3 H1N1Mengganas di UTP?

Tronoh, 31 Julai - Okay..sekarang UTP tengah panas dengan isu H1N1. Gua salah seorang yang disyaki kena virus ni.Gua semalam bikin salah juga, dah tau benda ni bermusim, gua keras kepala pergi pasar malam dan disusuli dengan kegiatan latihan snuker di Pusat Snuker jugak. Kalau budak-budak ni power tak pa, ni hutang point berjela-jela. Tak sia-sia cikgu matematik ajar nombor negatif dulu.

Siang tadi gua ke Klinik Darul Ridzuan untuk check up. Untung nasib gua, suhu badan 37.8 darjah celcius. Nurse tu kata kalau 38 degree kena isolate. Gua tersenyum tanda berpuas hati dengan tindakkan pantas gua. Kalau tak sekarang ni mungkin gua sedang mengira saiz bilik di V6 pakai ukuran jengkal tanda protes dikuarantin.

Seperti biasa, gua expect tak tinggi pun klinik universiti ni. Gua syak dia bagi ubat canggih-canggih, sekali dia keluarkan Panadol. Dulu time gua eksiden motor pun dia bagi panadol, apa ada lambakan stok panadol ke? Dengan keadaan yang tak berapa nak cantik ni, gua sarankan lu orang kalau rasa macam tak sedap badan aja terus gi klinik. Jangan simpan-simpan virus ni, tak membawa kekayaan pun. Kalau lu melabur kat ASN kurang-kurang ada juga keuntungan.

Kemudian gua turut cadangkan lu pakai aja mask pelik tu. Memang tak cool. Tapi lu nak cool ke nak arwah? Lu bersilat tiap-tiap minggu, pergi gim workout tiap-tiap petang, berenang seminggu 3x. Sekali sok..sek..sok..sek arwah. Arwah sebab selsema.. Lu tak rasa membazir ke? So gua sarankan follow aja apa yang akak nurse tu cakap kat gua untuk kebaikkan bersama.

Pihak Universiti pun satu hal juga. Nak tunggu 100 kes baru nak tutup u. Kalau nak bandingan ratio 100 pelajar dengan pelajar UPM, logik la. UPM besar, seminggu sekali nak terserempak muka yang sama pun susah. Ni UTP beb, sehari 2x gua terserempak dengan orang yang sama. Tak pa, nanti bincangkan dengan CEO Petronas apa yang terbaik.

notaKaki : Dah ramai kawan-kawan gua kena lokap sebab H1N1, gua harap lu orang cepat sembuh. Boleh pergi kelas tandakan kedatangan gua ok?

0 Rapist Wanted!!

2 Kisah Duka Kehidupan Seorang Pelajar Episod 1

Kehidupan seperti sehelai roda, semester lepas gua angkat Anugerah Dekan tapi semester ni pencapaian gua tak sampai ke telinga dekan. Berbekalkan semangat seperti peniaga MLM mencari mangsa, gua angkat tangan kanan dengan lima jari tersusun rapi, gua ikrar untuk membuat ending yang cantik dalam semester terakhir gua di UTP.

Tatkala gua menatap resap exam gua beberapa minggu sudah, memang sudah dijangkakan memang hakikat yang pahit bakal menunggu gua. Usha resap, muka kelat, hati gua panas membara. Kalau sapa-sapa tegur itu hari memang sah-sah ada cap kaki saiz 11 di sebelah peparu beliau.

Minggu depan gua nak kena submit progress report untuk Projek Tahun Akhir gua. Masalah bagi gua bukan tak reti tulis report, tapi masalahnya gua nak tulis progress apa kalau dah tak ada progress?

Mungkin gua boleh kasi tentatif hidup gua kepada penyelia gua untuk rujukan dan tatapan beliau.

8.00 am Tidur
2.00 pm Bangun Tidur
4.50 pm Pergi bekerja luar di gimnasium
5.40 pm Berenang di kolam renang.
7.00 pm Hisap Rokok Bersama Kekawan
8.20 pm Keluar makan sambil membeli rokok.
10.00 pm Training Silat @ Bermain Gitar @ Menonton Filem
12.00 am Makan-makan di Restoran Borak-Borak Kosong (Mapley)
2.00 am Mari Belajar Bahasa Thailand Bersama Fayan Malaya
2.40 am Menonton Filem Hingga Terbit Fajar

Maka demikianlah laporan saya.

Ini gua ganti slot 'Mari Menonton Filem Hingga Terbit Fajar' dengan 'Pertandingan Mencipta Progress FYP Sebulan Dalam 1 Malam'. Sejak bukak semester ni semua pensyarah gua kenselkan kelas.

Betul apa yang Mak gua cakap, doa orang teraniaya memang mujarab.

notaKaki : Gua rasa esok petang gua bangun tidur, gua lupa la ikrar gua tu. Malam ni nak mimpi sapa ek?

2 Autopsi #4 : Majlis Tilawah Al-Quran Kebangsaan Kali Ke-52

Salam Sejahtera kepada semua pembaca yang budiman dan dermawan (Sila PM gua untuk minta no akaun CIMB gua). Biasanya gua mengautopsi gig-gig atau konsert yang gua lewati dalam liku-liku kehidupan seorang yang merancakkan ekonomi penghibur-penghibur di pelusuk tanah air. Namun kali ini gua bukan mau autopsi gig, tapi Majlis Tilawah Al-Quran Kebangsaan Kali Ke-52 yang berlangsung di UTP pada minggu sudah.

*Gua agak kagum dengan dekorasi, convo nanti bikin macam ni jugak ek?

Ye la, gua pernah pergi majlis tilawah pun last time sekolah menengah kat Masjid Shah Alam, tu pun gua rasa gua banyak bazir masa di persekitaran masjid dengan menikmati seni bina masjid kaler biru tersebut. Secara kebetulan penganjuran Majlis Tilawah diadakan di UTP, gua mengambil peluang untuk menenangkan jiwa dengan alunan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh qari-qariah yang terbaik dari seluruh pelusuk tanahair.

*Ini Johan dari Sarawak, nama dia bukan Johan. Nama dia Awangku Omar

Ini gua kasi bedah siasat hari terakhir, iaitu hari penyampaian hadiah. Gua datang lewat sedikit angkara penangan Family Outing, namun dengan bantuan Long. Gua dah suruh Long ejas kerusi untuk gua, so tak adalah runsing-runsing. Gua bertapak ke Dewan Canselor berdebar-debar, dengan harapan dapat duduk sebelah MB Zambry, mana tau boleh ejas kasi MyVi gua convert ke Toyota Camry.

Bila gua melangkah masuk aja, memang terkesima gua dengan kehadiran manusia yang ramai amat. Nak naik tangga ke kerusi atas pun slow beratur punya pasal. Door gift adalah diberikan, berbentuk Al-Quran dan CD Panduan 7 Jenis Lagu Tarranum. Gua sambar CD je lah, sebab keadaan tak berapa nak suci amik Quran.

Gua teruskan perjalanan ke kerusi yang ditempah khas oleh Saudara Long, Qari Jemputan dari Kosovo. Kerusi gua line atas sekali, nak naik atas pun payah. Kat area tangga penuh dengan gadi-gadis comel bertudung labuh. Gua memang kena tempuh cabaran fatamorgana untuk ke arah kebaikkan. Elok sampai atas aja, kawan-kawan se'kelas' tarannum gua buat-buat baik pulak. Offer seat dekat beberapa ketua kampung, dengan harapan semoga mereka dipertimbangkan untuk dijadikan menantu. Memang publisiti murahan.


*Kerata Siapa ni? Lu jawap sendiri la beb. Kesian kat cikgu BM darjah 1 lu.

Dalam jam 9 cenggitu, Raja Di Hilir Perah dah tiba ke Dewan Cansellor. Kereta dia lawa, kaler krim macam aiskrim vanilla. Gua syak mesti mahal sket dari MyVi hitam gua. Kemudian disusuli dengan Sultan Azlan, naik kereta besar kaler hitam. Tuanku Sultan pakai persalinan merah menyala yang menampakkan baginda menyerlah pada malam tersebut. Gua pun tak kalah dengan persalinan kaler oren.

*Kereta Sultan, nampak garang.

Acara dimulakan dengan persembahan nasyid oleh budak-budak Sek Men Agama Raja Nazrin Shah. Not bad la, nasyid ala TV1, apa lu expect kan? Suara pun sedap lagi, baru mumayiz tak baligh lagi. Gua time zaman macam diorang tengan seronok layan tarik lagu Fantasia Bulan Madu.


*Inilah muka yang memberi kerusi kepada pakcik-pakcik, memang sesuai dijadikan menantu.

Kemudian diteruskan bacaan Quran oleh Pemenang Qari iaitu peserta dari Sarawak. Dahsyat jugak la. Jauh sekali kalau nak compare gua baca Fatihah. Disusuli dengan bacaan Juara Qariah (2 tahun berturut-turut) dari Perak, Syarifah Khasif. Gua pernah usha dia ni masuk Akademi Al-Quran tahun lepas, tak silap gua dia dapat 2nd place je kot. Bila Kak Pah kita ni baca aja, Iqmal Hakimi sedang tidur pun boleh terbangun angkara suara Kak Pah ni. Jangan dibandingkan dengan Kak Pah yang nyanyi lagu Seiring dan Sejalan tu. Memang gua tersentuh pun ada, sebak pun ada, kagum pun ada. Walaupun gua bukanlah pakar dalam tarannum ni, tapi gua rasa memang dia layak menang 2 tahun berturut-turut. Subhanallah.


*Shariffudin Sahedan, samar-samar dibelakang kelihatan gua sedang tekun menyemak bacaan Qari. Mana tau salah, gua nak hand up perbetulkan.

Yang Juara-juara dapat la seorang RM10,000. Sama taraf dengan hadiah Akademi Fantasia. Kemudian dah setel acara pemberian hadiah, gua dan rakan-rakan pergi buat kaji selidik di booth-booth jualan. Gua ada try rendang tok ni, apa cap ntah. Memang sedap beb!! Budak-budak ni angkat la sorang RM10 sekali dengan ketupan RM 5. Memang tak sabar tunggu raya ni!!

Setelah habis gerai kami kaji selidik, dengan hati yang rasa-rasa macam suci aja, kami bergasak ke kedai makan berhampiran untuk memberi pengisian jasmani pula kepada perut masing-masing. Maka demikianlah laporan saya mengenai Majlis Tilawah Al-Quran Kebangsaaan Kali Ke-52.

Gambar Belas Ehsan : Sharifuddin Sahedan

6 Welkam Bek To UTP

Gua baru sampai UTP, nak kena cari tune belajar balik. Memang payah!! Sekarang ni before register masuk UTP nak kena bikin medical check up dulu. Nak kena pastikan bahawa students bebas dari virus H1N1. Gua baru lepas kemas bilik, tak boleh g check up nanti tak lepas sebab selsema sebab habuk. Kang tak memasal kena kuarantin. Nak beli rokok pun susah.

Gua dah make up bilik gua. Kasi ceria, ada burung cenderawasih beterbangan lagi kat bilik gua. Ohh damainya. Tema gua dalam bilik gua adalah..tak ada tema.



* Ini gitar gua Borhan (yang bersalut), Ariffin (gitar kayu).


Gua syak keadaan ni bertahan selama..sekarang ni pukul 2.30 pm. Lepas Asar kang porak-peranda kembali la. Kira ini bukti bahawa bilik gua pernah kemas jugak.. Oh ya..doakan kejayaan gua dalam semester terakhir gua yang untuk kesekian kalinya.. amin

3 Sesi Bergambar Bersama Achan Sinclair

*Gua ketika kantoi bermain kayu empat.

*Akhirnya gua berjaya mengawal keadaan.



Sesi Bergambar Bersama Achan


Lokasi : Taman Tasik Manjalara, Kepong
Model Sampingan : Lee Yi, Joanne dan Ashley
Jurugambar : Ejat dan Ewok.

Berminat dengan hasil seni mereka? Layarilah http://www.kchackphoto.com/




*Ini model sampingan aja. Dah gua Chinese look, maka kenalah ambil model sampingan yang betul-betul chinese.

notaKaki : Gua dahulukan gambar untuk muka hadapan majalah Keluarga bulan Ogos ni.

0 Review : Om Burger, Ampang Jaya





Hari ini pasti lebih baik dari semalam. Semalam gua kesepian, hari ni bertalu-talu orang call ajak lepak, thanks to Tanggang, Tajul, Talha, Kecik, Acapie and Suzy. We spent our everning together at Pak Li Shah Alam with gossiping each other and the others. Then we continue with 'karok' session Ole-Ole Seksyen 18..Try imagine. Karoeke box tu muat 5 orang.. Tak cukup wayar nak tarik lagu Awie.



Kemudian gua ke gerai Om Burger di Ampang Jaya. Om Burger ni bukanlah adik-beradik Wendy's ata Carl's Junior. Tetapi Om Junior hanyalah sebuah stall burger yang jual burger Ramly. Tapi pastinya ada sesuatu 'x' faktor yang meanrik perhatian gua ke sana. Ye lah, kalau setakat nak makan burger Ramly, ramai aja mat rempit berniaga di sekitar Damansara ni. Di sebabkan oleh cerita Silu bahawa beliau men'google' The Best Burger in KL dan resultnya berhasilkan Om Burger, siapa yang tak teruja?

Gua ada juga bikin R&D pasal Om Burger ni, dan hasilnya memang memberangsangkan. Biasanya gua mencari kedai makan menarik ni dengan rakan-rakan atau sesiapa yang gua rasa betul-betul sebulu dengan gua. Tapi kali ni special, gua bawak manusia paling best kat dunia merangkap mama gua. Cool jugak.



Selalunya gua akan berguru dengan Google Map, namun kali ni tak sempat. Perancangan gua ad hoc. Maka terkoyong-koyong kami anak beranak ke Ampang Jaya dari Damansara mencari burger. Mama gua pernah duduk di Ampang Jaya ketika mengandungkan gua, time tu dia kerja di Tabung Haji tu pun 25 tahun lepas. Berdasarkan GPS memori Mama gua, dan beberapa update terbaru dari gua seperti gua bagitau Jalan Klang Gate dah tukar jadi MRR2, akhirnya kami tiba di Om Burger yang terletak di hadapan 7-Eleven.

Gua pun nak juga rasa apa cerita sampai burger uncle ni dapat pangkat The Best Street Burger dan direview oleh majalah-majalah hingga ke majalah mat salleh. Burger rasa macam rendang daging ke apa? Gua usha memang Om (uncle in Jawa) ni punya gerai memang grunge, telur papan tinggi beb, gua kira ada 12 papan. Kalau kali 30 biji satu papan tak ke membawa erti 360 biji telur? Om kata sehari burgernya boleh laku dalam 400 biji. Kebanyakkan orang beli burger special yang berharga RM4. RM4 x 400 = RM1600 per night. Om ada daughter tak? hahaha

Burger dia memang syok. Daging burger selalu kecut bila lepas masak, tapi dia punya tetap bulat dan tak kecut. Memanglah sloopy, dan bersepah dengan sos dan mayonis. Tapi segalanya PERFEK!! Dengan cheese Kraft yang memberi rasa keindahan fatamorgana dan saiznya yang besar bak. Gua sama Mama gua thumbs up!! Walaupun jam pukul 12, tapi ramai yang berhenti beli. Ada juga gua usha beberapa pembeli baru yang nampak datang dari jauh. Gua pasti kalau lu try juga. Tiada istilah menyesal!! Okay gua ngaku..malam tadi gua bantai 2 biji burger..hahaha

Rujukan : Semua gambar kecuali gambar rokok (aku) semuanya sebat dari
sini

0 Laporan Harian #1

Hari ni gua memang letey, betul-betul letey. Tidur jam 4 pagi, bangun jam 6 pagi. Ada aktiviti kekeluargaan sikit, gua naik pening kepala dengan anal-anak sedara gua. Gua lari kan diri, call Dodol (out of coverage), Tanggang (tukar number), Arep (rijek call gua), Bono (tak angkat), Low (tak da number da). Setelah disisih rakan-rakan, akhirnya gua membawa hati yang lara menumpang tidur rumah di Silu. Selepas perut kenyang berisi, Silu dah halau gua sebab nak keluar date. Gua sedar kehidupan gua seperti melukut di tepi gantang, dan gua membawa diri ke rumah Bono. Selamat Pak Cik Aziz (bapak Bono) keluar bersama ahli keluarganya yang lain. Tinggallah kami berkhalwat berduaan.

Pada awalnya gua bukak website untuk membuat kajian untuk Projek Tahun Akhir, namun ianya berakhir dengan sesi kajian tentang senjata paling efektif dalam Mafia War dan penghujung sekali gua bermain ping-pong bersama Bono dan rakan-rakan. Agak hebat juga gua walaupun hampir 5 tahun tak peggang bet ping-pong. Ok gua mengaku, banyak juga aksi yang membuatkan pemain ping-pong negara, Shakirin Ibrahim tak mengaku gua junior sekolah dia. Sia-sia training dekat sekolah pakai meja dewan makan.

Dan di malam hari gua ke kenduri Nija, sepupu gua merangkap rakan sepermainan gua ketika kecil. Ini kali pertama gua usha laki dia, nampak muka budak baik, rambut kerinting halus tak macam rambut bapak Ismail Sabri. Akmal pun ada, dengan tunangnya. Yanti dah ada anak dua. Memang gua kecik-kecik suka mian-main dengan kaum hawa. Ye la, siapa tak bangga kawan dengan anak bandar berwajah Pan Asia? Selepas semuanya bergosip dan menunjuk kehebatan pasangan masing-masing. Kemudian mereka perasan gua tiada berpasang, masing-masing kuat mengasak. Gua buat muka cool, hisap rokok buat asap bentuk 'W'. Sepupu gua, kecik-kecik dulu tak da bakat bergosip, dah besar darah keturunan Mami dah tunjuk belang.. hmm

0 Lagu Malam Ini : Chinta by Monoloque (Loque Butterfingers)

*Loque terkejut ketika gambarnya diambil ketika sembayang raya.


Lu pernah dengar Loque? Guitarist Butterfingers yang asyik dengan Gibson Les Paulnya suatu masa dahulu. Kini Loque meneruskan jalan musiknya dengan rilisan-rilisan yang berbunyi sesuatu yang lain dari bunyi Butterfingers. Kebanyakan rilisannya berbaur elektro dan exprimental musik Melayu lama dari zaman idolanya, R. Azmi pada tahun 40'an.

Ini salah satu rilisan yang dibuat oleh Loque yang bertajuk Chinta. Single ini adalah sebuah projek kolobrasi di antara Loque dan pihak Muzium Pahang, mungkin pada bunyi gamelan dalam lagu ini. Bagi gua , single ini sungguh rapi serba-serbinya, samada dari segi sound, lirik dan feel. Untuk keterangan lanjut, sila layari website Loque sendiri iaitu http://www.monoloque.com






Lirik Chinta - Loque (Butterfingers)

Kau hadir bila tiba waktunya...
tidak diundang tak jua dipinta
walau lari kau tetap datang jua
keranamu chinta..tak mampu menahannya

Aku terus mencuba terus lari dari chinta..
kerana perit terasa sengsara tanpa kata
kerana dusta...

Chinta kau lulurkan hati ini
membuatkan segalanya indah
walau sesekali menjengah tiba oh cinta
terasa bahagia..hanya menunggu saat dan tika.

Aku akan terus melangkah walau tanpamu oh chinta...
Aku yakin akan adanya setia ceritera yang tiada akhirnya..

Chinta kau lulurkan hati ini
membuatkan segalanya indah
walau sesekali menjengah tiba oh cinta
terasa bahagia..hanya menunggu saat dan tika.

kerana...
kerana...terasa bahagia...

Chinta... abadi chinta
chinta padaNYA
chinta satu...
chinta selamanya....

notaKaki : Hati bunga-bunga.

3 Rahsia Yang Dah Tak Mampu Gua Simpan

Gua kecik-kecik dulu buleh tahan jahil. Gua ada masalah dalam menentukan jantina Micheal Jakson. Ya, gua tau nama dia Micheal, tapi gua kecik lagi beb. Nama Siti Rokiah pun boleh jadi nama laki. Cerita ni gua tak pernah cerita dekat sapa-sapa lagi. Sapa baca first, dia lah orang pertama tau. Dah lebih 20 tahun gua simpan rapi rahsia ni, hari ni rasa nak reveal rahsia.

Yang membuatkan gua sangsi tu sebab wajah MJ, gua tak tau apa jantina dia ni. Muka dia bagi gua, berat ke perempuan. Tapi sekali tu bila gua usha video kelip yang dia bukak baju anatomi badan dia lari dari apa yang gua harapkan. Demmit.. MJ ni laki rupanya.






notaKaki : Bersempena dengan lagu ni, gua berharap bukan gua sorang ja yang ada masalah ni.

3 Mengigil Tahan Gelak 2

Hi Adik-adik, ingat lagi tak Sesi Mengigil Tahan Gelak 1 yang gua terbitkan setahun lepas? Kini gua rasa nak terbitkan balik. Kali ni masih berbekalkan modal lagu genre yang sama. Tetapi lagu kali ini adalah pilihan penyanyi-penyanyi karoeke se-Malaya. Statistik menunjukkan 3 dari 5 orang yang berkaroeke akan memilih lagu ini dalam list mereka. Mana-mana pusat karoeke yang gagal mendapatkan lagu ini untuk diurusniaga maknanya anda gagal dalam perniagaan. Mudah.




Arahan :

1. Play sampai habis sambil menonton video sampai habis.

2. Baru baca komen

-------------

nohmxtrimz (6 days ago)

aku dengar lagu nih time petang-petang matahari dah nak tenggelam. Makan pisang goreng+cendol tepi sungai. layan gilerrr.. pastu mak aku suruh balik..hoho, dah maghrib la rupenye.

Achan Sinclair : Kalau tiap-tiap hari lu hidup macam ni, gua rasa metafora hidup lu macam matahari tenggelam jugak. Makan cendol sampai maghrib..hampas
-----------

amin541994 (1 week ago)

malas aku nak dngar lgu nih,, nak nangis lak

Achan Sinclair : Ohh..masalah ko ni mudah aja. Sila kelik ikon speaker untuk mute sound sebelum lu menonton video ni. Nama ganas, Amin..tapi kaki nangis...
-----------

tx328 (5 months ago)

huh??liyana jasmay ke??bukan kan?....

Achan Sinclair : Hahahaha..lu memang terbaik. Bayangkan sebenarnya dia ni lah sebenarnya LJ sebelum buat transeksual..holly
-----------

hanazawarui89 (5 months ago)

aku rasa mamat nie xle tarik sbb dia isap rokok kuat kot...

Achan Sinclair : Sekarang dia tak tarik..dia banyak luahkan aja..sila tonton video betul2..
-----------

dydydores (7 months ago)

baru je 5 minit lalu kekasih ku mintak putus aku x tau sebab apa lagu ini meningatkan kenangan cinta kita orang berdua tapi semua nya hancur aku tengah sedih tolong lah dia lah gadis yang paling baik dia lah puteri dalam hidup aku.......

mayangmira (7 months ago)

apa masaalah ko ni...
sampai putus mcm ni...

dydydores (7 months ago)

x tau la awk knp sy masih syg kan dia dia kata dia tension x kan x leh bgtau kut

wunaby (7 months ago)

tension???
tension knape???
musti awk ada wat salah dgan dia ni...
xpun dia ada pngganti lain,,, mana lah tau...

mayangmira (7 months ago) S

kalau jujur xkan dia sggup nk wat mcm tu... ni musti ada hal lain
yang ko buat bg dia sakit hati ni kot...


Achan Sinclair : Wunaby..lu memang cool..baru 5 minit break terus bukak utube..gua salute!! Tapi gua memang tak tahan sesi Dr Love dalam bahagian komen ni..mayangmira..lu banyak dengar radio kerajaan ni..kalau tak pun THR
--------------

samkie (8 months ago)

lagu ni makanan aku la kat karoke..karoke bilik mahupun karoke jamban..ia tetap makan aku...ekeke..tu dia ayaq liuq bersemboqq mcam pasemboqq...ekekekeke


matrockapak618 (8 months ago)

agak2 korang kn cam ne hah mase die tgh ckp ngan isteri hah?mesti basah muke isteri die...wakakaka...gurauje bro


an2raya (8 months ago)

pehh comolot best ni,waakakakakakaka

Achan Sinclair : Lu kalau masuk politik ni kena bambu..sebab kutuk personaliti..salah ni.. Najib marah beb..
-------------

kickdumb (1 year ago)

rambut dia lebih lurus dan licin daripada awek baju pink tu siot...

Achan Sinclair : Kan gua kata dia la sebenarnya LJ..
-------------

HeLLKiD87 (1 year ago)

sbb pakwe awk tau menghargai ape mkne lgu ni..
jiwa dia mmg halus...

so..hakikatnyer...
lagu ni mmg best...
kire lgu ni lagu tema cinta pkwe awk ngn awk..
hahahhahaa
jgn mare....

gunturina (1 year ago)

ni komen dtujukan khas 4 me?hehe..
jiwa halus perghh..dia askar special force pla 2 tp jiwa halus kot like u said..

Achan Sinclair : Demmit..askar SF jiwa halus? boleh berhenti kerja, tulis novel cinta kasi compete dengan Sharifah Abu Salem.
-------------

syamille (1 year ago)

Seronok..sy minat lagu ni kes xbf sy mint & dia masih teringt xgirl dia.lagu ni da jd fovourite sy coz dia tinggalkn sy..sedih kan

Achan Sinclair : Frasa ayat lu tunggang-langgang, yang gua paham lu minat lagu ni sebab BF lu break sama lu. Break up pun boleh ada mood nak minat-minat lagu ek?
-------------

baxtium (1 year ago)

pasal lagu nie aku putus dgn awek aku. celaka betul!!!!

Achan Sinclair : Serius lu ada masalah besar, pasal lagu pun boleh break up? apa awek lu tak bagi lu nak karok lagu ni ke? dia nak nyanyi lagu M2M?
------------

Aniex1984 (8 months ago)

Aku tuju kan lagu ini kepada isteriku yg tersayang n cantik... 'Izaty binti Hashim. Walaupun lagu ni die xsuke, tp aku anggap sebagai lagu trademark aku. Ntah le, aku suke nyanyi lagu nih setiap kali aku kunjung karaoke dulu...hehehe


Achan Sinclair : Sebenarnya bini lu xsuka lu pergi karaoke..itu aja. Tapi apa possiblity bini lu nak baca komen lu kat Youtube ni? dah la page 6..
-----------

pepperc0n (1 year ago)

ader sesaper bole pastikan ker hubungan vokalis nih ngan wahid satay? Cam keliru sket la.

Achan Sinclair : Hahaha..lu demmit


notaKaki : Orang kita ni banyak sangat tengok cerekarama ni.

0 Musik Semalam, Hari Ini dan Esok


*Ini zaman dahulukala, time gua bersekolah lagi. Tapi kumis gua sekarang memang iras-iras gambar di atas


Gua ada terbaca dalam ruangan bertanya di laman sesawang. Apa terjadi kepada Sex Pistol jika mereka tak berpecah dan adakah semangat raw itu akan raw hingga kini? Perkara yang sama terjadi kepada Nirvana, Soundgarden dan beberapa band lain. Jika mereka masih kekal hingga kini, adakah musik mereka tetap sama dengan 20 tahun lepas?

Kebanyakkan band yang berkekalan, sifat raw pada musiknya seakan-akan menjadi kian faded terus ditelan usia. Musiknya kian matang dan terus menghilangkan bunyi asal band tersebut. Lihat saja Butterfingers, The Clash, The Beatles dan kumpulan nasyid Brothers pun boleh dikatakan begitu. Contohnya kebanyakkan band-band trash yang commercial seperti Metallica dan Sepultura, dulunya lebih heavy dan straightforward. Kini musik mereka menjadi lebih abstract dan sukar difahami. Masihkah anda ingat zaman 1.2 mg Butterfingers, dan kehadiran Kembali membuatkan kita lupa bahawa band ini pernah raw suatu masa dulu.

Gua boleh menyatakan bahawa hampir setiap benda di dunia ini mempunyai tempoh kerelevanannya. Seperti mana, pada tahun 1890an kenderaan yang paling relevan adalah kereta lembu mungkin. Namun kini, ianya tak relevan lagi bagi perjalanan kerana memakan masa dan tunggu lembu makan. Maka band-band juga menmpuyai tepoh relevan tersendiri, dimana ketika itu musik itu berkadar langsung dengan masa mereka come out.

Antara contoh tempoh kerelevanan musik itu spserti The Beatles di era Hard's Day Night itulah tempoh relevan mereka, dan ketika Yellow Submarine sememangnya hippies dah pening kepala. Namun Abbey Road telah kembalikan zaman kegemilangan mereka sehingga ke penghujung Let It Be. Begitu juga dengan tempoh relevan band-band lain seperti Butterfingers (1.2 mg-Transcendence), Metallica (And Justice For All), dan MJ (Thriller).

Seperti yang gua beritahu pendapat gua kepada Yasin, setiap musian pasti ada empayarnya sendiri yang sentiasa mengikut walau apa apa yang musician buat. Tak kiralah Sepultura main caklempong sekalipun. Namun bagi mereka yang tak sesuai dengan penerimaan bunyi baru pastilah akan 'murtad' sepertimana ramai yang mengeleng kepala kepada Metallica ketika era St Anger. Holly shi.. Yang pasti bagi gua, bukalah minda dengarkan bunyi baru kerana semalam adalah semalam dan esok masih perlu kita tempuhi.

Bunyi macam Pakar Motivasi dekat TV3 yang selalu kua TV lepas subuh tu.

0 Ada Jodoh Juga Dia

Gua tampar-tampar pipi gebu gua untuk memastikan bahawa gua tak bermimpi. Tapi tampar manja lah, tak da macam senior tampar kat asrama dulu, macam terpusing kepala.

Betullah, perut pun rasa kenyang

Gua bermonolog sendirian.

****

Konfem gua dekat kenduri kahwin.

Rokok dah 2 batang gua lenjan secara tanpa henti, mana tau gua masih mamai ketika melihat muka pengantin.

Damn..ni konfem gua tak bermimpi!! Gua pasti.

*********

Konfem gua dekat kenduri kahwin dan Khairi yang bersanding depan mata gua tuh. Malam tadi dia online chat-chat sama awek, hari dia dah sanding? Hmm

*Selamat Pengantin Baru kepada Khairi and Lina.

Informasi Tambahan : Khairi adalah seorang analyst di Frost & Sullivan, gua kenal dia ketika gua disekolahkan di syarikat tersebut. 32 tahun membujang..akhirnya..tahniah!!

1 Vintage : Mendidik Semangat Kesukanan Di Kalangan Kanak-Kanak

"Kau letaklah guli dalam bulatan tuh," Mohd Syazni bin Amir Syarifudin menjerit kepada Faiz. Syazni memang member kacip gua semasa menuntut di sekolah rendah agama dulu. Budak-budak sekolah memang suka memperbahankan En Amir Syarifudin merangkap bapak Syazni sebab wajahnya iras penyanyi Poe, penyanyi lagu Alalala Tuk Jangan Saman yang femes ketika gua sekolah rendah dulu.

Gua, Syazni, Hishamuddin, Faiz dan Adib memang geng, terikut-ikut sangat cerita Power Rangers satu geng kena 5 orang. Pengaruh televisyen kuat time tu. Hobi kami bermain permainan rakyat seperti guli, gasing dan tin-ting. Mana ada PSP zaman tu, sapa ada brick game pun kira dah anak lot habis. Time tu feme pun WWF, asal balik sekolah je baju koyak, seluar rabak. Mak gua syak gua berperang kat sekolah ketika tu.

"Semua dah letak kan?" Faiz pula buat-buat penting. Waktu rehat nak habis dah ni, permainan perlu dijalankan dengan pantas. Karang lepas bunyi loceng kalau lambat masuk kelas ustazah rotan pakai pembari 1 meter, mana tahan? Kadang-kadang terniat juga nak call Teledera.

Sekor-sekor baling guli, tapi seperti biasa permainan begini memerlukan bakat, sasaran entah ke laut mana. Kini sampai gua punya giliran, tak da la panjang mana giliran macam klinik kerajaan.

Tupp...target gua mengena!! Gua angkat semua guli dalam bulatan taruk dalam poket gua.

Krinnggggg!!

"Yess..kemenangan mutlak!!" gua bermonolog dalaman.

Setiap hari begitulah rutin kehidupan gua sebagai pelajar SRA Sek 19 Shah Alam. Pergi sekolah berbekalkan 7-8 biji guli. Balik penuh sepoket. Memang ketika sekolah rendah, itu sajalah semangat kesukanan gua. Nak harapkan lari pecut 100m? Menang pun jug air, itu pun mama gua yang dapat keuntungan.

Memandangkan populasi guli di rumah gua dah semakin padat, jika tak diambil tindakan boleh membawa mudarat. Mak gua mengambil keputusan dengan..

membeli congkak.

******

Selesai sudah masalah kepadatan populasi guli di rumah gua.

notaKaki : Gua dah lost contact sama geng power rangers gua, mungkin boss power rangers hantar dorg bertugas di kawasan lain. Al-Fatihah kepada Arwah Adib.

2 Review : Arus Qudus by Yasin Sulaiman


Amaran : Bukan album band atau kumpulan rock.

Lu kenal sama Yasin Sulaiman? Mamat ni dulu nyanyi sama kumpulan nasyid Brothers, ala yang dulu pakai spek tebal bak tuh. Dahsyat beb, mamat ni banyak composed lagu yang gua rasa boleh jadi lagu lagenda industri nasyid Malaysia. Kalau ada majlis perpisahan aja, kurang-kurang lagu Teman Sejati mesti ada, even Bro Ben pun ada main cover lagu Teman Sejati kat Australia..haha

Gua malas buat homework, maka gua agak-agak dalam tahun 2000 Yasin telah keluar dengan album solonya. Single Mimpi Laila telah mengunguli Anugerah Juara Lagu. He came out at the right time and right music.Selepas agak lama brader ni tak keluar album, kini Yasin telah meriliskan album ketiga yang berjudul Arus Qudus.

First time gua dengar lagu Arus Qudus, gua terus syak bahawa back up vocalnya pasti Salleh Brothers. Memang bunyi Brothers sangat back up vokalnya, tak apa sebab gua suka. Berbekalkan ahli musik yang gua fikir sememangnya otai gila, Man Kidal (gitar karen), Brader Nan (gitar), otai drum yang gua fikir smart Zahid Ahmad, pasangan pemuzik yang muziknya sering didendangkan di Chansellor Hall UTP ketika apa-apa event, Mohram (Mohar Seruling dan Ramli Rebana), Kelly (bass), Charmaine (violin), Rudy (Keyboard), Salleh (backup vox) dan beberapa nama besar lagi. Dengan barisan ini, Yasin mempertaruhkan musik world yang dicaca-marba dengan electro, hip-hop, balad dan kebanyakkannya rock.

1. Arus Qudus - First single yang gua rasakan berat, padat dan ketat! Starting dengan guitar delay ala Menanti Jawaban by Padi, diikuti intro arab style. Kejutan dari drum rolling memberi mode bahawa lagu ini ada unsur rock tetapi masih bertunjangkan Arabic melody. Man Kidal berjaya membawa mood rock dengan solo gitar tanpa henti dari awal sampai habis. Salleh dan Rudy pula memberi mood Arab yang kuat dengan sahutan vocal. Liriknya pula sememangnya berat, mengenai kehidupan yang menongkah arus yang qudus. Jujur dan berani. Gua tak rasa market radio Malaysia boleh cerna lagu begini, lagu ini mungkin untuk kepuasan Yasin sendiri sebab gua boleh rasakan energy Yasin dalam lagu ni yang membuak-buak.

2. Kau Yang Mengetahui - Oh..sayunya lagu ni dengan iringan piano pada intro memang memberi mood yang rileks. Lirik yang menunjukkan kecintaan hamba kepadaNya> Lirik yang direct, tak berbunga seperti Arus Qudus. Lagu yang santai dari segi lirik dan melodinya.

3. Bismillah - Jika dulu Yasin berkolobrasi bersama Too Phat dalam single Ahlamdulillah, kini beliau berduet dengan bunyian gitar Man Kidal menyanyikan Bismillah. Melodinya pada chorus mengingatkan gua pada suatu lagu yang gua pun dah lupa. Lirik yang kuat tentang hamba yang dambakan hidayah dalam kehidupan. Rangkap "Cahaya di atas cahaya" dipetik dari Surah An-Nur menunjukkan bahawa Allah berhak memberi hidayah kepada yang dikendakiNya. Solo gitar dihujung lagu semangnya kena.

4. Hampir Padamu - Music arrangement tak jauh dari 'Kau Yang Mengetahui'. Intro yang sayu diiringi piano. Lagu cinta yang indah. Lagu ini tak silap gua Yasin berduet bersama Arnieza, senior setahun gua time sekolah. Gempak gak minah ni, menang 2nd place dlm Asia Bagus rasanya tine sekolah dulu. Sekolah gua memang produktif keluarkan penyanyi macam Liza Hanim, Ella, Korie, Arnieza, Apek dan bukannya menteri. Gabungan suara mereka menjadi, mood lagu seperti coral music style. Lagu semakin rancak dan susunan musik berjaya membuatkan lagu ni tak awkward dengan perubahan mood. Solo Man Kidal sememangnya kena dengan melodi ballad yang kuat sebagai tunjang lagu ini.

5. Nari Narien - Ni lagu cover dari penyanyi Arab, Hisham Abas. Maka lagu ni bergerak dalam bahasa Arab dan Melayu. Suara penyanyi wanita tak berapa nak kena dengan lagu, gua tak tau apa yang kurang. Music arrangement memang dah sukses, lagi-lagi dengan solo darbouka yang gua rasa memang berjaya membuatkan gua nak gelek padang pasir sekali. Lagu ni gua rasa spoil sket, tu pun sebab vocal perempuan dia.

6. Kuala Lumpur - Lagu world music bercampur hip-hop dan unsur nusantara. Nama lagu sama dengan single Butterfingers dalam album Kembali..haha. Lagu ni memang catchy dengan ada part rapping dan sahutan seruling oleh Mohar. Gua boleh cam salah satu part rapping tu adalah Dali (Ahli Fiqir). Pergerakan musik tak banyak berubah seperti lagu-lagu hip-hop lain. Cliche.

7. Mimpi Kedamaian - Intro piano mengingatkan If I Ain't Got You dari Alicia Keys. Susunan musik sememangnya tak lari jauh dari lagu-lagu balad dalam album ni. Musik yang kian rancak di verse kedua diiringi solo Man Kidal. Lirik yang menunjukkan bahawa dunia yang huru-hara ini diharapkan agar damai. Direct.

8. Hidup Memang Payah - Ini lagu yang gua rasa bisa naik carta radio. Easy music and catchy to capture. Slow rock style, ringan bunyinya. Lirik berunsur ketuhanan menunjukkan bahawa hamba ini sememangnya sekadar hamba tiada berdaya. Bait-bait "Bersama yang susah, ada yang mudah" adalah suatu otivasi yang dipetik dari Surah Alam Nasyrah. Bait tersebut diulang 2x seperti dalam surah asal. "Layarkan kehidupan ke destinasi pilihan" Ooh..deep sungguh lagu ni.

9. Salam - Ini lagu fusion hip-hop yang dipenuhi unsur techno dan dance. Selingan suara Akbar sememangnya bikin mode techno. Joe Flizzow kasi rapping dalam lagu ni, memang kaciplah. Bagi gua ni first time gua dengar nasyid (lagu ketuhanan) bergenre techno. Tak pernah lagi walau gua biasa dengar munsyid dari US, UK, Denmark dan Arab. Ini first!! Kasi applause sama Yasin!

Secara Totalnya : Album ini gua rasa sukar untuk market sekarang ni. Belum masanya, seperti mana Brothers Reunited keluarkan album pada 2005. Wrong timing. Gua syak album ni lebih kepada kepuasan peribadi.Tapi jika pendengar musik Malaysia adalah pendengar yang berani dengan bunyi baru, ini makanan anda!! Unsur musik yang majoritinya tak pernah kita dengar. Kali ini Yasin lebih seronok bereksperimentasi dengan mix up music together. Gua hidangkan dengan single Hidup Memang Payah yang gua rasakan single terbaik dalam album ni.


0 Lapar

For a moment there, I couldn't really smell the earth.

I can't see the dancing of fallen leaves, I can't feel the rush of air and I can't hear the small insect noises..I’m lost in a world with no light, I lost my way, and no way out, I’m lost in a place where nothing is mine..I’m lost in a world

I wish I can eat chicken wing right now..

2 Pengganas : Makan Bola Jaring!!! Grrr

Stand from left : NymQ, Smak, Mat Yo, David ACHANletta, Charles
Sit form left : Kong, Lord John, Kajen, Pali, Iffat

Jika diperhatikan gambar di atas, penuh dengan makhluk-makhluk ganas dan satu makhluk menggoda (yang boleh dijejaki melalui tulisan 'Creation of Beauty is ART' di bajunya). Apa yang membuatkan mereka bersatu? Perlawanan persahabatan ragbi melawan pasukan All Black kah? Sedangkan NymQ juga kelihatan amat maskulin bersama otot di lengan, ini gambar maskulinnya yang pertama (tak pakai photoshop).

Sebenarnya pasukan di atas bukanlah pasukan elit mana-mana pasukan tentera atau pasukan pembunuh upahan. Mereka adalah Pasukan Bola Jaring Dept. Computer Information Science. bersempena Karnival Sukan Pelajar Pengambilan Jan 05. Ya!! Bola Jaring. Tak syak lagi. Walaupun berbulu kaki lebat, namun ia tidak menafikan kehebaran pasukan ini. Bergaduh dengan pengadil? Jangan cakaplah banyak mana.


*Perlawanan hidup mati untuk merebut Tuan Puteri


*Menggapai bintang memang susah


*Ini pasukan wanita merangkap pasukan jurulatih kami. Jangan terpedaya dengan keanggunan mereka. Setakat dunk dekat net tu rilek-rilek je dorang ni.


*Ini pasukan penyorak, kalau macam ni menjerit tepi padang, pasukan lawan pun turut bersemangat sama.



*Seluruh warga kerja Pasukan Bola Jaring CIS, pemain, penyorak, jurulatih dan peletih. Terima kasih semua, setery, awek jogging time training, dan jurugambar.

notaKaki : Kenapalah korang grad awal sangat. Rileks-rileks grad sama budak engine kan senang UTP buat kira-kira.

0 Pukul Dia



Satu-satunya lagu Micheal Jackson yang pernah gua jam dalam seumur hidup gua adalah lagu Beat It, tu pun gua tak ada solo macam Slash atau Van Halen sebab risau tak cukup jari. Beberapa hari lepas ketika gua menyambut ulang tahun kehidupan gua, lagenda pop ni boleh arwah pulak.

Ketika balik silat kelmarin, seorang brader ni cakap " Micheal Jackson yang femes pun mati, kaya mana orang tu pun pasti mati jugak. Bukan boleh beli nyawa pakai duit. Jangan la sia-siakan masa hidup ni". Gua mengangguk sambil buat 'O' pakai asap rokok tanda setuju, lantas gua berjalan secara moonwalk meninggalkan beliau terkapai-kapai.

notaKaki : Gua nak tidur awal ni, sebab esok Ejat ajak amik gambar amoi yang ada iras Cecilia Cheung. Kalau muka amoi tu iras Ejat, memang gua seret Ejat sepanjang perjalanan gua dari Kepong ke rumah.

2 Otak Seminit

Spontaneous. Itu yang menjadi prinsip dan kebolehan yang dianugerahkan kepada gua. Nak harapkan gua buat perancangan macma Rancangan Malaysia Ke-9? Maka tak salah jika gua kaitan macam kerajaan merancang nak bikin jambatan mengantikan Tambak Johor. Hasilnya? Lu jawap sendiri sebab gua tak sanggup nak beraya di Kem Tahanan ISA tahun ni.

Ketika di Tronoh, gua pernah bangun pagi. Kemudian mengadu pada rakan sebilik gua, bahawasanya gua teringin nak makan laksa Kuala Kangsar. Tanpa ragu-ragu, gua setting pakaian gua dan berderu ke Kuala Kangsar menikmati laksa.

Pernah gua lepas balik tengok bola, perlawanan diantara Chelsea dan Man U. Gua dan raka-rakan terasa seperti ingin memetik strawberi. Ketika subuh hari tersebut, kami check kereta kasi air sama minyak hitam untuk melancarkan pejalanan enjin. Dengan rileks gua dan rakan-rakan berderu naik Cameron Highland dari Ipoh semata-mata inginkan strawberi. Walhal kat Tesco Ipoh pun ada jual strawberi apa.

Teringin nak minum Longan Padang Kota? Berbekalkan kecekalan, gua membawa diri dari Perak ke Pulau Pinang semata-mata secawan air longan. Pernah gua tiba-tiba terasa lain, macam. Kemudian gua terus pergi kursus kahwin, itu juga unplanned.Kalau setakat aktiviti cikai-cikai tak payah cakaplah. Minum-minum di kedai, terus sambung ke pawagam. Kalau gua ajak makan, jangan tanyalah makan mana. Sebab gua hanya mengikut tayar bergolek ke arah mana. Tiada perancangan teliti.

Gua syak sifat ini diwarisi dari Abah gua. Dia lagi dahsyat, pernah awal-awal pagi dia kejut gua sekeluarga dan ajak kami pergi Thailand. Tenang aja orang tua tu. Oleh kerana memikirkan taku disumpah menjadi batu, gua turutkan saja kehendak beliau. Tak mahu jadi seperti Si Tanggang, disumpah hingga lubang hidung muat sebatang marker pen whiteborad 70.

Selama pelbagai aksi yang gua lakukan secara spontan atau instaneus, tak pernah lagi gua menyesal atau berasa rugi sebab bagi gua, hidup ini perlu thrill macam lagu Micheal Jackson, Thriller. Dan berdasarkan pengalaman gua, segalanya boleh berlaku diperkukuhkan dengan 2 faktor ini, masa dan wang.

Tetapi ada beberapa perkara yang gua dah setting. Biasalah, hal-hal kehidupan dan kekeluargaan. Gua juga dah setting, raya ni nak raya rumah awek-awek cun sekitar Taiping, tu gua tamau duduk di Kem Tahanan ISA.

Okay, cukup gua membebel. Supervisor gua suruh hantar topik baru Projek Akhir Tahun sekarang ni. Gua nak guna kebolehan gua ni dalam mereka emel kepada SV gua. Doakan gua berjaya!!