0 Diari Seorang Penganggur #2 : Senarai Harapan Hari Natal


Kehadapan Saudara Santa Kelaus yang dirindui,

Apa khabar saudara di Kutub Utara sana? Harap-harap sihatlah hendaknya. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk mengajukan Senarai Harapan, atau Wish List dalam bahasa asing kalau saudara tak paham cakap Melayu.

Bukanlah niat saya nak meminta-minta dari pihak saudara, tapi saya dapat merasakan pihak saudara sering mendiskriminasi atau bersifat racist kerana saya tengok saudara hanya bagi hadiah dekat orang putih aja. Kenapa orang Melayu, India, Cina dan pribumi tak mendapat layanan yang adil dari pihak tuan? Ini boleh mendatangkan kemarahan.

Ok. Saya terus tuju ke senarai harapan saya. Bagi tahun ni punya krismas, gua tahu kadar inflasi makin tinggi dan ekonomi tak stabil. Jadi gua mintak satu benda je...satu je.

GUA NAK KERJA!!!

Maka diharap pihak saudara dapat mengusahakanlah wish list saya kali ini. Mana tahu saudara ada adik-beradik atau sedara mara di mana-mana syarikat. Jadi tolonglah promote-promote nama saya dekat mereka.

Sebagai balasan, gua akan sediakan masak lemak ikan merah untuk santapan saudara dan rumput kering goreng berlada untuk rusa-rusa saudara. Dan tak lupa, janganlah racist sangat dengan Asian, jangan terikut-ikut perangai orang Eropah tu. Awak tu orang Kutub Utara..ingat asal usul tu.

Sekian Terima Kasih.

Kawan Jauh Mu,

Achan Sinclair


notaKaki : Merry Christmas kat semua member-member gua yang menyambut krismas.

0 487 batang pen patah: