0 Hari Ini Bermulanya Hari Persekolahan

Cuti seminggu dah tamat. Kelas dah mula balik.

Hari ini gua bangun pagi untuk ke kelas pagi jam 9.

...


...


...


...


Gua bangun pukul 9, untuk ke kelas jam 9.

Tak apa, kejayaan bakal diraih dengan orak langkah pertama.

0 Lu Pikirlah Sendiri


Takziah gua kat Untie Rafidah..ehh..mana satu ni? Sama tapi tak serupa..

0 Sejukkan Bumi Anda

Esok malam jangan lupa tutup lampu tepat jam 8.30 mlm ke 9.30 mlm. Say sorry to your Akademi Fantasia concert.

Tekan sini untuk keterangan. Gua bukan kaunter pertanyaan.


Okay, malam esok sapa nak date dengan gua? Line clear ni, satu dunia tutup lampu.

0 KL, Destinasi Bajet? Hak tuih..

Tiba-tiba gua rasa dah tua nanti, gua rasa gua nak invest bikin car park.

Hari ni gua belanja kat car park sekitar Kuala Lumpur.

Plaza Damas [ Lunch ] - RM 2.50
Low Yatt [ Cari Kertas Bergred Rendah ] - RM 4.00
Puduraya [ Cari Tiket & Cari Awek ] - RM 2.50
Cineleisure [ Shopping dan Wayang ] - Rm 1.00

Jumlah Keseluruhan = RM 10.00

-----------

Oh, gua nak eksyen notebook skin baru gua..
*Sebelum, stiker KEMBALI - Butterfingers

*Selepas....aku pun terkesima...gua admire kat awek yang pegang 'E'


Esok duduk rumah tengok TV, wang dan keletihan adalah gabungan intoksikasi yang menjerihkan gua.

Update : Mama gua cakap Astro rumah gua rosak kena sambar kilat..adus tak kan gua nak tidur sampai hari Sabtu..ish

3 Autopsi : Jalan-jalan Kaki Di Sekitar Pusat Bandar

Post kali ni mode backpacking. So kasi tekan play dulu lagu Yuna - Backpacking in Europe kasi naik mood membaca.





Pagi tadi gua bangun pagi, niat di hati nak balik Kuala Lumpur. Tidur dekat-dekat pukul 4 pagi, berdiskasi hal-hal separa berat dengan Izzat Mirwana, kemudian bersambung dengan hal-hal idealogi bersama Pemikir Chin Peng. Memang meletihkan otak dan fizikal.

Bangun pagi selepas dikejut oleh berpuluh-puluh orang. Terima semua!!

Dalam tiket tulis bas bertolak pukul 10.45 pagi, tapi pukul 11.16 pagi barru tayar golek. Macam mana industri kenderaan awam kita nak maju ni, harap nama saja Ekspress Sri Maju. Tapi aku tabik spring dekat cushion bas tuh, dari Tronoh ke KL mata aku memang gelap saja. Empuk betul kerusi, dengan air-con yang sedang-sedang sahaja tahap kesejukan, memang menimbulkan satu suasana yang optimum kepada gua yang kekurangan tidur.

Tepat jam 2.35 petang, bas gua sampai di perhentian Puduraya. Okay, bukan bas gua..bas Sri Maju. Selepas menunaikan apa yang patut, gua menapak di sekitar Pudu-Kotaraya-Pasar Seni. Memang menjerihkan, gua pakai sandle Polo yang gua angkat hasil bayaran jadi konsultan paksa 6 bulan lepas. Kulit kaki gua bertemu kulit sandle tuh, rasa macam nak keluar api dari tapak kaki.

Namun atas keazaman nak berjalan-jalan tanpa dibelenggu pendatang asing, gua tabahkan diri. Tak banyak berbeza, kedai bundle kat Pudu masih mempromosi barangan yang sama sejak sedekad lepas. Memang payahlah nak mencari pakaian yang rare.

Selepas menapak hampir 2 jam, gua menapak sikit ke bas sten Klang dengan gaya backpacking. Lenjan LRT ke KL Sentral, nak menapak takut tapak kaki gua yang haus, tapak selipar tebal lagi. Perut gua dah mendendangkan irama Trash Metal akibat kelaparan. Nafsu gua berkocak-kocak nak makan Fillet-o-Fish. Bantai! Gua dapat memberi kesimpulan akhir, KL sama aja dengan zaman gua sekolah dulu. Pembolehubah dimalarkan - KL, pembolehubah dimanipulasi - Masa.

Akhirnya gua sampai di Kota Damansara, gua tidur. Bangun, mandi dan segala-galanya. Nazir telefon ajak ke William's. Memang dinner gua malam ni heavy, betul-betul heavy. Makan Bolognese Meatball sampai demam, lawan dengan ice-blended Pink Panther (pisang+strawberry). Nazir baru 1st time datang dari Ipoh, maka gua sebagai tuan rumah bawak la tetamu makan best-best. Beliau bersama Gap dan Paan memilih Risotto dan Bolognese Meatball. Gua berani jamin bil dorang karang lebih RM60 dengan pilihan air yang macam nak pecah perut. Ribena Longan gelas-mini-baldi.

*Ni namanya Risotto, segala jenis makhluk laut bercengkerang ada dalam ni. Baby Clam, Buluh Laut..tolak tapak sulaiman je tak ada.


*Abaikan makanan, fokus adalah awek kat belakang tuh. :P



*Walaupun William menghidangkan makanan yang harga macam anak CEO, tapi kedai dia memang roadside stall. Sesuai dengan imej golongan kebanyakkan.


Elok balik rumah je, aman. Ingat boleh tidur dengan nyenyak. Sekali tengok berita TV3, Khairy Jamaludin menang jawatan Ketua Pemuda UMNO 2009-2011. He ruins my day!!

Esok nak bangun awal ni. Nak teman Ajoy pergi Low Yatt, beli kertas bergred rendah katanya. Aku pun tak faham motif beliau. Manusia memang sukar difahami.

0 Demokrasi 'Cara Malaysia'

Gua tak pro mana-mana parti, tapi gua rasa macam nak lempang dengan isu pemilihan Ketua Pemuda UMNO.

Khairy Jamaludin menang beb!!

What the hell? Dah kena amaran sebab main politik wang pun boleh menang lagi?

Lu ingat KJ tu bagus? Dengan gua bukan beb. Bertapa kotornya KJ tuh..

Teringat pulak Karl Marx..

0 Drowning Student Found In Tanjung Demong


Drowning Student Found In Tanjung Demong


BESUT, March 23 (Bernama) -- The body of a Universiti Teknologi Petronas (UTP) student, who was reported missing while swimming at the Tanjung Demong beach near here yesterday, was found this morning.

Besut police deputy chief DSP Roslan Hasan said the body of Mohamad Azamir Mohktar, 20, from Taman Permai Jaya, Selama, Perak was found entangled in a fishing net by a group of fishermen, who were catching prawns in the area, at 10.30am.

The body was claimed by the victim's father at the Besut Hospital at 12.30pm, he said when contacted today.

Mohd Amir Mokhtar, 20, a civil engineering student, was swimming with six friends when he got into difficulty at 4.30pm.

They were among a group of UTP students and lecturers who had come to Besut to conduct studies on rock structures in the Bukit Keluang recreation area here.

The students, who stayed at a resort nearby, decided to go for a swim at the beach after they had finished their tasks for the day. - BERNAMA


Sekarang ini adalah cuti pertengahan semester bagi UTP, dan kejadian berlaku ketika mereka (pelajar-pelajar Kejuruteraan Awam) ke Besut untuk filed trip untuk subjek Geologogi. Dan sebenarnya 12 orang yang terlibat, bukan 6. Alhamdulillah, lagi 11 orang dapat diselamatkan dari lemas.

Gua yang sedang menggunakan internet UTP sekarang ni mengucapkan takziah kepada rakan-rakan arwah..Al-Fatihah.

0 UMNO Terus Mara Untuk Rakyat Malaysia

Sekarang ni cuti pertengahan semester di Universiti Teknologi Petronas, gua balik lewat sikit. Tu pun kalau gua nak balik KL. Perkara ini disebabkan mama gua bersama adik gua sedang bercuti. Bercuti secara percuma di Pulau Langkawi, berbekalkan alasan Kursus Wanita dan Puteri UMNO. Apa cherita kaum keluarga gua? Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga pun belum tentu mama gua kenal, ni tak memasal nak ke Kursus Wanita UMNO.

Adik gua? Ingat masuk Puteri UMNO tuh dapat la tajaan JPA untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara? Gua kat UTP ni dah bagai nak menggila buhsan, selamat dengan berbekalkan sedikit ilmu untuk melajukan internet maka gua boleh survive di UTP ni.

Gua akhiri palitan dakwat digital ini dengan UMNO anthem, gua jamin mama gua hafal la lepas balik kursus ni..

BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Melayu

Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Bangsa
Agama Dan Negara

Lambang Kita Yang Gagah
Dipandang Mulia Dan Indah
“Bersatu, Bersetia, Berkhidmat”
Cogan Katanya
UMNO Terus Mara
Untuk Rakyat Malaysia

2 Nostalgia Gua, Lewis dan Bulu Tangkis

Kelmarin lepas kecoh satu Mapley, Dato Lee Chong Wei memenangi Pertandingan Badminton Terbuka Basel. Gua layan gak usha badminton, tapi tangan gua tak berapa nak tele dengan raket badminton.

Zaman dulu-dulu, gua sekolah menengah tingkatan Satu dulu adalah gua sertai pertandingan badminton sekolah gua. Tu pun gua yang nak masuk sangat pun, Jali Bajet yang beria-ia ajak gua masuk sekali. Tak apa lah, member punya pasal gua join lah. Balik tuh, boleh fly sekali kan? Apa guna pergi aktiviti kokurikulum tak disusuli dengan fly?

First round, gua lawan dengan sorang mamat Cina, classmate gua time form 5, tapi time tuh bukan gua tau gua form 5 masuk kelas mana kan? Nama mamat tuh Lewis, dia ni celake tinggi kalo smash memang 0.4% la nak sambut balik.

First round kami berlawan. Tup..tup..tup.. Dia servis gua lepas tak sampai nak amik. Gua servis dia amik pas tu gua tak sampai lagi nak kutip bulu tangkis pula. Maka pengakhiran diakhiri dengan mamat tuh 15, dan gua 0...pendek cerita mamat tuh menang 15-0...macam haram!!

Second round, gua dah atur strategi lengkap. Gua planning nak main bola net, kira dia up bola, gua boleh terus smash sampai hujung court. Lewis start nak servis, gua senyum psycho. Dia servis, gua pukul kasi ngam-ngam dengan jaring. Dia lari ke tepi net, dengan niat nak capai bulu tangkis. Dusshhh..Lewis jatuh dan kakinya tersagat dekat tiang. Berdarah banyak gila, gua dah psycho dengan harapan dia tarik diri.

Malangnya semangat Lewis memang berkobar-kobar membara, bak kata buku teks Bahasa Malaysia, alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan. Okay, permainan dimulakan semula, gua rilek je sebab sekarang gua tengan leading 1-0. Gua servis, Lewis terlepas.. dan perkara yang sama berlaku kat gua pada 1st round terjadi kat dia pulak...hahaha

Tengah-tengah pusingan, gua masih mendahului 10-0, macam main ngan angin je. Kemudian gua servis, tupp!! dia sambut dan gua pulak terlepas. Dia dah dapat mata 1-10. Permainan diteruskan..

...

...

...

Dan Lewis menang 15-10, sejak dia dapat sambut tuh. Gua pulak dah jadi macam angin, skor gua tak berganjak dari angka 10.

----------------------------------------------------------------

Sejak dari hari itu, gua sedar bahawa gua tak boleh jadi Chua Song Kit versi Melayu dan tak mungkin ada orang nak lukis komik 'Anak-Anak Zahari' yang berkisarkan adik-beradik yang berjaya dalam sukan badminton.

Apa tah lagi nak dapat pangkat 'Dato' sebab terer main badminton. Hmm..mungkin gua patut berganjak ke dunia perfileman Bollywood. Peluang lebih cerah.

5 Zaufan Reunited

Kalau korang student UTP dan layan nasyid, mungkin korang familiar dengan sebuah kumpulan nasyid, Zaufan (Zikrullah for An-Nas). Disini gua berkongsi sedikit info mengenai Zaufan.


Nama Kump : Zaufan (Zikrullah for An-Nas)
Konsep : Nasyid Live Percussion.
Tahun Di Tubuhkan : 2005
Ahli-ahli : Harris Zahari aka Gua (Lead), Izzudeen Khairul Anuar, Jaffa Rizal, Iffat Rukaini, Faruq, Sharifudin Fuat, Shariffudin Sahedan, Fuad, Anas Nazli, Zulfadhli Hariz, Naim Al-Rashid dan Fauzan.
Makanan Kegemaran : Makanan Hotel Free
Influenced : Raihan.

*Tahun 2005, classic gila beb. Rambut Fauzan pun belah tepi siap.



Zaufan telah ditubuhkan oleh beberapa anak muda pada tahun 2005, dan memenangi Pert. Nasyid Tertutp UTP atau lebih dikenali sebagai Malam Inspirasi Seni (MIS). Dan pada akhir 2005, kebanyakan ahli asal Zaufan menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran di luar negara dan bermulanya episod-episod Zaufan versi baru.

Beberapa ahli baru di ambil dan diantaranya gua yang menyertai Zaufan pada 2006. Menyertai dan memenangi beberapa pertandingan, alhamdulillah (nasyid sket..hehe). Aktif mengadakan show di sekitar Perak pada tahun 2005-2007. Pas tu pencen sat, dan kini kami kembali untuk MIS 09 yang juga merupakan tahun akhir untuk kami sertai, tahun depan dah tamat belajar semua.


*2008, The only one show. Line up baru dan lebih 'nakal'.

Untuk tahun ini, gua telah membuat susunan ahli yang mengumpulkan ahli-ahli lama untuk meningkatkan semangat Zaufan di hujung-hujung ni. Gua menyeru kepada semua pelajar UTP, turun dan sokonglah kami.

Tarikh : 11 Mac 2009 (Rabu)
Masa : 9 malam
Tempat : Multi Purpose Hall, UTP.
Lagu : Nabi Anak Yatim dan Cari Pasangan.

Bangunlah dan Sokonglah Industri Nasyid.

0 Kisah-kisah Maskulin Part 2

Fayan Malaya, seorang pelajar tahun akhir yang berasal dari Bangkok, Thailand. Muka dah macam Azam, vocalist Influx tapi ni serabai sikit. Cakap Melayu bolehlah, terkial-kial macam sial jugak la sebenarnya. Hobi suka main Dota, tapi tak de la terer cam cilake.

Suatu hari di dalam bilik, beliau mengajukan soalan kepada gua, Ketek dan Ajak.

"Korang rasa perlu ke ucapkan Cinta dekat awek?" Soalan yang umum.

"Hahaha, perlukah disebut ayat tuh?" gua menyelah.

"Tak yah kot", jawap Ajak, ringkas, padat dan bermuka cam cilaka.

"Ketek, ko jawap la. Ko kan romantis", gua tuju soalan pada Ketek.

"Cinta? Hahahahaha", sinis Ketek.

Memang sah Sindrom Lelaki Bujang 20-an. Cinta?? Hahahaha..gelak sepam lagi.

Sekarang gua tengah tunggu mama gua jemput gua kat Restoran Jejantas Sungai Buloh. Apa lu ingat Lelaki Bujang 20-an tak da manja-manja dengan mak ke? :D

0 Selamat Pengantin Baru to R&R (Rock & Radical)





Semalam gua ke Majlis Persandingan Rodhiah & Razak, bertempat di Dewan SK Taman Melawati 1. Memang cabaran, nak pergi sana berperang sana-sini. Anak-anak kehilangan ibu, suami-suami tetinggal isteri mengejar awex..haha.

Jam 2.45 ptg, kami berkumpul di Carltex Taman Melawati. Time ni jumpa senpai (senior) yang ada sesetengahnya hampir setengah dekad gua tak jumpa. Kali ni gua jumpa Fimad & Wawa (isteri), Rizza Abas (isteri kat Terenganu..haha), Syed (masih mencari isteri), Watta (gay), Zul dan pasangan dan Eni dan balaknya..hehe. Sume ni adalah alumuni UTP dan lebih tepat lagi adalah alumuni Cekak Hanafi UTP. Kami juga turut disertai oleh Zamani, Ifat, Ajoy, Dayah, Alen, Intah, Ecah, Boy dan Fatah.

Time petang ni dipilih kerana consider pengantin akan meluangkan masa bersama keluarga dahulu selepas majlis persandingan. Maka, jika datang lewat adalah masa pengantin nak beramah mesra dengan kami. Pasangan pengantin memang segak dan ayu lah, bercahaya muka.

*From left : Zam, gua, Pengantin Perempuan aka Rod, Zul & Spouse.. amik berkat

*Sesi lepak-lepak bersama senpai-senpai UTP, cerita tentang 'keluarga'..amacam? Berat tak topik?

*Finally, bergambar bersama pasangan mempelai Razak & Rod..Habis Rod kene tanduk. Apa ingat jadi pengantin tak leh kena dummy ke?
Back Left : Boy, gua, Fatah, Syed, Iffat, Fimad & Wawa (isteri), Eni & Spouse, Ajoy, Rizza Abas.
Front Left : Alen, Dayah, Ecah, Razak & Rod, Intan & rakan..

Selamat Pengantin Baru & Semoga Kekal Bahagia ke hujung nyawa..


Next : 7hb Mac, Majlis Resepsi Ustad aka Firdaus...tunggu!!