuatkan Pacai menjadi seorang pengarah musik yang bagus. Pop-up kumpulan boria pada awal dan akhir filem ini mengingatkan gua kepada filem There's Something About Mary. Tapi kemunculan boria tersebut memang wow!! Gua sendiri dah lebih 10 tahun tak tengok boria. Kebanyakan soundtrack adalah lagu ciptaan Pacai & Co serta dinyanyikan oleh Afdlin sendiri. Ada beberapa lagu luar seperti Hujan Bunga di Kuala Lumpur nyanyian Ana Raffali.

Secara keseluruhan Papadom adalah suatu subjek baru dalam penciptaan Afdlin. Unsur humor yang minimalis dan padat dengan emosi. Sebuah filem yang tak mengambil banyak ruang memori untuk memproses kerana Papadom adalah medium yang ringan untuk ditonton.

Rating : 6.8/10

notaKaki : Janganlah terlampau beremosi dengan tanah- Harun Salim Bachik

0 1Entri 1Malaysia #20 : Flyers Batu Dunia Anda-9



Zaman muda gua banyak dipenuhi dengan cerita-cerita 'Gig Minggu Ini'. Dan disebabkan faktor usia yang kian meningkat, gua dah julung-julng kali ke gig. Tetapi gua bersama beberapa manusia telah berjanji setia, walau sesibuk manapun kami. Kami terpaksa meluangkan masa untuk menghadiri Rock The World.

Maka flyers untuk tahun ni dah keluar. Vanue berubah, sistem 3 stages diperkenalkan semua. Dan tahun ke 7 gua berkecimpung dalam arena moshpit RTW. Dan gua rasakan sistem 3 stages adalah sistem paling tak best kat dunia. Lepas berselerak kat moshpit, nak cari member balik memang payah. Tau-tau ada kat stage sebelah. Macam haram!

Vanue pun dah berubah dari KLCC ke Stadium Merdeka dan kini di Sunway Lagoon. Nak samataraf dengan MTV World Stage hari tu kot. Mungkin sedap sikit kot, kat Sunway payah nak cari public transport, maka kurangkah populasi budak-budak sekolah. Tu pun ada hati nak masuk moshpit, lutut gua dah sama tinggi dengan kepala dorang, risau je gua.

Line up band?? Sekarang ni pop culture dalam scene adalah indie. Semua nak indie, music, t-shirt and indie art. Maka line up pun taste budak-budak sekarang. Tapi gua usha tak ada band otai-otai mcmam sebelum ni Roots n Boots, Butterfingers, Sil Khanaz, The Pilgrims (mungkin tgah g haji) dan Langsuyr. But ini list band yang bakal membuatkan gua bangkit di mosh pit nanti.

  • Love Me Butch
  • The Otherside Orchestra
  • Republic of Brickfield
  • Kugiran Tepi Pantai (Surf music beb)
  • Y2K
  • 7 Collars T-Shirt
Ok..malas cakap banyak. Jumpa kita di sana!!

2 1Entri 1Malaysia #19 : TOY0169 Kejuruteraan Menoyol

Toyol merupakan sejenis makhluk halus berwarna hijau kecik dan suka merembat duit. Untuk membela toyol orang kata hanya bagi dia sedut darah ibu jari kaki, gua tak tau lah apa tebiat toyol ni. Dalam banyak-banyak anggota badan kenapa dia pilih ibu jari kaki, tapi ok la kan. Kalau dia pilih anggota lain untuk dihisap darah memang ramai pembela toyol pakai viagra.

Walaubagaimana pun toyol di peringkat universiti adalah berbeza dengan toyol makhluk halus tu. Toyol di universiti adalah sebuah hasil teknik peniruan wajib digunakan ketika kuiz, sunat di peringkat test dan harus di peringkat final exam. Dalam membuat rumah, enjin ataupun software, hal-hal kejuruteraan amat dititikberatkan untuk membina sesuatu yang kukuh dan efisyen. Hal yang sama digunapakai dalam pembikinan toyol. Kejuruteraan toyol amat penting untuk memastikan toyol anda tak membuatkan anda sakit ibu jari kaki akibat menerajang pintu di masa kelak.

Selama beberapa tahun gua belajar di sebuah universiti swasta di Perak (campur extend), pelbagai kejuruteraan toyol dah gua perhatikan (dan alami). Gua rasa gua dah boleh dapat Nobel Prize untuk hal-hal ketoyolan ni kalau isu toyol boleh diterimapakai oleh masyarakat setempat. Ayuh kita lihat bagaimana untuk menghasilkan toyol yang efektif dan efisyen.


  1. Peringatan. Sila pastikan toyol anda realible untuk ditiru. Toyol ditulis dengan fakta, bukan auta!! Apa yang anda hendaklah tepat dan selari dengan segala fakta dan teori yang anda pelajari dalam kelas. Jangan nak buat-buat pandai menulis toyol dengan fakta dan teori rekaan sendiri. Masuk periksa pun bawak toyol, inikan ada hati nak buat teori sendiri. Hak tuih!! Segala formula matematik yang dibawa masuk juga hendaklah tepat! Jika formula di dalam toyol pun tunggang langgang, maka sia-sia aja anda bawak toyol. Cuba kalau anda kantoi bawak toyol pulak tu, tak ke macam haram. Dah la toyol salah, failed lagi subjek tu. Punah segala impian, hancur segala harapan.


  2. Pastikan toyol anda ditulis dengan menggunakan kertas seminimum mungkin. Ingat!! Toyol adalah bantuan kepada crucial part dalam subjek, bukan bantuan kepada keseluruhan subjek yang dipelajari satu semester. Maka toyol anda hendaklah seminimum mungkin, pernah ada kes budak bawak toyol setebal 25 helai. Itu bukan toyol, itu namanya KITAB!! Baik bawak masuk buku teks aja!!


  3. Untuk memastikan toyol anda efisyen, pastian anda hanya menulis kata kunci yang penting aja dalam toyol. Tak payah nak buat pandai tulis pendahuluan dan penutup dalam toyol macam karangan SPM dulu. Itu satu tindakan yang kurang bijak. Sumpah examiner tak bagi markah lebih untuk perbuatan anda tersebut.


  4. Pastikan tulisan tangan anda kecil dan kemas. Semakin kecil tulisan, semakin kurang kertas digunapakai. Tapi jangan jadi bodoh dengan menulis toyol kecik-kecik sampai kena pakai mikroskop nak usha. Masa itu emas!! Anda tak ada masa nak pergi lab curi mirkorskop dan kembali ke dewan peperiksaan semula. Kecantikan tulisan tangan juga di ambil kira untuk menghasilkan toyol yang efektif. Kalau tulisan buruk macam setan sampai lu pun tak boleh baca, tak ke ianya satu tindakan bengap?


  5. Faktor penggunaan kertas juga penting dalam menghasilkan sesebuah toyol. Jangan jadi bodoh buat toyol dengan menggunakan manila kad. Susah nak lipat dan selit-selit di bahagian tubuh anda. Kalau selit kat pinggang, sakit juga perut kena cucuk dengan manila kad tersebut. Pastikan anda menggunakan kertas yang mudah dilipat. Contoh terbaik slip kedatangan peperiksaan.


  6. Dakwat pen juga jangan merepek-repek. Sila pakai dakwat pen yang boleh diterima akal, jangan jadi kurang bijak dengan menulis di kertas putih dengan menggunakan pen berdakwat putih. Bagi yang menggunakan belakang kalkulator sebagai medium, sila gunakan pencil. Jangan ingat pengawas peperiksaan itu sama bodoh dengan anda sampai dia tak perasan kalau lu tulis belakang kalkulator dengan dakwat berwarna hijau polis trafik. Apa lu ingat ni sesi nak buat peta minda ke?


  7. Faktor kod pemakaian juga penting. Kalau anda mahu menjadi penoyol, jangan sesekali mencari publisti murahan dengan memakai pakaian yang mencuri perhatian ketika masuk dalam dewan peperiksaan. Seperti memakai set baju lengkap siap bersamping, set kot berwarna bendera Malaysia ataupun jaket yang ada labuci macam baju Ramlah Ram. Perbuatan-perbuatan begini adalah umpama menghiris keris ke perut sendiri. Ingat ini hal nak lulus exam, bukan nak pikat pengawas peperiksaan. Kod warna yang selamat adalah warna-warna bumi iaitu hitam, cokelat, maroon dan kelabu.



Berikut adalah tips yang disarankan oleh Mok jika anda terkantoi. Ingat!! Yang jadi pengawas peperiksaan tu adalah pensyarah yang mana majoriti dari mereka adalah mamat phd atau paling cikai pemegang Ijazah Sarjana atau Master. Anda masih mengkais-kais untuk mendapatkan segulung ijazah.

  1. JANGAN buat eye contact. JANGAN! Ini kesalahan biasa yang dilakukan oleh rookie rookie peniru peniru tegar.


  2. Alihkan kertas jawapan ke arah pandangan kamu. Arah mata pastikan ke atas kertas jawapan. Buat buat sebok berfikir dan jangan terus menulis.


  3. Buat muke selamba dan tak bersalah. Jangan takut. Dia tak ada bukti kamu meniru. Dia tak rekod setiap perlakuan kamu pakai video cam. Teruskan menulis seperti biasa.


  4. Bila kamu disoal, jawab dengan tenang. Kawal pernafasan dan jangan huru hara. Dia psiko je tu. Layankan je die dulu. Agak agak die tak dapat kantolkan kamu, die pon blah aa.


  5. Sematkan dalam fikiran, "Tak kantol Tak kantol". Keyakinan diri amat penting bagi menhadapi situasi mendebarkan seperti ini.


  6. Kalau kene halau jugak, ready je lah nak enroll lagi subjet tersebut sem depan. Takde hal lah extend satu semester lagi.


******************************

Gua sarankan study dulu sebelum menggunapakai tips-tips peperiksaan yang gua sarankan ni. Ini adalah talian hayat terakhir!! Ingat terakhir!! Bukannya panduan utama untuk memasuki dewan peperiksaan!!

Ok jam askar dah pukul 1420, gua nak mandi pagi.

Selamat Mencuba~


notaKaki : Tips diatas adalah berdasarkan pengalaman yang dikutip oleh penulis dan rakan-rakan. Kalau kantoi jangan tuju kat gua, atau gua tinju muka lu~.

2 1Entri 1Malaysia #18 : Review Filem : Mystic RIver



Gua dengar nama Clint Eastwood sebagai pengarah, apa ini cerita cowboy zaman modenkah? Sememangnya penaakulan mantik gua tersasar sama sekali, Mystic River adalah sebuah filem thriller berat yang memaparkan kehidupan sebenar. Baik dari segi penceritaan, watak, latar masa dan emosi filem sendiri.

Bermodalkan Sean Pean yang memegang watak sebagai Jimmy Markum seorang pesara tetap mafia dan rakan-rakan sepermainan yang telah lama tak berhubung; Dave (Tim Robbins) dan Sean (Kevin Bacon) sebagai 3 tunggak utama dalam filem ini.

Permulaan yang berlatarbelakangkan tahun 1975, ketika 3 sekawan ini berpeleseran di tepian jalan, Dave telah diculik dan diseksa secara seksual. Berdetikkan dari masa itu, Dave kian dihantui mimpi ngerinya hingga ke masa dewasanya.

Selepas 19 tahun berlalu, ketiga-tiga orang sahabat itu ditemukan semula selepas kematian tragik anak perempuan Jimmy, Katie yang dibunuh. Sean telah dikerah untuk menyiasat kes pembunuhan tersebut. Secara tidak langsung, Dave pula menjadi suspek kes kerana dikatakan dengki dengan impian remaja yang dicapai Katie. Kes menjadi leboh rumit dengan campur tangan Jimmy yang ingin membalas dendam di atas kematian anaknya. Jadi apajadahnya perkaitan Mystic River dengan cerita ni? Ada kaitan, kat hujung cerita Jimmy ada sebut sekali Mystic River. Dan misteri pembunuhan Katie kian terlerai.

Plot filem bergerak dengan agak perlahan. Gua telah menghabiskan 4 batang rokok di dalam duras 2 jam 17 minit filem tersebut. Pembawakan watak sememangnya berkesan, terutamanya Sean Penn yang berjaya membawa emosi penonton. Sememangnya tak dapat disangkalkan lagi kewibawaan Penn yang berjaya mengondol Anugerah Oscar 2003 bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik dalam filem ini.

Ciri-ciri koboi Amareka juga sarat dibawa dalam filem ini. Sememangnya Eastwood dan rokok tak dapat dipisahkan. Dalam filem ni cakap sikit hembus asap rokok, cakap sikit rokok. Tapi secara keseluruhan filem memang sarat dengan emosi yang cukup ummpphh.

Rating - 7.5/10

3 1Entri 1Malaysia #17 : Masa-masa kecederaan

Anda ingat kisah Perlombongan Data? Esok Perlombongan Data Musim Kedua, musim baru selepas hero gagal dalam musim pertama. Adakah pengakhiran cerita sedih seperti musim pertama? Ikuti drama penuh konflik, pertelingkahan dan aksi ini. Doakan hero menang besar dalam musim ini. Hero tak larat nak extend dah.

3 1Entri 1Malaysia #16 : Akhirnya Bola Sepak Malaysia Di Kancah Pentas Bola Sepak Dunia

Semenjak hampir 2 dekad ini bola sepak Malaysia memang macam nak kena sepak. Namun akhirnya nama Malaysia kian disebut-sebut di dalam arena bola sepak dunia. Klik sini. Ohh..sila baca dengan iringan lagu Made in Malaysia - Roots n Boots.

2 1Entri 1Malaysia #15 : Kehidupan Seorang Penjahat

Di malam yang tenang, bulan pun sayup-sayup kelihatan,

-----

"Achan, ko kena tolong aku ni!! Aku ada job besar ni,"

"Apa dia? Cakap slow-slow. Jangan kalut sangat,"

"Aku tengah perang ni. Perang besar ni!! Dia punya pengikut tak nak beratus pulak."

"Kalau aku tolong ko nak bagi apa?"

"Hmm..aku bagi machine gun sama diamond ring,"

"Ahh...aku nak bullet proof limousine,"

"Ok lah!!"

----

----

----

Seronok hidup macam ni, dapat hadiah tiap-tiap hari. Orang UMNO pun boleh keluar parti kalau macam ni.

----

----

kataKunci : MafiaWars

4 1Entri 1Malaysia #14 : Autopsi Menakluk Gua Tempurung & Memburu Durian Part III

"Assalamualaikum," budak masjid yang duduk kat tingkat atas rumah aku memulakan bicara. Lembut aja bunyinya.

"Waalaikumsalam," gua jawap sambil sandang beg Deuter kaler merah. Gua usha kopiah kat kepala dia dan keadaan langit yang dah mula gelap, gua syak mamat ni nak ke masjid. Budak masjid mesti pergi masjidkan? Tak kan nak lepak kat Pusat Snuker Champion pulak.

"Anta baru balik dari rumah ke?" mamat tu berana-anta dengan gua. Selamat gua paham ana-anta, gua dulu sekolah ada ambik Bahasa Arab Komunikasi.

"Tak lah, baru balik gua," jawap gua selamba sambil buat muka.

Mamat masjid tu beredar bila dengar jawapan gua. Gua syak mungkin gua kena caci maki dalam bahasa arab kot sebab jawapan gua tadi.

-------------

Semalam gua bersama beberapa rakan-rakan memulakan penjelajahan yang cukup thrill, lagu tema penjelajahan kami adalah Thriller nyanyian MJ. Master plan budak-budak sebenarnya nak ke Gua Tempurung. Gua sebenarnya pernah ke Gua Tempurung tahun lepas, dan disebabkan Gua Tempurung tu best macam eskrem cornetto perisa strawberi, maka gua nak join sekali.

Ketika hari kejadian, kondisi badan gua tak berapa nak power. Kepala terseliuh, kaki asyik krem diakibatkan headbanging melampau pada malam sebelum hari kejadian. Memang gua dah sedar usia sebenarnya penghalang kepada kemampuan fizikal. Macam enjin dah power, sekali body kereta rim bengkok, bumper dah jatuh, cermin retak. Lu lenjan 160 kmj ok lagi, tapi lepas lenjan memang lu letih sikit la, nak kena kutip bumper, lampu, wiper, rim, drive shaft kat atas jalanraya. Maksudnya kekuatan body kena setara dengan kekuatan jiwa, kalau tak nanti nescaya menderita.

Tapi disebabkan gua high determination guy, gua kuatkan semangat untuk ke Gua Tempurung. Peserta yang ikut semuanya 11 orang termasuk gua, 8 orang laki dan 3 orang aweks. Budak-budak ni dah kena basuh dengan beberapa pihak yang mengatakan Gua Tempurung tu gila babi thrill macam nak naik Gunung Everest. Kasut tercabutlah, seluar koyaklah dan tak kurang yang kata boleh mati kalau masuk gua tu. Gua potong hujah-hujah mereka dengan menggunakan pengalaman gua, gila apa bunyi masuk gua macam nak pergi perang. Rilek-rilek sudah, orang dulu sempoi je bikin gua sebagai rumah. Best, sejuk, gelap dan sesuai untuk penidur-mpenidur hardcore , cuma tak dak Astro ja. Payah sket nak tengok bola, kena g mapley.

Gua malas nak menulis, ushalah cerita bergambar gua ni.


*Ini muka tak penat lagi, bajet stimina macam Watson Nyambek.



*Kami jumpa batman dalam gua. Dia pandai berlakon teater.


*Kat sini kelemahan gua terserlah. Habis semua ilmu silat gua keluarkan, semuanya tak mampu menangkis KEGAYATAN gua!!



*Belakang tu ada kerusi mable, tempat lepak komunis curi tulang time darurat kata Pak Mat (guider)



*Badan gua berasap. Serius!! Mungkin sebab kuat smoke sangat ni!! Ohh..kat sini gua minum air gua tu sampai kenyang.


*Pek boleh bantai cuci stokin yang mana dah hampir 5 tahun tak tercuci. Dengar kata lepas gua balik Gua Tempurung kena kuarantin.


*Ohh man..this picture was taken right after we found out exit way..pancit superr!!!



*Ape kelas dah masuk gua tak makan makanan mentah. Kami ke Sushi King untuk menikmati ikan mentah. Baru thrill!!



*Muka dah jepun makan sushi king, memang Shun Ogari lah gua. Ohh ya, di sebelah kiri gua Nur dari Melaka dan Naiem dari Ganu. Gua dah cakap gua orang Taiping, bukan Shun Ogari. Diorang tak caya!!

*Sushi Queen, baru jadi janda. Laki dia tinggalkan Chain Restaurant Sushi King kat dia sebagai wasiat.


*Budak-budak ni berpakat nak bawak pelancong dari Jepun (gua) makan durian. Gua ikutkan je.



*Gua ingat gua paling power makan durian. Akhirnya gua dah jumpa 'Pemburu Durian' sejati. Tangkas, Senyap, Tepat, Lincah dan Ayu. Ini memang boleh masuk tabloid Metro.



*Perut kenyang suka hati, hisap rokok cepat mati!!


*Destinasi terakhir, Cendol Pulut Gopeng!! Boleh bawak gaduh la jugak!!
*Chow, awek sama dengan bukan weeekkkk!!


*Penantian suatu penyeksaan, tu la sebab ramai dari mereka masih membujang.


*Pose manja gua untuk peminat-peminat!!

1 1Entri 1Malaysia #13 : Tentatif Hujung-hujung Kehidupan Seorang Pelajar #3

Gua dah tengok bintang, bintang tengok gua. Bosan gua agaknya kalau boleh diukur pakai pembaris gamaknya dah sampai ke bulan tingginya. Nak tulis puisi cinta pun serba tak kena, belum musim mengawan lagi. Tepat pada masanya Pek Si Anak Pelakon Drama Radio menghubungi gua dan menjemput gua untuk ke Ipoh.

Dengan mengunakan memori 2 minit, pantas gua mencapai seluar jeans gua yang separa lusuh dari belakang pintu. Kais minyak rambut secukup rasa dan gua kasi sentuhan terakhir dengan bau-bauan Acqua di Gio tajaan Abah gua. Gua pandang cermin dalam-dalam dan usha gambar Edward Cullen.Gua pandang cermin balik seraya berkata, " Tak lari jauh dengan Cullen ni."

Berbekalkan Proton Gen-2 berenjinkan Cam Pro serta bertemankan Din Teater, Iman Tokeh Zoo dan Pek Si Anak Pelakon Drama Radio, gua berangkat ke Ipoh untuk berhibur. Elok selepas parking kereta betul-betul depan kaunter tiket wayang, gua dan rakan-rakan memulakan acara brainstorming untuk memilih seleksi filem.

Cerita Micheal Jackson? Ini semua propaganda Hollywood. Baik gua usha cerita Harry Meet Sally, baru romantis. Pek Si Anak Pelakon Drama Radio memanggil gua. Gua saspen. Ingat Thiery Henry ada berlakon filem dengan Maria Ozawa. Rupanya nak tunjuk gua muka Maya Karin.

"Cerita apa ni Pek?" gua pura-pura buta huruf tanda malas baca poster.

"Pisau Cukur," jawap Pek ringkas dan padat, sesuailah dengan kejaya dia sebagai anak pelakon radio merangkap wartawan utusan. UPSR dulu mesti A dalam Bahasa Melayu Pemahaman.

Gua usha poster tersebut, memang ramai gila nama awek. Diketuai dengan Khatijah Tan, diikuti dengan Maya Karin, Fazura, Nabila Huda, Sharifah Sofia, Umi Aida dan Liyana Jasmay. Ini cerita pasal awek ke apa?

Tanpa melengahkan masa kami memilih untuk menonton filem tersebut. Gua dah lama tak menonton filem melayu, kali terakhir Los dan Faun. Seleksi dibuat, Pisau Cukur.

Selepas setel bergaduh dengan budak jaga kaunter, kami melangkah ke pawagam 4. Usha penonton dan hampir semuanya wanita, yang lelaki pun datang sebab nak teman awek. Ada group gua aja yang lelaki. "Ramai jugak perempuan nak jadi piasu cukur ni," gua cakap slow-slow dalam hati takut orang row belakang dengar. Kaki dia pun rapat dengan kepala gua. Tak payah gerak lebih.

Filem tersebut kalau buang Maya Karin memang boleh bikin gua bakar panggung la. Berlatar belakangkan sebuah cruise yang hanya layar hijau semata-mata (70% CGI). Plot cerita pun tak banyak berkembang, tak ada langsung lagu tema. Lawak yang tak perlu pakai otak untuk translate. Gua nasihatkan kepada sesiapa yang nak tengok dekat wayang tu elok batalkan saja niat lu. Tunggu tayangan dekat TV time raya tahun depan.

Lepas menatap Maya Karin kami ke Medan Gopeng. Sebagai Burger Hunter, gua memang tak boleh cari pasal kalau ada orang story burger sedap. Nice Burger bertentangan dengan Old Town White Coffee agak menarik. Gua order burger rusa special cheese. Memang rasa dia umpph. Rasa rusa dalam burger gua. Time kunyah tu tak ada pulak tergigit tanduk dia. Mayonis dan sos dia memang teerrbaik!! Lepas kenyang, kami pun beransur pulang.

Sepatutnya tentatif gua sedang berkisar gua tengah study sebab sekarang ni exam week. Apa dah jadi ni??

1 1Entri 1Malaysia #12 : Musik Petang Hujan Ini



Gua rasa sedikit mellow ketika ini, mungkin disebabkan gangguan hormon. Nak buat kerja pun dah tak ada kerja, nak mintak kerja pun rasa macam ekonomi negara membuatkan company tak mau amik pekerja baru. Tengok movie pun rasa macam nak penerajang pelakon-pelakon baru ni, tak dak gaya Al Pacino sama Robert De Niro langsung. Berlakon filem macam berlakon teater Majlis Perpisahan Guru Besar time sekolah rendah. Tak dak kualiti.

Tak pa, gua nak habiskan masa-masa terakir gua di UTP dengan keamanan. Gua kepilkan gambarajah gua dan rakan-rakan ketika dibelanja supervisor gua, Mr Hilmi Hasan aka Bro Tu-Pac. Sayonoara FYP!! Hahaha


0 1Entri 1Malaysia #11 : Review 500 Days of Summer


Di suatu hari musim panas kat Amareka...

"Siah...aku betul-betul suka kat kau," kata Kamarurashid kepada Samsiah, wanita jelita rambut kaler hitam tak botak tengah. Samsiah mengangkat kepalanya.Merenung dalam mata Kamarurashid yang gilakan brit-pop, lagi-lagi The Smith, bukan Will Smith. Sunyi.Tajam mata Samsiah menusuk dalam mata Kamarurashid.

"Apa dia?" tanya Samsiah .

"Aku betul-betul suka kat kau,Siah," jawab Kamarurashid, gagap seperti berhadapan dengan guru disiplin.

"Ok,tapi ada syaratnya.I nak kita suka sebagai kawan,sahaja,tak boleh lebih dari tu,"jawab Siah,tegas.

"Errr...ok..I boleh accept apa yang u mintak," jawab Kamarurashid.

"Dan lagi satu...kita boleh keluar dating,kita boleh keluar dinner,kita boleh gi shopping,tapi..." sambung Samsiah lantas menimbulkan unsur kejutan. Kamarurashid terdiam.

"Walaupun kita buat benda sama-sama lepas ni,I tak nak u labelkan I gelfren u. I tak suka u admit u boyfriend I dan I tak wish u yang akan jadi husband I.Setuju?" tanya Siah. Tergamam sekejap Kamarurashid. Dalam hatinya walaupun sedikit terkejut tapi dia sangat gembira kerana Samsiah memberikan respons juga.

Sudah terlalu lama Kamarurashid memendam hati, merindui Samsiah dari jauh.Tanpa berfikir panjang,mungkin kerana sudah terlalu gembira untuk menjadi lelaki idaman Samsiah, pantas Kamarurashid menjawab,"I setuju!" ; mengharapkan agar mungkin hati Samsiah akan berubah dimakan waktu. Sedar tak sedar,Kamarurashid melakukan kesilapan pertama dalam permulaan diari cintanya yang masih teruna dan akhirnya menghancurkan pegangannya sendiri.

Tapi akhirnya musim bunga akan menjengah tiba.


Filem ini bukan filem cinta. Filem ini filem "akibat cinta."


Rating filem : 8.5/10

1 1Entri 1Malaysia #10 : Vintage Sesi Latih Tubi Fizikal

PERHATIAN!!!

Esok pagi ada Latih Tubi Ketahanan Fizikal tepat pada jam 7.27 pagi di Court Tenis, pakaian T-Shirt putih, Seluar Track, kasut hitam, stokin belah kanan kaler putih, belah kiri kaler hitam.

Sapa lewat kena lempang!!

Teks di atas adalah contoh memo yang diturunkan di papan tanda asrama pada setiap Subuh hari Ahad. Sebagai seorang junior ketika itu, sememangnya inilah mimpi ngeri yang perlu dihadapi setiap minggu. Harap nama aja Latih Tubi Ketahanan Fizikal, tapi dia punya latihan (senaman) tak nak macam nak train askar supaya boleh berperang dekat tengah Gurun Sahara. Memang penderaan fizikal tahap pertama!!

Biasanya ada seorang junior yang ditugaskan untuk mengejut senior-senior conductor senaman! Kerja dia memang saling tak tumpah macam kerja kejut harimau bangun dari tidur, kalau silap cara kejut kena makan pelempang. Dan la kena kejut diorang, pas tu kena makan pelempang lagi tu. Tak ada belas ihsan sesama manusia langsung.


*Ni gua form 1 kot, zaman rambut belah tengah sama minyak rambut Tenco berleluasa

Bila tiba di Court Tenis aja, perasaan pelik pasti akan menterjah dalam perasaan setiap insan. Jadah apanya budak-budak pakai stokin sebelah lain, sebelah lain? Rasanya kalau gua jumpa senior yang pioner idea ni memang gua tumbok rusok muda dia. Apa dia ingat dengan memakai stokin kaler berlainan dapat merangsang penggunaan kedua-dua belah otak sekaligus? Dr. Fadzilah Kamsah boleh tepuk dahi.

Senaman hiper akan dimulakan dengan sesi panas badan, walhal gua rasa perasaan panas dihati tu dah cukup dah. Lantas elepas masing-masing kelihatan 'cukup panas', kami dikerah untuk berlari sekeliling kawasan asrama yang seluas lebih kurang 500m. Ye berlari la sial!! Bukan joging, 7 kali pusing asrama selama 7 minit. Kepala jimbet dia!! Dia ingat semua orang laju macam Usain Bolt ke? Dah tu semua ceruk shortcut ada aja senior yang menjaga. Untuk memastikan junior-junior menderita, senior-senior ni sanggup bangun pagi untuk jaga shortcut supaya junior tak main tipu. Perangai masing-masng pendengki nauzubillah.

Esok habis 7 pusingan, sementara hutang oksigen tak habis berbayar lagi, kami dikerah untuk bikin tekan tubi, sit up dan beberapa lagi senaman tradisi. Let say, bumping, bumping dia tak mau ikut standard lak tu. Kadang-kadang bumping diamond, clap bumping dan lain-lain. Teknik pengiraan paling sial sekali. Selalunya dah kira sampai 40, senior tu akan kata "Ehh, lepas 40 apa ek? Satu ek? Ok..kitart dengan satu..dua...". Teknik pengiraan yang sama dibuat (-buat) keatas semua senaman. Kepala hotak dia, apa cikgu matematik dia time sekolah rendah tak buat kerja dengan betul ke apa?

Penutup senaman selalunya adalah jumping star, dia dikira macam 5 setiap sisi means 5 sisi depan, kanan, belakang, kiri dan depan balik. Last sekali mesti tepuk sama-sama kat atas kepala. Tu 5 setiap sisi memang gua tak pernah dapat la angka tu. Selalunya dia pancing budak, "Lu nak berapa setiap sisi?", "10 bang". "Lu plak?", 15 bang. Last sekali dia campur semua-semua jadilah 60 setiap sisi. Part ni pandai pulak dia dalam bidang matematik, tambah-tambah. Tadi mengira pun tak pas. Dah 60 tu, kalau tepuk last sekali bunyi macam taik lembu jatuh dari langit. Kena ulang baliklah semua. Macam sial.

Majlis penutup disambut secara sederhana dengan nyanyian lagu sekolah. FYI, asrama gua menempatkan beberapa sekolah yang berlainan. Lagu sekolah lain semua mahasa orang putih, budak sekolah gua nyanyi lagu sekolah slow-slow aja sebab lagu sekolah gua bahasa melayu. Tak glamour.

Apa yang gua dapat dengan sesi Latih Tubi Fizikal yang diadakan betahun-tahun ni? Badan memang tak tough macam Malek Noor la, tapi gua dapat kemahiran lari dari kereta polis time fly, dan stimina untuk memanjat pagar sekolah. Memang Berguna!!

4 1Entri 1Malaysia #9 : Siri Autopsi #11 : ITIS Outing and BBQ Night

Seperti berlawan post dengan Bro Ben, gua pun nak eksyen aktiviti kekeluargaan gua juga. Tapi kali ni bukan bersama keluarga sedarah, tapi keluarga besar Computer Information Science Dept. Nov 2009 class punya family. Pendek kata rakan-rakan sekelas gua.

Setelah perancangan sejak bulan puasa dan persiapan rapi yang dibuat dalam seminggu gua dan rakan-rakan (seramai 80 orang!!!) dikepalai oleh beberapa wanita gigih menuju ke Teluk Batik pada Sabtu lepas untuk ITIS Outing and BBQ. Gua malas nak story panjang-panjang, ikuti laporan bergambar ini.



*Ini memang real punya konvoi, lu jangan cari pasal!!


*Amacam? Gua ada gaya macam Suria Baja Hitam atau lebih dikenali dalam bahasa ibunda Mask Rider?



*Budak-budak konvoi dari UTP, gua dan committee members yang lain dah bertapak kat Teluk Batik, Ejas-ejas tanah kasi rata pakai vibratory roller.



*Gua tau, ramai yang memaki hamun usha gambar ni. Biar la, ni blog gua. Gua punya suka nak letak gambar apa pun!! haha


*Sesi ambil gambar kat luar, nak lenjan challet tak bley. Gila lu 80 orang nak sumabt sebiji challet?



*Sebagai urusetia sukaneka yang bertauliah, gua memberi taklimat sebelum budak-budak bikin gamat.



*Oyomac, geset, go!! Gua jerit!! Lari macam Bolt!!



*Sebagai refree, gua pun nak main game jugak. Gila lu, best kot games yang gua cipta.


*Kalau sesetengah parti terkenal dengan main kotor ketika pilihanraya, 2 manusia ni pun boleh tahan jugak perangai. Macam orang UMNO, bak kata budak rumah gua.


*Selepas tamat sukaneka, gua bikin sukan sendiri iaitu 'Jom Main Campak-campak Member'. Mamat ni pernah wakil Perak untuk SUKMA dalam kategori renang. Biar dia berenang ke Pulau Pangkor sekalipun, jangan harap dia lepas dari cengkaman gua!!



*Iklan Ubat GiGi Cap Siput!!



*Ok, member-member gua marah dengan gua. Maka tiba giliran gua kena campak pulak!!




*Selepas penat bermandi-manda, kami bermanja-manja di daratan sambil makan bengkang roti.




*Budak yang kena tanam ni dah berumah tangga, tapi berdasarkan pengamatan gua melalui gambar ni. Dia masih tak bersedia menerima cahaya mata.




*Siapa kata Tiger Wood tak main pantai? Ini buktinya gua member dengan Tiger Wood!!


*Orang time maghrib balik rumah, budak ni lagi mau loncat-loncat. Kang ada yang kena rembat!!



*Time malam gua turut terlibat dalam persembahan, main lagu runcit-runcit. Tapi budak perempuan ni, suara dia bukan satu yang runcit-runcit!! Percayalah



*Merujuk post sebelum ini, gua dapat crown sebijik lagi semester ni. Dengan penganugerahan 'Lelaki Terhangat Di Pasaran'.. Memang mata budak-budak ni jelas dan tak rabun!



*Bila gua pakai crown tu, gua rasa ramai yang nak terajang. Tapi bila orang lain pakai nampak ok pulak. Ohh ya, crown tu kaler pink!! Gua ulang suara, kaler pink!!




*Ini team gossip gua, telinga diorang memang sharp. Boleh dengar apa-apa gosip walaupun dalam frequensi yang rendah.




*Akhir sekali, gambar keluarga ITIS Class Dec 2009. Sila perhatikan sosok di barisan belakang di antara 2 gadis (5 dan 6 dari kanan). Seram bukan? Seram kan? Kan?




notaKaki : Good Luck to all my friends for final exam in this final semester~.