3 Doktor Gigi vs Kewangan Gua


*X-ray gigi gua kira macam ni rupa la.


Gua semalam pergi jumpa doktor gigi. Doktor gigi perangai macam rejim Israel, cabut gigi gua tanpa belas kasihan. Dia bikin rahang gua jadi fulkrum time nak tuil gigi bongsu gua macam nak bukak tin biskut cap Julie's.

Sebenarnya lama dah gua menderita sakit gigi ni, tapi pergi klinik kerajaan memang bikin sakit hati. Appoinment bukan main hari-hari, dia main bulan-bulan beb. Sempat gua ambik ijazah pergigian lepas tu cabut gigi sendiri dulu.

Sebenarnya dah lama sakit gigi ni jadi isu besar terhadap gua, semenjak raya puasa hari tu. Bukan main lama gua memendam rasa sendirian. Lepas selesai segala-galanya, gua kena caj RM550. Nak aja gua tanya, boleh mintak diskaun pakai Kad Penganggur tak? Tapi disebabkan gua malas nak bertempur dengan doktor gigi yang badan dia ada iras macam Terminator tu. Maka gua diam-diam aja bayar, tak banyak tanya.

Mula-mula kena cabut yang bawah aja, lepas tu dotor tu kata dah cabut yang bawah kang gigi atas nak alas pakai apa? Pakai gusi? Gusi ko buat dari apa? Kayu?? Besi?? Ke pakai adamantium macam Wolverine tuh? jadi doktor kata nak elak sakit gua kena cabut gigi atas sekali. Satu pakej.

Sekarang lepas 2 batang gigi gua dah kena cabut, gua rasa ringan 15kg. Lompat pun naik tinggi sikit dari biasa..Yeay!!

3 487 batang pen patah:

kEyrOL~ berkata...

haah acan. gomen main bulan2. penah aq nk g cuci gigi, dia bg appmnt lg 5 bulan. tekejut berok aq kot. lama gilos.

btw, btol ke lg ringan???? ahahaha~

Anwar Samad berkata...

acan.. cabut gigi kat klinik swasta memang mahal.. hargailah mana2 balance gigi yang ada..

Achan Sinclair berkata...

keyrol - dia nak suruh ada batu karang kat mulut, baru jumpa dia..baru puas hati buat scalling

Anwar - Jangan gigit batu k?