0 Laporan Lengkap #3 : Majlis Ulang Tahun ke-4, Kapasitor

*Antara penulis dan penggiat seni yang terlibat. Tak da la sume muda remaja. Ada jugak anak baru habis SPM


Pada 4 bulan dahulu, gua ada show di Annexe Gallery, Central Market. Performance gua tu bukan Majlis Rilis Album Achan Sinclair. Sebaliknya ianya bersempena Sambutan Ulang Tahun ke-4, Kapasitor, sebuah portal sastera yang menempatkan penulis-penulis Cerpen, Sajak, Puisi dan Novel dari kalangan usia-usia gua, usia belia muda.

Gua perform beberapa buah lagu akustik yang gua pun dah lupa apa tajuk, makan semut banyak sangat. Gaya gua memang M. Nasir gila tengahari tuh. Gua baru nak post benda ni sebab gua baru ternampak Jo, founder Kapasitor tag gambar event ni, selepas 4 bulan. Budak pun dah boleh merangkak.


*Serius gua tak perform dalam posisi begini. Ini time gua tengah tunggu turn belakang stage.

Bagi gua, ini adalah sebuah show yang paling gua ingat. Pagi sebelum show tu mak gua kena warded. Memang dugaan besar, samada gua nak perform ketika mak gua di hospital atau gua teman mak gua. Ikutkan hati memang gua nak duduk hospital, tapi selepas mak gua pujuk gua dan ingatkan gua nanti tentatif program diorang berubah akibat gua tak pergi. Gua akur dan gua memaksa diri juga ke sana.



*Epri tengah bagi ceramah. Muka serius, macam tengah ajar cara-cara tayamum.

Alhamdulillah, pemergian gua tak sia-sia. Gua dapat berkenalan dengan ramai penulis-penulis amatur, senior dan novelis handalan dari Indonesia, Epri Tsaqib. Gua juga berkesempatan berlepak dengan Serunai Faqir, seorang penulis yang gua rasa boleh masuk kategori senior. Banyak kami berkongsi maklumat dari segi penulisan, persilatan, musik dan peradaban Melayu. Beberapa persembahan lain beberapa performer lain seperti Gendang Silat oleh Serunai Faqir, indie music dari band Sky Honey Coffee, Bag-Pipe oleh ex-Victorian, deklamasi puisi oleh Epri dan banyak lagi.

Akhirkata gua memang sokong penuh perjuangan Kapasitor dalam membentuk generasi penulis versi baru. Majulah Kapasitor untuk negara.


notaKakiPukul : power supply ku dah idup semula selepas gua invest RM100 kat apek low yatt

1 Jom Main Kawen-kawen?

Cuti menjelma lagi. Siapa tak suka cuti? Orang kerajaan pun melompat-lompat kalau dapat cuti, kalau tak cuti pun diorang bikin cuti sendiri dekat kantin-kantin berdekatan pejabat kerajaan, memang untung buat bisnes makan-makan dekat opis gomen.

Biasalah cuti-cuti, jemputan kahwin dah tebal menggila. Dari Perak, pusing KL sampai ke Pahang. Rakan-rakan dah patut kene berkahwin. Seekor-seekor kalau usha awek je dah meleleh air liur, memang jatuh hukum wajib berkahwin dah macam tuh.

Insyallah gua akan memenuhi invitation kahwin korang selagi gua termampu. Tapi gua nak minta maap in advanced, yang kahwin next week dan next-next week, gua tak pat join kot. Gua terpaksa cari jodoh dekat Sabah dan Labuan, dengar kata sumandak (gadis) sana memang tak buleh tahan...hahaha.

Maka dengan rasminya gua akan bercuti blogging sampai gua nak start menulis balik. Doakan harga rokok kat sana tak naik secara tiba-tiba...amin

Dah gua nak pergi Low Yatt, beli power supply baru. Tiba-tiba power supply gua musnah kali kedua dalam tahun ni..doakan Low Yatt tak runtuh..amin

notakakiKenduriKawen : Jiran gua bikin kenduri, emcee dia suara macam awek announcer kat airport, bule cakap melayu, omputih sama arab tu..tone 'Terima Kasih' dia memang gua tak tahan..

0 Padan Muka Man U


*Bukan main girang wajah pemain-pemain Barca.

Walaupun gua tak menonton perlawanan akhir Liga Juara-juara semalam angkara menumpukan perhatian kepada pendidikan. Namun gua cukup hepy hari ni, akibat kekalahan yang menimpa Man U. Bukan main berbunga-bunga hati gua hari. Messi yang tinggi takat dada gua pun boleh tanduk masuk gol. Apa cerita? Korang main bola sepak ke Bola beracun??hahaha

6 VaneChan Mae

*Muka macam Jean Claude Van Damme, gaya macam Vanessa Mae. Cincin macam bomoh pun ada. Berbekalkan topi pinjam milik Eimir cap Body Glove, gua memang menggoda!!

Ini gambar lama gila, dah 7-8 tahun kot. Zaman kamera digital pun tak berapa nak tajam. Gua terjumpa dalam forum gosip artis.

1 Surat Untuk Rakan-rakan

Kehadapan rakan-rakan yang disayangi,

*Dasar tertutup

Sekarang gua bakal menempuh last paper untuk semester pengajian January 2009 pada hari Khamis ni. Subjek : Pembangunan Pengurusan Pengetahuan, serius gua berani jamin lu pun tak dak idea apa benda ni. Sebab gua yang belajar benda ni pun tengah dok blur-blur lagi.

Gua tau lu orang semua dah habis exam. Dah tau gua ada paper, lagi mau hasut. Ajak pergi karaoke lah, jamming lah, bercuti di Pangkor, merompak 7-Eleven dan pelbagai aktiviti lain. Disini gua menegaskan bahawa gua mengamalkan dasar 'tertutup' sehingga tamat hari Khamis ni. Segala aktiviti yang melibatkan keindahan fatamorgana sila proceed on the next day.

Ikhlas Dariku,

Achan Sinclair

notaKakiBelajar : muvie apa yang best lagi??

1 Laporan Lengkap 'Sunday Is Too Early (Season 1)'

TRONOH 24 Mei - Setiap semester gua dan rakan-rakan akan menganjurkan sesi jamming secara berjemaah untuk merapatkan ukhwah sesama pemusik-pemusik mukim Tronoh dan meraikan pengakhiran semester di kampus buat kali ke sembilan. Tiap-tiap tahun namanya Sunday Not Too Late, sebab kami selalu jaming pada matahari nak terbenam pada hari Ahad, pendek kata time Power Rangers nak start.

Kali ini, kami membuat anjakan paradigma. Selari dengan gagasan 1Belia, 1Malaysia yang cuba dijayakan oleh PM kita. Kami menukar kepada Sunday is too Early (Season 1). Jamming pada jam 12 tengah malam hari Ahad. Kita kena sentiasa mendahului pesaing, barulah kita di depan.

Beberapa pemuzik dari pelbagai band datang bertandang Influx, Band Jamen, Hazel (Mok sorang je), Zig Zagoon (Arwah) dan beberapa projek band lain. Pesta rapat umum yang dikelolakan oleh Pidus ini telah bertapak di Studio Skaface pada Ahad lepas. Seperti biasa, kami memang suka jamming sambil bogel, maka kaum hawa dilarang masuk studio.


*Walaupun IQ mereka tak berapa tinggi, tapi mereka baik hati

Secara keseluruhan hampi 265 buah lagu kami berjaya dendangkan pada malam tersebut. Lagu-lagu tersebut meliputi hampir semua genre musik di dunia. Mok dengan lagu ala Aizatnya, Influx dengan lagu Padi-nya, ZigZagoon dengan old-skul indie dan gua pasti memaksa mereka bermain lagu epik grunge. Malam tersebut gua lebih bermain alatan string iaitu gitar dan bass serta di posisi mikrofon untuk lagu-lagu yang memerlukan suara lunak ala Anuar Zain. Dan sampai hari ni gua tak ada suara sebab overeact dengan suasana malam pesta muda-mudi tersebut. Dan majlis diakhiri dengan upacara mengutuk, caci hina di atara satu sama lain di kedai mamak berhampiran- Bernama

*Muka hadapan majalah URTV bulan depan. Jangan lupa beli sebab gambar ni gua baru buang janggut sama misai. Tampak anggun


notaKakiJamming : Di sinilah kejadian pengakhiran hikayat sekeping pick guitar berlaku.. T_T..gua dah pandai main simbol lepas usha Angel and Demon..hehe.

0 Hidup Sorang-sorang Pun Buhsan Jugak


*Sakit hati pun ada tengok 2 orang budak kat belakang tu.

0 Aku Sekeping Pick Gitar

Hi, nama gua Fender Medium, gua adalah sekeping pick guitar. Budak-budak panggil gua 'Pick', sebutan seakan-akan pig, tapi bukan PIG. Tugasan gua adalah untuk memetik tali gitar. Kalau nak cerita tempat lahir gua sampai lusa tak habis. Tau-tau gua dah ada dekat sebuah kedai gitar di kawasan Damansara. Satu hari, gua dipilih oleh seoang lelaki yang agak hensem. Gua tak berapa kenal dia, tapi gua dengar member-member dia panggil Achan. Muka dia memang banyak kali masuk majalah-majalah hiburan macam Mangga dan URTV. Gua memang berbangga dapat tuan hensem macam Achan. Beliau seorang pelajar dan meminati musik. Gua diletakkan di dalam wallet di hadapan IC beliau. Ini bermakna gua mendapat layanan istimewa kerana sentiasa berdekatan dengan tuan gua.

Semalam tuan gua dijemput untuk berjamming bersama rakan-rakan yang lain. Tuan gua bawa kawan baik gua sekali Borhan, sebuah gitar Jaguar. Selepas bermain beberapa lagu, ada seorang kawan tuan gua nak pinjam Borhan, nama dia Mok. Mok ni baisa-biasa ja, memang jauhlah kalau nak dibandingkan dengan tuan gua yang berwajah ala-ala Rain, hero cerita korea Fullhouse tu. Dah ambil Borhan kenalah datang dengan pakej sekali dengan gua, tak kan nak petik pakai jari? George Harrison pun gelak usha macam tu. Selepas Mok memainkan lagu Tanpa yang dipopularkan oleh Sixth Sense, gua telah diletakkan di atas sebuah amp Fender. Tak lama kemudian, gua terjatuh entah celah mana-mana.

Dan begitulah tamatnya riwayat hidup gua. Last sekali, tuan gua main gitar pakai jari sampai berdarah-darah jari dia. Kesian tuan gua.

notaKaki : Kisah ini adalah kisah benar dan spoofy kepada kisah Sang Lighter di blog Mok.

0 Lagu Epik Grunge




Bagi mereka-mereka yang pendengar Grunge tegar, gua rasa mesti lu tau Temple of the Dog. Sebuah projek-band bagi memperingati kematian Andrew Wood, vocalist of Mother Love Bone. Lepas kematian mamat tuh, line up Mother Love Bone (Bassist sama Guitarist) mau bikin album. Maka nak cukupkan corum, deme jemput beberapa member dari Pearl Jam iaitu Eddie Vedder, Mike McCready dan Matt Cameron. Dan yang syoknya, pada posisi vocal tu adalah gabungan otai-otai grunge iaitu Chris Cornell (Soundgarden & Audioslave) dan Eddie Vedder (Pearl Jam). Tapi malang memang tak da bau macam minyak atar. Band ni survive satu album aja, then a year after that Pearl Jam dan Soundgarden dah famous dan busy dengan band masing-masing dan Temple of the Dog terkubur. Tak lama hari tu, Chris Cornell kata dia nak bikin reunion Temple of the Dog..serius gua menantikan hasil dari superband ni...Gua hidangkan 1st single dorang Hunger Strike live tahun 92..woooa..

0 Dah Mula..Dia Dah Mula

Mama gua dah pandai contact datin-datin mana ntah..

Adakan bibit drama Spa Q akan bermula?

3 Kehidupan Yang Serba Sederhana

Perrgh.. Kepala gua pusing beb sebab tidur lama sangat. Nampak sangat kepala gua teruja dengan spring tilam mak gua kat rumah. Haha.. Mesti perkara ini menimbulkan perasaan hasad dengki di kalangan rakan-rakan. Walaupun exam gua tak habis lagi, tapi dua dah terjah balik rumah dulu. Lama sangat dah ni gua tak balik rumah, koordinat perabot pun dah berubah. Mak gua siap beli oven baru yang nak dekat sama besar dengan peti ais. Meriah pulak orang tua ni, raya pun lambat lagi.

Sekarang ni gua nak mengadu nasib. Gua syak gua ada krisis identiti ni. Sekarang ni gua tengah melayari sesarang internet Korea dan sedang mencari sarikata orangputih untuk cerita Korea? Apa hal gua ni? Nak kata baru balik dari Mexico, tak pun. Doakan gua cepat sembuh.


notaKaki - Sekarang gua dah ada ruang khas untuk notakaki..haha

2 Tips #1 Hilangkan Kebuhsanan Ketika Mentelaah Pelajaran

Biasanya kita akan menghadapi masalah buhsan ketika mentelaah pelajaran. Bila gua buhsan study, gua suka buat benda pelik-pelik. Tapi paling kerap adalah gua susun strategi gulingkan awek. Itu memang gua minat. Bila rakan-rakan buka topik, gua takat amik port biasa-biasa aja. Tak sia-sia ambil 'Stategic Management'. Antara contoh perbualan

4:04 am (Waktu Tempatan)

Kejadian : Selepas gua test satu awek ni dan keputusan positif.
Kaedah : Cuba Jaya

naz*r: ngahaha
cam haram~
takpe
nnt aku test plak
tgk die ckp ape


Harris:hahaha
xsemena2


naz*r: kalo aku jd kau
mmg keciwa ah


Harris: keciwa sbb apa
ko adalah saingan xpadu


naz*r: haha
tp minah ni ramai peminat rahsia ni


Harris: biasa r


nazir: die jenis pandai tepis


Harris: hahaha
ilmu tinggi
mcm aku r
biasa rijek2 awek
hahaha


naz*r: haha ceh
die da tak kapel ngan mamat tu da kan?


Harris: ala bedebah
mamat tu pun ko suh usha pakai fs je
nampak pun xpernah


naz*r: haha asal?


Harris: ni lagi manakan aku tau
status hubungan mereka


naz*r: hahaha
ade bran, mau tnye terus?


Harris: uih
nampak sgt r tektik kita


Pastu sambung lagi sejam isu sama..terus tak hilang sifat-sifat mengantuk gua..mudah!!

Selamat Mencuba Ya Adik-adik!

LembagaPenapisanPenulisan : Serius banyak cacai-maki gua tuka subjek kasi budak-budak Darjah 6 buat rujukan untuk subjek Penulisan UPSR

4 Misteri Penunggu Tandas Rumah Gua

Bagi gua tandas atau bilik air merupakan suatu faktor yang penting dalam memilih sesebuah rumah untuk diduduki. Gua tak adalah demand standard kualiti macam tandas RM2 kat KLCC tu. Tapi sekurang-kurangnya boleh gua tidur sekejap kalo bangun pagi dan malas nak mandi lagi. Gua bersyukur kerana rakan-rakan rumah gua adalah manusia bertamadun dalam menggunakan tandas, walaupun ada yang muka tak berapa nak tamadun, macam orang gasar.

Tapi sampai hari ini ada suatu perkara yang meninggalkan tanda tanya dalam hati nurani gua. Apa motif poster ni dalam tandas rumah gua? Dengar kata dah 2-3 tahun poster ni ada kat tandas. Nak tanggal takut ada penunggu. Lu bayangkan lu mandi sambil diperhatikan 3 amoi. Tak tenteram beb.

0 SAB4242 : Introduction to Coral Music (Seni Suara)


*Uncle Mozart

Di pagi yang mulia ini gua rasa macam nak menulis sesuatu yang teknikal. Apa? Macam mana nak buat program menggunakan bahasa komputer Java? Jangan haraplah anda akan menemui tips-tips untuk programming di sini.

Gua nak berkongsi ilmu sedikit mengenai seni suara. Ya, suara gua memang tak sedap mana time berlakon filem High School Musical. Tapi mungkin anda, apa pulak gua pakai istilah 'anda' ni? Tapi mungkin lu berminat menyanyi koir atau nasyid atau ingin menubuhkan sebuah kumpulan seakan-akan Queen. Tapi paduan suara (harmoni atau nama saintifik dia Coral Music) lu tak berapa nak padu.

Ilmu nyanyian ini adalah suatu ilmu yang gua rasa cukup menarik jika diselidiki dengan mendalam. Apa yang gua kongsikan disini adalah hasil dari pembelajaran gua sendiri dan pengalaman gua bersama kumpulan nasyid Zaufan. Jika ada apa-apa yang korang rasa tak berapa betul dalam ni, harap dimaafkan. Seni suara ini sebenarnya perlu disusuli bersama ilmu musik, iaitu key, pitch, tempo dan lain-lain. Tapi rasanya perkara-perkara berikut terlampau sukar nak diterangkan sebab gua tak tau macam mana nak tulis skor dalam blog ni.

Kita bermula dengan mengenali sifat dan karekter suara. (Perghh..rasa macam ayat cikgu. Selamat Hari Guru.) Suara manusia mempunyai pelbagai jenis dan bunyi, ada yang kata merdu, lunak, sengau, sumbang dan garau. Tapi sebenarnya bila menyanyi, suara kita warna dan karekter yang berbeza.

Perlu saya ingatkan bahawa jenis suara lelaki dan perempuan adalah amat berbeza. Saya?? arrghh.

Ini adalah jenis suara lelaki, yang sememangnya lelaki termasuk lelaki yang bernaluri wanita.

  1. Sopranista - Ini adalah suara kanak-kanak lelaki yang belum baligh atau pecah suara lagi. Pencapaian key memang tinggi sebab..suara dia tak pecah lagi. Setakat lagu Fantasia Bulan Madu tuh senyum-senyum je anak sedara gua nyanyi.
  2. Castrato - Ini adalah suara yang mampu menyaingi pitch suara soprano perempuan atau budak-budak kampung panggil suara ni Male Soprano. Gila rare suara ni, gila babi rare. One in a million kot. Sebenarnya castrato ini diambil sempena ayat castrated@kasi@potong anu.
  3. Countertenor - Suara lelaki yang betul-betul tinggi atau suara tipu laki-laki, atau kita boleh sebut sebagai falcetto. Sila ke pusat karaoke berhampiran, bersepah suara ni. Gua syak suara Amy Search dengan Lan Meet Uncle Hussin termasuk dalam kategori ni.
  4. Tenor - Suara lelaki yang tertinggi key-nya. Hampir semua penyanyi pop Malaysia bersuara tenor. Suara tenor ini adalah satu oktef dari soprano. Kebiasaannya range suara tanor adalah dari key B Major hingga g1, tapi boleh mencapai mencapai kepada range yang lebih tinggi jika dengan latihan yang betul. Selalunya dalam kumpulan nasyid atau koir, tenor akan menjadi suara utama atau disebut sebagai unison. Antara suara tenor yang gua rasa menarik adalah suara Pot Amir (Innuendo, Radiostar)
  5. Baritone - Suara lelaki yang bernada tak berapa nak rendah dan tinggi, atau kata lain sederhana. Baritone juga mempunyai suara yang sedikit kasar ataupun bukan suara yang disebut sebagai lunak. Suara M. Nasir termasuk di dalam kategori baritone. Suara gua pun baritone juga..hehe
  6. Bass - Kumpulan suara lelaki yang paling low key dan kasar. Range suara dari E major hingga C1. Kini suara bass kurang mendapat sambutan di dalam industri musik, mungkin tak berapa nak kacip dengan jenis lagu sekarang. Contoh suara bass yang dikenali adalah P. Ramlee.
Dan range suara untuk wanita adalah

  1. Soprano - Suara wanita yang mempunyai range paling tinggi iaitu C1 ke C3. Ni lah suara yang bila mampu memecahkan cawah, gelas, tingkap dan lain-lain peralatan kaca di rumah. Ibu-ibu garang selalu bersuara soprano sambil memanggil anak-anak mereka balik dari padang. Hahaha..tak la. Syafinaz adalah penyanyi wanita bersuara soprano, Ning Baizura bukan. Saya ulang balik Ning bukan OK.
  2. Alto - Suara perempuan terendah (f sampai d2). Sekali dengar suara ni bunyinya seakan-akan suara lelaki yang buat countenor. Siti Nurhaliza, memang akak bersuara alto.
Letih sih cerita hal-hal akademik ni.. nanti gua sambung lain kali hal pernafasan, apajadah nyanyi pakai perut dan lain-lain lagi.

Quote dari Uncle Mozart,


"Suara umpama warna, suara berwarna biru itu cantik, kuning pun cantik. Tapi untuk mendapatkan lukisan yang cantik, wan-warna tersebut perlu disatukan."

*Ini Lan Meet Uncle Hussin. Cerita lain

2 Pecah Penjara Kena Balas


5 tahun dulu, gua masih tak ada PC sendiri. Menetap pun di ceruk UTP, Perkampungan Lama Pelajar 5. Md Khalid Ibrahim adalah manusia yang bertanggungjawap memperkenalkan gua kepada siri drama omputih Prison Break. Boleh dikatakan setiap hujung minggu gua ke bilik beliau di perkampungan pelajar baru untuk menonton Prison Break di komputer peribadi milik beliau.

Ketika bekerja di Frost & Sullivan pun sebenarnya hati gua gundah, tak tenang diakibatkan kerinduan gua kepada Prison Break. Akhirnya gua belajar menggunakan torrent dari Faizuddin aka Rev. Selepas terer menggunakan torrent, gua menggunakan kelebihan internet di opis. Kasi download episod-episod Prison Break terkini. Akhirnya kerinduan gua terbalas.

Kini selepas 79 episod berlalu dan 78 kali hati gua gundah menanti episod akan datang, dan selepas 5 tahun gua menjadi penonton setia Prison Break, selepas Micheal Scofield masuk penjara, keluar penjara, masuk penjara lagi dan lari lagi. Akhirnya siri drama ini telah menemui penghujungnya. 5 tahun, bukan suatu jangkamasa yang sekejap. Setengah dekad ni weh! Kalau anak lu baru lahir 5 tahun lepas, hari ni dia dah pandai tengok jam analog, mintak mak duit beli jajan. Segala konflik telah diatasi dengan berjaya oleh pasangan adik beradik Scofield dan konco-konconya. Ending yang baik.

Gua akhiri cerita mengenai Prison Break ini dengan serangkap pantun.

Pecah Penjara, Pecah Kepala
Lepas Baca, Boleh Blah

Maaf rima pantun gua tak kena.

notaKakiPecahPenjara : Kini gua tau macam mana perasaan penonton sinetron Indonesia, Bawang Putih Bawang Merah selepas menonton ending sinetron tersebut. Ni Mak Su gua layan sinetron baru, Bintang tak silap gua...episod dah 246. Bila nak habis?

3 Kisah Lampau : Perihal Kenegaraan

Ini hari 14 Mei, semalam genap 40 tahun peristiwa 13 Mei yang mengungkit kejadian rusuhan kaum di negara Malaysia ini. Walaupun pelbagai laungan perpaduan disuap kepada kita. Namun sebagai rakyat Malaysia, kita masih terlampau asyik memikirkan kepentingan diri sendiri tanpa mengambil peduli bangsa lain.

Memang pada kasarnya, bangsa Melayu bukan berada di takuk tertinggi dalam apa-apa kejayaan, samada pada ekonomi, kemajuan sosialnya dan perpaduan sesama bangsa.

Jika dilihat pada segi ekonomi contohnya, sememangnya segala yang berlaku adalah adil. Siapa usaha lebih, dia dapat lebih. Dia yang Maha Adil, jika usaha juga tapi masih tak dapat apa yang nak dikecapi, pasti ada hikmahnya. Dan yang berjaya itu juga pasti ada hikmahnya kerana segalanya dalah milikNya.

Masing-masing (tak kira bangsa) sentiasa membuat strategi untuk menikam dari belakang. Kenapa perlu begitu? Nak pokok sendiri hidup subur, siram dan bajalah pokok sendiri. Jangan asyik nak mencantas pokok orang. Jangan letak pasir dalam periuk orang, berlakulah adil semua manusia kerana keadilan itu adalah konsep yang universal.

"Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu sebagai penegak keadilan karena Allah, (ketika) menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah kebencianmu terhadap suatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlakulah adillah. Karena (adil) itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Maha Teliti apa yang kamu kerjakan" (al-Maidah: 8).


Perspektif kaum Melayu majoritinya berfikir bahawa susah untuk hidup bersama rakan bangsa lain. Entah apa yang difikirkan terlampau susah itu? Jika agama berlainan, rasanya itu bukan suatu isu. Sedangkan sesama muslim pun asyik nak bertengkar, berebut kuasa dan menggunakan nama 'Demi Rakyat', dua-dua sama saja.

Kita selalu mengetengahkan konsep ajaran Islam dan perkara-perkara yang terkandung dalamnya tetapi kita tertinggal aspek kesejahteraan Islam itu sendiri. Ironinya, segala dalam segala kejayaan yang dikecapi dalam meletakkan hukum-hukum Islam, tapi pada ekonominya ketinggalan. Dalam mendirikan sesebuah negara, pada kesejahteraan rakyatnya diperlihat dari ekonominya.

Ketika zaman pemerintahan Khalifa Umar Abdul Aziz contohnya, meletakkan hukum-hukum Islam dan hal-hal ekonomi sebagai dasar negara, sehinggakan tiada penerima zakat di negeri tersebut. Dimaksudkan dengan tiada penerima zakat adalah, kesemua rakyatnya termasuk dalam golongan yang berharta.

Dan perkara yang penting dalam mengasaskan sebuah negara yang sempurna (mengikut syariat Islam), perlulah berpandukan keadilan dan kesejahteraan.

"Sesungguhnya, bagi kaum Saba' ada tanda (kebesaran Tuhan) di tempat kediaman mereka yaitu dua buah kebun di sebelah kanan dan di sebelah kiri, (kepada mereka dikatakan, Makanlah olehmu dari rezeki yang (dianugerahkan) Tuhanmu dan bersyukurlah kepada-Nya. (Negerimu) adalah negeri yang baik (nyaman) sedang (Tuhanmu) adalah Tuhan Yang Maha Pengampun" (Saba':15)


Keadilan dan kesejahteraan ini bukan sahaja milik muslim, tetapi adalah untuk semua warganegara tanpa mengira agama, bangsa dan kaum. Sebagai muslim khasnya, kita tidak boleh menafikan hak, kesejahteraan dan sentiasa berfikir nak bergaduh dengan bangsa lain. Janganlah asyik berfikir nak hunus keris saja, fikir dulu apa yang kita buat ini adakah adil bagi semua? Sedangkan dalam Islam sendiri kita diberi "lesen" untuk berperang dengan sebab-sebab yang tertentu saja.


"Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, karena sesungguhnya mereka telah dianiaya. Dan sesungguhnya Allah, benar-benar Maha Kuasa menolong mereka itu, (iaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar....."
(Al Haj:39-40)


Jika segala aspek kenegaraan dapat dihuraikan, maka tidak perlulah risau rakan-rakan yang berlainan agama dan bangsa (dan bangsa kita sendiri). Jika perkara ini dapat diperhalusi, tak perlulah hendak dijeritkan ke sepelosok dunia tentang "Negara Islam" kerana ianya akan datang sendiri. Dan perkara-perkara beginilah sepatutnya ditonjolkan oleh muslim kepada rakan-rakan bangsa lain sebagai contoh yang dikatakan sebagai "Islam".

"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong" (An Nashr : 1-2)

Sepertimana kedatangan Rasulullah memasuki Kota Mekah, apakah faktor kaum-kaum Quraisy itu memasuki Islam? Adakah kerana "Islam" itu sendiri memasuki Mekah? Fikirkan..

*Bagi gua, Band Jamen adalah suatu ikon perpaduan rakyat Malaysia yang ahlinya terdiri dari pelbagai bangsa dan agama.

2 Siapa Kata Kita Tak Mampu?

Bangun pagi tadi, bila gua teringat mimpi malam tadi rasa macam tengok Raja Lawak. Gua pinjam kereta Proton Saga milik Nukman Basyir, sebuah kereta Proton Saga edisi Mahathir yang lama gila babi punya, power stereng pun tak dak, nak side parking gila seksa. Apa ntah lagi kemudahan power window? Memang pakai tingkap kayuh la.

Gua borrow kereta Nukman sebab nak tolong seorang Pak Cik tu. Anak dia dilarikan oleh geng Fast n Furious. Berbekalkan kereta Nukman, gua mengejar geng-geng tu. Mereka naik Skyline, Evo, Fairlady, gua tenang je dalam hati.

*Nukman Basyir (baju belang-belang) meletakkan Kereta Nasional miliknya setaraf dengan kereta-kereta Fast & Furious. Tak sangka pulak ada gambaq ni.

Kejar punya kejar, gua dapat memotong kereta mereka dengan menggunakan kereta nasional yang pertama. Diorang tak puas hati, diorang baling batu kat kereta gua. Batu lagi laju dari kereta, memang syok. Kena cermin sisi Nukman, pecah.

Pagi tadi, gua bangun je terus chat dengan Nukman. Mintak maaf sebab pecahkan cermin sisi kereta dia di dalam alam khayalan gua.

notaKakiLajuDanGarang : Jika pihak pengeluar kereta nasional nak pakai mimpi gua bikin commercial advertisement, gua benarkan tertakluk kepada syarat dan peraturan*

*Sebijik Proton Exora

2 Kertas Peperiksaan Pertama

Petang tadi gua menatap kertas pertama gua, Data Mining. Subjek ni dah kira macam subjek pembunuh bagi gua untuk semester ni, perasaan saling tak tumpah macam ambik Matematik Tambahan masa sekolah dulu. Masuk dewan, baca apa-apa doa yang terlintas. Usaha tak seberapa mana, doa kasi lebih. Gua tau, bagi setiap soalan tu memang dah ada jawapan, cuma kita je tak tau apa jawapan dia.

Dah setahun gua tak masuk dewan peperiksaan, dah lupa peraturan sama syarat-syarat dewan peperiksaan. Kertas tadi macam biasa, macam kertas-kertas yang lain, masih berwarna putih tapi menyakitkan hati. Dah berapa hari mata gua puasa dari tengok siri Family Outing, takut gelak kuat-kuat nanti ilmu lari. Tak apa, satu dah jatuh. Ada beberapa lagi tak mau jatuh.

..


Sabar

0 Sardin Cap Ayam

Semalam Arsenal kena titik dengan Chelsea 4-1, siap Toure bikin own goal pulak, tamak sangat nak masukkan nama dia dalam score sheet. Gua malas nak komen panjang, esok ada paper. Buat pening kepala je fikir hal-hal yang tak pasti ni. Esok paper Data Mining, atau dikenali sebagai Perlombongan Data.

Selamat Melombong!

2 Nostalgia Gua : Perangai Buruk Gua Time Belum Akil Baligh

Bersempena hari Mak ni, gua nak ungkit cerita yang gua rasa kalau lu jadi mama gua. Lu dah campak gua kat mana-mana shopping complex behampiran. Cerita ini adalah berdasarkan pengalaman gua atau diceritakan balik oleh Mama gua kepada makcik-makcik gua.

Ketika gua kecik dulu, family gua memang peberet shopping ke Subang Parade. Pusat membeli-belah tersebut memang femes bak ketika akhir 80'an ke 90'an. Nak harap Midvalley? Arkitek dia pun tak habis sekolah menegah lagi kot time tu. Kalau pergi ke Subang Parade konfem Abah gua bawak makan McD. Kalau usha muka Abah gua macam ketat tak nak gi McD tu, gua dan adik-adik meminta bantuan Mama menyuarakan pendapat untuk makan di McD. Kami jadi support actors sambil membuat muka kasihan. Teknik ini memang berkesan!! Anak gua nanti kena pakai taktik lain, taktik ni gua dah boleh baca.

Kat Subang Parade ni selalunya gua akan menimbulkan masalah. Sebagai pelajar tadika yang aktif, gua sering main sorok-sorok dengan Mama gua (Abah gua garang). Mama gua pilih baju, gua sorok kat celah-celah baju yang tergantung kat hanger kat Parkson. Bajet nak suruh mama gua cari la, tapi gua tak sedar nafsu shopping kaum hawa lagi time tu. Selalunya memang gua tunggu kat celah baju tu lama gila babi la. Sampai mama gua dah setel dengan akak cashier tuh baru dia nak cari gua.



*Gua rasa ni waktu gua umur 2 tahun. Inilah satu-satunya gambar gua yang gua pakai Pampers.

Pernah jugak Mama gua dah lost gua, dan gua pun dah lost contact sama mama gua. Ini memang gua ingat punya, umur memang tak layak masuk sekolah rendah lagi. Gua nak cari pun tak tau kat mana. Menangis jangan tanyalah, kalah air mata Mak Esah usha cite hindustan. Tapi ddengan semangat waja gua, gua tau satu tempat je kat Subang Parade tuh, McD. Maka dengan berbekalkan air mata di pipi, gua lepak kat kerusi sebelah patung Ronald McDonald. Siap ada orang datang bagi buah pisang lagi. Lama kemudian, baru Mama gua sampai sambil tergelak usha gua kat tepi menatang tuh.

Time darjah satu dulu gua pernah juga buat hal, balik sekolah ke tempat Mama gua kerja. Sampai opis Mama gua, gua lenggang kangkung je mengaadap dia, mama tanya mana beg gua. Gua pun dah lupa, kemudian Mama gua gegas bawak gua ke sekolah balik yang jaraknya lebih 10km. Cari beg gua satu sekolah, last-last jumpa kat kantin.

Ni tak kira lagi teknik-teknik gua nak ponteng sekolah agama petang-petang nak usha Dash Yankuro. Alasan macam segala bala, segala penyakit gua dah cakap kat mama gua, sakit perut, kaki, tangan. Kanser pun tak silap gua pernah kemukakan kat mak gua. Jahilnya gua time tuh. Mama gua paham, hari Selasa kira cuti tambahan lah. Selamat khatam Quran gak gua dulu.

Sekarang ni sume tu memori je. Sekarang gua dah dewasa, pandai berfikir. Cuma tak pandai potong kuku, gosok baju, ikat tali kasut dan beberapa perkara lain. Tapi gua sayang mama gua gak!!

0 Selamat Hari Mak

Gua sayang mama gua tiap-tiap hari walaupun gua dah boleh masuk kategori umur-duduk-rumah-bujang. Mama gua best, dia masak sedap, dia power iron baju, dia terer buat kalkulus.

Sempena Hari Mak hari ni gua call mama gua tadi, kejut Subuh. Mama gua terkejut gila, mungkin ini suatu fitnah bagi beliau. Delusion akibat terlampau merindui anaknya yang bermata biru ni.


Selamat Hari Mak kepada Mak gua dan semua mak-mak di luar sana, termasuk rakan-rakan yang dah jadi mak orang!! Chill

3 Merepek#1 : Batu Kurau, Taping

Gua baru pulang dari kampung, pergi lepak-lepak menziarah Tokwan sama Opah gua. Dikesempatan tu, gua rilek-rilek menenangkan hati yang lara akibat kekalahan Arsenal dan untuk menghadapai Peperiksaan Akhir Penggal yang bakal menjelma minggu depan. Balik Taiping, event gua untuk kali ni adalah menziarahi Air Terjun Lata Sepeneh, Mee Udang Kuala Sepetang dan Cendol Bismillah.



*Lata Sepeneh yang bikin gua aman sambil main gitar lagu-lagu Innuendo



*Anak Mak Cik Mee Udang memang cun!!


*Gua tak ada apa-apa perasaan terhadap mamak ni. Tapi Cendol dia memang syiok!

Selepas semua unsur di atas disebatikan, maka gua rasa gua dah bersedia nak menghadapai minggu exam dengan aman.

Selamat Maju Jaya kepada semua rakan-rakan di UTP, terutama yang ada 10 hari lagi je bergelar pelajar UTP.

3 Caci-Maki#1 : Arsenal, Kong dan Ejat


Lepas gua kutuk Man U selama beberapa tahun, sejak gua akil baligh. Lepas usha Man U lawan sama Arsenal lagi sakit hati jiwa gua. Buleh pulak Man U titik Arsenal? Lepas minit ke-11 tu, gua rasa nak sepak rusuk belak kiri milik Ranalgay, biar tercengang Sir Alex FurGayson. Namun gua bersyukur sebab Anderson Man U tak score, kalau tak memang gua tak tau nak letak muka kat mana. Anderson puasa selama 2 musim dengan tak skor apa-apa gol, tapi puasanya terbatal bila match dengan Arsenal. Tahi!!

Arsenal pun macam celaka, main asyik nak jatuh. Dia ingat mata dikira melalui siapa paling banyak yang jatuh ke? Nak backhand kat muka sekor-sekor, Gibs memang gua bagi double. Lu bayangkan saat-saat yang terpaksa gua tempuh time balik dari mapley, gua menumpang kereta Kong ditemani Ejat, 2 ekor fanatik Setan Merah (Man U), rasa macam nak balik jalan kaki dari Tronoh ke UTP.

Selamat lagi sekali gua tak letak kad ATM dengan nombor PIN dekat atas meja macam biasa tanda yakin dengan permainan Arsenal kelmarin. Kalau tak, mungkin sekarang gua tak dapat update blog sebab terpaksa menjual komputer riba gua demi menyara hidup.

0 This Feel

This feel
It is untouchable
This feel wake from inside
From the moment that we can’t control at all
It makes me breath
It bids my blood to run
It makes me real

But now it is frozen inside without your touch
The eyes keep chasing on me
To where should I run?
To whom should I whisper?
Even the sun is not bright for me
All is about ‘the feel’


By Harris Zahari (0615 4th May 2009)

3 Lagu untuk 3 Bulan Ni

Dah lama gua tak aksi posting lagu-lagu. Tema lagu kali ini adalah Yoon Eun Hye (awek citer Cofee Prince) selaku modelnya. Lagu ni jiwang cam setan. Tapi unik bagi gua sebab dia start-start terus masuk part chorus. Memang care!!



Bagi pelajr UTP, lu nak usha video ni. Sila buka DC++ lu, search Jong Kook - Saying I Love You. Puas hati beb video ni, saat pertama sampai saat terakhir muka Eun Hye aja.

Gua bukan into sangat Korea-korea ni, tapi sekadar nak cari keajaiban dunia..hehe