4 Kisah Seorang Penganggur #1


"Harris, please explain about yourself," tanya Mr. F sambil tersenyum. Gua usha mamat ni dari tadi asyik senyum aja, samada dia ni kuat senyum atau otot muka dia ada short sket.

"My name is Harris Zahari, graduated from bla..bla...," gua jawap sambil senyum. Bangga jugak la sebab gua cakap macam Mahadzir Lokman cakap omputeh, berair jak, tak dak sangkut-sangkut. Tak sia-sia gua dengaq lagu-lagu Nine Inch Nails dulu-dulu.

Gua memang pasang harapan la nak kerja. Duduk rumah pun bukan macam broker saham duduk goyang kaki angkat telepon duit masuk ribu-ribu. Gua angkat telepon duit lagi banyak habis adalah. Angkat telepon = ajak keluar = perabih duit. Sampai satu masa gua usha buku Tabung Haji gua pun penuh dengan niat jahat.

Time elok gua tengah kena interview ngan Mr. F tu.

Tiba-tiba...

"Krriiinggggg... Ini adalah suatu kecemasan. Pihak kami telah mengesahkan satu kebakaran berlaku dalam bangnan ini. Anda hendaklah turun berkumpul di bla..bla..bla.." Pak Gad mencaci maki dalam speaker kaat atas kepala gua.

" Cesss... kenapa time-time ni???" dalam hati gua memaki secara pelan-pelan dalam hati kat sapa yang tak reti padam putung rokok.

Maka gua dan Mr. F berlari-lari kecil menuju ke tingkat tanah. Mula-mula Mr. F ada hati nak turun ikut lif, tapi gua rasa di sedar bahawa seorang ahli bomba tengah tunggu kat depan pintu lif kat tingkat tanah sambil pegang sebilah kapak. Akhirnya Mr. F membatalkan niatnya tersebut.

Elok gua dah sampai kat tapak perhimpunan, maka Mr. F cakap gua. "Ok, lets continue our conversation back".

Selama gua belajar subjek Professional Communication Skill, gua tak pernah belajar macam mana nak kena interview dekat tapak parking kereta sambil buat but belakang kereta Proton Wira jadi meja tempat kau tanyang sijil-sijil Pengawas Koperasi time sekolah dulu.

"Macam mana nak berdiri?? Tangan masuk poket ke?? Peluh dah tumpah kat spek ni nak kena lap ke??" semua serba tak kena. Rasa nak pukul-pukul saja semua pihak berkenaan.

Mengah turun tanggan tingkat 6 tak habis lagi. Turun tangga masing-masing macam Watson Nyambek, takut mati rentung gamaknya. Mana tak mengah. Bila dah mengah english gaya Mahadzir Lokman tadi dah berubah macam sila. Apa gua cakap pun gua tak sedar, gua rasa dia lagi tak paham apa gua mencarut.

..................

"Ok, thank you Harris. Ill give you call for the next interview"

"You're welcome Mr. F. Im looking forward to hearing from you soon"

"Hak tuih",
Mr. F jawap dalam hati gamaknya.

4 487 batang pen patah:

AlexAlabasta berkata...

I sense success, Acan. Dah, dah! Cepat mai sini gie terapung~!!!

tagskie berkata...

hi.. just dropping by here... have a nice day! http://kantahanan.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

Nur: (malas nk sign in gmail)- hahahaahha..ini mmg lawak acan. smpi bos lalu belakag pun smbil usha semacam je siap tny blog sape yg kamu duk gelak2 ni.

neo berkata...

Kah3..mmg lawak abis.

Aku saspek bahasa omputih dah jadi macam zainudin maidin dah tadi.