1 Review Filem : Taxi Driver (1976)


Ini cerita klasik kaw, mak gua baru umur 17 tahun tengah ambik SPM. Cerita Robert De Niro janganlah lu nak menyangkalkan kehebatan lakonannya. Kalau lu nak compare dengan kualiti lakonan Shamsul Anak Yusuf Haslam yang ada hati nak berlakon jadi mat rempit budiman. Memang lu boleh tutup blog gua. Jangan masuk dah!!

Gua sarankan budak-budak anarki kat Bukit Bintang layan cerita ni!! Wajib!! Lu orang nak gulingkan kerajaan. Lepas gulingkan tak tau nak buat apa. Bingai. Cerita ni menang award kecik-lecik tu banyak la, tapi kurang-kurang cerita ni tercalon untuk 4 anugerah dalam Academy Award. Termasuk untuk Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik (Robert De Niro) dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Jodie Foster).

Filem ni diarahkan oleh pengarah cerita yang selalu buat cerita ala-ala Italian American, iaitu Martin Scorsese. Sebenarnya uncle ni lincah lagi movie dia buat macam The Aviator, Casino, The Departed dan crime movie Gang of New York. Memang hasil kerja dia boleh dikenalpasti dengan tema dan unpredictable plot dalam filem. Bukan macam sesetengah filem, lu dah boleh agak apa skrip selepas certain part tu. Tak ada unsur kejutan langsung.

Filem Pemandu Teksi ini dimulakan dengan watak Travis Bickle (Robert De Niro) yang nak apply jadi drebar teksi. Mamat ni ada masalah penyakit insomnia atau bahasa mudah tak boleh tidur. Jadi mamat ni kaya raya lah dengan kerja tak berhenti sebab tak boleh nak tidur. Kalau dia cuti pun dia pergi usha tayangan filem porno atau bahasa umum cerita blue.

Sepanjang kehidupan dia sebagai pemandu teksi, Travis ni tertekan dengan masalah sosial yang berlaku dalam kota New York tu. Dengan pelacuran, perompaknya, polis (n)anti rasuahnya dan pelbagai lagi. Memang dia dah mual sangat dengan benda-benda macam ni.

Dalam tak diam, Travis ni syiok pulak dengan sorang awek yang bernama Betsy. Awek ni sebenarnya volunteer untuk calon Presiden yang akan bertanding time tu. Psiko tak psiko Travis ni, time first date dia bawak Betsy ni usha wayang blue. Lepas tu Betsy tak kan nak lentok kepala kat bahu Travis, so dia pun malas nak layan Travis ni.

Pada suatu malam time Travis ni bawak teksi, Iris (Jodi Foster) yang merupakan pelacur bawah had umur masuk dalam teksi Travis ni dan suruh Travis bawak dia lari. Tapi time tu Travis pun macam tengah sengal-sengal, maka bapak ayam Iris ni dapat tangkap Iris balik.

Selepas beberapa lama, Travis ni pergi cari pistol untuk dibeli. Dia nak pergi bunuh calon Presiden pulak sebab dia rasa calon Presiden ni punca dia tak boleh bersama dengan Betsy. Lepas dia ejas badan macam Sazali Samad dan buat rambut gaya Travis Blink 182, maka digerakkan kaki menuru destinasi. Tapi lepas tu hajat dia tak kesampaian.

Peluru banyak lagi tak guna, so dia pikir-pikir dan dia menuju ke rumah pelacuran. Dia pergi sana bukan nak bayar bil air, tapi nak pergi selamatkan Iris hari tu. Kira dia macam menyesal la tak dapat selamatkan Iris hari tu. Finally, Travis ni digelar sebagai Hero dalam ciry dia..

Teknik penceritaan dalam filem adalah bergaya Travis tengah tulis diari, dan diceritakan balik. Maka filem ni bergerak perlahan sikitlah, nak tulis diari bukan nak cerita pasal letup sana, letup sini kan?

Watak Travis ni, banyak review kata dia ni psiko sebab tertekan selepas pulang dari perang kat Vietnam. Dari persepsi gua, Travis ni adalah seorang yang berfikiran kompleks. Watak dia ni agak contradiction, bak kata mat salleh a part is the prophet and the other part is the pusher. Kelakuan dia bawak Betsy usha citer blue tu gua syak niat dia baik, untuk menunjukkan realiti tapi tak relevan pada masa dan situasi. Sama dengan part dia pergi serang rumah pelacuran tu, niat dia baik nak selamatkan Iris. Tapi habis satu bangunan dia headshot. Pemikiran dia agak anarki sebab menunjukkan dia benci polis dan tak ambik port dalam politik kerana dia menganggap those guys just the scumbags!!

Totally, filem yang berdurasi 1 jam 53 minit ni memang memuaskan dan cukup unsur dramanya. Sebuah filem hasil pemikiran berat bukan filem buat pakai buku lali macam Sifu dan Tongga. Tak keterlaluan gua kata ini antara heavy movie terbaik pernah gua usha

Rating : 8.7/10

Scene paling femes dalam Taxi Driver.



Sceme parody dari budak-budak WWE.



notaKaki : Lu rasa orang nama Travis ni memang rambut mohawk ke?

1 487 batang pen patah:

taufiq aqmal berkata...

Matlamat mghalalkan cara..

kitab das kapital(12:102)

ajaran 'nabi' karl marx