0 Rancangan Berbuka Puasa ke - 5 (RBP 5)

"Ajak, petang ni kita nak berbuka kat mana?" gua cuba membangkitkan persoalan di antara kami.

Gua usha Ketex dah diam, tandanya dah nyenyak dibuai mimpi. Tak dak pulak meracau mimpi kena kacau dengan Hantu Tindih.

"Masjid Tronoh okay jugak. Boleh lepak dengan pakcik-pakcik, mana tau ada rezeki terserempak dengan pak cik yang selalu main lucky ball dekat Pusat Snuker First Champion tu," jawapan lengkap dari Ajak tentang perancangan kami.

"Ok jugak tu. Makan runcit-runcit sudah," balas gua ringkas dan padat. Walhal gua tau Ajak nak berbuka puasa di Tronoh kerana takut ada protes kedatangan beliau jika beliau berhajat berbuka puasa di Masjid UTP. Tapi gua diamkan saja mengenangkan nak jaga jati kawan.

Sememangnya hal-hal nak berbuka ni kena berunding dengan Ajak, selaku tuan punya kereta rasmi rumah bujang gua. Ayat kena manis dengan budak ni, lagi manis dari gua nak ayat awek Stesen Minyak Petronas tepi UTP ni. Kalau terguris hati Ajak maknanya kami serumah terpaksa berbuka dalam kawasan UTP la, tak membangun minda.

"Lu orang baru puasa 10 minit dah start bincang pasal nak berbuka," celah Pero tanpa salam, entah belajar dekat sekolah agama mana budak ni.

"10 minit?" tanya gua secara serius sambil buat muka.

Gua usha jam dinding, tepat jam 0605 jam askar. Baru tadi rupanya azan subuh.

Tak apa, gua ingat pesanan ahli motivasi mana entah.

"Gagal untu merancang bermakna merancang untuk gagal."

0 Pusat Snuker, Brader Tocang dan ...

Malam semalam, gua dan rakan serumah mengimarahkan lagi Pusat Snuker First Champion. Pada bulan Ramadhan Al-Mubarak ni memang tak janggal bila melihat ramai brader main snuker pakai kain pelikat. Mungkin mereka cakap dekat bini nak ke masjid, balik lewat sebab nak buat 20 rakaat. Tapi bila 8 rakaat (pun dah kira banyak) ada yang cabut lari dan sambung terawih dekat pusat snuker.

Tak lari juga pakcik-pakcik berambut putih yang menanti kepulangan cucu di Hari Raya sedang sibuk main lucky ball. Tak silap gua, sapa menang lucky ball ni dapat RM4, dia ni kira satu keturunan dengan Sport Toto la, keturunan judi. Jadi masing-masing sibuk kutip duit seringgit nak buat duit raya bagi cucu. Cucu bukak ang pau nanti dapat seorang RM1, tu duit lucky ball lah tu. Dah besar nanti kalau cucu jadi mat rempit lu nak salahkan sapa?

Gua main snuker bukan setakat main aja, tapi gua pasang telinga jugak dengar-dengar topik perbualan brader meja sebelah diiringi suara Mok nyanyi lagu Korea, kadang-kadang ada bunyi macam bahasa orang angkasa pun ada. Ahli meja lain bersembang ada juga yang berbunyi, "Tadi aku jumpa doktor dengan awek aku. Aku dah termengandungkan dia 7 bulan. Doktor tanya kami dah kahwin ke belum?"., tepuk dahi member dia dengar cerita brader tu. Gua syak akhir bulan Syawal nanti brader tu bakal bergelar seorang bapa la. Selamat Hari Bapa in advanced.

Kemudian gua dan rakan-rakan melangkah ke Restoran Farouk & Sithcik yang terletak 3 km dari pusat snuker tersebut.

Apa tebal sangat tapak kaki kami nak melangkah 3 km?

Setat motor, pulas minyak..dan order. Maka lengkaplah pakej sukan dan ridah gua sambil diiringi dengan sahur.

6 Air Kasi Cucuk Straw

Masa : Ketika suatu zaman yang gua tak perlu risau nak cukur janggut setiap 2 hari.
Tempat Kejadian : Bazar Ramadhan Simpang 4, Klang
Genre : Aksi, Thriller dan Drama Kekeluargaan
Masa : Area pukul 1600, jam askar
Pelakon : Akak Jual Air, Achan Sinclair & X (nama tipu)

****************************

X : Akak, kasi air cincau satu.

Gua : Tambah lagi satu bandung la.

Maka akak air pun isi air dalam cawan plastik.

Gua : Cukup tak duit ni nak beli ayam percik sama kuih tepung pelita?

X : Arrghh..cukup punya. Jangan risau lebih la. Rokok Cap Gudang Garam pun aku tak cicir.

Kemudian mata kami fokus kepada akak yang masih terkial-kial isi air. Tak pro langsung macam akak jaga kaunter kerajaan.

X : Akak straw kasi cucuk terus la, senang karang..

Gua jeling mata X sedalam-dalamnya memberi mesej telepati bahawa jam baru pukul 4, kang musnah perancangan kita.

Lepas bayar RM2, kami langkah besar-besar beredar dari gerai air tersebut. Hari-hari berikutnya kami terus tak beli air kat situ sebab reputasi dah tercalar.

3 Maskot Rumah Bujang Gua



Ini gua nak story tentang binatang peliharaan ahli rumah gua. Walaupun perangai sekor-sekor macam binatang, tapi ada hati lagi nak ternak binatang peliharaan. Semenjak dua menjak ni ada seekor kucing yang selalu datang rumah gua. Pada asalnya kami buat tak paham aja kehadiran kucing ni. Selagi rokok kami tak hilang, maka tak perlulah nak kisah sangat. Tapi dah hampir 3 hari ni kehadiran Si Tompok tersebut mendatangkan isu kepada ahli rumah ibadah gua ni.

Manakan tidak, kucing ni ada otak yang boleh tahan tinggi IQ. Kalau ambil SPM memang sah-sah semua subjek kredit kot. Sekarang ni dia dah pandai landing dekat atas katil, letak kepala atas bantal!! Selalunya kucing tidur pesyen lipat kaki, tapi menatang sekor ni tidur mengiring. Lepas tu mengiring mengadap dinding pulak tu sebab silau lampu. Hampir tiap-tiap malam berebut katil dengan Ketek, selamat tak main tarik-tarik selimut.

Dah la hidup melukut di tilam orang, semalam Si Tompok ni tidur tak nak lama pulak. Start tidur pukul 10 pagi, pas tu bangun pukul 5 petang. Dah macam perangai Pero, bangun petang-petang mengalahkan orang berpuasa. Kucing ni dah terikut-ikut perangai budak rumah gua. Jangan sampai esok lusa gua nampak kucing tu tengah hisap rokok cap Helang lepas tu join budak rumah gua jolok bola dekat Pusat Snuker Kenny sudah.

0 Tips Nak Bangun Sahur Tanpa Terlewat

Gua sedar bangun sahur merupakan satu isu besar kepada kebanyakkan orang termasuk gua sendiri. Gua pun berharap mak gua yang call pagi-pagi, tu yang paling berkesan sekali. Nak harap wanita-wanita yang mendampingi gua pun tak boleh, subuh-subuh dengar suara lunak-lunak boleh bikin batal puasa gua selama sehari. Maka setelah membuat sedikit kajian, gua berjaya mendapatkan cara paling berkesan untuk bangun sahur tanpa terlewat.

  1. Sebelum tidur malam, letakkan makanan sahur lu siap-siap dekat dalam bilik tidur lu. Kalau lu jenis nak kena makan nasi panas juga time sahur, maka lu taruk beras yang dah siap dibasuh dan rice cooker dalam bilik tidur lu. Kalau ada serunding lagi padu!!
  2. Sebelum tidur cabut semua bateri jam dan peralatan yang ada jam seperti handphone dan microwave. Pastikan bilik anda bebas dari jam!!
  3. Perkara terakhir lu kena buat sebelum tidur adalah tutup langsir bilik. Bagi bilik lu telap cahaya siang. Kalau boleh renovate tutp tingkap pakai bata lagi bagus. Yang pasti jangan benarkan cahaya luar masuk bilik lu.
  4. Kemudian lu boleh basuh kaki dan start tidur dengan nyenyak.
  5. Ini crucial part!! Bila lu bangun nak sahur dengan keadaan bilik lu yang gelap gelita tu, lu jangan cari jam. Tapi lu tuju ke makanan yang dah disiapkan dulu dan makan. Makan hendaklah dengan penuh perasaan yakin!!
  6. Maka kini lu tak perlu risau untuk terlewat bangun sahur lagi~

Gua, isteri dan anak-anak mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua. Agak-agak esok Masjid UTP ada moreh apa ek?

*Gua dan budak rumah gua mengucapkan Selamat Berpuasa - Tajaan Pusat Snuker Kenny, Tronoh

3 How Punk Communicate??

"The first part of an effective communication strategy relates to organization itself. They need to identify their objectives, find out their resources and diagnosing their reputation."

Ungkapan dari pensyarah Corporate Communication gua, hafalan dari teori Paul Argenti mungkin.

Badan gua basah kuyup time datang kelas hasil dari air tumpah dari langit. Tu pun gua dah perah baju dalam toilet. Tak koperat langsung belajar dalam basah. Tapi gua harus pergi kerana pensyarah gua menarik, menarik bagi wanita berusia pertengahan 30-an. I know how to appreciate beauty creation..haha

"How do you want to identify the company's objectives guys? Yada..yada..yada"

Dia mula balik..

Mungkin doktor ni perlu mencari hasil Aldous Huxley untuk menjadi sedikit punk.

Atau menonton gelagat Nick Naylor dalam filem Thank You For Smoking.

Tak payah belajar corporate communication untuk satu semester.

1 Spender Untuk Sang Juara


Anda pengumpul barangan rare dari bundle? Pastikan anda tidak terlepas untuk membeli spenda keluaran khas Arsenal. Gua tau sekarang industri spenda dah tak berapa maju, maka dengan sedikit inovatif mereka cuba menggunakan nama bakal juara EPL sebagai bahan promosi. Spenda? Sekolah menengah sangat...haha

0 Burnley 1 - 0 Man U



Kah..kah..kah..Burnley ni mana-mana punya kelab entah, sama standard dengan NS Cempaka gamaknya. Apa cerita Man U? Red Devil? Setan Merah? Patutlah main macam setan..kah..kah..kah

*Ketiadaan pemain gay, Ronalgay bukan sedikit sebanyak mempengaruhi Man U. Tapi sebanyak-banyaknya mempengaruhi Man U. Pak Cik Owen??

0 Hug Therapy

i believe a lot of us need this hug therapy, any girl don't feel hesitate to get connected with me...ahaks


*Nonsexual hug ok..Not kind of hug that u always watch in korean drama



*Applicable for hug only..not the other things..okay!!

0 Autopsi #5 : Pertunjukkan Amy Search 'Berbaloi-baloi'



Gua malas nak komen banyak tentang persembahan Amy Search sebab gua memang tengah 'hai'. Kedatangan Amy time gua baru nak start makan ayam golek tajaan Iffat Rukaini, tapi tak lari ayam tu kalau nak dibandingkan dengan Amy. Amy boleh lari.

Starting lagu Tiada Lagi, tak ada salam terus menyanyi. Entah mana-mana sekolah agama yang ajar adab macam ni. Tak pa, gua maafkan dan gua join layan sekaki. Gua berada di seating area, tapi gua bikin keras berdiri sambil banging macam selalu mat salleh buat kat moshpit Woodstock. Apa barang duduk diam nyanyi lagu Amy, baik gua pergi Hiburan Minggu Ini.

Pak Gad ada juga try-try suruh budak-budak ni duduk, maka duduklah mereka. Cis, tak istiqamah langsung budak UTP ni, kejap duduk kejap berdiri. Gua bersama Mok dan Serul mengambil langkah untuk tegak bediri, buat-buat tak takut mati.

Amy Search punya showmanship memang celaka smart, siap dia turun pentas salam ngan crowd. Cuma dia tak datang tempat gua aja sebab dia perasan crowd tempat gua ni perangai macam pelesit, kalau dia datang jugak mau ada yang kena campak buat bodyslam. Dia pun bukan muda lagi, dah 51 tahun. Tak larat nak bikin bodyslam da.

Hampir kesemua lagu gua dapat nyanyi dari bawah pentas dengan jayanya, cuma gua tersangkut pada lirik lagu Aku Dah Bosan tu pun ikut nyanyi slow-slow. Takut nyanyi kuat-kuat orang perasan gua salah lirik. Sampai lagu penghujung, Isabellah didendangkan. Budak-budak dah hilang kawalan, berdiri sambil menjerit. Pak Gad memang tak berkesan, nak kena panggil FRU baru jalan gamaknya.

Secara keseluruhan gua memang puas hati, lagi-lagi dapat dengar Amy sebut 'berbaloi-baloi' (iklan Celcom) secara LIVE. Namun sedikit kecewa kerana lagu Pawana tak ada dalam list lagu.

*Lepas nyanyi memang kena recharge energy. Tuan Haji Amy tak ajak gua join sekali, kalau tak boleh gua sponsor Mild Seven sebatang dua sambil kongsi resepi masakan cina.


Sumber Gambarajah : Izzat Helmy

notaKaki : Gua memang tak paham dengan sapa budak perempuan yang bawa banner Aizat semalam, merepek-repek.

1 Peningkatan Populasi Manusia

Minggu ni adalah minggu konvo-eksyen di UTP. Rumah gua memang penuh dengan kehadiran bekas-bekas pelajar yang datang nak bersalam dengan Tun Mahathir. Asalnya sebuah bilik diperuntukkan untuk 2 orang, tapi populasi di bilik salah seorang bilik housemate gua dah menjangkau lebih dari 7 orang.

Jadi penyelesaiannya mudah. 2 Katil khas untuk tuan punya bilik. Untuk tetamu, siapa cepat dapat tidur kat lantai. Sapa lewat sikit kena tidur dapur, dan sapa yang paling lewat kena duduk dekat meja komputer main Dota sampai pagi untuk menunggu giliran tempat tidur. Tu pun yang tidur kat dapur boleh bantai tidur sampai pukul 11-12 tengahari. Selesa gamaknya duduk depan peti sejuk, asal orang bukak peti sejuk je rasa macam air cond.

Baru budak-budak ni sedar, bagaimana erti sebuah kehidupan

0 Persiapan Rapi Menghadapi Amy Search


Sebagai persiapan menghadapi persembahan Amy Search di Tronoh, gua, Norman, Zaimi dan Mustah mengambil inisiatif untuk membuat sedikit latihan suara di Pusat Karoeke Shogun sebagai persediaan. Suara masing-masing memang iras-iras Amy Search tengah selesema, jadi tiada masalah besar setakat nak jerit bait-bait lagu Gadis Ku sama Fantasia Bulan Madu.

Cuma semalam kami telah menjumpai kelemahan yang perlu kami baiki, iaitu stimina. Semua macam celaka stimina, lepas 2 jam masing-masing nak kelip mata pun dah tak larat. Macam mana nak layan konsert ala Konsert Search di Awan Biru? Glastonbury, jauh sekali. Tapi gua pastikan malam esok gua memberi dari persembahan dibawah stage yang terbaik.

Amaran Kepada Penduduk Tronoh : Sila jaga baik-baik anak anda yang berusia bawah 12 tahun ketika persembahan Amy nanti, takut terikut-ikut perangai gua nanti, jerit tak tentu arah. Lagi satu, jangan bagi dorang main kat moshpit, gua takut terpijak pulak.

notaKakiSeluarKetat : Ada sapa-sapa yang reti buat phheewwit ingin menawarkan perkhidmatan tutorial secara percuma kepada gua malam ni??

0 Pergi Tak Kembali.. Ustaz Asri Ibrahim


Tengahari tadi gua dikejutkan dengan satu berita, pemergian Ustaz Asri Ibrahim (vokalis Rabbani). Arwah kembali ke Rahmatullah pada jam 11 pagi tadi akibat serangan jantung ketika mengendalikan rancangan Syahadah terbitan RTM. Jenazah dikejarkan ke Pantai Medical Centre dan disahkan meninggal dunia di sana.

Baru kelmarin gua baca blog arwah, update tentang Konsert Alam Dunia yang dijayakan di Stadium Malawati, Shah Alam pada hujung minggu lepas yang juga merupakan persembahan terakhir arwah. Memang ajal yang mendatang tanpa diduga.

Gua pernah menyaksikan secara langsung kelunakan suara arwah pada awal tahun 90-an dan beberapa tahun sudah di UTP. Sememangnya suara arwah tiada duanya.

Arwah dikenali sejak zaman Al-Arqam dengan kumpulan Nada Murni lagi dan arwah meneruskan perjuangan seninya bersama Rabbani. Sememangnya sebagai pengikut industri nasyid, pastinya industri kehilangan seorang bakat yang dipinjamkan untuk kita selama ini. Dan tak dinafikan bahawa kumpulan Zaufan banyak terpengaruh dengan ikutan musik Rabbani. Rabbani telah membuka lembaran baru dalam industri nasyid ketika album Intifada' dan telah memenangi banyak anugerah antaranya Anugerah Penyanyi Nasyid Terbaik AIM untuk beberapa tahun. Dan kecemerlangan Rabbani secara langsungnya banyak disumbangkan oleh arwah Ustaz Asri.

Semoga Allah menempatkan rohnya dikalangan orang-orang yang soleh..Al-Fatihah

3 Gua, Motorsikal, Mapley dan Cikgu Fizik

Ketika gua muda remaja...

Gua press minyak kuat-kuat, kasi motor pergi laju sikit nak balik UTP. Kasi budak-budak rempit Tronoh kagum sikit dengan motor RGV yang gua pinjam dari Afi. Semangat berkobar-kobar gua tak surut lagi lepas gua saksikan kemenangan Arsenal 5 minit lepas.

Meter motor dah capai 140 km/j.

"Kuat motor budak ni," bisik gua dalam hati kuat-kuat sebab bunyi angin kuat sangat.

Gua dah nampak pintu masuk UTP dan gua dah ready nak masuk gate UTP.

Tiba-tiba...

**********

"Sial apa motor ni tak ada brek kaki???!!!!!" keadaan gua jadi tak tentu arah bila kaki nak tekan brek, tapi tak ada pedal brek.

Karang kalau gua tarik brek tangan pada kelajuan 140 km/j ni kang tak memasal melayang nyawa. Maka gua layankan saja momentum motorsikal ni.

**********

Jauh jugak jarak diambil untuk motorsikal ni nak berhenti. Mungkin diakibatkan inersia gua tinggi kot.

2 Kehidupan Seorang Pelajar 2

Budak-budak dah start masuk kampus balik. Seronok dapat cuti H1N1 secara mengejut, para pensyarah pun terkejut sampai tak sempat nak kirim assignment dekat budak-budak. Budak-budak, nama pun budak-budak, apa lagi bukan main seronoklah. Hooray!! Ada yang bercuti ke Kelantan, ke Sarawak. Tolak tak ada duit berjuta macam Richard Garriot aja, kalau tak mau ada yang bercuti naik ke angkasa lepas.

Gua punya percutian? Sekarang ni ekonomi pun tak berapa nak padu, beg duit pun tebal dengan kad aja. Ekonomi melecet katakan. Maka percutian gua dalam radius RM10 minyak kereta pergi balik, tol kurang RM5 pergi-balik. Kerja pun banyak lagi, penyelia gua dah start tanya progress report Projek Tahun Akhir gua. Projek Tahun Akhir gua pun jalan slow-slow, laju sikit dari siput babi. Dalam progress report tak boleh tulis progress semua sekali, nanti gua hilang modal untuk progress report yang seterusnya. Baru penyelia gua nampak gua senantiasa ada progress.

Ohh.. Ini minggu, abang Amy Search datang UTP. So minggu ni misi gua adalah untuk menghafal bait-bait lirik lagu Search, nanti time konsert konvo baru junior-junior kagum tengok gua hapal lirik lagu 'Cintaku Hilang Bisanya'. Izhar Hasim Hamzah pun dengar kata nak turun Tronoh, kerja kapal tengah cuti gamaknya. Atau risau dengan lanun Somalia, gua nampak rokok gua hujung minggu ni ditanggung penuh oleh kelasi kapal minyak ni. Beliau datang hari Ahad, semata-mata nak tengok Aizat AF.

Bedebah apa nak hafal lagu 'Hanya Kau Yang Mampu'??

4 Prinsip Hidup Memang Pelik-pelik

Awal Alaf Baru..

Di sekitar kawasan Sogo dan Campbell kelihatan beberapa budak punk dan entah sapa-sapa lagi sedang menggeledah barang-barang di jalanan. Motifnya satu, mencari sisa rokok asal boleh keluar asap saja. Kalau jumpa rokok yang ada baki seinci tu dah boleh tadah tangan tanda syukur di atas rezeki pemberianNya.

Sedang sibuk menggeladah secara berjemaah, tiba-tiba kumpulan punk itu disapa oleh seorang pak cik. Sayu mata pak cik tu melihat kumpulan anak muda yang terdiri dari belasan tahun hingga ke akhir 20-an itu sedang menggeledah sampah.

"Pak cik ni kaya tak adalah. Tapi nah ambil RM20 ni buat makan. Kesian pak cik tengok korang ni," spontan pak cik tu berdrama.

Ahli kumpulan tersebut terkesima sambil memandang satu sama lain.

****

Kepada Pak Cik tersebut, ini bukan hal tak cukup makan atau ingin membantu DBKL. Ini hal prinsip budak punk zaman tu. Gua pun tak paham macam mana budak-budak ni boleh hidup, siap masuk universiti ada yang ke luar negara lagi. Memang berkat cari makanan sendiri pakai kederat empat kerat.

Semoga Allah murahkan rezeki pak cik...Amin.

4 Petang Ku Di Pak Li Kopitiam

Ogos 2052

Gua buhsan duduk rumah sendirian tunggu anak sama cucu gua balik. Sekarang gua pesara kerajaan, jawatan terakhir gua sandang adalah Perdana Menteri ke 12. Lepas cerita skandal gua dengan penyanyi nombor 1 Malaysia tersebar, gua letak jawatan. Dah memang gua dari muda permata di hati wanita, macam mana gua nak elak.

Bini gua dah arwah dah, anak-anak suruh gua kahwin baru. Tapi mengenangkan sumpah setia gua dekat bini gua, bahawa dia lah satu-satunya bini hidup mati gua maka gua kenselkan hajat nak kahwin dengan penyanyi muda yang menjuarai Akademi Fantansia Musim ke-49 tu. Menyesal juga mengenangkan janji gua dulu.

*****



*Gambar gua sekitar tahun 2009. Tak jauh beza.



Gua nak ajak member-member satu sekolah gua keluar. Gua hantarlah mesej hologram macam Puteri Leia hantar mesej dekat Obi Wan Kenobi dalam cerita Star Wars yang ditayangkan 80 tahun lepas. Gua send dekat Tanggang, Talha, Dodol sama Bajet. Gua nak contact Buchen, tapi gua baru teringat dia tengah mengaji agama dekat Mekah. Penyakit kencing manis dia pun dah teruk, kaki sebelah dah paras lutut je. Tak kan gua nak ajak dia lepak kat Pak Li Kopitiam lagi.

Selepas gua solat Zohor, gua sarung serban terbaru keluaran Converst. Tanpa buang masa, gua telepot diri gua ke Pak Li Kopitiam. Memang zaman sekarang ni kenderaan awam susah nak cari makan sejak ada telepot ni. Budak-budak pun makin kuat pergi kedai beli cekelat. Teknologi..ada kebaikan dan keburukan.

Elok gua sampai kat Pak Li aja, gua nampak Talha tengah lepak ayat awek. Tak ubah-ubah perangai dia, bini dah 3 pun ada hati lagi nak tambah. Tu pun jadi 3 sebab bini tua dia dah pulang ke Rahmatullah dulu.

"Woih Talha, meh lepak sini. Tak da faedahnya mengorat awek di usia begini," gua ingatkan Talha sebelum dia parah.

"Aku menunggu kau la lama sangat. Aku kelip mata dekat awek tu, lepas tu dia respon. Tu aku lepak dengan dia. Baru habis SPM tu..," jelas Talha tentang tindak-tanduknya yang kurang manis itu.

Gua bukan apa, taku sakit jantung Talha ni datang balik. Orang tua umur 75 tahun ni kadang-kadang fregile, silap teruja boleh membawa ke kubur. Memang malu dekat orang kampung kalau cerita dia arwah time tengah ayat awek.

Tiba-tiba kami dikejutkan dengan deruan motor besar. Si Tanggang, dia bawak dalam 367 km/j lepas tu tekan brek depan secara mengejut. Terpusing motor dia 2x.

"Ish..ish..ish..perangai kalahkan orang muda," Talha bising.

Kemudian Tanggang turun dari motor, jalan ke arah kami. Perlahan aja langkahnya. Teruk bernar gayanya. Ni semua pasal kencing manislah, lepas tu kena bengkak prostat sama katarak mata. Kesian Tanggang, mungkin balasan Tuhan atas perbuatannya di masa muda.

"Assalamualaikum..lama sampai?" pembuka bicara oleh Tanggang sambil menyuakan tangan untuk bersalaman.

"Macam mana prostat kau? Dah baik? Kencing pakai salur beg plastik lagi ke?" gua buat-buat caring tanya sambil hirup kopi.

"Ok la sikit," Tanggang melabuhkan punggung.

"Si Bajet mana?" gua baru sedar Bajet tak sampai lagi.

"Woo..tadi dia HMS (Hologram Messaging System) aku. Dia kata Syamimi tak bagi keluar," Talha cuba menjelaskan keadaan.

Kesian gua usha si Zali Bajet. Dari muda sampai tua kena control dengan bini dia si Syamimi tu. Nak keluar mapley tak boleh, tengok match Arsenal dekat Emirates tak boleh. Tak sangka liat nyawa Syamimi tu. Mentang-mentanglah Syamimi tu tokeh Pusat Perubatan Laut yang tersohor tu, queen control dia.

"Aku dengar Suzy hari kelmarin dapat cucu. Cucu ke-14, perempuan," Si Tanggang dah mula bukak story gosip-gosip terbaru.

Suzy, dulu gua selalu la lepak dengan dia. Tapi lu paham la tradisi Melayu, sejak gua kecil gua usha kat kedai kopi aja datuk orang, mana ada nenek-nenek lepak kedai kopi. Kalau Suzy lepak sekali dengan kami nanti tak manislah dipandang orang. Apa kata kawan-kawan cucu dia nanti.
Hampir sejam kami bersembang tentang cerita-cerita lama. Kisah gua main perkusi untuk konsert terakhir Hujan sebelum vokalisnya meninggal dunia. Kisah Tanggang diangkat menjadi Pengurus Liverfool dan pengalaman Talha ketika menjadi Pengetua Sekolah Agama. Rotan budak tak tentu arah.

Tak lama kemudian Dodol datang sambil diiringi 'Mataharinya' yang kian kusam dan pudar. Tapi semangat romantis mereka tetap kekal sambil berjalan berpeganggan tangan. Dodol muda-muda tak macam ni, awek sana sini. Setiap daerah ada saja awek dia. Bukan baru gua kenal Dodol, dah 50 tahun. Dulu kami rompak mini bar sama-sama, kutip rokok dekat jalanan sama-sama. Tak sangka dah tua berkopiah si Dodol ni.

"Duduk la Dol..Tak kan berdua aja?" tanya gua sambil membakar rokok bervitamin.

"Tak, cucu aku ada tuh," balas Dodol sambil menunjuk ke arah budak yang memakai baju t-shirt kumpulan nasyid indie negara, Meet Haji Husin. Memang sekarang scene muzik dah berubah. Tak ada gig-gig macam gua muda dulu, terhenjut sana sini.

Bersyukur benar gua dapat bersantai bersama-sama kawan lama.

Cuma kadang-kadang teringatkan Buchen, bekas Raja Cubprix Yamaha 100 Sport tu.

Semoga gua dan rakan-rakan berkekalan berkawan sampai ke hujung usia.

2 Kadang-kadang Kita Membazir Tak Kena Tempat

Huaaarrgghhh...bangun tengahari memang seronok. Sebelum meneruskan agenda-agenda gua seperti melawat rakan-rakan berhampiran, pusat-pusat snuker dan kedai-kedai mamak di sekitar Lembah Klang, gua perlulah setting diri gua sendiri. Bangun-bangun tidur kenalah mandi, apa nak jadi kalau bangun tidur tak mandi. Tak kiralah jam berapa lu bangun, yang penting mandi.

Tuala gua selinsing di atas bahu, dengan semangat takut air gua beranikan jugak diri gua untuk mandi. Sabun Lux kaler pink gua memang gua pastikan tak kehabisan stok, ini demi memastikan badan gua bau macam Erra Fazira. Baru kawan-kawan tak benci.

Untuk memastikan kecantikan kulit muka gua berterusan, gua picit pencuci muka dalam setengah inci. Gosok dekat muka kasi buih naik sikit, baru rasa macam berlakon iklan Face & Lovely. Tiba-tiba gua rasa ada yang tak kena, kenapa gua punya pencuci muka rasa sejuk. Seingat gua Clean and Clear tak ada perisa pudina, gua punya perisa epal. Gua ambik buih 'pencuci muka' gua, gua tenung dalam-dalam. Celaka!! Rupanya gua cuci muka pakai ubat gigi, patutlah sejuk!! Beberapa bulan lepas gua sabun badan pakai ubat gigi jugak. Mana tak cepat ubat gigi gua habis..Bedebah!!

0 Hidup Gua Sebagai Lelaki Bujang Yang Tampan


*Bukit Ampang, kawasan mat rempit ambil angin malam

Akal 5 minit gua menyala lagi tanda ada idea. Celaka!! Gua nak layan Buliten Utama, ntah apa-apa berita gua terlepas ketika gua dalam tahanan Hospital Ipoh. Dr Mahathir buat album ka, Jaafar Onn masuk WWE ka? Gua tamau kelepasan berita-berita sensasi. Tapi akal gua lagi kuat, En. Nafsu support dia.

"Tak boleh jadi ni. Nampak gayanya terpaksa jugak," gua cakap sembunyi-sembunyi dalam hati, takut mak gua dengar projek gua yang ni. Ye la, baru keluar dari hospital dah ada projek. Kalau projek boleh bikin keuntungan juta-juta tak apalah, ni makin lama baki akaun makin kurang digit. Mak gua dah ugut suruh balik sebelum masuk hari lain, gua angkat ibu jari tanda setuju.

Bila naik kereta, gua senyum sampai telinga bila usha meter tank minyak dekat level F. Abah gua dah isi penuh minyak gua rupanya, tahun depan gua isi borang percalonan Tokoh Bapa Mithali untuk abah gua. Tanpa ragu-ragu gua golekkan tayar ke Wangsa Maju untuk kutip Silu. Projek kali ni adalah projek tertunda sejak 3 minggu lepas, kali ni kena ganti balik.

Projeknya adalah "Om Burger Part II". Jangan tanya sedap macam mana. Lu kena try sendiri The Best Street Burger in KL ni. Selepas 'beg galas' masing-masing dipenuhi dengan burger special, kami berangkat ke Bukit Ampang untuk menikmati keindahan permandangan KL. Kalau lu bawak awek memang jalan nak ke Bukit Ampang tu boleh mendatangkan syak awek lu lah. Sunyi, tapi gua rasa dalam-dalam semak tu kalau selongkar mau ada 4-5 pasangan juga. Tak adalah sunyi mana.

Permandangan dari sini memang cantik, tapi sebab gua datang dengan Silu maka pandangan kabur sikit, kalau dengan awek lain cerita. Mat rempit ramai, pasangan laki perempuan pun boleh tahan, cuma gua aja pasangan laki dengan laki. Bunyi macam nak kena tendang aja. Selepas menyesali perbuatan kami, maka pulanglah kami ke rumah masing-masing.

Harap-harap Kementerian Kesihatan tak bacalah blog gua.

2 Vintage : Dedikasi Sempena Hari Persahabatan

*Ini zaman gua form 2 rasanya, dressing sekor-sekor macam gampang. Mat Indon sekarang pun gelak kalau usha gambar ni.


Hari ini adalah Hari Persahabatan atau orang putih gelarkan Friendship Day. Dalam sejarah kehidupan gua memang tak pernah langsung gua terdetik nak menyambut Hari Persahabatan ni bersama rakan-rakan. Nanti nampak sangat gua banyak membaca novel percintaan tulisan Sharifah Abu Salem, hasil terbitan Alaf 21. Tak ganas macam Ip Man langsung.

Tapi apa yang gua pasti, dekat asrama gua dulu setiap kali kedatangan Hari Persahabatan ni pastinya budak-budak perempuan tengah lincah buat dedication. Dedication ni budak-budak kena isi borang la, kemudian order cekelat ke, gula-gula kapas ke tabung uji berisi rumput ke (???) dan turut disertakan dengan kertas ucapan tulisan tangan budak perempuan, kalau tulisan tangan budak lelaki memang sial la potong mood, nak makan gula-gula kapas pun tak lalu. Setiap tempahan mengambil kos dalam seringgit dua aja, dan anda boleh dedikasi kepada sahabat (WTF?), kekasih, skandal, adik angkat, abang angkat, akak angkat dan sesiapa sahaja.

Selalunya mesej-mesej bertukar ejaan bila budak perempuang yang tulis. Contohnya :

1) Friend Forever akan menjadi Fren 4 Eva
2) Happy Friendship Day akan bertukar kepada Epy Fwenship Day.

Dan pelbagai lagi.

Bila gua dah meningkat senior, kami sesama pelajar laki ada competition. Siapa yang paling banyak dapat dedication kira dia senior hot la. Nak harap kaum hawa hantar dedication? Hak tuih!! Muka sorang-sorang tak ada gaya model majalah Maskulin, kecuali seorang tu. Alaa..yang mata biru, hidung mancung, pipi pauh dilayang tu. Maka memang budak-budak laki lain gigit jari lah nak menerima dedication dari 'kaum asrama seberang'. Tapi ingat competition masih berjalan.

Nak bagi dedication kat diri sendiri nampak macam terdesak sangat, tapi gua rasa tak mustahil ada yang main kotor macam tu. Selepas pelbagai strategi diambil kira dan risiko telah ditolak bahagi, majoriti dari kaminya berbuat begini. Peras ugut junior tingkatan bawah untuk hantar dedication kepada kami.

Beberapa Minggu Kemudian

"Woih, korang dapat berapa dedication?" Jijol bertempik. "Adalah sikit," si Nazim mencelah. "Penuh juga la loker aku dengan gula-gula kapas," ujar lelaki berkaca mata beraut wajah Eropah itu secara merendah diri. Buchen tunduk diam tanda menyerah kalah.

Adik-adik junior menjeling-jeling tanda protes.

Beberapa bulan kemudian

"Adik-adik, kami budak Form 5 mintak halal makan minum sempena kami nak ambil SPM ni," masing-masing berlakon macam watak Ustaz Aidil dalam drama Nur Kasih

notaKaki : Budak-budak perempuan memang pandai mengambil kesempatan dalam perniagaan, gua rasa lu orang boleh pergi jauh dalam bidang MLM..hahaha

0 3 Malam Tanpa Bintang

3 hari gua menetap di penjara Wad 8A. 3 hari gua tak nampak matahari, 3 hari hisap rokok sembunyi-sembunyi dan 3 hari gua tak usha awek-awek tempatan kecuali nurse-nurse yang sentiasa membelai gua 5 kali sehari. Tu pun gua tak tau macam mana wajah mereka sebab masing-masing pakai sut radioaktif, timbul jugak risau kalau-kalau diorang cabut mask tu masing-masing ada misai. Mungkin gua boleh pindah ke wad kardiologi.

Tadi doktor dah suruh gua balik KL walaupun ujian darah gua masih tak memberi apa-apa jawapan lagi. Mungkin doktor syak gua ni buat-buat sakit sebab nak tidur bilik air cond sama makan free lauk 'ayam' goreng berempah (rujuk post sebelum ini). Dalam hati gua dah jerit 'hooray'!! Bukan main suka hati, macam awek lu kasi main kayu 3.

1 Hati Ku Dipermainkan Oleh Kantin Hospital Ipoh

Padan muka sama pihak kantin hospital. Malam ni dia tak boleh pekena gua buat kedua kalinya. Kali pertama gua ditipu oleh pihak kantin? Ceritanya begini, semalam time makan malam, gua usha la set makan malam ekslusif gua tu. Ada nasi putih bergred rendah, sayur air kaler purple dan menggembirakan gua ada ayam goreng rempah tapi diselubungi kuah kari. Serius hati gua berbunge-bunge usha ayam ni, nampak sedap sangat.

"Ahh..mungkin dia malas nak masak ayam dengan kari. Buat macam ni boleh bikin 2 menu sekaligus, ayam goreng berempah dan kari ayam..untung!!" gua bermonolog sedapkan hati sendiri. Elok gua suapkan nasi ke mulut, gua kunyah-kunyah. Gua syak ada yang tak kena. Kenapa ayam ni..rasa macam ikan?? Gua belek-belek 'ayam' tersebut. Dan sebenarnya 'ayam' itu adalah sepotong ikan bertopengkan ayam goreng berempah. Cis..pihak hospital mempermainkan perasaan pesakit seperti gua..

0 Penahanan ISA Ke Atas Gua?

Pedih pepalih, itu antara perasaan yang bercampur baur sekarang ni. Gua sekarang sedang dikurung oleh pihak kementerian kesihatan di Hospital Besar Ipoh kerana disyaki mengidap H1N1. Bilik gua besar 10 kaki x 10 kaki. Tak ada TV dan tingkap, Cuma ada ada tandas dalam bilik ni. Gua tak boleh keluar dari bilik ni selama seminggu. Stok rokok selamat gua dah simpan secara sembunyi, seterer-terer pihak Kastam Singapore pun belum tentu boleh trace stok gua. Ini semua hasil didikan di asrama dulu dalam subjek ’Ayuh Menyeludup Rokok Masuk Asrama’.

Bab bosan lu jangan ceritalah. Selamat gua ada simpan cerita-cerita evergreen seumpama Con Air, You’ve Got Mail, Forest Gump dan beberapa filem yang ditayangkan ketika gua menuntut di SRK Seksyen 19 dahulu. Memang gua sekarang mencari mode-mode evergreen, layan pun lagu-lagu lama-lama Lee Ann Rimes, Stevie Wonder, Beatles, Celine Deon dan Boyz II Men..ini memang classic kaw. Macam iklan pencuci pinggan cap Trojan lakonan Rosnah Mat Aris.

Gua ditempatkan dalam wad isolasi. Nurse yang masuk bilik gua pun pakai arpon, glove 2 lapis, mask, visor, spek plastik, shoe cover sama sarung rambut. Dia handle polisterin nasi je pu, tapi pakaian macam handle radioaktif. Tapi gua syak nurse yang jaga syif petang ke malam ni cun dan tak kahwin lagi, mungkin gua kena compete sama Mat Rempit Greentown kalau nak ayat dia. Lu doa gua cepat sembuh.

notaKaki : Tadi pihak klinik UTP call gua, tanya kenapa gua terus ke Ipoh dan tak refer kat klinik dorg? Gua rasa dengan panadol dan ubat batuk tu, gua rasa tak payah susah-susah orang ambik degree in medicine kot. Baik gua pergi Kopetro beli panadol sepapan sama ubat batuk cap ibu dan anak. Tak kan nak tunggu ada budak yang dah berlalat dekat Bilik Kuarantin tu baru nak ambil tindakan serius?.