2 Perkara Begini Yang Membantutkan Semangat Bumiputera

Gua bangun ketika tengahari, gua tak tau sekarang ni masa tidur gua macam gua hidup kat Amareka. Tidur petang pukul 9 malam, bangun dan sambung tidur malam pukul 7 pagi. Lu tau kan beza perasaan tidur pagi dan tidur malam?

Okay, sambung cerita. Gua bangun tengahari, bersiap-siap mandi semua. Nak pergi ambil dobi, harapkan mesin basuh yang disediakan kat depan blok gua ni. Hampas!! Gua syak mesin basuh tu diubahsuai dari mesin potong rumput, tu basuh baju pun macam mahu tak mahu.

Semangat gua membara, iron baju semua. Hari ni kan hari Penyampaian Anugerah Dekan atau di UTP kami menggunakan bahasa inggeris sebagai basah pengantar, maka kami sebut sebagai Dean's List Award.

Sepanjang gua belajar dari sekolah rendah ke menara gading, sememangnya gua tak pernah naik ke pentas ketika hari kecemerlangan pelajar. Okay, gua pernah naik pentas ketika darjah 4 ketika membuat persembahan koir untuk Hari Anugerah Pelajar.

Maka Dean's List Award merupakan suatu titik tolak permulaan baru dalam kehidupan gua. Hahaha..gua dah bajet nak pakai tie kaler merah. Baru nampak berseri. Elok hari dah panas, gua sms Toyon tanya pasal tentatif (Sebenarnya Toyon duduk di bilik sebelah, tapi gua malas).

Toyon cakap Dean List punya event esok.. Demmit!!!

Gua sambung tidur balik!!

2 Review : Family Outing

Outing..

Suatu perkataan yang berharga bagi mereka yang pernah menuntut ilmu hitam di asrama, jalan-jalan hujung minngu sambil pakai baju batik. Yang anak-anak mak, akan mula outing dengan mak bapak. Pergi makan kentaki, beli biskut mahal, maggi dan kordial. Balik asrama, mulut bau kentaki. Rasa nak terajang aja.

Bila dah naik upper form, dah pandai erti mengawan. Setiap minggu ja terkedek-kedek dengan awek masing-masing. Makan MekDi. Bangsat! Mewah gila lah dapat makan MekDi time sekolah. Awek tu pulak, kalo dapat tapaw apple pie taruk dalam plastik MekDi dan bawak balik ke asrama, rakan-rakan dorm mesti tanya. Kemudian dengan bangga menjawap sambil mengembangkan radius lubang hidung, "Aku pi MekDi dengan ...".

Yang lebih kepada aktiviti-aktiviti sendiri pun turut sama meraikan istilah outing, dengan mengunjungi pusat-pusat snuker dan cyber cafe berhampiran. Macam haram.

*Family Outing

Tapi gua nak review pasal sebuah siri realiti tv, iaitu Famiy Outing. Dekat Tronoh ni tak ada kedai CD, maka gua tak tau sekarang CD apa best. So gua dah mula nak merepek ni.

Bila kita sebut 'outing' ketika asrama maka istilah dalam basaha Melayunya kita panggi keluar bandar. Tapi bagi makhluk-makhluk ni, outing adalah keluar dari bandar.

Mengisahkan 7 orang selebriti televisyen Korea, yang akan keluar bandar setiap minggu. Mereka akan ke perkampungan-perkampungan Korea. Siri ni berepisod, dan sekarang ni paling ter-update, episod 44.

Gua pun tak tau, gua berjangkit dari siapa. Tau-tau dah usha menatang ni, macam haram. Yang syok dalam benda ni adalah bagaimana sifat survival dan perangai manusia yang ditunjukkan dalam setiap episod. Dengan tema mesra rakyat, bila lu usha menatang ni, lu akan rasa macam lu pergi picnic dengan kawan-kawan.

Maka lawak-lawak yang keluar adalah atas sifat natural dan bukan dibuat-buat. Tetapi gua respek dengan diorang, walaupun masing-masing dah kaya macam haram. Tapi masih tahu tentang adat mereka dan survival mereka. Dulu Astro ada buat menatang macam ni gak, artis masuk kampung. Gua ingat time Azza Elite kena kacau dodol, menjerit-jerit mengada-ngada. Kira tunjuk yang orang bandar tak kacip la dengan benda-benda renyah ni. Bullshit!!

Dalam benda ni lu boleh usha kecekapan seleberiti pujaan lu tangkap ikan, siang ikan dan bergaduh untuk mempertahankan waktu tidur. Lu imagine, orang kejut lu awal pagi dan main kuiz-kuiz, sapa kalah kena masak, sapa menang boleh sambung tidur. Fight for sleep!! Gua berani jamin, semua orang pasti akan bersungguh-sungguh.

Selain tuh, lu boleh usha Lee Hyori, kira dah macam Siti Nurhaliza Korea la. On stage memang pujaan ramai, tapi dalam Family Outing ni dah macam haram. Atas stage sexy gile, dah dalam siri ni siap pakai selua 'katok' lagi beb. Gua pun tak pakai benda tuh. Maka apa yang ditonjolkan adalah sememangnya sifat-sifa natural dan bukan buat-buat.
* Lee Hyori, untuk tatapan umum

Okay..gua nak tidur. Petang karang ada Majlis Penyampaian Anugerah Dekan, bukan selalu dapat benda pelik-pelik macam ni..

7 How to be a Good Presenter

Tadi, atau lebih tepatnya semalam (Gua menggunakan tadi sebab mata dua tak pejam lagi) gua telah melepasi sebuah halangan yang boleh tahan power. Final presentation untuk prok akhir tahun gua.

Set loceng penggera pukol 8 pagi.

Bangun selepas tekan snooze beberapa ratus kali, akhirnya gua buka jua mata tepat jam 9.48 pagi..bangsat!! Lewat 1 jam 48 minit.

Pergi mandi, gosok gigi, gosok badan pakai sabun Lux sikit.

Kelam kabut gua cari set pakaian formal gua, dah 4 bulan gua tak pakai tali leher selepas meletak jawatan secara kehormat sebagai konsultan tahun lepas. Habis beg baju gua selongkar cari tali leher mahal kaler merah pemberian Abah gua, alhamdulillah rezeki bangun pagi. Terjumpa duit RM50 dalam beg balik kampung, memang kena pada masa dan ketikanya duit tu menjelma.

Dah setting-setting pakaian, baru gua sedar. Rambut gua ni dah macam manusia zaman pra-sejarah, berselerak! Gua cari gel rambut gua, dah lama gua tak dandan rambut ni. Ini sesi formal maka gua akan pakai gel. Kasi rambut nampak basah baru gaya gua selari dengan imej bekas konsultan, tapi tapi rambut gua tak ada la kilat macam rambut Khairy Jamaluddin. Dia lain, Duta Brycream.

Semburan minyak wangi mahal juga gua tadahkan pada badan sasa gua. Sebab dengar kata salah seorang pensyarah yang menilai gua nanti tak kahwin lagi, mana tau ada peluang ke. Jodoh ni semua kerja Tuhan (cerita lain)

Gua sampai di gelanggang pertarungan, gua usha line dulu. Kemudian gua beranikan diri rapat ke Machel, rakan sekuliah dari Timor Leste. Kami ke tandas dulu, hisap rokok sambil membuat analisa terhadap pensyarah yang bakal menilai kami.

Tiba masa gua tunjuk taring. Gua sehelai sepinggang je ni, pergi present bawak thumbdrive dan set merokok je.

Start dengan salam sebagai pembuka bicara.

Elok gua nak start je, ada pensyarah datang menjengah. Ohh..demm. Mamat ni selalu tembak budak! Gua telan air liur je, nak hisap rokok karang kena pukul dengan 4 orang pensyarah termasuk penyelia projek gua.

Gua seluk poket, dan mulakan pembentangan projek gua. Gua tiru gaya idola gua, Dr Azrai, pensyarah paling cool dalam sejarah pengajian gua.

Tuupp..

Habis.. Pensyarah pembunuh buka mulut. Gua cuba bermonolog dalaman sambil cuba mengucap dua kalimah syahadah sebagai persediaan.

Good presentation.. kata pensyarah tersebut sambil menepuk tangan.

Demmit!! Bikin gua cuak.

Kemudian seorang pensyarah berbangsa Cina bertanya, berapa kos projek gua.

Demmit, ini soalan yang gua jangka bakal membunuh gua.

Secara faktanya projek gua mampu membeli sebijik lagi motor besar berkuasa 150cc.

Gua diam saja, sambil menjeling tajam terus ke mata penyelia gua.Kami bermonolog secara dalaman.

Macam mana ni Sir?. Gua cuba mendapatkan penjelasan melalui komunikasi tersembunyi kami.

Ko jawap je apa-apa. Penyelia gua bermonolog, ada bunyi sikit dialek Kelantan.

Akhirnya, gua teringat bahawa pensyarah Cina ni mudah terlupa.Maka buka cerita lain dan pusing-pusing, dan gua cakap bahawa perkara ni akan dibawa ke perbincangan fakulti tanpa gua sebut apa-apa nombor.

Penyelia gua mencelah..Yes..Yes..

Mata dia bersinar, macam watak anime yang jahat.Hahaha

Gua senyum kat dia, gua pergi ke kafe. Makan nasi ayam!!

Maka tamatlah Projek Tahun Akhir gua.. =)

6 Laporan Bergambar Grand Dinner Batch Jan '05

Gua baru lepas usha citer korea, esok cuti tak ada kelas, cuma ada Oral presentation. Celaka, cerita korea tu memang berjaya membuatkan gua sebak, time part sedih je rasa macam kelenjar air mata dah mula berfungsi, gua nyalakan api rokok melambangkan kemaskulinan gua dan secara langsung cover sifat kelakian gua. Ni gua lemah dengan filem-filem yang bermain dengan emosi, hati dan perasaan.

Kembali kepada topik asal, pada Jumaat lepas telah diadakan Majlis Makan Malam Meriah oleh pelajar UTP pengambilan Jan 05. Gua join la beb.. Gua tamau story panjang, gua nak post gambar je. Orang kata, satu gambar memberi seribu cerita. Pandai-pandai lah lu reka cerita sendiri.

*Stage sama kek, gua tak into sangat kek span ni. Kek keju atau kek lapis Sarawak gua akan pertimbangkan

*Kaunter pendaftaran, budak-budak bersepah hisap rokok kat lobby hotel macam orang kaya.

*Ballroom, tak boleh disebut sebagai bilik bebola. Tak ada live kat sini. Besau, terang..


*Lauk Yang Gua Into : Songtham, Sayur Campur (gua kutip cendawan je), Ayam Masak Ntah Apa-Apa, Udang Goreng Butter. Lauk Yang Terabai Dari Mata gua : Lamb sama Kari Kepala Ikan..sume budak table gua tak reti makan kepala ikan...Kat asrama dulu tak ada menu ni.

*Budak table gua, perangai dah bukan-bukan. Tapi table sebelah dah macam orang gasar makan kat hotel. Gua bersyukur duduk ngan deme ni.




*Coursemate gua, kalau bermodalkan muka-muka ni. Korang mesti ingat gua ambil course Seni Memecah Rumah kan?


*Assignment tak gerak? Cari mereka bertiga.


*Gua advance kan dahulu Muka Hadapan Majalah Maskulin bulan depan.

*Yang Berhormat Sobri, tetamu jemputan dari Bangunan UMNO sebelah Cassuarina.


*Benci usha muke laki je kan? Nah amik gambart awek dengan apa kaum ntah.


*Zali (mata high) dengan Nana. Awek Zali, tolonglah usha gambar ni..peliss



*Primadona atau Primajohna?


*Gaya gua dengan Azam..gaya seorang Azman.



*Seorang pembunuh tersilap masuk hall.


*Gaya, Mutu dan Ramusamy.


*Best Dress Award? Gua tak into sangat.

* Kalau Izza bersuara..

*Kaum lelaki akan bertindak begini..


*Kalau gua bersuara...

*Tak kira jantina meletakkan harapan melangit kepada gua..


Peminat nak ambil gambar dengan gua. Gua iya kan sahaja. Kadang-kadang gua usha wajah jua dengan David Archuleta macam adik-beradik je.


*Gori, tuan tanah..ada gaya tuan tanah kan?


*Zaufan on Stage, sume kekenyangan.


*Ada orang kata time gua nyanyi, rupa gua tak lari jauh dengan Dafi AF. Ni gua menjerit dengan Zaufan, bukan Band Jamen.

*Band Jamen tanpa gua dan Faliq. Dorang suke-suke hati je tukar instrument. Majin The Drummer on Guitar, Sebaz Guitarist on Bass.. Lisa masih dengan mic.

*Lisa, vox band gua berkimono. Tapi gua syak dia ni bukan orang jepun.


*Ini Izhan, ex-bassist Band Jamen. Beliau dijemput selaku lead guitarist undangan, mengantikan tempat Faliq yang sedang asyik bercinta dengan gadisnya di KL. Izhan ni ada bau-bau bacang dengan penyanyi pop yeye, L. Ramli rasanya.


*Kadang-kadang ada juga wajah yang membuatkan kita tak berselera nak makan di hotel


*Pisem, hensem dan single. Wakil negeri dalam Pertandingan Gusti Lengan Daerah Raub. Makan tak banyak, maintainance tak tinggi. Jika berminat sila hubungi saya.

*Gua dinobatkan sebagai 'King of the Batch', terima kasih kepada pengundi. Sebelah tu Izza, Queen..langsung tak sama dengan Fredie Mercury. (Belakang : Wajah Gapo sedang buat komplot meletakkan racun dalam rokok gua)


*Pandangan depan sambil melambai tangan kepada peminat.. gambar Izza separuh, tak apa ni blog gua (Belakang : Fauzan naik berang dengan adegan manja gua)

Sayang Semua dari Bintang Pujaan Remaja, Achan Sinclair

0 Boleh Start Gelar Gua 'Mahasiswa'

Esok gua kena submit report yang tebalnya dah menyerupai kitab-kitab lama, gua ada Ujian Pertengahan Penggal dan gua ada show pada malam harinya.

Memang gua rasa macam MAHASISWA.

Oh yea..esok sesiapa yang usha show gua dan Zaufan, kita jumpa di Impiana Cassuarina Hotel, Ipoh malam esok. Sessi fotografi percuma, sessi hisap rokok kena bawak rokok sendiri.

Wassalam

3 Kisah-kisah Maskulin Part 3

Genre : Konflik Kekeluargaan dan Perebutan Kuasa Dalam Perniagaan

Pelakon : Achan, Jaffa dan Deen (watak pipih)

Lokasi : Bilik Achan

Penaja : Gillette, pisau cukur yang kaw-kaw tajam. Ni memang pisau cukur, bukan si Sally si 'Pisau Cukur'.


Drama :

Sedang kami berdiskusi berkenaan show Zaufan akan datang, penampilan diri menjadi suatu faktor penting dalam menjayakan persembahan.

Deen : Jaffa, cun gila janggut ko. Macam mana dia boleh jadi nipis dan rata?

Jaffa : Ala, trim la beb.

Deen : Pakai gunting?

Jaffa : Tak la, pakai sabit. Sah-sah la gunting.

Achan : Kenapa janggut aku tak nice ek?

Jaffa : Tu bukan janggut!

Achan : Habis tuh?

Jaffa : Bulu dagu.

Achan : Putus persahabatan!! (Sambil menunding papan-tanda-keluar-kale-hijau-putih di luar bilik tanda protes dengan kehadiran Jaffa )

notaKakiTrim : Cerita digubah dari segi tatabahasa untuk memastikan artikel ini sesuai untuk rujukan karangan pelajar Tahun 3.

0 Asal-usul kejayaan

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apakah rahsia kejayaan yang diguna pakai oleh lelaki berwajah ala Johny Depp ini.

Kejayaan berasal dari sebuah impian, impian bermula dari mimpi.

Dan untuk mimpi kita perlu tidur..

...

...

Maka kejayaan bermula dari tidur.

Occay, aku nak rancang kejayaan ni. Good Night

1 Sifat Usahawan Yang Kurang Disenangi

Gua tengah baran ni, lighter yang gua beli terjatuh dan terus tercabut batu api dan roda besi. Manakan tak menyirap, kalau gua beli lighter cap Criket memang boleh pakai sambil habis gas. Ini baru pakai sangat, api pun menyala cantik lagi. Tapi jatuh sekali terus punah, apa perangai pengusaha industri lighter negara ni?

Sememangnya pengusaha-pengusaha perlu menitik beratkan keuntungan, tak dinafikan. Tetapi mereka juga perlu sedar, bahawa penggunaan material yang berkualiti rendah akan merosakkan reputasi produk sesebuah syarikat. Baik buat lighter-pakai-buang aka mancis. Memang gua tak suka bila perasaan I dipermain-mainkan.

Ini dah susah, secara langsung membantutkan semangat gua nak buat masterpiece gua. Mana tau, silap-silap boleh jadi macam lagu Bohemian Rhapsody.

notaKaki : Apahal internet UTP buat perangai ni? Tiba-tiba laju macam Ferrari.

3 Congrate to Band Jamen & Supporters


* Band Jamen feat Boss UTP, Datuk Zainal
Hari Jumaat lepas adalah hari penentu kepada Band Jamen. Alhamdulillah, kami telah melayakkan diri untuk ke peringkat akhir Euphonious 2009, sebuah Battle of the Band peringkat kampus.

3 buan band lagi dapat melayakkan diri ke peringkat akhir hasil undian juri iaitu Capoiz, Morven dan Crash n Burn. Dan sebuah band layak hasil dari undian penonton iaitu Tommorow End. Pada peringkat Preliminary, sound memang agak menyakitkan hati, harming di sana-sini. Namun selepas godek-godek oleh juri, bunyi bertukar menjadi normal.

Pada hari Finale yang bertempat di Dewan Chansellor, UTP telah dihadiri oleh 2000 orang pelajar UTP. Walaupun mendapat tentangan habis-habisan dari Puak Masjid dengan pelancaran perang saraf dengan tema ' I Love Islamic Entertainment ', namun pelajar UTP masih berkeras kepala nak menonton shopw gua secara langsung.

Band Pertama yang membuat persebahan adalah Tommorow End. Gua tak dapat tangkap apa doang main sebab gua dah amik port belakang stage.

Band kedua adalah band gua, Band Jamen. Bertindak sebagai frontman pada malam tersebut, gua cuba mempraktikkan segala petua yang diajar oleh Adlin Aman Ramli dalam Akademi Fantasia. Ketika memainkan lagu 'I Want to Hold Your Hand' versi raggaem kami tak menghadapi apa-apa masalah major, cuma terkedu ketika transaksi part verse to bridge. Bunyi kosong macam terkejut. Lagu kedua, Kesal menemui kekesalan dari segi teknikal. Gitar kedua, harming kaw gila, tak tahu salah siapa. Namun semangat professionalisme Faliq selaku gitar utama, cuba untuk cover part rhytm dan solo sendirian. Namun lagi satu kejutan menemui kami, tali gitar Faliq putus ketika solo. Tapi semua masalah berikut memang macam tak perasan. Vokal Lisa semeangnya membawa semangat Rock n Roll membakar jiwa crowd di hall.

Band ketiga adalah pemenang Euphonious 2007 & 2008, The Capoiz. Sememangnya gua memang peminat band ini sejak dari awal-awal dulu. Tahun 2009 ini mereka menampilkan, Dunken sebagai frontman yang membawa lagu Maha Karya Cinta. Gua agak terkejut dengan sound yang keluar dari amp,vocal Dunken yang gua tau macam mana bunyinya tuh menjadi bunyi kotak, gua sedar masalah itu berpunca dari cordless mic. Gitar solo tak perlulah nak komen, Duck selaku Best Guitarist 2007-2009, memang hatrick. Gitar pun Fender Strat Custom, lu senyum je la usha dia solo. Tetapi gua rasa vokalis kedua, Sarah sedikit sebanyak menganggu penghayatan penonton. Vokal Sarah memang mudah flat dan tergelincir, masalah dari segi showmanship pun wujud, mimik wajah tak enjoy di stage. Gua dah garu kepala.

Band ke-4, Crash n Burn, Lagu pertama ' Its Not Over', adalah sebuah lagu yang ringan dan catchy, permainan yang clean berjaya membuatkan mereka menambat telinga penonton. Lagu kedua mereka, sebuah lagu instrumental dengan iringan violin oleh Dianne memang kasi ikat ketat telinga crowd, mereka main lagu Dream Theater gua tak ingat apa tajuk ntah. Sememangnya dengan permainan mantap Dianne, berjaya menghapus segala dosa-dosa ahli band yang lain.

Band ke-5 adalah Morven, dengan intro ala nasyid yang mengagumkan juri. Lagu pertama, Yang Pernah semamngnya jelas mendera vokal frontman mereka, beberapa kali squid dan tergelincir membuatkan crowd sakit telinga. Namun lagu kedua ciptaan mereka, Me, Myself & I berjaya membuatkan juri impresive walaupun masalah vokal masih wujud.

Band ke... Bunkface. Tak perlu nak sembanglah, showmanship memang kaw, wajah idaman gadis-gadis remaja di luar sana. namun mereka tak cukup nakal umpama di gig-gig macam biasa, mungkin ada Dato kot so behave la.

Walaupun dilanda pelbagai rintangan dan masalah teknikal, Band Jamen berjaya mendapat tempat ke-3. Terima kasih semua yang menyokong!!

0 Kelam dan Kabut

Kadang-kadang lu rasa banyak perkara menarik berlaku dalam satu hari, tapi ada satu benda tak syok berlaku dan ianya terus overshadow benda-benda yang best tadi. Dan ko rasa macam hari itu adalah hari suwey ko.

Senyum...


Plastik!!

1 Perkara Yang Syiok #1 : Bangun tanpa dipaksa

Lu tidur lepas subuh, kemudian tak perlu risau nak set alarm. Pejam mata, ingat perkara-perkara yang indah dan terus tidur.

Bangun bukan kerana paksaan jam, tetapi atas kerelaan lu sendiri. Memang ini lah idaman gua setiap hujung minggu.

Sekarang dah jam 4.30 pagi, pukul 8.30 pagi karang ada sound check. Apa pulak perangai nak buat sound check pagi-pagi buta!! Arrghh!! You ruin my weekend!!

0 Band Jamen @ Euphonius

Beberapa tahun dahulu, ketika muda remaja, gua dan Faliq (kini bergelar sebagai tokey sushi) menubuhkan sebuah kumpulan gitar rancak yang digelar Band Jamen.

Band Jamen adalah medium kepada kami bermain musik di atas pentas. Dengan berkiblatkan musik Hard Rock, kami telah membawa nama Band Jamen paling jauh pun ke Ipoh sahaja..hehe

Line up ketika 3 tahun lepas adalah Aldy ( Vokal ), Faliq (Gitar Utama), Sebastian (Gitar Kedua ), Izhan (Bass), Gua ( Perkusi dan Gitar Akustik) dan Majin di posisi drum.

Kemudian gua cuti setahun untuk fokus pada kerjaya dan kumpulan nasyid Zaufan.

Kini kami kembali di Euphonius@UTP dengan memperjuangkan Hard Rock berserta sedikit kejutan untuk semua.

Datang dan rasai sendiri sentuhan muzik asli dari Gedo, Lisa, Gua, Faliq, Sebaz, Tius, Oliver dan Majin. Memang ramai dan meriah...

Euphonius 2009

Tempat : Main Hall, Universiti Teknologi Petronas

Tarikh : 4 April 2009 (Sabtu)

Masa : 10am ke atas. (Band Jamen adalah band ke 7, mungkin kami akan perform dalam jam 11.30am ke atas)

Mahu informasi lanjutan? Kelik sini http://euphonious2009.blogspot.com