0 Autopsi #9 : Raya Bersama Rakan-rakan Satu Kelas

Semalam gua dah merancang untuk ke Sushi King, demi menyetelkan segala hasil perikanan resepi Jepun dengan promosi RM2 sepiring, gila babi murah. Namun segalanya berubah, bila pemegang kad Sushi King balik KL. Gigih sangat pulak kalau gua pecut motor laju-laju kejar kereta dia semata-mata nak ambik kad Sushi aja. Maka gua pun gerak ke Dinner Raya Syntech 2009. Kehadiran gua bukan nak apa sangat pun, just nak ambik gambar dan melepak. Sila ikuti penjelajahan laporan bergambar gua ni, nak menulis pun panjang jugak.


*Ini belum warm up lagi. So gambar pun macam gaya perwakilan UMNO ke PWTC.



*Biar rambut lain-lain kaler, biarlah kita Sehati...berdansa!! Merah melambangkan keberanian, biru pula perpaduan, manakala putih memberi makna kesucian.



*Orang lain baca doa makan, budak ni baca doa tidur.


*Seronok Paker dengan Ejad dapat bergambar bersama idola meraka. Dengar kata diorang lepas makan pun tak nak masuh tangan lepas dapat bersalam ngan gua.



*Sesi memuji-muji baju sendiri di hadapan kawan-kawan.



*Ok, gua mengaku ni gambar candid dan gua tak berlakon. Satay dia celaka liat, buat dari kayu apa ntah. Cengal ke meranti.

*Tak fotogenik langsung, nampak sangat berlakon. Berlakon buat-buat sembang lak tu. Tak modal lain ke? Buat-buat cuci pinggan ke sidai baju ke.


*Semua pemenang Anugerah Dekan kecuali Kanan Sekali dan Dua Dari Kanan..haha



*Pemenang Anugerah Dekan Kategori Wanita. Keculai yang berbaju ungu, bukan pemenang Anugerah Dekan dan bukan wanita.

*Gambar di tangga-tangga kejayaan. Lagu background Stairaway To Heaven.

*Kaum Abah-abah. Bukan abah-abah yang nak buat rock climbing tu.

*Girls and a petite guy~


*Gambar raya kelas, Business Information System & Information Communication Technology students.


*Gambar last, sesi lompat. Gua rasa nak terajang aja Pek bila usha gambar ni, sebab gaya melompat secara tegak dan memeluk tubuh..demmit

Sumber Gambar : Ejad & Zhee

notaKaki : Selamat Hari Raya, Selamat Deepavali. Ada maruku lebih bagitau gua.

0 487 batang pen patah: