0 Dua Kaki, Tiga Perkara

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Gua lapor diri kat mak gua tepat jam 8.15 pm. Gua keluar bilik pagi tadi 8.30 am.. Hampir 12 jam gua bermusafir, tak pa, tu cerita lain.

Gua nak buat beberapa promosi.

1) Karnival Rakan Muda Untuk Gaza.
Selaku sebuah NGO yang menyokong penuh bantuan untuk Gaza, Pers. Seni Silat Cekak Hanafi Malaysia bekerjasama dengan pihak Kementerian Belia & Sukan untuk menjayakan karnival ini. Bertempat di Padang Seksyen 6, Kota Damansara pada pagi ni 28 Feb, bermula pada jam 8.30 pagi hingga tak tau. Ada demonstrasi Cekak Hanafi, maaf gua tak berdemo untuk hari ni. Dan gua diberitakan pada jam 10 malam tadi, bahawa gua akan memberi sedikit penerangan mengenai Cekak Hanafi kepada pengunjung, dengar kata ramai budak Rakan Muda Subang turun..hehe. Siapa nak sign gua kat belakang t-shirt meh la, sambil-sambil tuh bawak duit banyak-banyak derma kat Dana Gaza. Nak tanya pasal Gaza, bolehlah sikit-sikit hasil ilmu yang gua kutip time jaga booth Aman Palestin di UTP beberapa minggu sudah. Thanks Deen, AO ngan Fifi.

2) Ada Gig Kat UKM Kampus KL
UKM ada kampus kat belakang Istana Budaya. Malam ni ada show Radiostar, Bunkface dan Infux. FYI, Radiostar adalah band Pot Amir (Innuendo) dan beberapa rakan yang power. Influx pulak adalah band budak-budak batch gua kat UTP. Tahniah atas pencapaian kalian kerana berjaya main dengan nama-nama besar. Ni adalah aktiviti kebajikan untuk Click a Child..g google la..sume nak kene suap lemak la ni.

3) Selamat Pengantin Baru kepada Rod..woo dah jadi bini orang dah. (Bro Ben, ni anak murid ang ni). Semoga berbahagia hingga ke hujung nyawa.

notaKaki : Kaki gua ada 2, tapi insyaAllah gua cuba memenuhi semua undangan di atas..Salam Sayang dari Bintang Pujaanmu...muwwah~

1 Lagu Perang Ala Sedih



Ini adalah kelip video rasmi untuk single terbaru Mirwana, Andai Ku Pergi. Bagi gua ini dah suatu anjakan paradigma dalam industri nasyid. Kalau tak dulu kalo lu usha MTV nasyid, sikit-sikit kat hutan, lalang, sungai. Habis maju pun dekat bangunan kerajaan yang mempunyai senibentuk yang sedikit artistik umpama Putrajaya dan Pusat Sains Negara kat Bukit Kiara. Kalau nak cerita dari sudut storyline, lagi la hampas. Asyik-asyik muka vokalis yang paling jambu, kalo video kelip 4.31 minit. 40 kali tayang muka mamat jambu, yang lain-lain ada lah kena sekali dua interframe. Memang untung munsyid yang jambu cam gua.. Pudin jeles r tuh. =)

Kat rumah seronok tak terkata main youtube, kat UTP memang pedih nak bukak youtube, macam tunggu kucing bertanduk.

0 Lipat baju, angkat beg dan balik KL

Esok pagi-pagi gua nak kena chow dari UTP. Nak balik KL, lama sangat gua tak pulang ke metropolitan halaman (kata ganti kepada kampung halaman, tapi bunyi macam tak menarik). Gua naik keretapi. Amacam? Ada goyah jalan-jalan naik keretapi?

Kat bebudak batch gua, mahap gua tak dapat support korang main volleyball, tapi gua dah syak sapa yang akan memenangi pertandingan tersebut..hehe

Tiket pukul 9 pagi, ni pukul 3.10 pagi gua tak tidur lagi. Ni nak set alarm paling power kat dunia. Sapa-sapa ada idea?

Ohh..Zaufan, you guys are supervised by your ex-leader, Deen semasa pemergian gua, sila training power-power. Balik nanti gua buat sport check, kalo tak sama macam Innuendo tau la gua nak cari sapa...ini suatu ugutan!! hehe

2 Vintage : Zaman Menghadapi SPM

*Main karem sampai 10 orang, macam setan!!

Aku teringat pasal carom, ko tau apa tuh carom? Time aku sekolah menengah dulu zaman-zaman form 3 tak silap aku. Time tuh baru dapat lesen hisap rokok, fly panjat pagar, buli budak junior. Memang tengah up la zaman tuh.

Selari dengan pengedaran masa, gua dan budak-budak form 3 lain mengenali suatu permainan yang bernama carom (kerom). Ye la, main carom baru nampak macam samseng-samseng sket. Cuba lu masuk mana-mana kampung, pas tu usha samseng kampung kat kedai kopi, mesti dorang layan carom kalau tak pun yang berstrategi sket main Dam Aji. Mana lu pernah usha samseng kampung main Kad Uno atau main Scrabble? Tak kacip la dengan imej seorang samseng kampung!!

Carom ni, penangan dia memang berhantu beb. asal habis prep malam je berlari-lari nak rebut main carom, pertumpahan darah boleh berlaku bila-bila masa dalam situasi begini. Ye la, carom boleh main 4 orang je, jadah apa nak main sampai 7 orang? Ko ingat netball?

Time ni jentikan kena solid, kalau setakat jentik macam main 'nombor-pakai-jari', memang lu disqualified untuk next round la. Sampai satu tahap Ustaz gua dah bengang, dirampasnya meja carom tuh taruk dalam opis dia. Menggigil jari budak-budak form 3, asal nampak benda bulat je jentik. Berapa orang senak sebab kena jentik. Last-last, kami 'rampas' balik meja carom dari opis ustaz. Macam mana? Tak yah amik tau.

Sekarang lu ajak gua main carom? Belum tentu gua ingat ada berapa lubang kat papan carom tuh..

1 Kisah-kisah Maskulin Part 1

Genre : Filem berfikir

Teraju Utama : Achan Septriasa, NyamQ dan Kong

Lokasi Pengambaran : Restoran Farouk & Sithick, Tronoh, Perak

Drama :

Selepas bermain volleyball 3 pemuda harapan bangsa ini membawa diri ke mapley bersama beberapa rakan lain.

NymQ : Cik X kalau dia tak dapat amik bola memang buat aksi comel dengan gaya yang menakjubkan.

Cik X adalah suatu benchmark kecantikan dunia bagi pemuda-pemuda batch gua.

Kong : Tak pa, sebab dia Cik X, maka dia dimaafkan. Cuba kalau Cik Y yang buat.

Cik Y tak da lah seindah Cik X, kalau lebih jujur memang jauh panggang dari api.

NymQ : Cukup 3x kali dia buat gaya macam tuh, aku halau dia keluar dari court.

Achan : Gua suruh dia salotape mulut.

Kong : Lelaki memang bersifat facist.

*Facist adalah mementingkan paras rupa yang cantik dalam setiap perkara.


Achan : Aah, sometimes. Sambil menyedut sirap limau.

Semua mata memandang kearah gua dengan renungan tajam.

Achan : Okay!! Selalunya memang lelaki bersifat facist. Perempuan macam mana pulak NymQ? Depa facist jugak ke?

NymQ adalah kaum lelaki yg lebih memahami kaum hawa dari mana-mana lelaki. Quote from himself.

NymQ : Kadang-kadang, depa pun facist. Ala manusia kan? Asal lawa je, semua yang salah jadi betul. Perempuan pun lebih kurang ja.

Achan : Patut ramai perempuan-perempuan di luar sana memaafkan dosa aku macam tuh aja. Depa facist jugak rupanya. Sambil hirup sirap limau sepam lagi.

Kong nampaknya bersikap dingin terhadap kenyataan gua.

3 Idola Gua Dalam Sukan Ni Adalah Micheal Jordan

*Gambar coursemate gua, gua mana beb? Demmit tengah ikat talik kasut ket belakang!!

Hari ini adalah hari dalam sejarah dan mungkin bakal dimonumenkan di Arkib Negara. Mengapa gua berkata sedemikian rupa? Hari ini dalam sejarah hidup gua, sebagai seorang manusia biasa yang luar biasa hensem, gua bermain sejenis sukan yang common. Tapi dia jadi uncommon bila gua dan rakan-rakan gua yang berbadan sasa main, bukan renang berirama. Boling padang? No..no..no. Tett.. masa dah habis!!

Jawapannya : Bola Jaring

Gua dipaksa sampai merelakan untuk menjadi pemain netball mewakili Program (Fakulti) Sistem Maklumat Komputer. Pening beb!! Tapi selepas gua di'brain wash' mengenai peraturan dalam permainan netball oleh John dan Eijan. Demm..rumit macam cerita Jar Head. Ini tak boleh, itu tak boleh. Arrghh.. Kemudian kami diberi peluang untuk mencuba bermain netball, hasilnya tak keterlaluan gua katakan agak memberangsangkan. Kepada pembaca-pembaca dari fakulti lain, sila ambil sebanyak mungkin maklumat mengenai 'Team Netball IT/IS".


a) GK - Harris Zahari (gua), seorang pelajar yang lemah dalam subjek programing, berwajah Pan-Asia dan bercita-cita ingin menjadi peragawan, meminati penyanyi lagenda P. Ramlee dan Butterfingers. Gemarkan nasi berlaukkan sambal tempe dan air len chi kang. Ketinggian 186 cm membuatkan penyerang-penyerang pihak lawan berfikir 4-5 kali sebelum membuat lontaran jaringan. Hmm. body pon solid.

b) GD - Pali, power programing tak macam pemain di atas. Beliau kecil tapi laju gila macam Ferrari, jangan terkejut kalau tetibe dia muncul di hadapan anda tanpa meninggalkan sebarang kesan. Berbekalkan ilmu programing dan kelajuan di dada, beliau memang layak digelar sebagai seorang GD.

c) WD - Nur Safiq (Smak), pemain bola sepak kental. Pernah bekrja di sebuah agensi cari pekerjaan terkenal di KL membuatkan beliau tak gentar berhadapan dengan pelbagai jenis orang. Datanglah apa kaum, bangsa dan warga negara, beliau memang chill je. Terer main bola sepak, tapi gua tak tau apa aplikasi terer bola sepak dengan netball. Hmm..dua-dua guna bola.

d) WA - John, berasal dari selatan tanah air. Jejaka berambut nipis ini sememangnya terkenal di arena bola sepak, tetapi diserap masuk ke dalam arena netball oleh kerana beliau pernah mewakili sekolahnya EC dalam netball. Ehh.. EC bukan sekolah lelaki ke?

e) WA - Charles, bukan Putera Raja England, tetapi seorang pemain tegar bola keranjang. Dengan kelajuan Mach 3 dan ditambah dengan kasut basketball jenama Nike bisa membuatkan pihak lawan mengetap bibir atau berasa seram sejuk.

f) GA - Kajendra Ganeson, tukan sign gua kalau gua gagal menghadirkan diri ke kuliah. Love u..muwwahx. Jejaka kacukan India+Cina ini menerima latihan ketenteraan seawal usia 14 tahun lagi membuatkan beliau memang fit dan berbadan sasa. Pihak lawan tengok mesti gerun lah. Berpengalaman dalam sukan bola keranjang membuatkan beliau berkemahiran tinggi untuk membuat balingan tanpa menyentuh ring keranjang. Amacam goyah?

g) GS - Safwan Bukhari (Kong), sememangnya kacip dengan pangkat GS, beliau memang gila se.. Haha, just joking!! Berpengalaman sebagai waiter Nasi Kandar Line Clear membuatkan beliau mahir dalam selok belok komunikasi dengan team mate lain, walaupun loghat utaranya amat pekat dan piaw sekali. Pernah mewakili Sekolah Soksek dalam arena bola keranjang dalam 5-6 tahun lepas, dan tak pernah main basket sejak 5-6 tahun lepas hingga kini, rekod pun tak berapa nak solid. Tiada apa yang boleh dibanggakan sangat..

---

Pemain Lain

i) Sobri

ii) Faris

Dengar kata hadiah lumayan? Sorang satu rumah teres 2 tingkat lot tepi ke?

notaKakiBolaJaring : Amacam line up team gua? Fakulti lain boleh menghantar surat tarik diri di sekrateriat sebelum tarikh perlawanan. TQ

1 Bakal Pemenang Anugerah Pemuzik Paling Jelita

Semalam merupakan antara hari-hari paling meletihkan dalam tahun ni.

  • Jamming dengan 2 bands, dari pukul 2 pagi sampai azan subuh!!
  • Training nasyid dari pukul 2 petang sampai senja..

Lu rasa berapa percent peluang gua untuk tercalon dalam kategori Pemuzik Hyper-Aktif 2009 dalam Anugerah Industri Muzik 2009?

Skang gua tengah syok layan vocal layer dalam lagu Kesaksian by Brothers ni. Kasi taubat sket korang layan lagu ni!

6 Vintage 90-an : Bebola Naga


Zaman gua bersekolah rendah dulu, gua sekolah kat SRK Seksyen 19, Shah Alam. Time tuh, komik Dragon Ball memang tengah hot, satu fenomena. Siapa yang tak pernah baca Dragon Ball memang rasa kecik je time rehat, sembang ngan member-member lain tak dapat point, jalan pun pandang lantai sebab malu dengan persekitaran. Uncle tokey kedai buku kat belakang sekolah tuh senyum macam baru dapat bonus setiap awal bulan. "Baik aku tak payah jual surat khabar, jual Dragon Ball pun boleh menyara anak isteri", Uncle bermonolog sendiri.

Pantang dapat duit RM3.90. Mesti nak melabur kepada Comic House. Hari ni beli episod 4, esok pergi kedai Uncle tanya episod 5 dah keluar ke belum? Memang istiqamah dalam pencarian.

Pendidikan seni merupakan sesi meleraikan stress, time Dragon Ball. Semua orang nak lukis watak dalam Dragon Ball. Dalam Pendidikan Seni, lukis permandangan pantai, tiba-tiba ada muka Son Goku kat bawah pokok kelapa. Apa kes?? Memang dah teruk ni!!

Cikgu suruh lukis keluarga saya, elok-elok abah abang adik semua rambut kerinting, berasal dari Taiping. Habis ditukarnya semua rambut tercacak macam Bezita, cikgu tanya apahal famili awak rambut camtuh? Jawap, "Family saya sume orang Planet Saiya". Memang dah parah sosioekonomi tahun tuh.

Budak-budak sekarang buat apa? Apa Ben 10? Hmm.. Shin Chan mencabar lagi!

3 Vintage : Geng Kayu-kayu-an

*Gambar ketika bulu kaki pun tumbuh segan, mati tak mahu!!

Lu bayangkan bila sekolah-sekolah dapat main gitar karen, lagi-lagi Cap Ibanez. Perrghh..belum tentu senior gua form 5 reti nak on amp time tuh. Perasaan memang riak habis-habisan. Terkial-kial dok main lagu-lagu grunge, Smell Like Teen Spirit time tuh gua boleh nyanyi jauh lebih lancar dari lagu sekolah gua. Gambar sebelah tuh Asip, dulu dia memang fobia dengan cikgu English, time nak Oral Test tuh la dia paling sakit sekali. Kalau masuk wad bersalin dapat MC tak gi sekolah pun dia sanggup, skang awek die mat saleh. Hampeh!

Ini semua kisah hampir sedekad lepas..

Time tuh, gua tak tau gua nak jadi apa, nak belajar apa. Apa gua tau.. JOLI!! Hidup memang punk!!

1 Lagenda Budak Taghut

Lu mungkin pernah baca kisah Lagenda Anak Setak nukilan Ahadiat Akashah. Gua suka beb novel tuh, memang kacip la dengan jiwa rocker berhati lembut berbau ceri ni. Kali ni gua nak story perihal kejahatan yang dilakukan oleh seorang pelajar UTP. Mungkin bagi gua, dia ni tak jahat tapi keadaan menampakkan beliau agak 'nakal' dari yang lain. Kira mangsa keadaan la, kasihankan beliau?

Beliau adalah Lagenda Pemanjat Pagar ketika 7-8 tahun lepas ketika bersekolah di sebuah sekolah berasrama di daerah Klang. Kini beliau lebih selesa dengan kehidupan yang tenang tanpa merisaukan warden atau pun pak gad, mahupun line tak clear untuk panjat pagar. Beliau lebih fokus kepada pembelajaran beliau di sebuah IPTS di Tronoh, Perak.

Bangun pagi ketika kelopak mata meronta-ronta nak berkelip dan keletihan akibat memejam terlampau lama. Makan ikut suka, balik kuliah main gitar sampai lebam. Petang-petang, lepak di swimming pool, umpama lelaki-urban-berbadan-V-shape. Malam pergi silat, balik silat menonton filem yang dimuat turun secara percuma. Ooh... indahnya hidup beliau, setiap insan mahukan kehidupan sedemikian rupa.

Selepas lebih setengah dekad tidak melibatkan diri dengan aktiviti-haram-sumpahan-warden, beliau terpaksa kembali menceburkan diri ke arena panjat pagar. Ketika leka berenang di suatu petang yang damai, beliau mendapati pagar pool telah dikunci oleh penjaga-pool-makan-gaji-buta-nak-balik-awal. Demmit, dengan keletihan dan kelaparan, beliau terpaksa memanjar pagar. Itulah satu-satu caranya untuk keluar dari kawasan pool. Apa? Meloloskan diri melalui pagar?? Lu nak makan penampar?? Hari itu umpama mencabarnya!!

Berbekalkan pengalaman dan ilmu pembacaan struktur pagar, beliau terpaksa memanjat pagar berkawat duri setinggi lebih 2.5 m. Apa punya malang lah nasib!! Beberapa atlit yang nampak cool ketika berenang tadi syahid di atas pagar akibat kekejangan otot. Beliau memang cool, dah nak krem namun masih bergaya di atas pagar. Hero mana boleh jatuh beb!!

Akhirnya beliau berjaya melepasi halangan tersebut!!

Kisah kedua, beliau, orang yang sama adalah seorang tenaga pengajar silat di kampusnya. Walaupun berwajah umpama Europian Peranakan atau lebih dikenali sebagai Pan-Asia, beliau tetap berdiri teguh di atas budaya sebagai Melayu. Amacam, cool tak?

Malam semalam merupakan satu hari yang penting untuk persatuan silat tersebut. Majlis ceramah oleh Guru Utama silat yang datang dari KL ke Tronoh. Akibat perasaan memberontakan diri umpama yang sering dialami oleh gadis sekolah asrama yang gemarkan My Chemical Romance, beliau mengambil inesiatif untuk chow dari majlis. Bukan main rebel lagi!!

Tak kan nak chow sorang-sorang, tak kan nak melanguk ke awan sambil mengira bintang keseorangan kot. Tak tele langsung dengan kehidupan remaja lelaki yang sosial berprinsip ni. Maka gua ajak laskar-laskar untuk menyertai 'Operasi Budak Rebel' ni.. Alen, Boy dan Dayah, cukup untuk gua namakan mereka dengan nama pendek sahaja. Datang lewat, balik awal. Cool!

Uhh, kejadian adalah di Kafe In2Eat di Poket D pada jam 12 am. Mereka mengambil langkah berjaga-jaga untuk ikut jalan belakang, walaupun rebel tapi adab dan adat perlu dititikberatkan. Begitu sopanlah budak-budak ni!! Jalan melintasi Poket D, dan...kecepur!! Alen pijak becak.

"Langkah perlulah diorak berhati-hati ketika nak fly," terngiang-ngiang suara Abang Machap yang ajar mamat ni fly kat sekolah dulu. Tak apa!! Hidup perlu diteruskan!! Mereka menyusuri tembok konkrit di tepi Poket D sebagai langkah bijak dan berwaspada.

Sampai di motor, mamat tuh dan Boy menaiki motor berbeza dan masing-masing berikrar setia untuk brtemu di depan rumah Guru Utama tepat 10 minit kemudian. Alen dan Dayah menaiki kereta yang sama, tak apa mereka kaya ada kereta. Nasib tak menyebelahi mamat tersebut, helmet diatas motor terjatuh ke jalan tar..jalan tar bukan Jalan TAR (Tunku Abd Rahman), jauh sangta tuh antara Tronoh ke KL. Bunyinya, memang cukup untuk melatahkan Mak Esah, seorang peniaga kuih veteran di Bota Kiri. Tapi hero kena cool, mamat tuh kutip helmet dan sarungkan ke kepala tanpa apa-apa perasaan. Ohh ya..Boy dah menyorok di celah-celah kereta akibat panik. Tak cool langsung!!

Boy pergi hantar laptop aweknya, manakala mereka yang lain beredar ke rumah Guru Utama, kosong lagi sebab semua masih menikmati hidangan free di Poket D. Tunggu Boy bukan main lama!! Jarum panjang jam dah berpusing beberapa darjah namun Boy masih tak kelihatan.

Tiba-tiba sebuah Toyota Angse masuk keperkarangan rumah GU, "Kantui,kantui,kantui!!," mamat cool tuh cuba memberitahu 2 orang gadis lain dalam kereta tu mengenai status mereka sekarang. Dah kantoi tak kan nak hulur tengkok kan? Mesti la nak cabut. Nak reverse ke belakang, ada kereta... Demm, time ni la ko nak parking kereta kat belakang. Maka kami terus menuju kehadapan. "Hidup mesti pandang kedepan," iklan pak cik kaki kudung tajaan Petronas bermain-main dalam minda.

Maka dengan tenang dan istiqamah, kami teruskan tujuan untuk mengular ke mapley.. Err...gua cakap kami ek?? hehe.. Trimas to geng 'Ponteng Sekolah' kerana istiqmah untuk berjuang bersama gua!! Takbir!!

notaKakiFly : Kesemua kejadian ini berlaku dalam masa seminggu sahaja. Amacam cool tak?

1 Lagu Untuk Yang Berkecewa




Kadang-kadang dalam hidup kita pasti pernah kecewa dengan keputusan yang hadir. Tak kira keputusan itu milik kita atau orang lain, selagi mana ia pedih lagi menyakitkan pasti kita juga terasa. Namun manusia itu tiada yang sempurna kecuali yaang terpilih.

Tuhan itu adil dan jika kita sayangkan-Nya, pasti Dia sayangkan kita juga. Peluang yang lebih baik pasti datang. InsyaAllah..

Mati Hidup Kembali by Butterfingers