0 Pendekar Harimau Berantai


*Bergambar dengan seluar pinjam.

Jam askar dah tunjuk 0307, Chin Peng aka Pero masih hijau lagi di G-Talk. Gua kelik kat nama Chin Peng dalam list g-talk gua.

"Lincah lu malam-malam raya tak tidur lagi?" gua tanya slow-slow.

"Aku baru bangun kot," Pero menunjukkan beliau tergolong dalam kategori nucturnal.

"Seronok sangat kot raya,"

"Boleh tahan la,"

"Biasalah, baru terlepas dari rantai memang seronok,"

"Ko patut cakap dengan air dalam tempayan,"

Gua tersenyum simpul sambil baca ayat terakhir.

2 Makhluk Tuhan Yang Seksi

Gua rasa nak jek aja ulu hati pencipta Sexy Award ni. Kalau dia cipta award ni berserta hadiah bernilai jutaan ringgit sedaplah sikit hati aku. Gua telah dinominasi sebagai pemenang anugerah ini oleh beberapa blogger yang sedar tentang keindahan alam, dan ketinggian langit dan bumi.


~*~*~*~*~*~

Nyatakan 6 Fakta menarik mengenai pemberi award ini:

Mengenai Ain Suffian :

  1. Wanita yang sering lu jumpa dalam majalah Nur ataupun majalah Asuh (10 tahun lepas).
  2. Kasut Ain yang setebal 4 inci merupakan sebuah senjata rahsia untuk menghapuskan lelaki-lelaki jahat di luar sana, pegawai kastam kat airport pun tak boleh detect senjata ni. Nantikannya di pawagam berhampiran.
  3. Lu boleh tertipu dengan usia dia, sekali imbas muka dia macam belasan tahun. Usha baju macam akhir 20-an. Last sekali lu tak tau apa kategori dia ni.
  4. Gua usha ada gaya cikgu bahasa orang putih, gerun beb!!
  5. Model busana muslimah koperat, lu tak tau macam mana? Lu kena berkenalan dengan Ain la maknanya.
  6. Gua tak tau apa seronok menulis dengan logo-logo =) =P (^_^)V tapi Ain memang power bab smiley-smiley ni. Dia dah boleh tulis Kamus Bahasa Smiley - Bahasa Malaysia.

Mengenai Nyamouq

  1. Seorang yang berdedikasi dan gila babi gigih. Orang macam ni kalau jadi cikgu, geng mat rempit tak boleh cari warisan pelapis sebab dia ni bertanggungjawap sangat, walaupun hal-hal orang lain.
  2. Misai dia cacat, tak boleh tumbuh kat tengah.
  3. Dia memang seksi disesetengah 'kawasan'.
  4. Menulis kat blog pakai font dan warna macam budak perempuan sekolah menengah
  5. Salah seorang dari 5 orang peminat Kylie Minogue.
  6. Haram tak terer main gitar.


Setiap Blogger mesti menyatakan 9 fakta/hobi diri sendiri:

  1. Bermata biru dan berambut blonde
  2. Permata di hati wanita dan kaca di mata lelaki.
  3. Menawan hati setiap wanita yang melihatnya tak kira hot chicks, minah rempit, nenek bercucu 3 atau janda berhias.
  4. Pencinta alam sekitar dan sayangkan lapisan ozon. Sering marah-marah bila kulit kena panas.
  5. Sering disalahanggap sebagai David Archuletta kerana rupa kebaratan.
  6. Suara lunak hingga seorang nenek menyamakan vokal gua dengan Frank Sinantra.
  7. Hobi gua mengira batu tar jalan.
  8. Dah lebih 20 tahun mengenal wanita namun tak tahu erti cinta selain harta.
  9. Dibenci rakan-rakan lelaki kerana mereka sering ditinggalkan oleh teman wanita mereka selepas berkenalan dengan gua.
Gua tak rasa blogger lain sexy.

7 Bapak Gua vs Gua


*Tekan sekali kasi besar gambarajah


Tepuk dahi gua baca Abah gua reply emel kat gua, jangan sampai kat rumah aku nak kena isi borang nak mintak kebenaran keluar rumah. Kat bawah borang tu ada ayat, Approved by Mr Zahari...perghh

Drama melayu kata, bersifat professional dengan mengasingkan hal keluarga dan kerjaya. Abah gua dah kena pengaruh drama Melayu ni

3 Autopsi #8 : Raya Satu 2009

Bapak gua kata lagak gua macam orang UMNO

*Kenyataan bapak gua diperkukuhkan dengan lagak gaya gua kereta bapak gua.


Ini hari raya pertama, gua duduk rumah layan tetamu. Rumah Opah gua ni tak ada kaum hawa, Opah gua pun kena strok. Maka dengan rasminya gua telah dilantik sebagai pencuci pinggan, pembancuh air juga merangkap pembukak lemang. Maka dengan rasminya hari ni gua tak keluar beraya, gua keluar rumah semata-mata beli ais aja. Gila mithali. Selamat malam ni Mak Cik gua dah balik, maka dengan rasminya gua letak jawatan kesemua position di atas.

Hari ini aja gua dah bersedekah sebanyak RM10 kepada Ananda Krishnan semata-mata mesej raya. Memikirkan setahun sekali, gua buat tak paham aja. Tadi ADUN datang terjah rumah Opah gua, yang pasti anak dara dia memang cun. Doakan kebahagiaan gua. Amin..hehe

Glamour Raya yang dihoskan oleh Aznil, what the hell is going on in Astro? Are you trying to ruin my Syawal?



*Ni sapa ajar ko berfesyen ni? Memang gua tepuk dahi!!

notaKaki : Dengar kata rakan serumah gua, Si Psikopat Pero atau nama sebenarnya Lim Chin Peng baru balik JB petang raya pertama. Masa nak keluar UTP tadi, pak gad UTP pun dah angkat tabik hormat kepada Pero, Selamat Hari Raya Pero!!

3 Raya?? Selamat Hari Raya


Gua dah nak balik KL lepas Asar ni. Pesanan pertama gua khas ditujukan kepada semua pemandu kenderaan berat yang memandu dari Ipoh ke KL, diakibatkan member gua eksiden Subuh tadi. Gua nak sarankan agak brader-brader supaya bawak trelar dengan kelajuan agak-agak la sikit, lu bawak trelar. Kalau nak bawak laju-laju jugak, tahun depan boleh apply jadi drebar F1 team 1Malaysia. Hari ni gua drive bawak bini sama anak-anak member gua beb, besar amanah tu.

Pesanan kedua ditujukan kepada semua tak kira apa warganegara sekalipun, janji lu reti baca Bahasa Malaysia. Gua nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. di atas terlajak kata, kaki dan tangan (khas untuk wanita-wanita diluar sana) . Main mercun pun agak-agak, jangan sampai masuk kawah dodol.

Buat acara penutup, gua selitkan unsur hiburan untuk semua yang beraya di KL, lagu raya from Butterfingers. Apa lu ingat grunge tak raya ke??


1 Autopsi : Majlis Iftar Ahli Kongsi Gelap Jajahan Mont Kiara

Ketika gua tengah excited buat aksi Titanic dalam feri dekat Penang, gua terima mesej dari Zarith dengan khabar ingin mengadakan majlis berbuka puasa bersama bekas rakan-rakan perniagaan gua semasa gua terlibat dalam kongsi gelap. Ada yang bukak kasino, rumah urut, cyber cafe dan yang paling cikai, bukak pusat karoeke terbuka dekat daerah Perak Tengah.

Gua reply "OK" tanda setuju, kongsi gelap tak reply panjang-panjang sebab tak cool. Dan gua sambung balik buat aksi Titanic dekat dalam feri.

***** Hari yang sepatutnya

Gua melihat ada beberapa kelibat otai-otai kongsi gelap yang menyertai Majlis Iftar Ahli Kongsi Gelap Cawangan Bukit Kiara. Diantaranya Fizah, Arif, Zarith, Ain Suffian, Wanie, Keyrol dan Mafia yang diterbangkan khas dari Cuba, Sonio Gontarez Forseca. Tak puasa pun gatal-gatal nak bukak puasa.

Ahli sidang bersepakat hendak berbuka di Koh Samui Restaurant yang terletak berhampiran dengan Kinta City. Selepas berbuka, kami ada try nak beriadah sambil main sukan seperti memburu rusa atau main tembak-tembak. Namun diakibatkan pihak Majlis Bandaraya Ipoh tak ada fasiliti tersebut, kami mengambil keputusan untuk bermain boling.

Ikutilah laporan bergambar gua.


*Bikin countdown waktu azan maghrib. Persidangan ahli kongsi gelap kena pakai meja bulat, kalau pakai meja 4 segi tak nampak ganas.

*Makanan yang bakal mencipta pertelangahan di antara Ahli Sidang.


*Dua-dua nama Khairul, budak-budak kuat belajar..ish..ish



*Salemah bersama Zarith, buat-buat muka baik. Masa makan bunyi macam pertandingan pedang.

*Boy over flower (tipu)


*Wakil Mafia Cuba, Mr Sonio. Gaya nak Jay-Z, rapping bunyi macam coral speaking.


*Ini permusuhan sejati, Zarith memegang secawan air yang telah gua campurkan bersama tuba. Dan aksi Boy Over Flower (original) bersama bunga orked yang tersisir rapi.


*Mula-mula gua tak nak ambil gambar dengan Keyrol, tapi bila dia hentak-hentak kaki dekat boling tu. Gua dah rasa segan, gua ikutkan saja dia nak bergambar dengan lambang keamanan.


*Ahli Kongsi Gelap selepas Majlis Iftar.


*Gaya masing-masing macam pro. Bila time main boling, semua macam main bola baling.


*Gaya sebelum Ain buat strike dekat lane sebelah..orang sebelah dah start timbang boling pakai lutut tanda protes.


*Senjata rahsia Ain Suffian, kasut dengan heel 4 inch. Kalau pijak dada lu, memang sah-sah beraya dekat ICU tahun ni.

*Posing macam gambar Putera UMNO, cuma kami bukan Mat Rempit aja.


*Detik-detik terakhir sebelum tercetusnya pertumpahan darah.

0 Salam Aidilfitri Dari Anak Perantauan



Pengenalan Gambar: Dari kiri : Hanif, Harris, Azly, Faez dan Kamarul

Gua dan rakan-rakan selaku pelajar tahun akhir fakulti perubatan Asahikawa University, mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada keluarga tercinta yang berada di Selangor, Putrajaya, Johor dan Perlis. Tidak lupa juga ucapan maaf zahir batin diucapkan kepada rakan-rakan dan kenalan di seluruh Malaysia. Tahun ni kami balik raya.


notaKaki : Masa sekolah tak nak belajar pandai-pandai sampai belajar oversea, dah besar pandai temberang.

0 Rindu Sang Bulan


Malam ini bulan sepi sendiri
Tiada bintang memagari di antara aku dan bulan


Malai rinduku ke bulan
Termenung menanti bulan jatuh ke riba
Ku lirik mata kalbiku ke bulan
Ku runtun hati ku ke dia
Namun kasih bulan dan aku masih berhijab

Walaupun jauh dari nyata kasih dan sayang
Kasih dan sayang telah lama kusatukan

Mengelamun sendiri dengan segala kalimah ku ini
Segala salam ku kirimkan ke sana
Tak siapa mengerti madah rinduku pada Sang Bulan

notaKaki : Gua dah lama sangat tak menulis puisi. Dah hampir setahun gua tak menulis. Berbaur emosi, tak berapa stabil macam Penkek Coklat

2 Pantang Sebuah Kereta Vintage


Untuk memulakan perjalanan ke Penang, gua dan Nukman memerlukan sebijik kenderaan untuk bergerak. Kalau nak jalan kaki risau tapak selipar dah makin nipis ni, lagipun Aidilfitri bakal menjelma tak lama lagi.

Untuk mengatasi masalah kenderaan ini, Nukman mengambil iktihar untuk meminjam Nissan Sentra 1.5 SLX keluaran tahun 1980'an hak milik Haniff Mustafa Amin (nama baik) atau Ajak (nama samaran kongsi gelap).

"Kereta ang ni dah tua. Ada apa-apa pantang tak?" tanya Nukman Basyir untuk mengelakkan perjalanan kami tergendala akibat langgar pantang.

"Pantang?" tanya Ajak balik tanda otak dia sedikit lembam.

" Ya la, tak boleh bawak kurang 260km/j ke. Nak kena isi minyak kena campur garam sikit ka ke? Tu la pantang kereta" balas Nukman bercampur sedikit geram.

"Woo," jawap Ajak tanda paham.

"Pantang kereta aku satu ja. Pantang menyerah kalah!!" balas Ajak dengan semangat.

***************

Maka sepanjang penjalanan gua dan Nukman ke Penang, kami telah memotong segala jenis benda hidup bergerak yang ada dalam pandangan mata kami kerana kereta Ajak, pantang menyerah kalah!!!

3 Vintage : Pendidikan Awal Puasa


Petang tersebut suasana aman damai dan begitu harmoni, kelihatan seorang mak cik cleaner di sebuah asrama yang terletak di sebuah Kota Di Raja sedang asyik menyapu sampah sambil mendendangkan lagu Basket Case dendangan asal kumpulan punk rock Greenday. Dari kuntuman senyumannya gua syak pihak pentadbiran ada menyediakan bonus hari raya yang menjelang tak lama lagi.

Sedang asyik dia menyapu, tiba-tiba kelihatan satu sisa epal yang dilempar keluar dari tingkap dorm Kasturi. "Eeh budak-budak ni, bulan puasa ni. Ni ponteng puasa la kerjanya. Tak apa siap kau!!" mak cik cleaner buat rancang-rancang nak buat ala-ala rancangan Terjah dalam Melodi. "Siap kau!!" monolog mak cik sendirian.

"Pow!!!" Pintu dorm Kasturi di kuak dengan kuat. Ikutkan hati budak-budak Form 5 tu, memang dah naik kaki jawapannya terhadap perbuatan kurang hajar begitu. "Ni siapa yang tak puasa buang epal kat tingkap ni??!!!" jerit mak ci9k cleaner gaya garang. Budak-budak dorm Kasturi terkesima, jarum jam terhenti seketika.

Siapa tak puasa?? Mak cik cleaner tengok seorang-seorang dalam dorm. Seekor tengah pegang sudu bancuh Nescafe 3 in 1, seekor lagi tengah pegang water heater dalam proses nak menyiapkan Maggi Perisa Ayam, yang ada duduk atas katil tengah makan nasi bungkus bersama pemandu bas asrama dan 2 orang lagi sedang asyik menyedut asap-asap rokok di penjuru dorm. Siapa yang tak puasa?

*Peekkk* bunyi Mak Cik Cleaner tepuk dahi.

1 Usaha Ekskeletor Kejayaan

Raya ada dalam 9 hari dari sekarang, tapi kelengkapan raya gua memang dah padu. Dengan baju melayu kaler hijau, sampin songket lawan sama songkok tinggi. Memang antara persediaan awal terbaik pernah gua buat. Abah gua mesti puji gua hebat merancang masa depan.

Tapi esok selepas Solat Jumaat gua nak kena hantar report FYP gua. Ni baru sampai objektif, dalam hitung-hitung ada dalam 20-30 muka lagi gua nak kena goreng. Sekarang jam 0100, nak hantar jam 1500. Ada 14 jam lagi dari sekarang. Kalau Abah gua tau, memang dia tepuk dahi sambil cakap perrghh panjang-panjang.

Doakan kejayaan gua.

5 Hak Pengguna Penumpang Bas Ekspress


Government says yes to bus fare hike


PUTRAJAYA: The Government has agreed to increase stage and express bus fares but has not decided on the quantum.

Entrepreneur and Cooperative Development Minister Datuk Noh Omar said the new fares would be announced before Hari Raya in October.

Noh, however, shot down the Pan Malaysian Bus Operators Association’s appeal for a 100% fare increase, saying it would be a great burden on the public.

“Their appeal for an increase cannot be refused but a 100% increase means a RM30 fare would be RM60. This is too high,” he said, adding that the memorandum from the association was accepted during the National Inflation Council meeting chaired by the Prime Minister on Monday.

Noh said the ministry has drawn up a formula on the fare increase, which it now has to discuss with the association.

“We understand their financial problem because prices of diesel, tyre and engine oil have gone up a few times since 2005, while fares have not increased,” he told reporters after presenting excellence award to 68 ministry staff here yesterday.

Noh also said that the Government was looking into the operators’ other problems, including complaints that they could not sell tickets yet for the Hari Raya season for fear there would not be enough buses.

“They said some buses do not want to operate during the festive season because it is only full for a one-way journey such as Kuala Lumpur to Johor and returns with fewer passengers,” he said.

Among ideas the Government was studying to help prevent bus companies from incurring losses, particularly when running services to rural areas, was to issue permits for them to transport school children and factory workers.

He said Mara was incurring losses of about RM3mil per year providing subsidised transport at Felda schemes.

The ministry was also studying the possibility of allowing the 20,000 school bus operators to ferry members of the public after they had sent students to school, to enable them to increase their income, he added.

Association president Datuk Ashfar Ali, however, insisted that the Government meets its three requests: an increase in diesel quota for both stage and express buses, a 100% fare increase and goodies for the industry in the coming Budget.

Gua rasa nak penerajang dengan segelintir pengusaha bas yang bersikap kapitalis mengalahkan Donal Trump. Cuma rambut Donald Trump lagi buruk dari pengusaha-pengusaha bas ekspress di Malaysia.

Jadah apanya Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) klem tambang bas ekspress dah lama tak naik. Pas tu diorang rugi besar, anak-anak tokeh bas tak mampu nak pakai Mercedez SLK 280 gamaknya.

Gua bukan berkira sangat hal-hal tambang ni, tapi kenaikan tambang perlulah sejajar (jarang gua guna ayat ni) dengan kualiti perkhidmatan bas ekspress tu. Ini drebar bawak bas sambil nak menyucuk bontot BMW 5 Series kat depan,, gua tau la lu bawak bas EKSPRESS ni dah macam nak ekspress naik van jenazah ke. Pas tu kerusi pun dah berkeladak dakinya, tu lu belum kena bas yang aircond dia bukan pakai gas, tapi pakai air menitis. Macam haram. Ada hati nak naik tambang 100%?

Gua nak puji Konsortium Bas Ekspress sikit dari segi kerusi dia. Minggu lepas gua ambik bas dekat Ipoh ke KL, elok gua masuk bas, senyuman mula berkuntum di bibir. Kerusi besar 3 seat siap dengan alas betis lagi. Memang hati gua berbunga-bunga sepanjang perjalanan Ipoh-KL. Tidur pun puas, siap gua tidur mengiring lagi.

Okay, ini hal berkenaan tambang bas ekspress yang dikatakan tak pernah naik untuk sekian lama. Ini sedikit statistik tambang bas ekspress Plusliner dari Sri Iskandar ke KL dalam jangka masa gua hidup dekat Tronoh Indah Permai ni.

2005 - RM13++ (Time ni beli tiket dekat kedai gambar, tak ada lagi stesen bas Sri Iskandar tu)
2006 - RM15++
2007 - RM17++
2009 - RM 20.30 (Setakat harga hari Isnin lepas)

Entah macam mana diorang buat kira-kira kata harga tambang lama dah tak naik. Kesian cikgu matematik sekolah rendah diorang, susah payah ajar tambah tolak.

3 Kehidupan Seorang Pelajar 4 - Edisi Shopping Raya


Memandu di pagi Ahad telah meningkatkan mood aku ke peringkat tertinggi dalam beberapa bulah ini. Bangun pagi hidupkan enjin dan pasang lagu Maroon 5-Sunday Morning dan terus lari ke Car Boot Sales di Stadium Shah Alam yang kini dimonopoli oleh kapitalis bukan diniagakan lagi oleh individu yang menjual barangan rare seperti 10 tahun lepas. Barang semua bukan-bukan, kalau nak banding dengan Nepicar Farm punya Car Boot Sales memang jauh melangit.

Kemudian aku panjangkan kaki terus ke Pasar Tani Mega untuk membeli daging dan ikan segar. Dah lama aku tinggalkan upacara membeli ikan ikan ni, sampai dah hilang daya mengenal pasti jenis ikan. Sedikit keliru dengan cencaru, selar dan kembung.

****

Dah setel hal-hal di Shah Alam, aku teruskan perjalanan ke Sunday Market di The Curve. Banyak barangan dari China dan Taiwan, aku tak minat. Kemudian rasa nak ke Sunday Market di Plaza Mont Kiara pulak. Fikir balik tol pergi balik dah cecah RM4, membazir pulak. Maka gua jalan-jalan sekitar The Curve aja, tengok minyak wangi.

****

Tengahari aku balik dan tidur. Letih!! Bayi perlu tidur secukupnya.

****

Lepas Asar, aku ke Kg Baru dan terus ke Jalan TAR. Niat nak cari kain baju melayu. Sekali terbeliak biji mata aku dengan kehadiran populasi warga KL di Jalan TAR. Aku batalkan niat membeli belah dulu dan tekan minyak ke Bazaar Ramadhan Taman Tun. Beli laici kang dan kuih RM2. Laici Kang agak memberangsangkan. Cuma kuih agak mengecewakan [1] Kuih-muih korup tak payah cakap la. Mesti bersepah. Orang nak meniaga, dia nak meniaga. Buat kuih tak ada jiwa. Diorang patut fikir buat kuih tu macam buat muzik. Ini tidak. Buat kuih macam buat kereta Proton. [Pipi]

****

Waktu berbuka dah dekat, cepat-cepat tekan minyak ke Sarpino's Pizza di Plaza Mont Kiara. Dah lama aku tak makan benda yang betul-betul namanya pizza, bukan tepung tebal yang ada topping cheese macam dekan Pizza Hut.

****

Lari ke Jalan TAR kembali, parking di SOGO dan menapak untuk cari kain. Atas bantuan oleh penasihat aku ambil keputusan untuk berbaju melayu warna hijau terang tahun ni. Baru aku perasan sebenarnya taste aku dalam baju melayu ni berat ke warna peach, pink dan merah. Semeter RM13.41, ok lah tu. Sebenarnya aku jatuh cinta dekat kain yang semeter RM32, tapi harga kain mahal macam neraka.

Dah setel hal kain, aku ke Jalan Masjid India untuk cari songkok tinggi. Tapi hampa rasanya bila tahu saiz paling besar 23 aja, aku perlu saiz lebih dari 23 untuk bernafas. Kemudian misi bertukar untuk mencari baju melayu untuk adik Penasihat. Misi ni pun gagal, baju merah cokelat dah tak ada saiz M. Saiz M dewasa untuk budak tingkatan 3!! Not bad.

****

Balik ke Kg Baru. Tekan minyak dan terus ke Kota Damansara sambil mulut berasap perisa Mild 7.

****

notaKaki : Panjang hari ni aku berpuasa, selalu bangun-bangun aja dah tengahari.

3 Kad Raya Ku Nantikan

Kepada sesiapa yang mempunyai duit lebih untuk membeli kad raya dan setem 30 sen. Anda dah boleh start hantar kad raya dan suatu bonus jika anda attach beberapa helai duit raya kepada gua. Anda boleh berbuat demikian dengan mengepos kad raya ke alamat di bawah :

Harris Zahari
A101, Palma Puteri,
Jalan Cecawi 6/6, Seksyen 6,
47810 Kota Damansara
Selangor

Gua akan gantung kad raya lu dekat pintu depan rumah jika kad anda berbau bedak.

3 Forum Perdana Tentang Kawan


*Izhar (Kanan Sekali), bersama pasukan lautnya.



Satu hari gua ada bawak seorang antara best buddies gua time sekolah. Nama dia Izhar Hasim Nur Hamzah, kerja dia bawak kapal atau Malim 2, entah apa-apa pangkat dia ni. Muka tak berapa nak orang, tapi sebab wallet dia memang sedap maka gua memang sayang dia lebih.

Kedatangan Izhar adalah lebih kepada amal jariah untuk membelanja gua dan rakan-rakan ketika Convofair yang lepas. Maka gua perkenalkanlah Izhar kepada rakan-rakan serumah gua, sebab gua pasti perangai mereka tak jauh berbeza.

Ikutilah bualcara antara Izhar dan budak rumah gua yang berlaku di Restoran Ameeth bulan lalu:

Ajak : Lu sekolah sama dengan Acan ke dulu?

Izhar : Aah..sama time form 4 sampai form 5.

Ketek : Dulu sekolah mana?

Izhar : Dulu Sains Sultan Ahmad Syah, pas tu kena terajang sebab masalah disiplin.

Ketek & Ajak : Wooo...

Izhar : Tapi masuk sekolah dekat Klang pung hampir-hampir nak kena tendang juga.

Ajak : Apa kesalahan yang lu buat?

Izhar : Salah pilih kawan (Sambil memandang tepat ke mata gua)

5 Kehidupan Seorang Pelajar 3

Gua guna jam askar

0615
: Lepas subuh gua baru nak lelap mata.

1800 : Gua baru bukak mata.

Celaka punya alarm!!

2 Bermuafakat Membawa Berkat

*Yang berdiri semua budak engineering, yang duduk budak bisnes..haram!!

Bersempena dengan pembukaan empayar perniagaan import eksport, gua serta budak rumah gua menjalar ke mapley meraikan kejayaan terbesar gua untuk tahun 2009 ni. Nak pergi sambut dekat Amsterdam jauh sangat, maka gua pilih Retoran Ameeth sebagai lokasi party kami. Kadang-kadang gua pun naik hairan kenapa budak-budak rumah gua ni tak kena rantai lagi, dah Ramadhan ke berapa ni?

Selepas kecewa dengan kualiti Ayam Madu yang dihidangkan di Restoran Ameeth, gua mengambil inesiatif untuk makan Cheese Nan cicah susu pekat. Perrgh..dia punya tangkap macam gua nak datang lagi lunch kat Ameeth. Cheese Nan lawan sama susu pekat ni adalah menu mewah gua bila dapat gaji ketika gua bekerja kat Parkson Rawang 3 tahun lepas sebagai Promoter merangkap Tukang Sapu, Jaga Stor, Penyambut Tetamu, Tukang Wrapper Hadiah dan Akauntan. Gaji RM400 jugak, haram kedekut punya Parkson.

Selepas pung, pang, pung, pang hisap rokok. Gua angkat kaki dari Ameeth. Duduk lama-lama pun bukan boleh dapat diskaun sempena Aidilfitri.

Bermodalkan kereta Nisan berusia 20 tahun milik Ajak, gua beransur pulang. Nak harap naik motor pagi-pagi buta memang tak dapat. Beruang panda pun boleh mengigil kalau naik motor pukul 3-4 pagi.

Dalam perjalanan pulang, gua ada nampak sebijik Honda Civic model tahun 70'an berhenti di gigi jalan sambil menyalakan lampu kecemasan.

Dalam hati gua dah bisik-bisik nada mengumpat, "Dah la kereta lama, rosak pulak tu. Malang betul nasib owner dia."

Gua usha jugak owner kereta Honda Civic tu, mana tau Hanis Zalikha. Memang nyiru tapak tangan gua hulurkan.

"Woi!!" gua jerit kuat-kuat.

Rupa-rupanya Bonet dan Pojan punya kereta. Bonet adalah sekutu kuat dalam perniagaan import eksport gua, dia kira Manager bahagian Distributer.

Nak tekan minyak kuat-kuat pun tak boleh, lampu isyarat kaler merah kat depan. Tak sempat ni nak lari. Maka gua dan rakan-rakan berhentikan kereta untuk membantu Pojan.

Tayar pancit je pun. Sia-sia Abah gua bukak bengkel kat Kg Baru dulu kalau gua tak boleh setelkan hal remeh begini.

Gua bakar rokok dulu untuk mendapatkan mood. Dan mulakan kerja, pow,pow,pow kereta dah setel.

Tapi gua memang boleh naik marah, budak rumah gua sekor-sekor budak kejuruteraan. Buat projek gempak-gempak. Masa tayar pancit peluk tubuh sambil bagi arahan aja. Dah tu arahan pun salah. Memang patut ada model Proton Juara.

Selepas gua setel membaiki kereta di tepian jalan, gua menerima sepaket Dunhill 14 sebagai upah dari Pojan yang juga merupakan Saudagar Rokok. Gua dah bilang gua ikhlas, tapi di sebabkan budak rumah gua dah acu pisau dekat tengkuk gua. Maka gua ambik jugak rokok tu.

Pagi ni gua sahur rokok free..ahahaha

4 Post Mortem : Lawan Bola Arsenal sama Man U


Gua baru sampai Malaysia selepas bercuti beberapa hari di Manchester, London dan singgah Disneyland. Itu yang lambat sikit gua ulas pasal game ni. Seperti yang lu orang tahu, gua ke sana untuk menonton perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Manchester United (Juara 11 kali EPL) menentang Arsenal (Satu-satunya pasukan bola sepak di dunia yang buat hal tak kalah-kalah sampai 49 perlawanan dalam liga inggeris Astarghfirullah terer gila). Tapi keputusannya lu orang dah tahu juga, Arsenal kalah lagi. Gua tak kisah sangat pasal kalah. Sebab Arsenal kalah dengan Manchester United. Bagi gua, kira orait la kalah dengan Juara England berbanding kalah dengan Juara Kampung Lancashire. Cuma gua hairan juga. Kenapa beria-ia, galak tak ingat penyokong Manchester United cawangan Malaysia ni bila menang dengan Arsenal? Pasal apa? Hah jawab, jawab. Arsenal bukan pasukan champion sangat pun. Arsenal cuma pasukan yang main bola astarghfirullah cun gila saja. Kebiasaannya hampir 98.7% penyokong Arsenal akan malu kalau menang tapi main tak cun astarghfirullah. Tengok Chelsea main, sumpah gua mengantuk. Astro patut berhenti tayang Chelsea punya game. Tunjuk result je cukup.

Itu hari gua sampai Old Trafford dah lambat. Gua tumpang kereta Alex James sekali dengan Graham Coxon dan Claire Neate (bini Alex James). Kita orang gerak dari Oxfordshire, South East England ke North West. Gila babi jauh. Alex James pula bawa laju macam setan. Sampai-sampai Old Trafford, orang dah ramai gila babi dalam stadium. Boleh tahan juga buruk Stadium Old Trafford ni. Bukan taste gua. Alex James parking tempat parking paling mahal sekali. Parking sebelah kereta Morrisey. Kereta Morrisey macam gampang. Ada sticker Cantona 7. Sama perangai macam budak-budak Manchester United kat Malaysia.

Bila masuk stadium, pemain-pemain Arsenal dan Manchester United dah masuk ke padang. Kita orang kucar-kacir cari tempat duduk. Sambil-sambil cari tempat duduk tu, gua terperasan Jorji duduk sebelah Ian Brown dan Morrisey yang tengah makan burger daging sambil pandang kiri kanan. Jorji buat buat tak pandang. Celaka. Barisan atas sikit daripada diorang, gua nampak Richard Ashcroft pakai jersi Manchester lengkap dengan muka pucat.

"Woi! Lepak situ buat apa? Port Arsenal kat sini laa...!"

Terkejut gua. Gua cari-cari suara siapa yang buat hal tu. Johnny Rotten tengah berdiri sambil lambai-lambai kita orang dari tempat duduk seksyen sebelah. Celaka punya orang tua. Sampai sekarang tak berubah. Gua, Graham Coxon, Alex James dan bini terus pecut pergi port Johnny Rotten. Ramai juga lepak situ. Budak budak Sick Of It All pun ada. Ganas gila muka masing-masing. Masa gua berjalan ke seksyen sebelah, gua berselisih dengan Bernard Sumner.

"Weh Bernard..." tegur gua.

"Weh hang pun ada juga?" jawab Bernard.

"Jom laa lepak sana..." gua ajak Bernard Sumner lepak sekali dekat port Johnny Rotten.

"Keh keh keh...pungkok hang. Aku Manchester laa..."

"Cilake..." sempat gua cekik dia sekali, sebelum dia blah pergi port Ian Brown.

Sampai seksyen sebelah, ramai lagi lepak situ rupanya. Nick Hornby duduk jauh gila kat bucu-bucu tepi sambil riba komputer kecik. Agaknya tengah taip novel terbaru. Tak agak-agak nak taip time orang kucar-kacir ni.

"Woi!" Noel dengan Liam Gallagher jerit ke gua.

"Woi! Apa jadah layan bola sini? Pergi lepak stadium City lu orang laa..." balas gua. Adik beradik tu sengih-sengih sambil buka jaket tunjuk t-shirt 'Manchester United Palat'. Gua geleng kepala. Tak kisah laa deme nak tolong sokong pun. Alex James dengan Graham Coxon buat-buat tak pandang Liam dengan Noel. Dendam lama tak settle lagi agaknya.

Ronnie O' Sullivan yang duduk tepi tangga diam macam nak tunggu turn bidik bola snuker. Serius betul.

"Rilek..rilek, menang punya Ron. Jangan Risau..." tegur gua. Ronnie sengih malu-malu. Dressing pun macam baru balik lawan snuker.

Gua ambil tempat duduk. Sebelah Johnny Rotten. Orang tua tu bau macam setan. Sebelah gua Darren Fergueson tersengih-sengih.

"Woi! Pergi duduk sebelah bapak lu laa...!!" gua gertak Darren. Kutu-kutu lain semua pakat-pakat bergurau ejek Darren. Merah muka Darren. Ikut merah muka bapak dia, Alex.

Sedar tak sedar game dah start. Arsenal main cun gila. Budak-budak Sick Of It All kat belakang dah naik gila kat belakang sambil kibar bendera Manchester United gambar setan pegang penis. Gua tak tahu pula diorang ni sokong Arsenal ke, benci Manchester United.

"Woi Robin Hood. Terhegeh-hegeh...!" jerit Johnny Rotten macam gengster. Terkejut juga gua yang masa tu tengah layan Gallas dengan Vermalen yang main solid gila babi.

Kevin Costner tersengih-sengih pandang sambil berlari-lari anak cari tempat duduk kosong.

Tiba-tiba bila sampai minit ke-40,

"Golllll...!!!!" Semua jerit. Kat seksyen sebelah Jorji tengah pegang kepala.

Arshavin rembat gila babi laju. Bola macam jet pejuang dia punya pergi. Semua yang lepak port tu jadi havoc. Dido, Gillian Anderson dengan Samantha Mumba pun dah start tanggal baju. Cilake. Gua jeling sikit-sikit je laa. Bulan puasa beb...

Perlawanan rehat sekejap. Gua pergi belakang lepak dengan budak-budak Sick Of It All. Sembang-sembang pasal scene HC/Punk kat New York. Cilake...Osama Laden pun lepak sekali situ. Pakai topeng H1N1. Dia ingat orang tak cam laa tu.

Bila start second half, gua fokus betul-betul. Johnny Rotten pun serius je tengok sebelah gua. Masing-masing berdebar tak ingat. Tiba-tiba,

"Fuck...!!!" jerit Johnny Rotten.

"No doubt, it's a penalty..." menganjing Johnny Rotten buat-buat stail pengulas legend, Martin Tyler. Nick Hornby dah start baling jagung senyap-senyap kat port Manchester United sebelah lepas tu buat-buat macam tengah sibuk menaip. Yang lain semua dah berdiri macam nak merusuh. Termasuk la gua sekali.

"Hello Usain..." Johnny Rotten tiba-tiba cakap dengan telefon.

"Hah Johnny. Mende hal?" gua terdengar sikit-sikit suara Usain Bolt.

"Lu tengok tak game Arsenal ni?" tanya Johnny Rotten.

"Gampit. Mesti laa tengok. Rooney ni macam celaka. Bola yang dia tolak sebelum buat-buat jatuh kena tackle Almunia tu gua pun tak boleh kejar. Inikan lembu tu..." balas Usain Bolt.

"Yes, Usain. Itu yang gua nak dengar..." Johnny Rotten terus letak telefon 3210 dia dalam kocek jaket. Dia cakap jaket tu dia pakai sejak tahun 1976 kat gua.

5 minit kemudian,

"Fuck...!!! jerit Johnny Rotten lagi sekali. Gua pun dah start terajang kerusi.

Osama Laden berlari ke depan bawa dua biji bom. Gaya-gaya macam nak target Diaby. Panik juga gua tengok Osama Laden ni dah buang tabiat. Gua terus pecut halang Osama.

"Rilek, Osama. Baru perlawanan ketiga. Perjalanan liga masih panjang..." gua tenangkan Osama Laden.

Osama Laden mengucap panjang. Johnny Rotten sebelah gua senyum nipis.

Bila tamat saja game, semua yang lepak port tu berdiri bangun tepuk tangan sebagai penghargaan kepada pemain Arsenal yang bermain bagus tetapi nasib tidak menyebelahi.

Dari jauh, gua nampak kelibat Morrisey dan Ian Brown yang turut berdiri memberi tepukan kepada pemain-pemain Arsenal. Cuma Jorji je gua tengok bukan main eksyen main balas-balas SMS dengan Libyaman. Cilake.


Notakakimaincungila: Penyokong Arsenal, jangan kecewa sangat. Hari tu hari 'dive' dia. Nanti hari 'dive' kita lagi sekali. Keh keh keh.



Penyokong setia Arsenal sejak tahun 1970.

Hasil Penculikan Di sini : Sokernet