3 Reminder : Jemput datang!!




Kat Annexe Gallery, Central Market beb, hari Sabtu ni dari jam 10 am ke petang senja. Ada sesi bedah puisi, meet up guys, dan pertunjukan deklamasi puisi, lagu puisi, puisi akustika dan pelbagai benda yang syok dari beberapa nama yang mungkin asing kepada sesiapa yang kurang berminat dengan seni penulisan. Antaranya :

1) Serunaifakir - Seorang pengiat seni dan penulis puisi yang pernah memenangi anugerah Utusan ExxonMobil. Pendek kata memang brader ni otai la beb!!

2) Epri - Pemuisi yang femes dari Tanah Seberang, Indonesia, setakat puisi Dian Sastrawardoyo dalam cite Ada Apa Dengan Cinta tuh, dia senyum je beb. Diterbangkan semata-mata untuk menghadiri dan menyampaikan puisi depan bijik mata korang.

3) UPenyu - Seorang bapa kepada beberapa orang anak, yang paling tua dah form 4. Wakil Selangor dalam Arm Wrestling. Apa dia buat dalam event sastera ni?? Nantikan

4) The BagPiperz - Sekumpulan manusia yang terer main bag pipe...ala natang tiup-tiup dari Scotland tuh. Susa bodo main natang nie.

Last but not least..

5) Achan Orked - Seorang lelaki berbau cherry, paras rupa macam Edward Cullen. Apa yang kau bajet mamat ni akan buat? Pole dance? Hmm...nantikan kemunculannya!!

3 Review : KAMI The Movie


"Hidup ini memang palat, tapi esok masih ada."



Gua mengakui gua lambat banyak dalam nak menonton cerita Kami The Movie, sebuah filem yang berjaya membawa impak kuat kepada industri musik indie di Malaysia. Pandangan gua kepada filem ini agak tinggi walaupun terdapat beberapa aspek yang gau tak dapat terima. Dengan kewujudan satu filem, gig seluruh Malaya penuh. Mamat-mamat di luar sana tak memasal nak jadi organizer sebab memang organizer time sekarang ni boleh lagi kaya dari Crown manager MLM.

Kisahnya mudah, berlatar belakangkan kehidupan manusia berkasut tinggi dan kasut Cole Han. Kisah remaja yang suka pergi gig, ada kawan yang comel dan bapak yang kaya. Namun konflik satu demi satu menjengah tiba dalam kehidupan setiap watak. Gua tau Pengarahnya cuba mewujudkan situasi apabila orang menonton, pasti mereka akan rasa diri mereka ada dalam watak Kami ini. Memang berjaya.

Penuh pengajaran dan iktibar, hubungan persahabatan menjadi taruhan oleh mereka. Gejala sosial dan masalah-masalah tipikal remaja melanda mereka. Bukan satu masalah, tapi semua masalah, masalah kerja, awek, balak kaki raba, boss cam haram, mak bapak gaduh, mak kaki joli, bapak tiri, masalah disiplin dan segala jenis masalah lagi.

Tapi gua rasa remaja lebih intend untuk meniru aksi-aksi yang negatif dari pengajaran dalam filem ni. Biasalah, SIndrom Remaja 15 Tahun, semua pernah rasa kot. Anyway, ini adalah filem yang membawa fenomena kepada indie music scene. Berlatar belakangkan lagu Laila's Lounge, They Will Kill Us All, Koffin Kanser dan segala jenis band lagi, maka ini adalaha satu cara promo yang baik bagi 2nd class music scene ni..Tahniah

notakakiKami : Aspiring or depresing with your life?? Hmm...selamat Kami yang jadi fenomena, kalau American Pie?? Wooo...heaven UTP!!

3 Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang rimau...jadah apa rimau ada kandang!!

Gua perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran sebagai seorang pelajar. Serius, gua rasa lain, sekarang waktu bangun tidur dah macam tok bilal masjid bangunsubuh, mana pergi zaman subuh pukul 7.46 am, teknik bercakap gua ni dah macam nak interview Menteri Kewangan dalam rancangan niaga di TV3, lawak gua dah macam lawak Seann W. Scott yang jadi Stifler dalam American Pie. Malahan tekak gua pun dah tak boleh terima rokok Winston...derek nak Mild Seven..mild la wallet gua.

Tapi gua dah start buat improvement macam zaman dulu-dulu, pukul 5 baru nak tidur.. Kang kol 10 nak jumpe Encik Hilmi Hassan. Selamat Pagee. Suwit Derim..

1 Konsert Butterfingers Sesi Istana Budaya (1996-2001)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Gua baru kembali dari Kuala Lumpur ke Tronoh, baru balik mapley Farouk & Sithick. Semalam gua ada seminar berkenaan silat di Menara MPAJ, after lunch gua lari ke kereta, tukar baju dalam kereta dan pecut kereta ke Istana Budaya. Untuk apa saudara-saudara? Yeaarrgh..untuk

Butterfingers Live Sesi Istana Budaya - 1996-2001 versi gitar kapok.


Seperti gua war-warkan beberapa hari lepas selepas mendapat email kiriman Loque.

Gua tau tiket istana budaya ni kena booking pakai tenet, tapi gua dengan hati yang keras main walk-in aja. Terpampang dekat kaunter 'Ticket Sold Out'. Laa..gua tensen beb!! Gua keras kan...hati. Gua mengadap akak kaunter, kak ada tiket petang ni tak? Sorang aje!! Akak tuh kata tunggu sat, dia cek. Then dia kata ada, tapi jangan bagitau orang lain nanti dia kena serbu. Okay.. Maka gua dapat tiket dengan selambenye, berbekalkan wajah gua cair juga akak tuh.

Gua masuk dan gua usha ada 4 islands dipenuhi oleh crowd yang kebanyakan berusia akhir 20-an dan 30-an, kira memang zaman 1.2 Mg. Dan tiada kanak-kanak sekolah...akhirnya.. Alhamdulillah. Crowd semuanya berpakaian smart untuk memenuhi kod etika pemakaian Istana Budaya. Kalau tak, tak boleh masuk. Padan muka.

Suasana stage dan lighting memang gua kata tip-top, sesuai dengan mood akustika. Siap ada asap-asap lagi!! Persembahan dimulakan dengan opening act oleh band remaja yang menjadi kegilaan remaja juga, Bunkface!! Gua layan-layan cam tu je..hehe. Line up sempurna kecuali drummer digantikan oleh sessionist yang gua tak kenal dan gitar session, Faizal. Bunkface memulakan persembahan dengan lagu Bunk Show dan di'edit' sedikit untuk bunyi yang lebih akustika. Kemudian di teruskan dengan 'Silly Lili', versi akustika dan bunyi yang Rock n Roll. umpphh!! Dan 2 lagu yang gua dengar tapi tak berapa nak tau lagu apa. Secara keseluruhan 30 minit diambil oleh Bunkface untuk warm up crowd. Permainan yang bersih cuma sound gitar kurang girang, tenggelam dek suara dan drum. Paan, bassist memang gua usha bermain dengan penuh komitmen dan cool. Berbunga-bunga bunyi bass beliau..syok!

Crowd dah berasap bermakna dah cukup panas hasil warming up process oleh Bunkface tadi. Stage digelapkan dan beberapa stage crew datang mengemas dan membuat sound setting untuk Butter, ye la ape cerita kat IB pun nak kena buat sound check sendiri, ini bukan konsert runcit-runcit. Lama juga sound setting ada la dalam 15 minit, bila nak start jerit hati sanubari. Kemudian akak emcee datang dan bercakap...bla..bla..bla. Dan dengan bangganya mempersembahkan Butterfingers, bassist, Kadax datang dengan kot berwarna cream dan kemeja merah menya, memang sexy. Dan dituruti oleh Loco yang simple bert-shirt saja. Tan Cheng Loque bertocang dan inilah tulang belakang Butter sejak belasan tahun dahulu, dan diakhiri dengan Emmett yang bakal meninggalkan Malaysia untuk hidup di Kanada sana. Tak berakhior disitu, kumpulan Orkestra UiTM pula datang menjengah stage dengan 6 violin dan satu cello, bersama pemainnya yang berambut afro..hehe

Butter memulakan persembahan dengan lagu 'Jeli DiRaja @ Royal Jelly' dari album 1.2 mg dengan iringan orkestra. Apa yang anda dengar di 1.2 mg, memang sebijik bunyinya. Gua dah nak menangis dah. Serius!! Dengar violin dan bass Kadax yang cukup sebati membuatkan jiwa manusia kian tak keruan.

Kemudian persembahan dihidangkan dengan lagu-lagu yang beraneka ragam yang dirakam antara tahun 1996-2001. Antara yang menarik perhatian gua, Ruin By Selling Out, Faculty of Mind, Malayneum dan lagu berhantu Girl Friday.

Aku tak sempat menghitung jumlah lagu yang dimainkan oleh mereka, tapi aku rasa lebih dari 15 lagu. Dan pengakhiran, mereka memainkan The Chemistry, memang kaw dan crowd yang old timer sing a long beb. Kemudian pada penghujungnya crowd masih tak puas, mungkin gua rasa sebagai gimik (walaupun dinafikan oleh Loque) mereka kembali ke pentas dan memainkan lagu terakhir, Pacific. Bunyi violin dia bikin gua nak bersilat kat situ beb!!

Keseluruhan persembahan lebih kurang sejam setengah, dengan suasana Istana Budaya yang cukup akustik membuatkan gua memang layan konsert terakhir Butter dengan full line up ni untuk 2009-2014. Namun ada masalah teknikal sedikit pada audio sistem, terdapat harming yang menganggu monitor speaker membuatkan Emmet hilang selera nak petik gitar. Tak pa, bunyi raw, baru 1.2 miligram!! Crowd keluar hall tersenyum PUAS!!

Dan gua puas!! Gua baru sembang di ruang maya dengan Loque, beliau cakap usah gusar. Butter still jalan tanpa Emmett. Paduu!! Sokong industri musik grunge anda!!

2 Lemau

Gua lemau, bangun, makan, usha drama jepun, tidur, bangun, edit lagu, tidur, bangun, main djembe, jalan kaki cari makan lagi, tidur.

Macam mana gua nak mengejari cita-cita gua sebagai supermodel ni...ish

Lemau gila, selamat gua tak malas nak bernapas.

0 Kalau Ayunaliza Bt Atan join silat..I memang bule jadi macam kaler strawberi

Lu ade usha siri realiti kat TV9? Siri Gadis Melayu, ni nak masuk final dah ni. Last week dorang kene wat task silat. Perrghh...lu punya dia punya wachaa. Comel tak ingat beb!!

Kalau la anak buah silat yang gua mengajar ini macam comel.


Memang gua speechless, gi silat muke merah-merah blushing...awch~

Ayunaliza Bt Atan..awak tak nak join silat cekak hanafi ke?? I boleh jadi your personal coach..hehe

notaKaki : Gua disini ingin membuat permohonan maaf secara terbuka kepada salah seorang anak buah gua, Iskandar Da Vinci (guitaris Dr. Rushdi). Gua tertujah kaki dia, gua rasa memang impak macam kene langgar kete kancil kot..gua memohon maaf, kaki gua xberapa nak boleh control!

7 Indomee Telur Mata (ulang 3 kali)

Suatu ketika dahulu, perut lapar, mulut gatal nak berborak. Dijemputnya rakan-rakan, Iffat dan Ajoy ke port wajib gua, Kayu Sunway Damansara. Kata port mesti-lah ada menu wajib dan stereotaip.
Achan Sinclair : Ane, kasi indomee (maggi goreng yang lighter) sama dengan telur mata satu.
Iffat : Aku nak jugak sama.
Ajoy : Aku pun.

Achan Sinclair : Okay ane, kasi indomee telur mata tiga.

Gua dah syakwasangka sama Ane nie, muka newbie jek. Kalao tersepak batu mau terlupa.

Ane : Siap!!!

Sekali sampai satu indomee bersama 3 biji telur mata!!!

What the hell ane?

Tak kan gua nak order indomee telur mata + indomee telur mata + indomee telur mata.

Arrghhh!! Perhatian kepada management Kayu, sila orientasi pekerja kamu dengan lebih tekun.


0 Lagu Hal-Ehwal Dunia

Jika kita berbicara hal-hal pencerobohan rejim Zionis ke Gaza, pasti background song mestilah lagu nasyid berbaur arab, baru semangat ek. Cuba korang try sebuah lagu dari band post-hardcore (kini dah berbaur emo dengan kuat) dari bandaraya Shah Alam ni, Love Me Butch. Lagu Barricade merupakan single ke-3 dari album kedua mereka, This is the New Pop. Lagu ini mungkin alternatif baru anda!!








notakaki : Gua ada jumpa Shahrul tak lama dahulu, tak da la ganas gila babi. Jerit sana-sini tak tentu arah!! Memang beliau seorang screamer yang sopan-santun..

0 Konspirasi Tersembunyi

Beberapa hari lepas, gua dapat email dari Khairil Ridzuan@ Loque Butterfingers. Dalam hati dah tak sedap hati, apa hal lak ni? Ucapan raya ke? Raya dah lepas. Loque nak kahwin ke? Awek die boleh tahan cute (kisah lain). Gua check inbox..

Butterfingers Live at Istana Budaya..


*Kasi kelik untuk mengandakan saiz gambarajah


Hmm...ni tak ada lain la nie. Semua ni pakatan nak menipiskan wallet gua!!

1 Tribute to F&S

Lu boikot Amareka? Apa lu buat? Demonstrasi jalanan? Tak minum Coke? Tersengguk-sengguk atas meja opis sebab benci Starbucks? Patahkan CD Star Wars sebab tak nak menyokong Speilberg? Cari CD sistem operasi komputer 'Pintu' untuk mengelak dari menggunakan 'Windows'?

Gua? Gua berenti dari Frost & Sullivan, sebuah syarikat perunding dan penyelidikan Amareka.

Amacam? Drastik tak tindakan gua?

Apa kita nak buat, kita punya suka. Jalan kita nampak lain, misi kita sama.

Hari ni last day gua, sebagai penyelidik dan perunding. Task terakhir gua adalal menulis artikel mengenai Pasaran 'Electronic Access Control System in APAC', dan mungkin akan di keluarkan pada bulan depan di web rasmi Frost.

Tapi gua mengucapkan ribuan terima kasih kepada Frost & Sullivan kerana memberi peluang dan pengalaman kepada gua.

3 Goyang Kepala, goyang-goyang!!



Orang boikot Amereka? Kita dengar band UK. Amacam?? Kreatif tak aku? Aku baru sedar bila usha Ringgo Starr main drum. Gaya aku main sebijik macam beliau, goyang-goyang kepala. Esok gi kerja pakai macam hippies la, lu rasa kena halau tak?

0 Perangai Manusia Bermacam-macam

Gua kena tulis award, dan pemenang Anugerah Frost & Sullivan bagi Kategori Kemasukan Pasaran Menegak (Vertical Market Penetration) ialah.. lu tunggu bulan 8 nanti dia umumkan. Ini kerja last gua sebelum gua pencen, maka gua tenang.

Gua dapat SMS berbunyi :


SMS ON BABY to 33226 and get FREE cute babies on your phone now!!


Hmm...macam-macam cara orang nak buang anak.

4 Tribute to Dbe', Lagenda Musik Rock n Roll Sabah


Gua tau, niat ko Dbe. Ko memang baik hati memuji gua tanpa paksaan. Ye pun nak memuji, biarlah ikhlas sikit dalam ejaan dan susun kata. Kecil hati aku...ish2


Dbe dan gua ketika Perlawanan Tarik Kayu Kategori Berat Badan Bawah 45 kg (lalalala~).. Dbe' menang selepas gua bagi no akaun CIMB gua kat dia.

notakakiKenaBuli : Hari ni gua buat tribute to Dbe.. Good Luck Interview Petronas esok!!
Oh ya..gua ikhlas ni.

0 Kadang-kadang Kita Meluat Tengok Kawan-kawan Kita


Ini gambar ketika SPM dulu kala, lihat saja teletah kawan-kawan gua. Kadang-kadang gua rasa mengapa gua perlu berkawan dengan mereka, tapi gua tahu kalau bukan gua, siapa lagi yang mampu membuka hati mereka menerima pesakit-pesakit tekana jiwa ni.

2 Ahlan Wasahlan 2009

Kesedaran gua terhadap nombor-nombor di kalender agak rendah. Tetapi gua sedar jugak la kehadiran tahun 2009. Gua nak mengucapkan Selamat Tahun Baru Masehi 2009 dan Hijrah 1430. Ye gua lambat, gua sedar tapi gua tak rugi apa pun. Wajah gua tetap iras Edward Cullin, hero filem Twilight. Ohh.. Happy Belated Besday kat Abah gua. Umur dah 51 beb..

Gua akan menamatkan perkhidmatan gua sebagai Penganalisis Pasaran pada Jumaat depan. Dan gua bakal memulakan kehidupan sebagai pelajar kembali di Universiti Teknologi Petronas. Hari tuh gua hantar member di UPM, gua tetibe rindu UTP terutama di Old Village 5, Kafe Pak Ali, DC++ dan katil spring. Memang klasik lepak kat tebing jalan sambil main gitar, tak ada internet lagi kat area V5 tuh. Okay gua dah melalut.

Azam tahun nie? Hmm...gua berazam nak plan untuk azam 2010. Tuh azam gua..hehe

notakaki : Esok gua ada latihan seni suara di Pusat Karaoke Alamanda, dan sessi latihan musik di Studio kat Wangsa Maju...ingat bawak pick!!

3 Jalan-jalan Cari Gaduh Di Gunung Nuang

Lokasi : Gunung Nuang, Hulu Langat dan Karaoke, Alamanda

Teraju Utama : Achan Sinclair, Jali Bajet, Nurul Syamimi dan Nadhiratul Nasuha

Kenderaan : Roll Royce Body Kit MyVi milik gua.

Genre : Kekeluargaan

Tarikh : 2 Muharam 1420

Cuaca : Tip-top

Drama :

Hari Isnin cuti beb, tak kaciplah duduk rumah sambil usha Astro channel AXN yang mengulang tayang filem sama berulang kali. Tak kena dengan jiwa gua. Gua mengambil penyelesaian untuk mandi air sungai dengan rakan-rakan sekolah dulu (STAR, Klang). Yea..kisah lebih setengah dekad dahulu!! Bunyi ramai yang nak pergi.. Last-last 4 manusia ni jugak yang pergi.

Kami memilih sungai di sekitar Hulu Langat, lu paham la kan sekarang ni musim cuti sekolah. Maka sungai-sungai di penuhi dengan bapa-bapa dan anak-anak, tapi ini tak melunturkan semangat remaja seperti kami untuk beriadah. Raun punya raun, akhirnya kami bertapak di sungai tepi Gunung Nuang. Ok la ada 2 famili, mungkin kawasan agak dalam dan tak sesuai untuk bawak anak berusia bawah 15 tahun. Makanan di sediakan oleh Cik Syamimi kita dan gua sendiri, terima kasih kepada kami berdua. Tahniah juga kepada Bajet dan Dhiera sebab bawak perut..hehe


Pembuka selera, gambar gua. Baru bersemangat nak hidup!! Tak dalam mana pun. Gua duduk atas batu tuh. First dapat air memang excited jugak la..Latar Belakang, Dheira.

Semangat waja gua dalam air disanjungi oleh Bajet dan tak diambil endah oleh Dheira. Tak pa..jarang bergambar ek..tenunglah lensa kamera tuh puas-puas. Air tak da la sejuk ye r, gua start mandi pun dah pukul 2, jadah ape nak sejuk cam Alaska.


Kalau gua taruk gambar Syamimi nanti Bajet tarik muka. Kalau taruk gambar Bajet pulak nanti macam gua tak ada pedoman hidup.. Taruk gambar Dhiera apa efek? Kena bambu dengan dia? Hahaha..tak ada dia nak tembak gua pakai Bazuka pun. Poket terkeluar tuh!!


Ikut ketinggian : Bajet, Syamimi dan Dhiera.


Okay...nanti kita hantar dekat majalah Mangga!! Perangai tiada bezanya dengan zaman dulu. Gaya nak remaja sentiasa. Oh yea..gambar mereka pernah keluar di majalah Remaja pada awal 2000. Aku lupa edisi mana.


Selepas penat buat perangai di Gunung Nuang, kami mengambil keputusan untuk berkaraoke di Alamanda Putrayaja. Gambar : Syamimi bersetuju bahwa suara gua ada iras-iras suara Irwansyah. Lu rasa lagu apa gua nyanyi? Haa... If I Let You Go dendangan asal Westlife.. Hmm..ada la iras Nick Carter.


Bukan main serius muka Bajet menyanyi, bukan lagu Search pun tapi lagu Mas Mona nyanyian Jeffydin. FYI, ini kali pertama gua usha Bajet menyanyi selepas hampir 10 tahun gua kenal dia. 10 tahun, 1st time menyanyi!!!


Dheira dan Bajet bukan main seronok dapat bergambar bersama idola masing-masing (gua).


Syamimi tenang ketika bergambar, dan situasi berubah serta merta selepas beliau mengetahui kewujudan 'tanduk' di dalam gambar tersebut. Gambar terakhir kami dalam situasi harmoni sebelum unit FRU dari PDRM datang menenangkan keadaan.


Sememangnya kami buat perangai macam zaman muda remaja, bergosip di sana-sini, kutuk rakan-rakan lain, menebar fitnah di sana-sini dan lain-lain lagi. Terima kasih daun pisang kepada semua yang terlibat!!

3 Ip Man, Bukan Sekadar Kisah Lagenda Kung Fu


Perrrgghhh

Percayalah dunia, dalam masa kurang 9 jam gua telah usha 2 x movie mandarin terbaru lakonan Donnie Yen. dan sememangnya aku menyatakan ianya adalah tirai penutup terbaik untuk filem-filem untuk tahun 2008.

Filem Ip Man (sebutan Yip Man), adalah sebuah tribute kepada seorang pakar kung fu di Fo Shan, sebuah pekan kecil di China. Yip Man juga adalah jurulatih kung fu (jenis Wing Chun) kepada bintang filem terkenal 70'an, Bruce Lee.

Tak puas gua usha di Cineleisure, gua balik download di rumah. Terrrbaik!! Antara filem kung fu terbaik pernah gua tonton, atau antara file martial art terbaik kot. Ip Man bukan sahaja menonjolkan aksi-aksi kung fu yang 'logik', tak kuat terbang dan diterima akal malahan juga plot penceritaan atau storyline adalah menarik. Pengarah Seni yang bersusah payah dalam membentuk kareografi untuk filem ini adalah pelakon merangkap ex-classmate Jackie Chan iaitu Sammo Hung.

Berkisarkan kehidupan lagenda kung fu ini, yang berlatar belakangkan tahun 30'an hingga 40'an, ketika Jepun menyerang China. Bagaimana persaudaraan, maruah dan harga diri boleh meluapkan gunung berapi. Niali kekeluargaan dan persahabatan yang hebat juga menjadi suatu agenda utama yang di ketengahkan oleh pengarah Wilson Yip dalam filem Ip Man. Babak-babak lawak slapstik juga muncul ketika klimaks perlawanan, menjadikan filem ini lebih santai dan mudah dihadam oleh golongan umum.

Perkembangan watak juga menaikkan nafsu amarah gua untuk menonton filem ini sehingga habis. Bagaimana watak Ip Man dari seorang cool menjadi seorang pejuang, dan watak Li Chiu, seorang pegawai polis menjadi tali barut Jepun dan berubah menjadi sahabat yang baik. Pemilihan pelakon juga adalah terbaik, anda pasti akan berbisik dalam hati, "mMacam pernah tengok pelakon-pelakon ni". Ohh ya, watak isteri Ip Mun dibawakan dengan jayanya oleh aktres cantik jelita Xiong Dai Lin. Aku ter pikat!!

Penataan bunyi memang terbaik. Anda boleh dengar bunyi tumgukan laju-laju itu dengan jelas sekali, umpama anda sedang menampar-nampar telapak kaki anda laju-laju...Laju sangat... Haa...macam tu. Tu lah bunyi Ip Mun menumbuk!! Siapa tak teruja? Musik latar adalah sesuai, tidaklah seperti sebuah drama swasta TV3, babak berpisah dengan bapa tapi lagu latar OST Godfather...demmit

Secara keseluruhan, jika anda kepingin filem aksi lawan-lawan. Gua dengan penuh ikhlas mencadangkan filem Ip Mun. Serius, ianya jauh lebih bermakna dari sudut penceritaannya jika nak dibandingkan dengan filem aksi tomoi, Ong Bak.

Rating :- 4.7/5

Jom cuci mata dengan teaser movie ni.




notakakiMartialArt : Sekrang gua dah tau apa itu tumbuk laju-laju...Apa usha-usha?? Nak kene tumbuk laju-laju??