0 Last Post for 2009

Gua usha ramai dok update blog bajet kira last post of the year la. Gua dah tak larat nak tulis dah. Taun ni aja, ni post yang ke 215. Kalau sekolah rendah dulu, kumpul-kumpul buat buku scrap pun mau dah tebal macam kamus oxford. Kulit luar tu, hias-hias sikit. Bakar ubat nyamuk kat tepi-tepi kasi nampak seni. Macam haram.

Kira malam ni tahun 2009 dah nak settle down, ada besar kemungkinan esok mak cik jual nasi lemak bungkus nasi lemak pakai kalender 2009. Lepas tu, pergi kedai runcit beli telur 10 biji pun nak mintak kalender kuda 2010.

Cerita pasal 2009? Ntah..macam biasa aja. Bukan tahun ni gua dapat anak ke apa tahun ni. Tapi yang big issue sikit, gua dah habis belajar la tahun ni. Perrghhh, 18 tahun gua belajar secara formal akhirnya nampak jugak penghujung. Memang dramatik!! Owh, tahun ni pun jadi isu besar time gua kena saspek H1N1 dan kena masuk hospital dulu. Seksa gak beb. Lepas tu, dalam bulan ni jugak arwah Tok Wan gua meninggal dunia.

2010 apa pulak jadi? Gua harap dapat kerja yang proper dan gua mau menstabilkan hidup gua. Mungkin banyak limitation dah sebab gua rasa dulu zaman student memang banyak masa, dah start kerja nanti dah tak banyak masa nak enjoy-enjoy. Owh, 2010 nanti gua boleh buat celebration 10 Years as Smoker..kalau umur panjang lagi.ahahaha

Hepy New Year

0 487 batang pen patah: