2 1Entri 1Malaysia #22 : Budak-budak dan Drama Korea

Gua into scene drama korea ni pun tak dak la lama mana, baru jugak. Time gua foundation 2nd semester, time tu drama Full House tengah hangat diperkatakan. Time kelas tanya Han Je-Eun kena apa, kat cafe tanya Rain apa khabar. Perangai macam ni terbawa-bawa hingga ke pusat snuker. Memang tak ganas langsung.

Zaman tu budak-budak tak ada duit lagi nak beli komputer sorang satu, rumet gua pun bawak TV hitam putih buat modal tengok gusti malam-malam. Jadi modal nak tengok drama korea pun kena tengok kat bilik budak yang ada komputer. Kalau nak pergi Korea naik kapal terbang semata-mata nak tengok drama aja, baik gua kumpul duit pergi naik haji.

Episod keluar setiap minggu, jadi setiap minggu gua dan rakan-rakan berjemaah di bilik Ketex untuk menonton Full House. Muka seekor-seekor memang macam samseng kawasan perumahan yang mengimpikan kisah cinta macam novel Alaf 21.

Stereotaip drama korea pastilah banyak mempertaruhkan adegan-adegan air mata dan ababk-babak yang 'so suwwiiittt'. Part babak-babak yang 'so suwwwiiittt' tu, ramailah budak-budak mulut ternganga, bajet yang lari-lari dalam hujan sambil berpimpin tangan dengan heroin tu konon-kononnya yang dorang lah..hak tuih!

Manakala bila tiba part-part sedih tu payah sikit. Saluran air mata dah penuh, kalau pejam kelopak mata kang berlinangan pulak air mata. Gila lu, sumpah tak macho kalau samseng menangis tengok drama korea. Nampak sangat EQ rendah, emosi mudah terganggu. Bila sampai crucial part, untuk melarikan fokus dari plot drama yang menyayat hati, budak-budak ni adalah buat perangai, bumping-bumping bola keranjang, buat alasan nak pergi beli rokok sempat jugak ada yang pergi jamban. Masing-masing cuba menyembunyi pergolakkan perasaan di dalam, takut air mata menitis. Hampas!!

2 487 batang pen patah:

Sachou berkata...

"kat cafe tanya Rain apa khabar"..lol

Achan Sinclair berkata...

Ada yang salah paham sebab rupa penulis dengan Rain memang saling tak tumpah