2 Schedule Seorang Penganggur #1

Astaghfirullah..gua hampir membuat keputusan yang bakal mengubah kehidupan gua selama-lamanya. Tapi nasib baik gua cepat tersedar balik, cepat-cepat ambik air semayang duduk kat atas sejadah. Apa?? Lu ingat gua terpikir nak buat transeksual?? Perrghh..kalau gua buat transeksual, 20 tahun akan datang dunia akan kurang populasi sebanyak 10 orang. 10 orang tu bukan calang-calang, kalau kena dengan didikan yang gua berikan, tak mustahil ada yang jadi doktor, jurutera, cikgu dan lain-lain. Baka-baka mat rempit, peragut semua gua dah lupuskan (cerita lain).

Keputusan drastik yang hampir gua tak jadi buat tu adalah. Gua hampir meletak jawatan sebagai Penganggur Kehormat. Kalau tak esok gua dah kena start bangun bagi pakai smart-smart, naik motor pergi kerja dan ulang rutin yang sama sampai pencen (30 tahun lagi). Selamat gua tersedart dari mimpi... Ok kawan-kawan..sekarang gua masih memegang jawatan Penganggur Kehormat dengan tangga gaji D-41. Anda pulak bagaimana?

2 487 batang pen patah:

thepinklover berkata...

napa plak tak jadi letak jawatan?

Achan Sinclair berkata...

Tak bersedia lagi..jawapn ni akan diulang semula kepada soalan. Kenapa tak kahwin lagi? Kenapa tak ada anak lagi?