2 Laporan Kehilangan Henpon

Beberapa hari lepas gua kehilangan henpon gua. Memang niat hati gua nak tukar baru, tapi Apek kat Pertama Kompleks tu cakap iPhone-S tak boleh dibeli pakai air liur. Maka gua postponed niat gua nak tukar phone tu dulu. Henpon lama gua memang dah gila babi lama. Jatuh katil tiap-tiap pagi, tu belum kira kadang-kadang gua kutip henpoh gua tu dalam mesin basuh, selamat belum spin. Kondisi henpon tu pun dah teruk, kalau telepon awek memang dah lebih 10x ugut nak break up sebab henpon asyik putus-putus.

Gua syak henpon gua kena rembat. Kena rembat dekat Pusat Snuker gamaknya. Tertinggal kat Pusat Snuker dan kemudiannya penjumpa tersebut pastilah menjual henpon gua. Baik pulak hati dia nak simpan henpon gua. Yang datang pusat snuker pun bukan dari kalangan ustaz-ustaz, majoriti Mat Rempit dan minoriti budak sekolah yang rembat motor abang nak pergi main snuker. Lepas jual henpon gua, lepas jugak la minyak motor ulang alik Tronoh-Ipoh 5 kali.

Gua ada inform kat Abah gua, risau jugak kang dia call gua tak angkat. "Baki akaun bank anak gua ni banyak lagi gamaknya sebab berani dia tak angkat henpon," monolog Abah gua kalau gua buat-buat kerek. Abah gua tanya kat mana hilang henpon gua? Tak kan gua nak jawap kat Pusat Snuker kan? Gua cakap hilang kat luar aja. Jawapan betul tapi kurang tepat bak kata cikgu BM gua, Puan Kamsiah kat SRK Sek 19 dulu.

Kemudian 2 hari hidup gua tak ada henphone. Budak-budak berkomunikasi pakai isyarat asap aja kalau nak ajak gua pergi mapley ke ajak makan ke. Pedih mata gua kena asap dala 2 hari ni. Tu belum kira pakai burung merpati buat perutusan, yang makam tinggi sikit main hantar mesej dalam mimpi. Tak ada privacy langsung.

Benda paling pain yang membuatkan gua terpaksa beli henpon adalah bila bangun pagi. Gua bukak mata tak tau jam pukul berapa. Laptop tutup, jam tak ada. So elok gua bangun aja nak kena mengembara ke bilik Ajak. Tu belum kira dah berapa banyak apoimen gua miss sebab tak bangun tidur.

Maka gua mengambil keputusan untuk membeli sebuah henpon. Gua usha harga henpon dah boleh buat hantaran kahwin..astaghfirullah. Maka gua angkat henpon yang betul-betul basic iaitu Nokia 1202 dengan harga RM90. Ada speaker buat buat call, ada button untuk SMS dan paling gua teruja ada flashlight. Disebabkan gua tak mampu beli henpon cap Blackberry, maka gua namakan henpon gua StrawBerry. Sesuai dengan wajah jambu gua.

*Jangan cuba nak kutuk StrawBerry gua. Benda ni kalau baling kena kepala boleh membawa penyakit alzheimers.

Di akhir kata kepada semua GUA MASIH MENGGUNAKAN NUMBER TELEPON LAMA. Kalau lu call/SMS gua sila bagitau nama anda. Gua tak hapal suara. Lagi-lagi perempuan, lu jangan suruh gua teka suara lu. List gelpren gua dan tebal sama dengan buku teks Add Math Form 5, membazir kredit lu aja dengar gua teka-teka nama awek. Gua hanya ingat number telepon Abah gua, Mama gua, Opah gua (2-2 orang) dan Skin. Awek ke rakan sebantal ke apa jadah sume gua tak tau. So jangan lu nak mendajal SMS gua kata lu jumpa number gua kat pintu toilet Pudu. Nanti gua jekk dada lu!! Ini suatu amaran!!

notaKaki : Simkad dah 3G, henpon je tak 3G.

2 487 batang pen patah:

Zikr the Jalanan Sepi Perantau berkata...

janji ada handphone..

firdausMohamad berkata...

apasal lu tak pakai public je senang?

tiap2 kali orang nak pinjam, lu dapat duit.

amacam business plan gua? okey tak?

hehehe... :P