6 One Picture With Thousand Words



Datin Jessica ada terjumpa gambar ni ketika menggeledah koleksi gambar peribadi I.

Jessica : Chan, I tenggok gambar U ni secara tiba-tiba datang ilham pulak.

Achan : Apa Jes (nama manja)? I nak cepat ni, cakap cepat.

Jessica : Kita buat filem Muda & Menggoda, dari kita buat cerita ganas macam Muda & Merbahaya (Young & Dangerous). Budak-budak sekarang terikut-ikut filem tu terus nak jadi samseng.

Achan : Habis tu kalau kita buat filem Muda & Menggoda, apa pulak perkaitannya?

Jessica : Budak-budak tiru macam U, jadi Peragawan

3 Jawatan Kosong

Gua akui sememangnya gua memang berminat dalam arena pemanduan. Kecik-kecik dulu gua join Kelab Go-Kart Shah Alam, tiap-tiap minggu pusing Stadium Shah Alam, ingat dah tua nanti nak jadi partner Alonso.

Kini gua seronok dengan perjalanan dengan jalan bukit yang kona-kona kaw. Memang mencabar. Tapi aktiviti tu pun gua hanya boleh merealisasikan dengan menaiki kereta Abah gua. Kerana, kalau gua nak harapkan kereta gua, enjin MyVi nak pergi kuat mana. Yang paling penting, hal minyak-minyak ni. Nak harapkan gua tuang minyak? Tuang air pun belum tentu samada gua mampu ke tak.

Trek paling mencabar yang pernah gua lenjan adalah jalan Tamparuli-Kundasang. Jalan memang dipenuhi kona padu. Seingat gua ada juga 3-4 korner yang cecah side mirror. Memang gua dapat bayangkan malam esok Tokey Kedai Sparepart Kereta dapat dinner lauk tenggiling masak lemaklah, hasil pendapatan dari penjualan side miror kepada gua.

Tapi semalam first time gua jumpa jalan yang meletihkan minda. Jalan Bentong-Gua Musang, panjang gila 400 km lebih. Kehadiran bas-bas dan lori memang menaikkan darah gua. Emosii gua agak terganggu apabila hendak memotong lori-lori yang slow mendaki bukit, mana taknya asal gua nak potong ja pasti ada bas meluru pada gua pada arah bertentangan dengan kelajuan cahaya. Ye lah, gua kan masih teruna. Rugi besar!

8 jam dari KL ke Kota Bahru sememangnya pengalaman yang menjerihkan. Esok gua nak balik KL balik. Jika ada pemandu part time yang mencari kerja, sila email gua. Esok gua nak julur kepala aja ikut bumbung-boleh-buka kereta Alphard gua (Abah gua). Tak ada mood nak memandu.

7 Senarai Harapan Gua Pada Tahun Ini

Hari ini besday gua. Selalunya gua akan create wishlist untuk MafiaWar dalam di Facebook untuk meminta barangan yang diperlukan untuk melengkapkan task gua. Dan selalunya wishlist gua akan direalisasi oleh rakan-rakan. Terima kasih

Kali ini gua nak meletakkan wishlist bersempena hari jadi gua. Kalau barang siapa yang merealisasikan segalanya. Akan gua spray nama jalan di rumah gua dan diabdikan dengan nama si polan untuk membuktikan bertapa gua menghargai jasa beliau. Wishlist ini hanya merangkumi perkara material-material sahaja, bukan perkara-perkara seperti kasih sayang, kepala makin bijak dan sebagainya.1. Telefon Tangan Samsung Ultra Touch

Gua dah naik mual dengan telefon tangan gua sekarang. Model apa? Cukuplah gua katakan ianya telah dilancarkan hampir 3 tahun lepas. Lu bayangkan bagaimana teknologi ketika itu. Sampai sekarang ni, nak angkat telefon di khalayak ramai pun dah malu. Mengapa gua pilih model ini? Mudah kerana gua memang peminat Samsung dan telefon tangan gelungsur (flip). Tampak Korea.

2. Kamera Lumix LX3

Gua pernah ada kamera, hadiah ketika cemerlang peperiksaan UPSR. Kamera pakai filem, Abah gua beli di Pertama Kompleks. Walaupun membuat kerja-kerja peragaan separuh masa, namun minat gua kepada fotografi masih tak pudar. Kenapa gua nak angkat LX3? Sebab gua tak larat nak sangkut DSLR besar-besar di leher. LX3 ni gua taruh aja di dalam beg perempuan-perempuan yang menemani hidup gua. Mudah!!



3. Jam Tangan Oris Divers GMT, Date

Memang tangan gua sering kekosongan kerana bagi gua jamtangan menyusahkan. Samada gua nak bermain perkusi atau gitar, dua-dua tak kena. Abah gua ada bagi jam Oris, tapi gua tak berapa into sangat sebab nampak koperat sangat. Jam model ini nampak lebih elegan, dan kebolehan kalis air sehingga 300m membuatkan gua teruja untuk berenang bersama jam tangan berharga seperti sebiji Perodua Kelisa ini. Seperti memandu di dalam kolam renang.

4. Kasut Cole Haan Model Air Vigor Vinetian

Gua usha kasut ni dah lama dah. Dari awal tahun ketika menemani Khairy mencari hantaran untuk majlis perkahwinannya pada esok hari. Memang jiwa gua kepada Converse, tapi apa salahnya jika orang nak memberi kasut perekacipta bersempena ulang tahun gua. Dilengkapi teknilogi Udara Nike (Nike Air), pasti selesa dibawa berjalan sekitar ibu kota. Oh ya, jika nak murah sila tunggu ketika Jualan Mega. Harganya mungkin sekitar RM600, jika tiada jualan hebat. Harganya lebih hebat. Jangan lupa, kaki gua saiz 11. Kalau hinggap paru-paru memang muat satu, kemungkinan muntah darah juga agak tinggi.

5. Remo Rope Tuned Paulo Matiolli Djembe

Ini djembe idaman. Gua pernah cuba jaya djembe ini di Bentley Mutiara Damansara. Perasaannya bila mengetuk, memang tak dapat digambarkan. Jika Fender terkenal dengan 'twang' nya. Djembe ini juga tak mau kalah. Kalau dulu nak tune aja kena pakai spanar hidup, lepas ni gua main tarik-tarik tali aja, macam lagu Elyana. Lepas ni boleh gua eksyen sama Steve Thornton

6. BMW 530i

Oh ya, gua hampir lupa kereta mewah ini. Gua tahu memang ramai yang mengidamkan kereta lebih mewah. Tetapi di peringkat usia 20-an gua ni, kereta model ini sudah mencukupi.

Esok gua akan ke Kelantan, menyambut hari jadi gua di sana. Lebih Islamik, sejajar dengan umur dan kematangan gua sekarang.

notaKaki : Sila emel gua sebelum buat penghantaran kerana gua gusar time posmen hantar, gua tak ada di rumah. nanti siapa nak sign bungkusan.

0 Lagu Klasik 1990's

Lu kenal siapa 4U2c? Ini zaman gua sekolah rendah Tahap 1. Gila babi femes zaman tu, Backstreet Boys tak up lagi, tengah amik PMR kot. Populariti 4U2C memang tak dapat dibendung lagi. Gua ingat budak-budak zaman tu memang perangai. Pergi beraya pusing kampung pakai baju melayu, tapi ada CD sangkut kat leher. Memang urban habis dressing gantung CD zaman tu. Komputer pun tak tau rupa macam mana, tapi CD kat tengkuk. Kalau zaman tu ada mat salleh tanya berapa fungsi CD pun, meu mengigil nak jawap. Kira zaman tu, sapa tak pakai CD tak geng la. Jalan sorang-sorang..celaka






*Part dia sepak daun kat hujung tu memang rebel.

notaKaki : Dengar kata sekarang Fiona punya anak tengah nak ambik SPM taun ni. Pokok yang dia ukir nama tu pun dah kena tebang dengan DBKL.

5 Kejadian Kecil Yang Memberi Erti

Hari ini gua sedikit letih, berjogging dengan alasan nak mengekalkan kesihatan dan sekarang jam 1 pagi. Baru pulang dari silat, badan sengal-sengal sebab buli Pak Engku, anak murid gua yang tua 5 tahun dari abah gua (56 tahun).

Gua nak menulis pun sebab gua ingin capture this moment. Ianya tak akan datang kembali.

Selepas hampir 3 tahun gua menulis di sini, sejak September 2006. Lu rasa siapa orang yang ke-1000 view profile gua?




*Jawapannya, Gua sendiri adalah orang ke-1000 view profile gua. Bukan main lama tak view profile sendiri, tau-tau gua orang ke-1000. Sungguh ironi. Okay, gua ngaku. Hati gua halus sikit, gua syak ini kerja plot-plot drama Korea yang basuh otak (brainwash) gua.


*Kelik untuk kasi besar



notaKaki : Siapa pulak orang ke-100,000?

5 Review : Mana Setangginya @ Istana Budaya


Balik dari Istana Budaya usha teater, pantang bercakap sikit dah nak menyanyi. Seorang rakan, Silu cakap tu belum gua usha broadway lagi, gamaknya kalau dah usha. Pantang cakap sikit nak menari.

*Sesi pengambaran di luar. Kat sebelah gua tu namanya Alen.


Gua dah kali kedua dalam tahun ni ke IB, kali pertama ketika Sesi Butterfingers awal tahun lalu. Kali ini pemergian gua lebih serius dengan semangat membara mahu menonton teater yang diadaptasi dari karya agung 'Mana Setangginya' hasil nukilan Sasterawan Ke-7 Malaysia, Datuk Noordin Hassan.

Sejak gua jejak kaki awal tahun lalu, tiada apa yang ketara berbeza cuma ketika Sesi Butterfingers penontonnya datang dari golongan berbeza. Dan kali ini gua nampak ramai orang 'seni' menghadirkan diri. Ada lelaki yang pakai kain kurta macam Pakistani, ada yang berbaju kot mungkin dari golongan 'seni' upper class dan yang paling penting gua bersolat satu saf dengan penulis idola gua, Sasterawan A. Samad Said atau Pak Samad. Gua hanya sempat bertegur dalam surau.

Kehadiran gua rasa 90% penuh. Termasuklah budak sekolah yang dapat tiket free dan beberapa insan yang dapat tiket free dari kawan-kawan yang bekerja di IB (terima kasih Kecik). Boleh dikatakan memang pementasan Mana Setangginya pada hari terakhir ini memang mendapat sambutan hangat dari semua.

****

Kisah Mana Setangginya

Teater dimulakan dengan tarian yang agak artistik dan diteruskan dengan nyanyian oleh Azizah Mahzan yang memegang watak Mira, seorang Puteri yang lari dari kehidupan mewahnya untuk 'menerangi' kegelapan rakyat jelatanya dengan cahaya Krishna.


*Watak Mira yang berjaya dibawa oleh Azizah Mahzan

Berlatarbelakangkan sebuah provinsi yang diduduki oleh kaum nelayan iaitu Teluk Setanggi selepas ditukarnama dari Teluk Biawak selepas penduduk menghalau biawak dari situ dan menanam pohon setanggi yang mengharumi setiap pelosok kampung. Juda (Tony Eusuff) yang merupakan anak Hawar, bekas ketua provinsi, sedang asyik bercinta bersama Iryam (Sabrina Ali) yang merupakan anak kepada Ibra, ketua provinsi baru kepada Teluk Setanggi.

*Iryam dan Juda, gua rasa Iryam tak cukup umpph to capture my attention.


Watak Silibi dan Subat, menghasut Juda untuk membenci Iryam. Disogoknya bahawa Iryam itu anak kepada Jin Laut. Namun ianya tidak berjaya mengubah cinta Juda kepada Iryam. Iryam sememangnya anak hanyut yang dibela oleh Ibra. Dan Iryam dipandang mulia oleh penduduk Teluk Setanggi kerana sentiasa memberi wahyu yang menguntungkan penduduknya.


*Silibi menghasut Juda

Namun pada suatu hari, Iryam mendapat wahyu bahawa mereka tidak boleh ke laut pada hari Sabtu kerana hari tersebut perlu diperuntukkan untuk beribadat. Tetapi ramai yang menentang kerana cuti hari Sabtu hanya akan membantutkan mereka dari mengumpul kekayaan dunia. Juda menegaskan bahawa penduduk provinsi tersebut hanya suka diberi namun tak sanggup untuk memberi.

Hawar, ayah kepada Juda mengambil kesempatan dengan menghasut penduduk yang tak bersetuju dengan wahyu Iryam agar pindah ke kota atas bukit yang diberi nama 'Gemilang'. Mereka dijanjikan rumah, sampan baru dan pinjaman kewangan jika mereka mahu namun sistem riba perlu dijalankan.

Maka yang setia dengan Iryam tetaplah di Teluk Setanggi dan akhirnya Iryam berkahwin dengan Juda. Ditonjolkan keindahan cinta mereka ketika sesi tari menari di dalam 'alam cinta' mereka. Watak pari-pari berterbangan membuktikan bahawa cinta mereka bisa merungkai segalanya hingga yang mustahil kian menjadi kenyataan.

*Di alam percintaan Juda dan Iryam sambil dikelilingi pari-pari beterbangan.


Tiba-tiba kejutan diberikan dengan menonjolkan watak Megda yang dikatakan bermulut manis dan menggoda, lantas barang jualannya di pasar selalu habis awal. Dan Megda ditangkap dan dituduh melakukan maksiat dengan seorang lelaki 50'an. Iryam bertanya siapa lelaki itu, tapi askar-askar kata mereka tak boleh memecahkan rahsia tersebut. Ia menunjukkan bahawa Megda adalah suatu watak perempuan yang dikorbankan dan di'eksploitasi'. Athaltuya?

*Kejahilan menguasai kota Gemilang.

Kehidupan kota Gemilang pula penuh dengan perkara dosa dan maksiat. Hawar melantik, Uzza sebagai raja. Menunjukkan bahawa penerimaan sistem feudal asing yang membawa pemahaman baru. Segalanya boleh, makan babi, ikan bersisik tiada yang tak boleh. Uzza menternak seekor belut raksasa yang sering diberikan korban, iaitu sesiapa yang mengingkarinya.

*Segalanya boleh dengan Uzza, kenduri kepala babi.


*Uzza perangai cam setan.

Ditonjolkan bahawa Juda sebenarnya masih memihak kepada bapanya Hawar. Dan Juda hanya bermuka-muka di Teluk Setanggi dengan menonjolkan kebaikkannya dengan mendirikan sekolah dan sebagainya. Juda diantik sebagai Menteri Provokasi di Gemilang dan dikahwinkan dengan anak perempuan Uzza.

*Hawar Gay, menghalau paderi yang datang berdakwah.

Pada hari yang sama, Juda juga merasmikan 3 lagi perkahwinan salah satunya ialah perkahwinan bapanya dengan Pemuda Seberang Sungai. Ini menunjukkan bahawa mereka menerima hubungan sesama jenis. Watak Pemuda Seberang Sungai sememangnya berjaya dibawa dengan baik walaupun kemunculannya hanya dalam seminit dua. Tarian dan aksi gaynya berjaya membuat penonton bersorak besar.

Pada pengakhiran cerita menunjukkan bahawa kota Gemilang diserang ribut dan belut raksasa terlepas dari kolamnya. Dan Mira menggungkapkan 'Juda telah menemui sodom wa gamurahnya'. Dan dari penyelidikan gua Sodom dan Gamurah merupakan 2 dari 5 bandar yang pernah diduduki oleh kaum Nabi Luth A.S. Adakah ianya melambangkan kota Gemilang yang hancur ditelan badai? Segalanya ada di dalam Mana Setangginya..

********

Bagi gua, teater ini sememangnya suatu nilai lakonan yang sarkastik dalam menyindir akst-aksi politik semasa. Permulaannya berat tapi pada akhirnya mudah, taklukan kuasa yang bermaharajalela. Tetapi ianya diselitkan dengan humor yang wujud dari tonasi percakapan dan hanya sesekali wujud humor dari gaya bahasa badan.

Ia juga menunjukkan bahawa manusia tunduk kepada kejahilan kerana ianya menjanjikan kuasa. Dan sepotong ayat menunjukkan mesej teater inisecara jelas, manusia dijadikan di tahap yang tinggi tetapi kembali kepada Tuhannya dalam tahap yang serendah-rendahnya.

Lakonan Juda, Mira, Uzza dan Silibi berjaya menghidupkan penceritaan dengan lebih menarik. Visual yang dihasilkan dengan kehadiran prob yang superb, sistem letupan yang mengejutkan, kostum yang berwarna-warni dan pari-pari yang terbang berjaya menarik tumpuan penonton ke arah pentas. Audio yang dimainkan secara live oleh Orkestra Tradisional Malaysia juga berjaya menaikkan semangat penonton dan membuatkan Alen mengantuk. Tertanya-tanya juga aku, macam mana rupa skor diorang. Macam mana dia tahu part bila nak masuk..sebab segalanya berlaku in one take.


*Diakhir pementasan dengan segala pari-pari.


Asalnya teater ini dipentaskan pada 1999, namun orang atasan Kementerian Kesenian kata teater ni tak ada nilai komersial dan ianya ditokok tambah bagi 'menambah' nilai komersialnya. Namun penulis asal, Datuk Noordin tak bersetuju. Dan kali ini Pengarahnya berjaya membuktikan bahawa walaupun karya asal ini mempunyai nilai komersialnya tersendiri dengan originalitinya.


notaKaki : Ribuan terima kasih kepada Kecik; ex-dormmate gua merangkap photographer IB (tiada gambar kerana dia tamau bagi, gua syak gambar dia lupa zip seluar) kerana mendapatkan gua tiket di Grand Circle.

3 Review Cerita Paling Haram Dalam Industri Drama Melayu

Malam semalam gua usha teater, tapi tu nanti gua bikin review. Ini gua nak review drama Melayu paling haram jalan cerita, plot dan semuanya serba haram, rasa nak lempang satu krew produksi. Pengarah gua kasi kuat sikit. Tak kan gua nak review cerita best je kan? Kang kata bias pulak.

Nama drama dia Wira Malam Bisikan Naga, bunyi macam celaka. Teraju utama, Adam AF sama Faizal Hussin, yang lain sumpah gua tak kenal. Story dia pasal family Adam ni kena bunuh, then dia terjumpa senjata ala macam Bruce Lee punya senjata tu, yang ada rantai-rantai ada besi kat hujung tu atau dikenali sebagai nama pendeknya nunchuck (nancak).

*Ini Bruce Lee sama Nancak..memang cool

Nancak tu ada pulak kuasa sakti, bila Adam didatangi oleh masalah nanti nancak tuh bercahaya. Pas tu Adam berubah macam Kakashi dari kartun Naruto, siap tutup-tutup muka sambil pakai sarung tangan ninja. Memang macam celakalah serba serbi kostumnya. Dia dibantu oleh seorang Pak Cik yang berpakaian macam perompak. Tutup muka pakai key. Dan pak cik itu adalah Faizal Husin. Demmit!! Mana Azroy dalam Gila-Gila Remaja???

*Roy & Gang dalam memabanteras kejahatan Geng Gagak Hitam dalam Gila-Gila Remaja. Rosyam Noor pun muda belia lagi.

Pastu Faizal Hussin story kat Adam sebenarnya dia anak Faizal Husin..Bling..Dia flashback 20 tahun lepas. Faizal Hussin tinggal anak dalam kereta Saga, dia keluar pergi kedai. Ala kereta Saga macam Nukman Basyir punya Saga. Then kereta Saga tu kena rampas dengan penjahat. Nampaklah kereta Saga tu dilarikan penjahat, ketika dalam perjalanan tu nampaklah belakang Saga tu ada Avanza sebijik. Kemudian ada sebijik Ford Ranger potong Saga tu. Hak tui.. 20 tahun lepas ada Avanza sama Ford Ranger. Kalau nak jimat kos dari upah polis tahan kereta lain dari lalu lalang, pergi lah shooting di kawasan pedalaman yang tak ada kereta. Tak da la kantoi.

Maka dengan bantuan Faizal Hussin yang tak cool macam Aro, mereka melawan penjahat. Penjahat dia pun macam haram, pakai singlet pastu tutup muka pakai topeng separuh macam Phantom of The Opera. Lawan pakai kayu, tapi nampak jelas nyata dan terang ianya adalah kayu mop. Demmit!!

Dah habis lawan-lawan, Adam lepak atas bumbung bangunan mana ntah. Dia terserempak dengan Cicak-Man, macam haram. Kemudian mereka berbual panjang. DIakhir perbualan, Cicakman bagi Adam business card dan menyuruh Adam approvekan friend request di Facebook.

Maka penghujung cerita ni gua rasa macam nak menjerit pun ada.. Meraung pun ada.. Macam mana budak-budak sekarang nak maju?

1 Persiapan Padu nak Pergi Istana




Karang malam gua nak pergi Istana Budaya, menonton teater Mana Setangginya, sebuah masterpiece Sasterawan Negara Datuk Noordin Hasan. Agak-agak mana gua nak cari baju ala Ramli Sarip? Baru nampak 'seni'.

2 Rekod Gua, Amy Search dan Gerai Burger

Semalam gua telah cipta rekod dalam hidup gua dengan melepak di stall burger sampai hampir ke subuh. Gerai burger tersebut adalah milik Ucop, rakan sekolah gua yang dah hampir 7 tahun gua tak jumpa. Dia siap ada branch lagi beb. Cool.

Seperti yang dinyatakan dalam post sebelum ini, gua dilanda wabak kemiskinan. Maka apabila dijemput lepak stall burger, gua dah nampak masa depan menu makan malam percuma gua malam tu. Persediaan kena rapi, gua melayari internet dulu kasi cari kord-kord gitar lagu yang femes sekitar akhir 80'an dan awal 90'an. Gua dah sedar, untuk mendapatkan Burger Ayam Special gua perlu juga mendendangkan beberapa lagu rock kapak kepada kaki-kaki lepak di sekitar stall tersebut.

Tak main la duduk lepak atas kerusi plastik. Gua dan rakan-rakan gua (Kecik, Tajul & Ucop) membuat sedikit anjakan paradigma dengan menaik taraf melepak kami ke tempat isi muatan bahagiatn belakang Ford Ranger. Perrghh.. cool macam naik lori. Selepas kehabisan modal, Kecik mula suruh gua main lagu Search, Wings ke?

Gua terkesima dan terambil hati. Tetiba gua teringat lagu Pawana dendangan Search. Itu merupakan ranking lagu number 1 yang gua nak jamming tapi tak kesampaian hingga kini. Agak-agak bila lah dapat gua jamming lagu Pawana sebijik macam dalam show dorang?



*Ini versi Hillary, bunyi solo memang lain la. Tapi tetap cool.

Ahli kumpulan Search bertukar sikit dan banyak muncul spekulasi-spekulasi. Macam kemasukan semula Hillary Ang mengantikan tempat Kid. Ramai yang buat perbandingan antara Hillary dengan Kid, ada yang kata Hillary best sebab main clean (ye la dah sessionist), ada yang kata Kid tapping power macam Van Halen. Pastu dulu kan Yazit keluar kejap, diganti dengan Lola (XPDC). Ramai juga bandingkan 2 orang tu, Yazit main macam baca sifir la, Lola main beremosilah. Tapi gua sedar, Lola main memang berat ke bunyi metal.



notaKakiCari : Bilalah Amy Search nak terserempak gua kat mapley, pas tu ajak gua join sekali perform lagu Pawana time konsert kat KL bulan 8?

3 Kemiskinan Membelenggu Diri Gua

Kepedihan kehidupan seorang pemuda 20-an sebenarnya bukanlah break up dengan awek, atau rokok habis atau pun motorsikal rosak. Tetapi kepedihan sebenarnya adalah apabila tak ada duit. Gila babi tak ada duit. Bukan ada duit sikit-sikit lagi, atau pun ada duit kat bank.

Ini betul-betul kering, wallet jadi tebal dengan kad. Semua tak boleh pakai. Kad ATM? Baki akau memang ngam-ngam RM10. Kad Insuran? Lesen? IC? Kad Tesco? Kad Derma Organ? Debit Kad? Apajadah nak pakai kalau akaun gua sentiasa kredit tiada debit.

Semalam gua isi minyak dekat Shell, gua isi borang peraduan dia. Menang dapat RM30,000. Tak pernah seumur hidup gua berharap nak menang pertandingan anjuran syarikat koperat. Perrghh.. Kalau tengah miskin ni dapat 30 ribu memang hooray la gua. Lepak mapley seminggu tak balik pun ok lagi. Macam mana projek gua nak puasa esok, ingat nak kumpul duit beli Ferrari.

Lu rasa kalau gua pergi ke Pusat Zakat Selangor, diorang boleh bantu ke? Gua kan pelajar..

notaKakiTakAdaDuit : Jadah apa pasukan Hoki Negara? Kapten dia cakap - Kami akan cuba dapatkan nombor 11 (sebelas) bagi tidak mengecewakan penyokong?.. What the hell? Nombor 11 bagi tak mengecewakan penyokong?

2 9 Dalil Mengapa Melayu Tak Boleh Buat Filem Gangster Ala Young & Dangerous



Semalam gua menonton cerita samseng yang tersohor di arena cerita cina, tak lain dan tak bukan cerita Muda dan Merbahaya (Yound & Dangerous). Memang scene lari-lari keluar parang menjadi igauan gua. Bukan main excited gua time part tuh. Tepuk-tepuk meja, kawan sebelah. Gangster Cina Wangsa Maju yang makan satu kedai mamak tu pun tak ada excited sampai macam tu. Part dia hisap rokok, gua baru perasan rokok gua dah habis, maka gua paw rokok member sebelah kasi nampak persamaan antara gua dan CHAN Ho Nam (nama pun ada iras). Patutlah Nukman Basyir seronok nak jadi Chicken (member Chan Ho Nam), tapi gua panggil dia Ayam ja. Bunyi Melayu sikit. Kini gua nak menulis sikit memijam gaya penulisan MM.

9 Dalil Mengapa Melayu Tak Boleh Buat Filem Gangster Ala Young & Dangerous

1. Samseng Hong Kong Judi Main Mahjung, maka dikalangan 4 orang tu pasti ada pemenang dan kebarangkalian nak menang adalah tinggi 1/4. Manakala samseng Melayu berjudi main nombor ekor, lu bayangkan satu hari berapa ribu orang main nombor ekor. Jadi apa pula kebarangkalian nak menang?

2. Samseng Hong Kong Mempunyai Dana Kewangan. Lu usha part Chicken nak bertanding naik jawatan Kepala Besar Samseng, dia open table bulat dekat restoran ekslusif. Ini menunjukkan bahawa samseng Hong Kong rajin ke kelas matematik semasa zaman persekolahan. Tak macam samseng Melayu asyik kalah judi. Habis kuat pun, samseng Melayu open table Dunhill sekotak.

3. Samseng Hong Kong Mempunyai Pengetahuan Sosio-politik Yang Tinggi. Ada part yang AGM kepala samseng tu, pembunuh traitor tu dihantar ke Albania kerana Kepala Besar Samseng tahu bahawa Hong Kong sukar untuk berdiplomasi dalam hal-hal keselamatan. Manakala Samseng Malaysia hanya tunjuk muka apabila terjadinya kekecohan politik (sila google)

4. Samseng Hong Kong Bikin Jenayah Yang Memberi Kepulangan Besar. Deme bukan calang-calang, prinsipnya curi seposen dengan sejuta sama jugak, halnya mencuri. Maka dengan pinsip itu samseng Hong Kong memilih untuk membuat jenayah yang memberi pulangan besar seperti Pelacuran, Penyeludupan, Money Laudering, Buat Filem Porno dan Perniagaan Kasino di Macau. Samseng Melayu? Bikin porno pakai handphone memang cekap, meragut (dan kantoi kena pukul), dan kadang-kadang ambil upah tarik kereta yang tak bayar loan. Bila la nak kaya?

5. Samseng Hong Kong Kena Banyak Mencarut. Di sana, samseng kena banyak mencarut. Hanya samseng yang kuat mencarut. Tapi di sini, Menteri pu rileks mencarutsecara terbuka.

6. Samseng Hong Kong Main Snuker Slow dan Relaks. Gila apa nak main snuker laju-laju, tenang-tenang sudah. Sebab Pusat Snuker tersebut sebenarnya salah satu perniagaan kumpulan samseng mereka. Gila apa nak bikin macam tu kat Malaysia? Sejam snuker di Malaysia boleh menjangkau RM8. Main laju-laju, baru bayar sikit. Ingat!! Mereka main nombor ekor aja. Susah nak dapat pulangan wang.

7. Berapa Orang Yang Ada Parang Di Rumah Sekarang? Gua berani jamin, orang Melayu urban sekarang ni memang dah tak kenal parang, apa ntah lagi simpan parang di rumah. Selamat gua seorang pesilat, ada juga simpan parang dan keris di rumah. Kalau korang dengar orang cerita pembuatan senjata Melayu perlu disusuli oleh 4 elemen, mesti lu terkejut kan? Ada lagi Melayu primitif di alaf baru ni.

8. Sudut Pembacaan Yang Berbeza. Samseng Hong Kong baca surat khabar di bahagian ekonomi untuk money laundring atau bahagian sukan bertujuan untuk perjudian. Samseng Melayu baca Harian Metro yang muka depannya bertajuk 'Bomoh Kangkang', kalau teknikal sikit pun baca di ruangan 'Nombor Ekor Hari Ini'.

9. Sapa Berlakon jadi Chan Ho Nam? Kalau di Hong Kong, Ekin Cheng memang seorang pelakon berambut panjang yang cool. Di Malaysia siapa aja pelakon berambut panjang? Farid Kamil? Apa lu nak usha cerita samseng ke cerita jiwang macam Im Not Single? Atau ganas sikit cerita Rem-It. Ke Azwan Ali?



*Sama? Aah..warna rambut dorang sama. Tapi gua rasa rambut Farid Kamil semenjak dua menjak ni warna blonde.

2 Lagu Tengah-tengah Minggu : Satu Versi Bosa

Ketika tengah tunggu flight di Sabah tempoh hari, gua terserempak dengan Pot Amir (ROSIN). Dan sekarang Pot dah post video baru, recording ketika di KK tempoh hari katanya. Boleh tahan ramai juga dalam studio, macam Band Jamen kalau masuk studio. Itu belum kira awek vokalis lagi sama housemate dan para penyokong. Sampai bawah simbal pun ada org duduk.

Maka dengan bangganya gua mempersembahkan hasik ROSIN(nama lamanya Radiostar) dengan single Satu versi Bosa. Ini versi ketiga, versi asal, versi akustik dan versi Bosa. Videocam dia tak boleh masuk sound, maka mereka me'layer'kan video ini dengan hasil recording mereka.. Gua kasi double thumbs up sebab gua  tak boleh bias terhadap 'ggod music'..boleh menggaangguk-angguk juga lah lagu ni.



Kata-kata yang ingin dimasukkan ke dalam Alert Message.

6 Kisah Cinta dan Penjahat

Sedangkan Anakin Skywalker pun ada dark side inikan gua Achankin Skywalker.

Kisah Anakin Skywalker


*Anakin time baik jadi Jedi.

*Bila hatinya dipermainkan dia menjadi Darth Vedar. Hatinya jadi jahat, kotor dan hitam.


Kisah Achankin Skywalker

*Achankin Skywalker pun begitu, time dia baik dia join Zaufan main nasyid.

*Namun bila cintanya dipermainkan, beliau bertukar jadi Acan yang bersama Band Jamen.



Kisah Lain


Bukan kami je begitu, Datin Arianna juga sanggup membunuh apabila cintanya tak kesampaian.


Maka usah mempermaikan cinta dan perasaan kerana ianya mampu mengubah dunia


notaKakiDrama : Amacam post gua kali ni? Agak-agak Rashid Sibir boleh panggil gua tulis skrip drama Pondok Buruk 3?

7 Filem Cinta Musikal : Once (Bukan High School Musical)



This movie placed third on Entertainment Weekly's "25 Best Romantic Movies of the Past 25 Years" in 2008


Dan gua meletakkaan filem ini sebagai Top 5 dalam kesemua cerita yang pernah gua tonton. Filem musikal Irish arahan John Carney ini telah menempatkan diri di laman sesawang internet sejak 2007 dan ditayangkan di Malaysia sekitar pertengah 2008. Keindahan filem ini berjaya ditonjolkan oleh teraju utama Glen Hansard (vokalis The Frames) dan penyanyi berbangsa Czech, Markéta Irglová yang berjumpa tanpa disengajakan. Berlatarbelakangkan di Drafton Street, Dublin yang terkenal dengan keindahan bangunan-bangunan klasik gaya kolonial, Glen seorang busker berjumpa dengan penjual bunga, Markéta dan secara tak sengaja beliau dapat mengesan bakat musik terpendam dalam diri Markéta. Maka dengan kesungguhan mereka untuk merakamkan demo, pelbagai dugaan dan rintangan perlu diharungi disebabkan mereka datang dari golongan kebanyakan. Di dalam mengecap cita-cita, dua hati saling berpaut. Namun Glen masih teringatkan bekas kekasihnya yang mengecewakannya dan lari ke kota London dan Markéta juga mempunyai seorang suami yang tinggal di Czech. Sebagai busker dan lelaki, Glen meletakkan harapan kepada Markéta sebagai vokalis dan sebagai kasehnya. Didalam mengharung suka duka kehidupan seorang busker, beliau juga berjanji untuk membuktikan bahawa mintanya itu bukan sia-sia kepada ayahnya seorang tukang repai vacuum cleaner. Adakah mereka berjaya merakamkan demo dan hidup bersama selamanya? Bagaimana sdengan uami Markéta? Plot berlaku dengan pelbagai konflik diakibatkan perbezaan budaya dan gaya hidup. Filem ini diindahkan lagi dengan musik-musik akustik yang indah sekali nyanyian asal Glen dan Markéta Walaupun hero sama heroin tak dalah cun mana, tetapi sinematografinya memang indah macam lu yang berada di situasi tersebut.




notaKaki : Gua tak tau berapa kali dah gua usha movie ni. Tapi setiap kali gua usha, gua akan jatuh cinta buat kesekian kalinya. Rocker takkan nak jiwa kental je.

1 Sila Buat Order Secepat Mungkin



Judul : Kisah Anak Derhaka : Si Tanggang

Genre : Aksi, Thriller dan Cinta

ISBN
: 4111-22678-7009

Sipnosis
: Si Tanggang seorang rakyat Malaysia yang melukut di bumi German. Disebabkan kehidupan yang merempat di bumi orang, Si Tanggang bertekad menjadi seorang seniman jalanan. Namun berbekalkan otak berkapasiti hanya 126 Mb, sememangnya sukar untuk beliau mengingati lirik dan lagu. Walaubagaimana pun, setiap novel pasti ada heroinnya. Suriyanti, seorang pembantu rumah warganegara Indonesia dapat merasakan bahawa Tanggang adalah jodohnya, dan semenjak mereka bertemu jodoh, nama Tanggang semakin melonjak naik di persada seni German. Adakah bibit-bibit cinta dan kejayaannya Tanggang akan mengubah sikapnya dan semangat nasionalismenya? Bagaimana perasaan ibunya apabila ditinggalkan Tanggang? Adakah cita-cita ibunya untuk memiliki peti ais Singer model 3 pintu akan tercapai? Segalanya terjawap di dalam Kisah Anak Derhaka : Si Tanggang.

notaKakiBatu : Pembayaran boleh dilakukan melalui kiriman wang pos dan cek berpalang.

0 Soalan Yang Mengambil Masa 20 Minit

Suka hati ja tag gua. Lu ingat gua ada banyak masa ke nak jawap benda-benda ni. Len kali nak tau pasal gua, belilah magazine Galaxy ke, URTV ke..atau tengok Melodi.



1. If your lover betrayed you, what will your reaction be?
Gua terkenal dengan keganasan fizikal. Mungkin gua akan ilhamkan beberapa siri physical tourcher dari filem Saw atau Penjara Teluk Guantanamo.



2. If you can have a dream to come true, what would it be?
Dalam geran tanah Pulau Sipadan tu ada nama gua sebagai owner.

3. Whose butt would you like to kick?
Manusia yang mengeksploitasi manusia yang lebih lemah..ini gua serius.


4. What would you do with a billion dollars?
Serius ini gua perlu buat list dalam post lain. Yang perlu ada ialah rumah idaman seperti Narai, UAE pun ok gak.

5. Will you u fall in love with your best friend?

Perrghh..suma nama start dengan Muhamad, Ahmad..what the hell?

6. Which is more blessed, loving someone or being loved by someone?

Loving someone..jangan tanya mengapa.




7. How long do you intend to wait for someone you really love?

Lu pernah dengar lagu Forever Love from otai rock jepun, X-Japan?

8. If the person you secretly like is already attached, what would you do?

Gua baru usha drama melayu kat Astro. Mak cik tu cakap, Jodoh, Rezeki dan Maut semuanya di
tangan Tuhan.

9. If you like to act with someone, who will it be? Your gf/bf or an actress/actor?

Gua akan minta citer Gladiator 2, gua jadi assistant Russell Crowe. Heroin gua?
Yoona..ehik..ehik..dont ask how Korean bule masuk citer Gladiator..

10. What takes you down the fastest?

Mama gua suh mandi, kalo tak mandi xleh lunch..LUNCH yea..bukan bekfes..hehe

*Gua harap anak gua comel macam Dbe'. Berdasarkan perbandingan saiz, lu rasa berapa masa diambil untuk gua bunuh Dbe'?

11. How would you see yourself in ten years time?

Bapa mithali yang menyorokkan gambar kesemua 3768 orang bekas kekasihnya dari anak-anaknya.

12. What’s your fear?

Gayat..haha..gua hensem tapi gayat.

13.What kind of person do you think the person who tagged you is?

Responsible dan tukang urut terbaik~

14. Would you rather be single and rich or married but poor?

Married and rich..hahaha

15. What’s the first thing you do when you wake up?

Buka mata.

16. Would you give all in a relationship?

Gua masih teruna.

17. If you fall in love with two people simultaneously, who would you pick?

Sapa lagi kaya?haha

18. Would you forgive and forget no matter how horrible a thing someone has done?

Its hard..seriously.

19. Do you prefer being single or having a relationship?

Having a relationship kerana gua rasa gua terlampau mewah hidup keseorangan dengan pendapatan sebagai artis ni.

20. List 5 people to tag:


1) Si Jimat
2) Ejat (Facebook)
3) Nukman Basyir(Facebook)
4) Norman Nain (Facebook)
5) Silumaniax

0 Jom Melancong Ke Malaysia


Semalam gua meronda-ronda ke sekitar ibukota selepas menikmati Spegetti Meatball Bolognese dan .... (gua tak tau nak sebut, bunyi macam Al-Capone) di William, Taman Mayang. Memang kasar la tahap kekenyangan dia, jalan pun dah kena bongkok sket. Dah rasa kulit perut dah habis tarik.

Rasa mau jadi urban sikit, kami lepak di sekitar The Street, The Curve. Saja mentelaah awek-awek urban tak tepi Laundry Bar. Gila beb...awek KL tu, baju dorang kalau lipat tu boleh muat dalam poket gua. Sebagai seorang lelaki normal orietasi seksualnya, mana boleh tak pandang. Rugi beb!

Kemudian gua ke Kg Baru pulak, scene yang berlainan tapi bagi gua masih dalam kategori masalah sosial juga. Budak-budak belasan tahun yang bertindik 2-2 belah telinga, hisap rokok, dah tu siap ada rokok spare kat celah telinga, naik motor ke hulu-hilir rembat motor abang. Yang di tahap sekolah rendah pulak, berlagak aksi dengan basikalnya. Pelbagai adegan ala Farid Kamil berjaya dijayakan oleh adik-adik tersebut walaupun hanya berbekalkan basikal chopper.

Dah tu kat Kampung Baru tu tak mau ramai pulak Mat Salleh melancong kat situ. Memang gua rasa persepsi mat salleh kat situ mungkin wow.. This is Malaysia, truly Asia. Memang sukseslah perancangan kerajaan dalam mempromosi Malaysia ke seantero Malaysia.

4 Lagu Pop 12 Tahun Lepas




Lu usha video ni AIM 1997, Aznil pun rambut hitam lagi siap cecah bahu macam Akhil Hayy lagi. Waktu tu gua rasa zama Pop Kuiz tengah hot. Budak-budak pun tengah seronok layan Dash Yankuro sama kereta Tamiya palsu cap Diamond. Tak ada masa nak tengok Aznil macam budak-budak sekarang layan Macam-macam Aznil. Gua pun tengah aktif dengan kumpulan nasyid kat sekolah rendah lagi. Tak berapa kenal sama Kurt Cobain.

Siti Nurhaliza pun baru setahun menang Bintang RTM. Tahun tu jugak dia ambik SPM, dapat pangkat 2. Zaman tu, tak ada orang nak berebut sampai 28A, semua main pangkat-pangkat je. Makin banyak pangkat, makin rendah pangkat kat opis. Lagu ni punya la femes, gua ingat kazen gua Kak Un memang layan karok lagu ni time balik sekolah. Sekarang dia pun dah taubat, tudung labuh, anak pun dah 2 orang (setakat raya tauh lepas).

Video ni, kalau perhatikan ahli-ahli 2by2 yang baju kaler putih tu menari. Lu rasa nak pinjam mesin masa Doremon, balik tahun 1997 dan terajang budak-budak tu. Sakit hati tengok dorang menari. Gua tak tau nak menyamakan apa benda dengan tarian dorang tu. Sampai macam tu la teruk tarian dorang..Cis

1 KL, Gua Dah Sampai KL!!! Wooo...


Wohoi KL!! Selepas 2 minggu di Kota Kinabalu, kini gua dah balik dan selamat sampai di KL, hirup udara berjerebu kembali, jumpa ramai orang yang tak reti beratur ketika menaiki kenderaan awam dan yang penting gua kembali berperang di jalan raya bersama warga ibukota yang lain.

Tadi gua tunggu adik gua kutip kat KL Sentral 3 jam. Jalan-jalan sambil seret beg beroda. Macam kena halau keluar Akademi Fantasia tapi tak tau mana arah tujuan. Esok kegiatan sosial gua untuk merancakkan ekonomi panggung wayang sekitar KL akan bermula.

5 Vintage : Terbang Berkelompok 2.2.2002

Malam minggu sememangnya saat-saat dinanti-nantikan oleh setiap penghuni asrama gua. Pantang malam minggu, mesti nak panjat pagar. Bukan seronok apa pun panjat pagar, alasan lapar, senior order, nak berperang kat CC, tangan gatal nak main snuker dan paru-paru sesak tak dapat asap. Dah besar nanti jadi atlet lari berpagar? Lagi haram..

Tu semua dunia je. Tapi zaman sekolah muda-mudi, baru dapat 'lesen' mestilah excited. Tak payah amik test komputer, ujian buta warna dengan ujian naik bukit, lesen nak panjat pagar tak seleceh begitu. Lu hanya perlu tadah pipi untuk setahun dua kepada senpai-senpai, kuatkan kaki untuk 'scrembler' (henjut steng, jengket steng, motor dan terpulanglah apa yang asrama ko panggil aksi ini). Macam masuk askar pun ada jugak tapi beza tak ada pegang senapang je, cuma kena pelempang.

Masih tersemat rapi dalam ingatan gua, 2.2.2002 malam minggu yang indah, Syafiq Abdullah @ Dodol ajak gua fly macam biasa. Tapi poket tak berapa nak rapi, seluk poket pun ada tangan je, wallet Adidas yang gua beli kat pasar malam pun tak berapa nak tebal, cuma ada kat ATM yang bakinya gua pasti RM10-RM19, tak boleh nak keluar sebab tak cukup gandaan 10. Bukan niat gua nak kecilkan hati member, lagi-lagi Dodol, selain gua sapa lagi yang dia ada.

Maka dengan keciwanya Dodol mencari mangsa lain untuk diajak menikmati kebebasan di luar kawasan asrama. Gua tau, bukan rapi mana pun aktivitinya. Habis kuat pun pergi ke Kafe Siber Spring main Counter Strike. Memang dah kira wajib pada zaman tu untuk budak-budak main CS. Sapa tak main memang macam budak sekarang tak tengok Macam-Macam Aznil la tahapnya.

Oleh kerana status gua yang membolehkan gua untuk menerima bantuan Baitumal, gua duduk diam dalam asrama. Ntah apa-apa gua buat. Kacau Mael kot. Bapak Mael namanya Pak Cik Norehan, orang Jawa Banting. Bapak dia Pengurusi PIBA, gua tak ingat stand for what. Tapi lebih kurang macam PIBG la. Apa seronoknya kacau Mael pun gua tak tau.

Berbalik kepada kisah Dodol fly keluar. Dengar kata ada orang lua report dekat Ustaz gua ada budak fly. Maka berbekalkan van Inokom kaler emas, Ustaz pergi la cari budak-budak yang fly. Kapasiti van boleh sumbat 7-8 orang. Kadang-kadang dah letih fly, seronok juga orang datang jemput. Naik van siap ada aircond.

Ustaz Zohdi pun dengan konfiden menerjah pusat-pusat hiburan berdekatan. Biasa paling kuat pun yang fly ada dalam 5-6 orang. Tiba di Kafe Siber Spring yang terletak depan Sekolah Cina Chung Hwa, Ustaz terkesima sat. Di ushanya, dari depan ke belakang budak asrama gua aja. Bukan setakat 7-8 orang, tapi 33 orang. Satu rekod kejayaan budak-budak dan rekod kelemahan sistem keselamatan asrama yang melarang pelajar keluar masuk dari kawasan asrama.

33 orang nak naik van-ada-aircond balik asrama? Hak tuih!! Semua 33 orang berkawat depan van balik asrama. Macam Pertandingan Kereta Berhias pun ada juga, Kawat Merdeka pun ada la sikit-sikit cuma PM tak datang je untuk tabik hormat.

*****

Hukuman kepada diorang?

Tak perlu gua story. Esok pagi, gua turun Subuh usha budak-budak tidur nyenyak dalam surau dengan seluar pendek.

Gua menadah tangan tanda syukur atas taufiq dan hidayahNya.

2 Gua, Deen dan Swimming Pool

*Persahabatan Antara Benua

Gambar di atas adalah gambar gua (terang) bersama Izzudin aka Deen Zaufan (malap). Gua pun sering sangsi, gua pun ahli kumpulan Zaufan tapi tak pernah..tak pernah sekali pun budak-budak panggil gua Achan Zaufan. Mungkin berkait rapat dengan akhlak.

Gua dan Deen adalah perenang tegar, tapi sumpah kami tak kenal sorang pun nama perenang Malaysia. Setiap minggu paling cikai 2x kali kami ke kolam renang. Orang kata berenang baik untuk suara, mungkin inilah punca suara gua iras-iras Josh Groban.

Kami adalah penggemar 'Kuak Dada', sekali-sekala je try 'Free Style' sebab pernafasan tak berapa nak utuh lagi. Tapi tujuan gua menulis kali ini adalah berbaur ugutan kepada Deen. Sejak gua di Sabah ni, setiap hari gua meluangkan masa 30 minit pada waktu pagi dan 30 mint pada waktu petang untuk memantapkan kemahiran gua. Mana tau, gua balik semenanjung Jumaat ni berenang aja. Jimat dah kos minyak kapal terbang dan cukai airport, tu belum kira nasi lemak RM9 dalam kapal terbang tu.

Sekarang gua dah cantik dalam penggayaan pernafasan Free Style, berenang pun smooth je. Tak ada percik-percik macam naik jet ski. Deen mesti jeles ngan gua kan? Jangan marah, nanti kaler lu bukan jadi merah, tapi jadi maroon.

Gua berikrar. Lepas ni gua nak fokus kepada 'Kuak Rama-rama'. Sekarang ni gua dengan Deen masih ada 3 fasa lagi sebelum berjaya menguasai gaya ini. Sekarang kami di Fasa 2, atau lebih dikenali sebagai 'Kuak Beluncas' (sila rujuk gambarajah dibawah sebagai panduan hidup).



*Sekarang kami di Fasa 2 (dalam bulatan)


Doakan kami berjaya.

notaKakiRenang : Dengar berita angin Deen nak kahwin hujung tahun ni. Siap nak sembelih burung unta lagi bikin kenduri. Bukan main tip-top. Semoga Deen bahagia di hari persandingannya tanpa menjemput gua... T_T

0 Kepala Jin #1 : Dodol

*Dol bersama Mataharinya, amik gambar depan cermin. Nak penerajang pun ada.

Ini Mohd Syafiq bin Abdullah, gua panggil dia Dol@Dodol bersempena dengan nama bapak dia. Gua menamakan beliau sebagai insan yang bertanggungjawap membawa gua keluar melepak di sekitar Cambell Complex dan Sogo bersama budak-budak pakai but besi keluaran negara penjajah dan kasut cap Converse yang daif gila. Banyak yang kami lalui, zaman kegelapan gua yang paling gelap gua rasa time sekali dengan Dol. Gelap gila babi, tapi kadang-kadang kami cerahkan dengan membakar tong sampah awam dan lari..haha. Tapi pada tahun 2002 kami terpaksa berpisah, sebab 2-2 kena buang sekolah..hahaha

Sekarang dengar kata Dol dah tak grunge, dia sekarang ni dah jadi mamat clubbing paling tip-top kat area KL. Hujung minggu ni gua nak lepak dengan dia la, tanya apa perkembangan musik RnB terbaru.

5 Baiki Kereta

Rakan-rakan dah ramai meninggalkan kampus. Ye lah, dah habis periksa. Buat apa lepak kat universiti? Internet pun lambat, kemudahan 3G pun tak berapa nak padu nak taruk broadband. 3GP banyaklah muncul ketika masa-masa hujung semester macam ni.

Rami juga berpendapat, selalunya lelaki jambu macam gua tak mampu buat kerja-kerja kasar macam tukar tiub basikal, pasang rantai basikal, tukar tombol pintu bila dah pecah kena sepak, tukar mentol lampu dan pelbagai lagi. Namun gua telah membuktikan bahawa teori tersebut salah sama sekali. Gua telah dididik dengan pelbagai ilmu tersebut hasil usaha cikgu Kemahiran Hidup, senior-senior di sekolah dan bapak gua.

Kemahiran membaiki kereta sememangnya satu modal paling besar untuk lu ngorat budak-budak U, budak-budak UTP ni harap ambil kejuruteraan je. Tayar spare kereta pun belum tau letak kat belah mana. Di sebabkan Abah gua pernah bukak bengkel kat Kg Baru zaman gua sekolah rendah dulu. Maka kat situlah gua sedikit sebanyak kenal kereta dan komponennya serta diajar hisap rokok Surya oleh mekanik sana. Peerrghh..gua tak into, gua sanggup pilih Choki-choki.

Suatu pagi yang damai di hujung semester, gua mau lepak minum pagi macam pekerja gomen. Lepak dengan awek la, buat hilang selera je minum dengan kawan-kawan lelaki pagi-pagi. Disebabkan gua pun tengah mood nak menyihatkan badan, gua offer service gua untuk usha kereta awek berkenaan. Ye la, dia nak balik kampung dan sebagai lelaki yang cool macam Jehan Miskin gua offer la untuk usha perkara-perkara basic.

"Air cukup, air bateri pun cukup," cetus hati gua tanda berpuas hati.

"Bak mai tisu, nak cek minyak hitam ni," ujar gua tegas.

"Nah," jawap awek sambil menyuakan tisu.

"Hmm..minyak hitam tak cukup ni. Nak kena tambah ni," balas gua sambil bercekak pinggang tanda gaya arif dengan industri automotif.

Gua melangkah ke kereta gua sambil mencari stok minyak hitam kereta gua. Beli kat Kopetro murah sikit.

"Ishh..ketat pulak penutup tangki minyak hitam ni.." cetus hati gua sambil cuba memusing penutup tangki minyak hitam dengan sepenuh hati.

"Tak boleh jadi ni, depan awek ni. Jatuh la martabat gua. Kang dia cerita kat kawan-kawan dia, jatuhlah market gua.." gua bermonolog dalaman dengan panjang sambil menukar pulas pakai tangan kiri dengan harapan tangan kiri lebih kuat dari tangan kanan disebabkan latihan-latihan tertentu. Gua syak ada orang kimpal penutup dengan tangki sekali, tu yang ketat tu.

"Meh la I try.." tiba-tiba budak perempuan sebelah gua ni menyampuk.

Ekele..lengan gua dah besar peha dia. Gim UTP tu memang rumah kedua gua, swimming pool tu memang tempat gua mandi pagi sama maghrib. Selepas bertubi-tubi latihan gua buat untuk menguatkan otot tangan, itu pun tak mampu nak buka penutup tu. Inikan budak ni? Ish..bagi je la tanda tak menghampakan permintaan dia.

"Tuuppp..." satu bunyi kedengaran dari penutup tangki tersebut.

----------

"Jom pergi makan.." gua ajak makan.

----------

Hanya gua dan dia tau ending cerita ni. Tak sanggup gua nak cerita kat orang.

2 Pembunuh Bersiri Paling Hensem

*Achan O Connor..

Korang boleh bunuh diri di sini (terminateyourself.com)

6 Autopsi #3 : Jalan-jalan Pusing Sabah Part 1


*Amik gambar sudah. Nak harap gua panjat?? Dalam 2-3 tahun sampai puncak kot


Gambarajah di atas menunjukkan bahawasanya gua sedang bergambar dengan berlatar belakangkan gunung tertinggi di Asia Tenggara iaitu Gunung Kinabalu. Secara tidak langsung ianya merujuk bahawa gua sedang beristirehat daripada tugasan seorang pelajar yang (separa) cemerlang dan artis yang (penuh) gemilang.

Kini hampir genap kehidupan gua di Kota Kinabalu selama seminggu, maka gua ada seminggu lagi nak survive kat sini. Setibanya gua di Kota Kinabalu naik AirAsia-kapal-terbang-gegar-gegar, gua disambut biasa-biasa sahaja oleh Abah gua. Elok je gua landing kaki kat foyer airport, gua syak kapal terbang silap landing kat negara lain sebab gua usha rakyat jelatanya memang tune lain dari Malaysian di Semenanjung. Bahasanya lain, pakaiannya lain, nombor plat kereta lain. Tapi elok je gua masuk tandas awam kat airport, gua bersyukur kerana gua masih di Malaysia lagi.

Terdetik juga kok-kot Abah gua sambut dengan karpet merah sambil diiringi paluan kompang. Perjalanan kami dari lapangan terbang ke rumah abah gua mengambil masa kurang dari 3 minit. Cet..gua ingat jauh sangat.


*Cukuplah gambar ini untuk jeleskan korang dalam jangkamasa terdekat ni. Nanti gua upload lain.

Ohh..Abah gua dah setengah tahun bekerja di KK, menghabiskan sisa-sisa sebelum pencen gamaknya. Rumah abah gua terletak di Tanjung Aru, sebuah kawasan pantai yang memang sesuai untuk bercanda bersama sumandak (gadis) sambil menonton matahari berarak pulang atau digelar sunset oleh omputeh. Perjalanan dari pintu rumah ke pantai mengambil masa 3 minit dari saat gua menyarungkan selipar. Yang terbaik di sini, adalah Medan Selera Tanjung Aru yang menempatkan peniaga-peniaga sayap ayam (chicken wing) terrrbaik!!

Abah gua seorang yang minimalis, rumah abah gua memang simple dan tak ada kipas. 3 hari jugak la gua sabar bermandi peluh sebelum abah gua beli kipas. Tak apa sauna free. Tapi sejujurnya KK adalah sebuah kawasan yang panas dah macam Tronoh tapi kehadiran sumandak di kawasan sekitar.

Gua round-round di sekitar bandar KK, dan gua berani jamin yang korang memang rugi kalau tak singgah di Pasar Ikan. Mak oih, ikan dia memang tip top, putih bersinar je tanda baru arwah, harga pulak memang setengah harga dari KL. Ikan dia memang dari golongan gred A, maksudnya ikan-ikan yang besar dan mahal. Udang pulak, lu usha lengan lu. Itu lah saiz udang terbesar di pasar KK. Masuk hari ni dah 5 hari gua makan seafood.

Tapi gua suggest better lu beli ikan raw then masak sendiri sebab bila lu makan kat kedai, harganya boleh melonjak 3x harga asal dan rasa masakannya memang gua tak berapa nak kacip. Tapi bila lu datang Pasar KK, lu jangan lupa singgah Pasar Filipina yang jual cenderahati, tapi gua cakap memang lu kena tawar 100% dari harga yang dia offer. Kalau tak memang peniaga tuh menjerit ”Hooorayy!!” bila lu blah.


*Gua pun tak tau apa signifikan gua amik gambar kaki..Ohh ya..kasut ni baru basuh selepas 2 tahun tak basuh..hahaha

Selain ikan dan rokok, harga semua benda dekat Sabah adalah lebih mahal dari Semenanjung termasuklah surat khabar. Maka lu kena kasi susun lu punya bajet kasi padu sikit la. Belanja pun tak bolehlah rancak-rancak. Okay, gua nak kena balik dulu. Sekarang ni gua dekat airport, tengah tumpang wifi free..hehe. Nanti gua sambung bila percuma.


notaKaki : Kenapa sumandak sering diiringi oleh mak bapak diorang? Sapa yang hebahkan kehadiran gua ni??

0 Berita Terkini, Hiburan Sensasi

80 peratus projek JKR lewat

KUANTAN 1 Jun - Sebanyak 80 peratus projek di bawah JKR sepanjang tahun lalu dikenal pasti mengalami kelewatan sehingga mengakibatkan kerajaan terpaksa menanggung peningkatan kos, pembaziran masa serta tenaga.

Sehubungan itu, Menterinya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, pihaknya akan memperketatkan amalan pemberian Pelanjutan Masa (EOT) supaya kadar kelewatan projek dapat dikurangkan kepada 50 peratus tahun ini.

''Kadar kelewatan ini adalah tinggi tetapi ia bukan berpunca daripada kesilapan JKR semata-mata sebaliknya disebabkan pelbagai faktor,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat pegawai kanan JKR di sini hari ini.

Shaziman berkata, kelewatan sesuatu projek banyak berpunca daripada faktor luaran termasuk pengambilan tanah, kenaikan harga bahan binaan, ketidakmampuan kontraktor atau pemindahan utiliti.

Bagaimanapun jelasnya, walau apa juga alasan yang diberikan, rakyat tetap menyalahkan JKR berikutan kelewatan sesuatu projek tanpa mengambil kira faktor-faktor luaran tersebut.

Sehubungan itu, tambah beliau, JKR perlu mengatasi masalah tersebut menerusi koordinasi yang efektif dengan jabatan-jabatan lain supaya sesuatu projek tidak tergendala.

''Misalnya, JKR perlu bekerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebelum melaksanakan sesuatu projek supaya tidak timbul masalah berbangkit yang akhirnya menyusahkan rakyat,'' jelasnya.

Beliau juga mengingatkan semua JKR negeri supaya berhati-hati dalam meluluskan Arahan Perubahan Kerja (VO) dalam projek-projek kerajaan bagi mengelakkan implikasi kewangan yang lebih besar.

''JKR perlu berbincang dengan agensi pelanggannya supaya setiap VO yang diluluskan betul-betul memberi manfaat kepada rakyat,'' jelasnya.

Beliau menambah, VO merupakan perubahan spesifikasi yang terpaksa dilakukan dan tidak mengikuti pelan asal sesuatu projek.

*JKR di atas merujuk kepada 'Jangan Kerja Rajin'

9 1001 Kisah Wanita Dalam Hidup Gua

Kisah 1

Semalam pergi Low Yatt..tukar power supply. Kuasa tak berapa power, laptop tak hidup. Gua mengaku gua tak belajar subjek Elektrik, tapi gua tau Hukum Tangan Kiri Flemming.

Sampai kat kedai Apek tu, gua keluarkan laptop gua. Suruh Apek tuh check kuasa yang diperlukan untuk menghidupkan laptop gua. Agak-agak kalau pakai bateri AA boleh hidup, memang ok. Esok pagi-pagi gua kumpul bateri AA, ketuk-ketuk kemudian kasi jemur bawah cahaya mentari, kasi power kuat sikit. Ntah siapa-siapa ajar aku teori ni kat asrama dulu..macam gampang.

Kelmarin time gua beli power supply tu, ada amoy usha gua lain macam. Dia kata baju gua cute. Tapi gua tau, dia nak puji gua gua cute tapi dia malu. Hari ni dia usha laptop gua lain macam. Gua sedar laptop gua memang tak boleh tahan, stiker kat belakang laptop gua memang ada lain macam sket. (Boleh rujuk sini). Kemudian dia comparekan baju 'We Will Rock You' gua dengan laptop gua. Then dia terus amik gambar.. Tu alasan dia nak amik gambar gua. Gua tau. Tapi oleh kerana dia adalah seorang AMOY..gua biarkan saja.

-----------

Kisah 2

Tempat Kejadian : Kaunter Tiket Wayang, Times Square

Times Square memang terkenal dengan budak-budak goth. Gua menyampah gila, rasa nak sula dorang pakai payung koyak-koyak dorang. Apa ingat cool pakai payung koyak dengan stokin kaki jarang? Tapi kali ni gua abaikan mereka. Gua fokus terus kepada cerita.

Gua usha wayang dengan Zali Bajet. Memang bujang, ajak Skin tak bleh. Dia pergi rumah abang dia lah, apa-apa aja alasan dia. Gua ngan Bajet beratur panjang. Ingat nak usha Terminator, nampak macam gempak. Sampai dekat 10 orang lagi turn kami, kami nampak sesuatu. Iaitu awek penjaga tiket yang gila hot. Lawa, suwwett, ayu dan 4 bintang setengah.

Gua asyik mengira-ngira samada turn kami akan ke kaunter awek tu atau mamat rambut pacak kat sebelah. Ikutkan hati nak aja jemput orang belakan ke depan kalau turn ngan mamat rambut pacak tuh. Tak cool langsung.

Bersyukur kehadrat Illahi dengan limpah kurnia-Nya dapat kami ke kaunter awek chun. Sebelum dia sempat bertanya 'cerita apa?' gua potong dulu. Cari info tentang dia, 'apa nama?' dan namanya Aishah. Memang cute. Baru habis cuti semester pertama mungkin.

Aishah tanya..

Cerita apa?

Terminator Salvation pukul 5?..jawap gua sambil mengigit hujung kaki spek mata Reben gua..bagi nampak Romeo.

Ala...boleh duduk seperate tak? Sebab kalau nak duduk sekali ada 2 seat je..kat depan sekali..Jawap Aishah manja..

Hmm..usha muvi lain. Night at Museum ke? Balas gua, sebab gua lelaki yang suka deny. Sebab ia menunjukkan gua lelaki yang ada authority.

Ala..seat dia pun sama jugak ada 2 seat kat line depan sekali.. Balas Aishah lagi..gua dah susun ayat nak ajak dia usha wayang dengan gua. Nak aja tinggalkan Bajet keseorangan.

Ok..I think Terminator better.. Gua cakap omputih kasi nampak sophiscated.

Alamakk..seat tadi dah ada orang beli..
Aishah membuat kerjanya sebagai penjaga kaunter berkaliber..

Shit. Monolog dalaman gua. Mana boleh mencarut depan target, gua kan lelaki sophiscated.

Okay..Night at Museum la.
Gua balas sambil tunjuk muka kecewa dengan harapan dia rasa bersalah dan ajak gua tengok wayang dengan dia.

Betul ni nak duduk seat depan? Tanya Aishah bimbang dengan keputusan gua.

Betul. Balas gua.

Betul ni? Tanya Aishah lagi dengan nada yang gila babi manja.

Betul!! Gua dah perasan, kaki spek gua dah pendek sebelah sebab gua kunyah dari tadi.

Tadaaa..Bajet jua duit bayar tiket.

Memang lepas ni gua target nak ajak Aishah usha muvi Syurga Cinta lepas kepulangan gua dari Sabah.


notakakiWanita : Gua syak skang ni musim mengawan dah tiba.

0 Autopsi #2 : BBQ Bersama Peminat Dari Fakulti Elektrik dan Elektronik


Hari tu budak-budak course EE ada bikin BBQ. Atas alasan nak meramaikan majlis, mereka menjemput gua. Tapi gua tau, dorang jemput gua sebenarnya adalah untuk menampakkan 'sinar' dalam majlis mereka. Ye la, orang lain nampak gua bersama dorang, mesti lah orang terkejut. "Weh, dorang BBQ jemput artis la". Anyway gua tak kisah, sebab ini kira macam corporate responsiblity gua. Macam TV3 buat Bersamamu. Majlis bukan main meriah lagi dengan kehadiran gua, dan pembantu peribadi gua Long. Ayam BBQ dorang memang tip-top, atas kemahiran gua bermain dengan api, dan bermain dengan air ayam yang disimbah oleh Norman. Terima Kasih

Tapi gua angin satu bab, sebab gambar gua kena halang dengan Pudin. Bukan main berapi hati dan perasaan gua. Nukman Basyir pulak amik gambar bukak spek, bajet macam Andy Law.