0 Autopsi : Showcase monoloQue@Laundry Damansara


*Mononya seorang Loque.


Masa terlampau singkat, gua cari geng nak join tapi malangnya semuanya sibuk-sibuk belaka. Jadi gua mengambil inisiatif untuk keras sorang-sorang ke showcase monoloQue di Laundry Bar, The Curve. Gua baru sampai dari Taiping sebab esok nak bawak adik gua pergi interview MRSM. Elok sampai di rumah, gua drop adik gua dan terus tekan minyak kereta ke arah The Curve yang mengambil masa sebatang rokok dari rumah gua.

Elok gua sampai aja, gua usha monoloQue dan Kugiros (Kugiran Gitar Rosak) yang terdiri dari (yang gua perasan) Loko (drum), Kadax (bass, backup vox & kibod) dan Iju (gitar) sedang sibuk setup instrument masing-masing. Berdasarkan beberapa kali gua mengikuti show Butterfingers, gua perasan Butter memang very detail dalam bab setup sound ni. Dan gua rasa monoloQue lebih detail sebab musik monoloQue sememangnya very technical dan memerlukan bunyi yang betul-betul persis.

Sedikit pengenalan kepada monoloQue. monoloQue adalah sebuah projek individu Loque yang merupakan salah seorang backbone of Malaysian's Grunge Band, Butterfingers. Selepas pemergian Emmet ke Kanada dan kembalinya Loque ke Malaysia. Loque melancarkan projek monoloQue secara serius. Mengikut kata Loque sendiri, monoloQue adalah suatu cabang Butterfingers. Pendekatan monoloQue berdasarkan penelitian telinga gua tak lari jauh dengan Butterfingers era STD dan Kembali. Rhytm melankolik ala musik tradisi dan bait-bait lirik yang straight forward dan sinis. Namun dengan penambah unsur bunyian yang membuatkan ramai orang angkat kening sebelah telah membezakan antara Butter dan monoloQue.

Secara jujurnya kedatangan gua kali ini lebih kepada nak melihat macam mana musik monoloQue dimainkan secara live. Gua ada mendengar beberapa lagu monoloQue sebelum ini dan gua rasa ini adalah kerja dalam studio. Mampukah musik ini dikeutarakan dengan baik secara langsung? Jadi diatas perasaan yang memang curious ni, gua membawa diri juga walau letih badan pun.

Kemunculan Loque bersama seluar yang memang grunge membuatkan gua teruja. Seluar kaki kecik ada lubang kat lutut memang mengimbau kenangan lama. Semua seluar gua yang berkarekter begitu dah jadi kain lap tingkap gamaknya. Ditambah cantik dengan gitar Fender Jaguar yang sinonim dengan identiti grunge.

Opening song dimulakan dengan single Semboyan. Bunyi dia agak ke brit rock dan vintage sound. Sebuah lagu yang bertenaga dan membuatkan gua terpikir, "Owh, tak semua monoloQue berbunyi 'elektronik'". Beat-beat drum agak elektro, gua panjangkan tengkuk usha drum set kosong. Apa ilmu ghaib diorang pakai? Rupanya Loko bermain electronic drum di blind spot gua. Hampas.

Hidangan kedua pula adalah sebuah lagu bertajuk Cinta Komputer. Lagu ni ada perisa musik tradisi Jawa. Gua dengar lagu ni, gua nyala rokok dan merasai nikmat tengah usha cewek kat Bali. Lagu ni memang nice, permainan Kadax pun lebih groovy. Gua ada jeling-jeling jugak awek kat sekitar, tak sengaja ternampak ramai jugak crowd mengangguk-angguk kecil tanda layan. Gua senyum sendiri sambil usha awek cun tu rupanya dah ada balak. Demmit.

Abad Ke-21 adalah sebuah lagu yang mengisahkan seorang purba yang hidup di zaman moden. Mendalam dari segi bait-bait lirik. Teringat pulak lagu Sweet Charity, Tahun 2000 yang dicover oleh Butterfingers beberapa tahun lepas. Ok..tak ada kena mengena.

Lagu keempat kami dihidangkan dengan sebuah lagu gurindam moden olahan Loque yang bertajuk Badang Kota Raya. Wow!! Ini memang karya yang berterus terang!! Ini adalah kesinambungan feel dari single Daulat Tuanku dari album Selamat Tinggal Dunia. Siapa makan cili pasti terasa pedasnya bila Si Badang dah makan muntah puaka. Lirik dan bunyi-bunyian ala gurindam sememangnya berjaya membuatkan gua hadam dengan sekali dengar.

Lagu terakhir adalah single monoloQue yang sering diputarkan di X-Fresh.fm. Kadax meninggalkan posisi bass dan berpindah ke kibod. Loque pula membuat ber'humming' untuk mencipta vocal delay yang berentakkan ala intro The Chemistry. Yeah, lagu terakhir bertajuk 'Jika Ku Seorang Robot' berjaya menarik perhatian crowd yang gua rasa agak pasif pada malam tu. Mungkin ni je kot lagu yang sempat diorang hapal tadi..hehe. Lagu ni memang kuat bunyi 'elektro' dia, memang feel robot tu naik. Selamat tak ada orang buat moonwalk. Closing dengan guitar work oleh Iju yang berjaya meninggalkan noise dan orang terpingga-pingga. Dah habis ke? Hahaha.

Secara keseluruhan, show memang agak smooth. Ye lah, bukan baru semalam diorang training kan? Cuma lagu last tu mengambil masa yang agak lama untuk setting, complicated bak kata Loque. monoloQue memang berani menampilkan musik exprimental yang bersayap kiri dan menongkah arus. Adakah ini suatu kepuasan Loque atau ianya sebuah permulaan dalam mengubah perspektif musik masyarakat di Malaysia? Inilah misteri monoloQue!

Lepas show monoloQue, gua sempat layan band-awek-slapping-bass, Tempered Mental satu lagu je. Adik gua dah call. Lapar katanya.. Demm


0 487 batang pen patah: