3 1Entri 1Malaysia #21 : Review Filem : Papadom (2009)



Ini filem emosi. Tu first impression gua terhadap filem Papadom arahan pengarah tempatan peberet gua, Afdlin Shauki. Dengan bermodalkan kemenangan besar dengan Anugerah Filem Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke-22 membikinkan gua patut menonton filem ni. Adakah pemenang Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik (Afdlin), Pelakon Wanita Terbaik (Liyana Jasmay) dan Skor Musik Terbaik (Bro Pacai) layak menerima anugerah-anugerah tersebut?

Dengan filem berkisarkan tentang seorang peniaga nasi kandar, Saadom (Afdlin) yang sibuk dengan perniagaannya sehingga mengabaikan keluarga. Namum selepas kematian isterinya (Noorkhiriah), Saadom telah berubah menjadi bapa yang begitu mengambil berat tentang anaknya.

Namun selepas anaknya, Mia (Liyana Jasmay) memasuki UiTM, Saadom terasa ibarat anaknya itu masih kecil dan mentah untuk menghadapi ronak ranjau duniawi (peergghh..ayat gua). Lantas Saadom menyamar sebagai tukang kebun di universiti anaknya untuk memerhatikan dan mengawasi anaknya. Namun Saadom terpaksa mengelak dari terserempak dengan Mia kerana Mia malu dengan kongkongan ayahnya. Dengan bantuan Mat aka WajibTayang (Que Haidar), Saadom dapat meneruskan misi mustahilnya. Tetapi pelbagai dugaan dihadapi Mia yang cuba dijatuhkan oleh Shasha (Scha) yang dengki terhadap perhubungan Mia dan Hisham (Farid Kamil).

Jika sebelum ini filem-filem Afdlin banyak bermain dengan plot, berlainan pula dengan Papadom yang mempertaruhkan emosi sebagai daya tarikan. Emosi yang ditunjukkan oleh Saadom yang amat menyayangi Mia, emosi persahabatan anatara Mia dan Yvonne (Chelsia Ng) dan perasaan cinta Mat terhadap Mia.

Plot cerita ringkas dan mudah difahami. Permulaan dari Munirah mengandungkan Mia ketika mereka masih susah , sehingga Saadom menjadi seorang usahawan. Penceritaan lebih berlatarkan kehidupan Mia di kampus membuatkan cerita ni sedikit terbantut. Mungkin sebab gua masih dekat kampus dan gua menyumpah, "What the hell?? Apahal life dorang kat campus exactly berbeza dengan apa yang gua rasa skang ni?? Awek pun tak ramai kat UTP ni". Mungkin..gua kata mungkin.

Pembinaan watak adalah kekuatan Afdlin yang tak dapat gua sangkal, watak Saadom menunjukkan bahawa dia adalah seorang yang komited terhadap kerjaya, keluarga dan persahabatan. Pembinaan watak-watak kecil seperti En. Hussin (Harun Salim Bachik) dan guru silat botak-Henzy adalah menceriakan suasana dan membantu penceritaan, maka wajarlah untuk diwujudkan watak-watak tersebut. Lakonan Que, Vanida Imran dan Noorkhiriah sememangnya professional, hidup watak Prof. Balqish yang elegan tu. Ohh.. musician antara paling indie kat Malaya, Pete Teo pun berlakon sebagai Alan, selaku member dan funder restoran Saadom. Dah tua Pete Teo..haha

Seperti biasa filem Afdlin pasti berat dengan unsur sarcatism. Sepertimana ditunjukkan bahawa Mia dapat 20A dalam SPM, tak ke terjal tu. Babak dimana jawatan tukan kebun diiklankan dalam internet dan kita sedar sebenarnya penggunaan ICT masih tak menyeluruh. Watak Que sebagai WajibTayang adalah runcing buluh sebenar, dimana Afdlin cuba menunjukkan nasib filem tempatan yang wajib tayang dalam tempoh tertentu saja. Lepas tu tayang masa macam setan, time office hour. Habis masa wajib tayang, bolehlah pasang cerita Batman balik kat cinema. Babak Prof Balqish dan tukang kebun makan nasi bungkus bersama? Tak pernah gua usha kat UTP ni ada Prof lepak dengan brader-brader yang pakai t-shirt AZAR sambil makan nasi bungkus.

Pada aspek skor musik yang disusun oleh Pacai sememangnya tak payah lu nak lawan. Gua rasa pengalaman dari filem Sepi dan Cinta yang mana kedua-dua filem memerlukan musik sebagai medium utama telah membuatkan Pacai menjadi seorang pengarah musik yang bagus. Pop-up kumpulan boria pada awal dan akhir filem ini mengingatkan gua kepada filem There's Something About Mary. Tapi kemunculan boria tersebut memang wow!! Gua sendiri dah lebih 10 tahun tak tengok boria. Kebanyakan soundtrack adalah lagu ciptaan Pacai & Co serta dinyanyikan oleh Afdlin sendiri. Ada beberapa lagu luar seperti Hujan Bunga di Kuala Lumpur nyanyian Ana Raffali.

Secara keseluruhan Papadom adalah suatu subjek baru dalam penciptaan Afdlin. Unsur humor yang minimalis dan padat dengan emosi. Sebuah filem yang tak mengambil banyak ruang memori untuk memproses kerana Papadom adalah medium yang ringan untuk ditonton.

Rating : 6.8/10

notaKaki : Janganlah terlampau beremosi dengan tanah- Harun Salim Bachik

3 487 batang pen patah:

Abang Ben berkata...

afdlan shauki rules... Dr Shark bila nak bikin filem eh?

Achan Sinclair berkata...

Hahaha..br smlm usha dia kat cafe Ali.. Tunggu pence r kot..kang takut bersaing rapat dengan Razak Moheiden..haha

AlexAlabasta berkata...

I enjoyed watching NoorKhiriah, she's undoubtedly fascinating and penyeri cerita.

Tapi kelemahan cerita ni adelah evil die yang tak cukup nak evil.So, perasaan genting tu tak cukup. ape2 pon aku paling gelak besar time Yvonee cakap "Wey Bodo~!", memang kelllasik!!!