6 Matahari Yang Mendung dan Pasar Yang Cerah

Hari ni gua tak banyak mendatangkan masalah dekat Kota Kinabalu. Dalam hati sanubari ni gua pun ada timbang rasa jugak polis kat KK ni, semalam Krismas tak kan hari ni nak kena bertempur dengan Hulk Hogan kan?

Jadi petang tadi gua bajet nak usha sunset dekat Pantai Tg Aru yang terletak 150 m dari pintu rumah gua. Tapi nasib tak menyebelahi gua sebab hari ni mendung-mendung sikit, maka matahari pun gua tak nampak.

*Awan mendung hari ni, nanti gua try dapatkan shot terbaik sunset from Tg Aru.


Pada sebelah malamnya gua dan mak bapak gua mengolekkan tayar menuju Pasar Ikan dekat belakang Pasar Filipina tu. Gua dah banyak kali datang, tapi tak bawak kamera. maka kali ni gua buat muka pelancong sikit datang pasar bawak kamera.

Seafood dekat KK ni memang supermurah. Murah kurang dari setengah harga dekat KL (Tesco). Contohnya dekat KL, harga ketam sekilo dalam RM23-26/kg. Kat sini harga dia RM6-10/kg. Tak ke gila babi murah?

Jadi kalau gua datang Sabah aja, makanan utama kami sekeluarga pastinya terdiri dari seafood dan payau (daging rusa). Rusa dekat sini memang agak murah. Mak gua masak mesti nak campak rusa, macam masak kicap daging rusa, kari daging pakai daging rusa, paprik daging pun daging rusa, mee goreng pun campak daging rusa sampai karipap pun daging rusa. Lu mesti musykil kan? Karipap ayam lu pernah rasa, karipap sardin pun sama. Macam mana agaknya rasa karipap rusa? Hahaha.. Selamat gua tak tumbuh tanduk.

Jadi sepermergian gua ke Pasar Ikan tadi memang layan la usha ikan. Stim ajer. Untuk pengetahuan umum, pasar ni memang terletak kat tebing laut. Jadi nampak ikan dia fresh macam pak cik pasar tu baru angkat ikan dari laut kat belakang dia aja. Ikan dekat sini dah la murah, segar gila pulak tu. Tak sentuh ais lagi. Nyum2. Peniaga kat sini majoriti adalah orang Filipina, dan kat sini ramai budak-budak Philipine yang merayau sua-sua plastik. Konsep diorang, diorang tak mintak sedekah. Tapi diorang 'jual' plastik tu dekat customer. Satu plastik besar standard tesco punya plastik tu adalah 20 sen.

Kat sini gua nak show off gambar-gambar pasar.


*Pasar ikan..woo

*Dekat sini sotong memang banyak jenis. Sotong kataklah, sotong torpedo lah..tapi gua tak jumpa 'geng sotong' kat pasar ni. Walhal g pasar ni kerja kaum hawa, awat depa tak berminat?

*Ikan kat sini memang murah sangat-sangat sampai ikan kerisi (bukan ikan gred A), dijual selonggok dalam RM2-3 ja.

*Ni nama dia ikan tuna, spesis ikan paling besar yang ada dekat pasar ni. Ikan yang gua amik gambar ni berat dia dalam 20kg, besar budak gak la. Brader tu cakap ikan ni muda lagi, average berat ikan tuna yang dijual selalu 80kg-100kg. Berat dosa kot.

*Mama ngan Abah gua pilih ikan. Jarang pada usia sekarang ni gua jalan-jalan ngan parents. Ahaks.

*Ini ikan putih, antara jenis ikan paling mahal dekat pasar ni. Semua tinggal body aja, dia cakap yang part kepala semua restoran dah borong.

*Kepada kaum hawa yang tak pernah ke dapur, ini nama nya tomato.

*Ini pulak cili, bak kata slanga rumah gua Cabai Merah

*Dekat pasar ikan ni pun ada pak cik-pak cik yang setia berkhidmat untuk alter seluar. Bapak gua kata diorang ni memang pro sangat dah alter-alter seluar ni.

*Bandar Kota Kinabalu di malam hari

6 487 batang pen patah:

thepinklover berkata...

oohh rindu KK!!
update la lagi pasal KK.
last time i went to KK went to tg aru also.jagung bakar!!


oohh dulu masa zaman intern pasar ni wajib pegi setiap rabu after office hour untuk topup ikan udang sayur-sayuran dalam peti sejuk.best2!!

Achan Sinclair berkata...

Lambakan jagung di Tg Aru

ozone berkata...

aku rasa aku nampak kau atau lelaki serupa seperti gambar yang terpampang di blog kau ni tadi di 1 borneo.

Achan Sinclair berkata...

Hahaha..kalau malam tadi ye r tu..

Achan Sinclair berkata...

Hahaha..kalau malam tadi ye r tu..

Jairo berkata...

ari aku nampak ngko tengah usha perodua alza kat 1borneo hahahahahahah rupanyer ngko ni lebih besar dari paparan kat gambar hahahahahahahahah happy new year....