1 Saya (N)Anti Rasuah

Satu petang yang indah-indah damai, gua diarahkan untuk membayar saman yang tertunggak angkara peristiwa seat belt tahun lepas. Time tu pun bila polis tahan gua terus berhenti dengan cara aman dan tiada protes. Time tu nak lari terus pun boleh, tapi malas la nak masuk ofis dengan kelongsong peluru tersemat dekat belakang badan.

Setahun dua bulan selepas kejadian, gua nak kena renew roadtax motor. Roadtax RM2 pun nak kecoh-kecoh suruh renew tiap-tiap tahun. Cuba la kerajaan buat sistem renew roadtax tanpa had, mau gua renew roadtax sampai tahun 2059 terus. Tapi isu besarnya adalah insurans motor sebanyak RM213. Lutut dia, harga insurans macam tak ada kasih sayang. Memang membebankan, lagi-lagi bagi seorang penganggur sepenuh masa.

Bila gua pergi kedai cina tu nak renew insurans, dia check bahawasanya gua ada saman tertunggak RM300. Kepala hotak dia!!! Maka disebabkan itu gua terpaksa bayar saman. Damn

Jadi untuk mengurangkan sedikit RM300 tu, gua karang surat rasmi dengan menggunakan ilmu Bahasa Melayu Penulisan yang pernah gua skor A pada suatu masa dahulu. Gua usung surat tersebut, kad penganggur yang disediakan oleh kerajaan dan segenggam tabah ke Ibu Pejabat Polis Daerah. Maka disini gua nak cerita satu story yang patut dibuat pedoman.

Gua : Assalamualakum Encik.

Koperal Y : Waalaikumsalam encik, sila duduk. Ni nak bayar sama ke?

Gua : Aah, saman ni RM300 cik. Tak boleh kurangkan ke? Ni saya ada bawak surat rayuan.

Koperal Y : Tak boleh la encik. Ni saman kat KL, so encik hanya boleh buat rayuan kat KL aja. Ni encik sangkut nak buat roadtax kan?

Koperal Y check line kiri kanan.

Koperal Y : Tapi saya boleh tolonglah, RM200.

Gua : Mak aih encik, tu mahal lagi tu. RM150 boleh la?

Koperal Y : RM150 tu aja nak bayar saman encik, anak saya nak makan apa nanti?

Gua : Ehhh?

-----------

Maka disini ada beberapa kemungkinan yang bakal berlaku kepada anak Koperal Y.

A) Anak Koperal Y tak cukup makan.

B) Anak Koperal Y cukup makan dan bakal menjadi Mat Rempit/ Budak Gothic kat Time Square/ Budak Shuffle kat tepi McD Jalan Bukit Bintang dan seumpamanya.

-----------

Selepas gua discuss ngan Abah gua, yang juga bekas seorang pegawai polis berdedikasi. Abah gua tak bagi gua suap anak-anak Koperal Y. Maka esok gua terpaksalah pergi ke Balai Trafik Jalan Bandar.

Selangkah gua keluar dari pintu bahagian trafik tu gua nampak papan tanda,

"Pemberi Rasuah akan Didakwa!!"

Dalam hati suci gua bertanya-tanya, "Bagaimana dengan Peminta Rasuah?"

---------

Sepatutnya Koperal Y bukan pakai lencana "Saya Anti Rasuah". Sepatutnya lencana ini yang patut Koperal Y pakai kat atas nipple pink dia.


Intergriti amalan kita? Hak tuih!!

1 487 batang pen patah:

Sarsir berkata...

kalau lu bayar awal sblm tarikh kompaun...trus jek dpt rm150 bro...