1 Gulung Tikar: Laos Ikut Jejak Liverpool

Laos 1-3 Malaysia

Malaysia akhirnya berjaya melangkah kaki ke peringkat akhir acara bola sepak Sukan SEA setelah menumpaskan pasukan negara tuan rumah, Laos malam tadi dengan jaringan 3 berbalas 1. Ini bermakna pingat perak sudah dalam genggaman dan hanya menunggu masa untuk menukarkannya dengan kilauan emas. Itu pun kalau final nanti main tak sepak bola ke atas.

Pada perlawanan tadi, skuad negara mendahului perlawanan pada minit ke-13 separuh masa pertama hasil jaringan Baddrol Bakhtiar yang bermain di posisi sayap kiri. Pemain skuad Kedah itu berjaya menghasilkan gol selepas menerima umpanan dari Manaf di kanan tiang gol dan bijak membuat sepakan Milo seterusnya memperdayakan penjaga gol Laos. Selepas gol pembukaan itu pasukan Malaysia mendominasi permainan sehingga tamat separuh masa pertama. Rentak perlawanan juga diperlahankan ala Brazil.

Minit ke-72 separuh masa kedua, Sharbini Alwee iaitu penjaga gol negara terlupa teknik menjaga gol seterusnya memberikan gol penyamaan kepada pasukan tuan rumah. Gol jaringan Kanlaya Sysomvang itu sekelip mata membuatkan senyuman penonton di rumah menjadi carutan. Selepas gol penyamaan itu, Malaysia mula jadi berterabur macam Liverpool kelmarin.

Tetapi tidak lama selepas itu, akhirnya Malaysia mengambil keputusan untuk mengikut jejak langkah Arsenal. Baddrol Bakhtiar sekali lagi meletakkan Malaysia di hadapan dengan satu sapuan yang cantik menghukum penjaga gol Laos yang lemas kerana cuba menyelamatkan percubaan ala crossing Kunanlan pada minit ke 79. K. Rajagopal lega di bangku simpanan. Begitu juga dengan anda di rumah.

Ketika perlawanan berbaki kira-kira 6 minit, Pemain KL Plus, Safiq Rahim menambah derita pasukan tuan rumah seterusnya meranapkan impian Laos memburu tempat ke perlawanan akhir selepas menolak masuk hantaran ala Winning Eleven oleh Norshahrul Idlan dari kiri tiang gol. Jadi Malaysia sekali lagi akan bertemu Vietnam di perlawanan akhir untuk penentuan pingat emas pada hari khamis.

Adakah Malaysia mampu merangkul pingat emas edisi Sukan SEA kali ini sesudah 20 tahun kemarau dan main macam monyet? Mungkin hanya Subadron Aziz yang mampu menjawab.

"Dulu setiap kali Abang Bad score gol, dia akan pandang saya dan saya akan sengih sampai lenguh..." ujar penyanyi 90'an, Salwa Abd Rahman


Sumber : Sokernet

notaKaki : 20 tahun..time tu adik gua yang nombor 3 baru tengok dunia..gua nak tengok jugak Malaysia angkat emas..nak tunggu 20 tahun lagi boleh cerita dekat anak gua.

1 487 batang pen patah:

taufiq aqmal berkata...

Salwa Abd Rahman ni WAG Malaysia gak ke? Wakakaka...