6 Kempen Kaitkan Jari Anda Untuk Bagi Lampu Signal Bila Menukar Line

Gua baru pulang dari kelas Undang-undang Perniagaan dan Alam Maya (alih bahasa Malaysia, PPSMI). Pow, pow, pow pensyarah gua berhujah, memang orang undang-undang. Malangnya gua dah start planning nak makan apa dinner karang, sikit pun tak ada perkaitan dengan undang-undang.

Bersempena orang bising isi Ops Statik ni, gua berharap Tan Sri Musa Hassan yang terbaca blog gua dapat menghapuskan segala saman trafik yang ada samada di dalam atau luar UTP. Time raya hari tu ramai yang mati eksiden, dan lagi ramai yang eksiden tapi tak mati.

Kadang-kadang gua berapi dengan pemanduan rakyat Malaysia, bukan sebab lu bawak laju atau gua bawak slow. Itu bukan isu, tapi yang gua geram bila pemandu yang suka menukar line (terutamanya di highway) tanpa memberi lampu isyarat.

Lu bayangkan, lu tengah bawak sedap aja. Tiba-tiba kereta potong lu dan masuk depan lu tanpa memberi salam dan apa-apa isyarat. Eeh, kimak ke tak kimak, murid-murid? (Kimak, cikgu!!) Pandai!!

Kadang-kadang lu dah bawak kereta berhati-hati macam ada JPJ kat seat sebelah. Tapi disebabkan segelintir pemandu yang bawak Proton gaya memandu macam bawak kat Sepang Circuit, maka secara tak langsung melibatkan kemalangan dengan kenderaan yang tak bersalah. Ehh brader, lu tak sabar nak mati pun janganlah sampai nak ajak orang lain join lu mati sekali.

Gua hairan beb, bukan susah pun nak bagi lampu signal tu. Pakai jari hantu aja, kait sikit aja kat jari hantu. Bukan nak bagi signal kanan tu kena petik 20 suis macam dekat dalam kokpit kapal terbang tu. Kalau rumit macam tu gua paham la kenapa ramai yang tak bagi signal bila nak tukar line, ini kait pakai jari aja. Tapi bila lu tak puas hati dengan pemanduan seorang Pak Aji, yang bawak kereta selaju 13kmj, lu rajin pulak nak bukak tingkap kemudian naikkan jari tengah.

Saranan gua ni bukan suruh excercise 20 minit sehari, 3 kali seminggu. Ini suruh lu rajinkan jari tangan lu untuk kait batang lampu signal bila nak tukar line atau masuk simpang. Itu aja.

notaKaki : Kepada adik gua, lu pun termasuk dalam golongan pemandu di atas. Puas hati gua hari tu repot kat Abah..hahaha.

6 487 batang pen patah:

kEyrOL~ berkata...

tu ah. org masia malas bg signal. bukan payah sgt pun.!

Silverian berkata...

Gua sokong sam a lu Bro. Kalau susah sangat @ semata mata nak jimatkan kos beli mentol signal tu baik beli basikal @ motor Vespa je, dah tentu tak der signal. Gua tengok sekarang nie dah macam trend pulak tukar lorong ikut suka hati atuk bapak mak tiri dia jer. Kalau eksiden tentu orang di belakang dipersalahkan, walhal orang depan yang bersalah tak beri lampu signal. Kepada pemandu yang tak reti nak beri signal nie, potong jerlah jari anda itu, buat sup @ masak kari....

JAIRO berkata...

semalam aku kena ngan pemandu jenis macam ni... macam sial jer aku rasa...

Izad Che Muda berkata...

Err...gua dulu pun pun mcm lu jgk Chan, x penah concentrate dlm kelas Undang-undang Perniagaan dan Alam Maya. Asyik pikir pasal dinner je. Maklum le...kelas petang.

Tapi taim final memang azab, haram xleh jawab. Siyes susah nak mampos. Gud lak final. hahahahaha....

Achan Sinclair berkata...

keyrol

tu r..kalo kena bukak sampai berpuluh-puluh suis baru idup lampu signal tu lain cerita la..

------

silverian

undang-undang langgar bontot..tu pun gua hangin..org depan kayu xreti bg signal..org blkg yg melayang 300

------

Jairo

Tp aku rasa aku lebih aman memandu di KK berbanding KL..jauh lebih aman!!

------

Metek

Lu mmg off topic..lu jgn wat gua mimpi muka Mr Othman

firdausMohamad berkata...

Selamat Hari Raya~

Maaf Zahir Batin...

:D