4 Tribute To Student Life in UTP (2005-2009)

Jangkamasa selama 5 tahun bagi gua bukan satu jangkamasa yang sekejap. Kalau pinjam kat Ah Long, bunga dah macam bunga pokok sakura gamaknya. Banyak hal ehwal kehidupan berlaku selama gua duduk sebagai budak universiti. Kalau nak reverse balik 5 tahun lepas memang gua tak rasa budak sekolah yang rambut botak licin (kalau ada rambut pun kaler biru), balik sekolah pasang lagu-lagu Sham 69, Roots n Boots buat lagu nak tidur petang boleh masuk universiti. Dulu gua dah nampak masa depan gua kalau tak kerja cetak t-shirt kat CM, mesti gua kerja jual boot kat Campbell. Tapi sekali gua masuk universiti pulak, dah nampak cerah sikit dunia.

2005 - Permulaan Cerita, Pengakhiran Budak Botak Licin

Mula-mula gua jejak kaki kat universiti, gua kaget. Pening kepala gua mendengar statistik, 95% budak UTP datang dari SBP dan MRSM, gua dari SMB (Sekolah Menengah Biasa). Macam mana gua nak handle situasi ni? Nak kena bawak buku tebal-tebal pergi library, lepas tu terlanggar awek dan mintak nombor henpon?


*Ini waktu gua ke Wajadiri IPT 2005, damn it. Esok gua kena joging secara serius ni!!

Penyelesaiannya gua ambil keputusan untuk bermain habis-habisan pada tahun asas. Namun disebalik gua main-main, gua juga mula berkecimpung secara serius dalam bidang persilatan dan orkestra. Namun selepas gua mempunyai sedikit perselisihan faham dengan ahli orkestra yang mempunyai masalah identiti, gua ambil keputusan untuk keluar. Maka gua lincahlah seronok bersilat dan berkawan.

Perangai nakal gua time tu not bad, saman pertama gua dengan UTP sebab gua sembur fire extinguisher time sambut besday member gua. Lepas tu gua kuat kacau geng 'akak-akak' yang berjiran dengan bilik gua. Ghairah pulak dengar suara jeritan diorang..."Awwww maakk!! Ada orang susun bakul sampah penuh depan pintu kita, dah tak nampak luar dah ni!!"


*Waktu ni rambut gua masih botak lagi. Ini permulaan dalam penubuhan 'Golongan Rare'. Serius esok gua nak bangun pagi jogging!! hahaha

2006 - Keperitan di rasai.


Ini tahun kepayahan, pencapaian akademik gua merundum di atas 'usaha' gua pada tahun sebelumnya. Ini zaman gua dah tukar rumet, rumet lama join geng masjid (Jali Bajet). Rumet baru lebih steady, malam-malam pasang TV 5 inci hitam putih sambil tengok wrestling. Budak-budak dah makin kuat dengan hedeonism samada cerita Korea atau DoTa.

Pada tahun keperitan ini gua masih kuat bermain-main, tapi gua ada sikit achievement yang boleh dibanggakan iaitu gua jadi geng Majlis Perwakilan Pelajar UTP bahagian kebajikan. Kerja macam setan, nak ambik report budak aja. Budak-budak pun satu, report la isu yang munasabah. Ini report katil patah, kipas pusing arah berlawanan, apa lu ingat lu nak suruh gua tiup kipas tu sampai berpusing dipaksi yang benar? Report pasal tak puas hati dengan staff pun ada, dia ingat muka gua macam kaki pukul kot.

Pada tahun yang sama gua dah start kena extend, gua terpaksa tukar geng belajar. Bertitik mula dari tahun ini gua belajar dengan budak junior satu semester, sapa suruh tak belajar betul-betul.

Dengan perasaan tak insaf lagi, gua dan Faliq menubuhkan sebuah band yang berkiblatkan Vintage Rock iaitu Band Jamen. Dengan berline-up kan Aldy, Izhan, Gua, Faliq, Majin dan Sebastian, kami mula bermain lagu-lagu yang sedikit gelap. Band Jamen adalah gabungan minat gua terhadap rock dan Faliq terhadap metal, kami korek line up. Kami kutip Sebaz (2nd guitar) dari band church lu tau? haha


*Gaya macam kumpulan kaki pukul, ntah macam mana nyanyi nasyid.

Nak kasi stabil sikit perjuangan musik, gua join Zaufan iaitu sebuah kumpulan nasyid yang dah ada nama di UTP time gua join. Tahun ni jugaklah gua dan Zaufan dapat masuk Pertandingan Nasyid Terbuka Malaysia MMU. Memang nuub habis nak compare dengan group lain. Tapi gua tetap salute Zaufan.clap2

2007 - Hidup Gua Memang Melayu

Ini zaman gua asyik bersilat, ye la dah naik jadi jurulatih. Asal gua keluar aja dengan budak silat. Asal adahal aja, hal silat. Walaupun gua rasa gua banyak spent masa dengan silat ni, tapi gua tak pernah rasa sia-sia. Separuh dari masa gua mengajar anak orang nak pertahankan diri dia, sepenuh masa gua mengajar diri sendiri.


*Ini kalau kostum kasi tukar dengan baju melayu merah sama set sampin baru kena dengan logo keris.UMNO..hehe

Gua rasa pemikiran gua banyak diacuan ketika bersama saudara-saudara ketika bersilat. Gua banyak berjalan pun sebab silat, buat demonstrasi sana-sini. Tapi secara keseluruhan gua masih bermain-main.

2008 - Rasa Dah Macam Tua Sikit

Ini zaman dah nampak masa depan, belajar sungguh-sungguh nak jadi apa sebab time ni budak-budak tengah pulun nak cari company terbaik untuk prektikel. Gua tadah tangan jugak la dapat company yang menawarkan elaun yang gua rasa lumayan untuk seorang pelajar yang duduk kat rumah mak bapak sendiri. Banyak pahit jerih kelat manis gua dapat time intern.

Dari segi musik, gua bercerai sebentar dengan Band Jamen di atas sebab-sebab tertentu. Gua menumpukan sepenuh perhatian kepada Zaufan. Baju Zaufan pun dah makin power time ni.

2009 - Memang Tua

Final year, jalan pun bidang dada, mengepak ketiak, betis nak keras, rokok senantiasa kat tangan walaupun rokok pau. Baru namanya final year student. Semester pertama memang tenang, FYP pun tak susah mana. Buat report sambil pejam mata sebelah pun dapat A-. Malam-malam kerja nak main snuker aja. Entah bila-bila belajar pun gua tak tau. Zaman ni Band Jamen dengan gua dah rujuk balik, masuk Euphonius dapat number 3. Ok la tu, solo gitar pakai 5 tali je. Tali bawah putus.

Semester kedua gua dah tak ambil enteng tentang pendidikan. Gua dapat merasakan pendidikan peting untuk pembangunan sahsiah modal insan. Jadi gua tuju ke Pusat Snuker Champion lagi pada setiap malam yang kelapangan. Aktiviti malam gua makin kuat semester ni, ada aja alasan FAREWELL. Farewell Karoeke la, Farewell BBQ la, Farewell Beach Party la, Farewell Main Snuker la, Farewell Mapley la. Tapi time exam week kali ni gua rasa exam week paling gua belajar sekali..hahaha

Gua kepilkan gambarajah-gambarajah pilihan gua selama 5 tahun ni.



*Ini time jari kaki gua tak terkerat lagi. Memang la hepy (2008)


*Zaufan on Stage..masing-masing tanya lirik kat member sebelah (2009)



*Sesi jamming bersama kawan-kawan..Band Jamen, Influx, Zig Zagoon~ (2007)



*Muka jambu, cuma IQ aja tak berapa nak tinggi (2008)



*Band Jamen kecuali awek american tu..dia emcee..(2009)


*EDX hari tu, gua suka muka gua nampak serius..haha (2009)


*Punca utama kejadian gempa bumi kat Jakarta tempoh hari. (2009)


*Aksi gua memang tak pernah mengecewakan~ (2009)


*Gambar Raya Ashikawa University students yang tak masuk Salam Perantauan (2009)



*Memburu Durian Part I, ini sesi menyejuk badan (2009)


*Ni time sambut besday gua masa intern (2008)


*AGM untuk silat, gaya gua gaya senior sih..waa (2009)


*Ini pulak team Net Ball gua. Apa lu ingat gua tak power main net ball ke??(2009)

*Gua jarang keluarkan simpanan gambar time gua silat. Gambar ni macam menarik, diambil time time gua dah menang lawan 20,000 orang orang jahat. (2007)

*Ini pun gambar aktiviti dengan budak silat gua, ini zaman gua junior. Misai pun tumbuh tak ikhlas lagi. Kebanyakkan entiti di atas kini sudah berumah tangga dan ada yang ada cahaya mata. Cuma ada sorang lagi masih gay, tak nak kahwin (2006).

*Ni pulak gambar time gua jadi sessionist time perform kat Mexico dulu..Betul!! (2009)


*Time ni gua handle satu Martial Arts Demonstration yang menggabungkan Silat Cekak hanafi, Silat Gayung, Karaete Do, Taekwando dan amoi2. Gila 1Malaysia!! Kalau Najib tau mesti gua dapat pangkat Dato ni.


*Ini sesi BBQ dengan budak kelas yang sepatutnya (2007)


*NI BBQ dengan budak kelas yang lagi satu (2009)

Sekian tribute gua kepada kehidupan gua, rakan-rakan gua dan seluruh kenalan gua di UTP. Adios!!!

4 487 batang pen patah:

iLLy berkata...

"awww" factor yang tinggi dgn entry ini. sobs..

Abang Ben berkata...

Apsal Band Jamen pakai macam kumpolan Boria? Dr Shark suruh ke?

HambaAllah Yang Memakmurkan berkata...

perhh~ acan yg kurus suatu masa dahulu!! tapi skrang tetap comel

ape2 hal..zaufan tetap dlm kenangan!

Achan Sinclair berkata...

Lepas ni kisah-kisah penganggur akan mengambil tempat dalam blog ni!!