4 Jemputan Makan Free ke Makan Hati

Gua memperketatkan ikatan kekeluargaan kain pelikat gua dengan tinggi sikit dari aras pusat. Karang terlondeh time gua nak keluar rumah ambik surat kang boleh mendatangkan spekulasi antara tingkap. Gua tak nak orang bercerita perihal mak cik rumah depan tinggalkan laki dia lepas tu datang kat gua hanya semata-mata peristiwa kain pelikat gua terlondeh. Tak manis pulak nanti.

Selipar kena sarung elok-elok, karang cacing kerawit masuk ikut tapak kaki pun buat naye je. Jumpa doktor pun mau kena gelak, dah tua-tua kena jangkitan cacing kerawit. Gua belek-belek surat yang baru tadi brader posmen tu hantar, panas lagi suratnya. Mungkin dia duduk atas surat gua kot.

Ye lah, time-time menganggur ni gua harap jugak kot-kot ada orang pos cek duit juta-juta atas nama gua. Itulah rezeki. Rezeki jangan ditolak, sugar mummy jangan dicari.

Selak-selak, surat hutang kredit kad Abah gua, bil meksis gua yang dah 2 bulan tertonggak dan sehelai kad kahwin yang ditujukan khas ke atas nama gua; Saudara Achan. Entah sapa ngajar dia karang karangan format Kad Ucapan time UPSR dulu.

"Abang, nasi dah siap!!" pekik adik gua memberi tanda penyeksaan gua bakal berakhir tak lama lagi.

Lepas gua menyatukan nasi dan pelbagai lauk bujang seperti sambal tempe dan telur dadar, gua membawa diri kat depan TV. Tengok cerita Indon memang macam tak ada penamat.

Tangan belah kanan suap nasi dan mengenangkan kesian kat tangan kiri lantas gua assigned tangan kiri untuk bukak surat yang gua kutip tadi.

Bil meksis tertunggak dah jadi RM 83.55. Kan best kalau dia buat sistem lagi banyak call lagi sikit kena bayar. Kata Ananda Krishnan dah kaya, apa salahnya buat amal jariah sikit buat bekalan di hari kemudian.

Oh ya, kad kahwin. Tiap-tiap minggu gua dapat jemputan ke kenduri kahwin. Menanti jugak kot-kot ada yang tersilap hantar Jemputan Ajak Kahwin. Dapat duit hantaran boleh bayar bil meksis.

Assalamualaikum wbt
Kami
Pak cik & Mak cik
dengan segala hormatnya mempersilakan
Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik
Saudara Achan dan isteri
ke majlis bla..bla

Perghh...gua tutup kad. Gua koyak kecik-kecik buat ulam makan nasi.

Sukahati aja letak title gua ada isteri. Ini perli ke kutukan? Terluka hati gua.

Gua karate nasik sampai terbelah tiga tanda protes.

4 487 batang pen patah:

kEyrOL~ berkata...

pereggan pertama anda sgt kontroversi! ahahaha :P

Bajet berkata...

haha biar betul acan dia ckp saudara achan dan isteri?

oYaMa berkata...

haha..gila aaa achan..sapa bergurau dgn hang lagu tuh? ada kad jemputan sedemikian rupa?? haha..~

encikBoy berkata...

ko tunggu tahun depan... ahaahahh~