4 Autopsi #10 : Pameran Rekabentuk Kejuruteraan ke-24

Salam Sejathtera, dah agak lama gua tak menulis diakibatkan oleh gua menumpukan perhatian lebih kepada pendidikan. Biasalah sebagai pelajar yang memenuhi misi universiti, gua kena ada jugak masa belajar. Pelajar apa nama kalau tak belajarkan?

Minggu lepas gua masuk satu exhibition yang digelar sebagai EDX atau bahasa inggeris penuhnya Engineering Design Exhibition yang berlangsung selama 2 hari. Exhibition ini mengumpulkan projek-projek tahun akir dan projek kejuruteraan berkumpulan (ETP) yang terpilih. Macam mana diorang pilih tu gua tak tau, samada yang terpilih ni adalah projek paling tak power ke apa tu gua tak ambik port. Janji diorang suruh gua datang, gua datang.

Hari pertama peserta diarahkan mendaftar pada jam 8 pagi, sebab lepas tu ada upacara perasmian oleh Rektor. Dan seperti biasa, gua bangun pukul 10.50 pagi. Segala loceng penggera gua set, semua tak berjaya membangunkan gua. Elok gua sampai tapak pameran aja, budak-budak dah habis dengar ceramah Rektor. Cantik sekali pengaturcaraan masa gua.

Gua setup-setup booth gua kasi menarik sikit, sebenarnya tak payah setup pun tak apa sebab gua dah menarik. Booth gua terletak depan pintu masuk Admin UTP, untung orang bukak pintu, gua dapat rasa air-cond sket-sket.

Selepas selesai gua setup booth, apa rock gua duduk menanti orang datang kat booth gua. Biar gua yang berjalan pergi booth orang. Gua perhatikan projek budak-budak lain gempak gila, kira kalau Sir James Dyson tengok pun boleh ternganga mulut. Dan kalau projek diorang dibandingkan dengan projek gua, orang tengok projek gua sambil tepu dahi seraya beristighfar...astaghfirullah.


*Hari pertama gua membantu perniagaan Kentaki dengan melepak di booth diorang lama-lama, makan ayam 2 ketul je pun.

Maka dipendekkan cerita, hari pertama gua membazir masa bergosip dengan budak-budak perempuan sambil melepak dekat gerai Kentaki. Dan hari kedua, tanpa ragu-ragu gua masuk tidur dalam Pusat Sumber Maklumat atau budak UTP panggil IRC. Berbekalkan air-cond berkuasa banyak ekor kuda, memang nyenyaklah gua di atas sofa empuk tajaan Petronas.

Selama 2 hari pameran, gua kena evaluate beberapa kali. Pertama kali untuk evaluation teknikal, depan Rektor beb. Berterabur bahasa orang putih gua, sia-sia British menjajah Tanah Melayu beratus-ratus tahun. Dan kali kedua, gua kena evaluate untuk presentation skill sama poster. OK lah, gua kasi mamat evaluater tu paham kira ok lah tu. Dan ribuan evaluation oleh budak-budak UTP. Gua dah nak muntah sebut nama projek gua.


*Ramai kata kami nampak macam adik beradik, tetapi faktanya Ashley adalah jiran sebelah booth gua dan merangkap pemenang Golden Award dan The Best Project ke apa ntah.

Dan pengakhiran cerita, ada Majlis Penutup. Siap bagi hadiah-hadiah lagi. Gua ada target Best Poster, sebab gua tau dengan berbekalkan projek gaya budak sekolah gua tu. Kemungkinan untuk mendapat award for The Best Project tu jauh sekali, matahari dan bumi lagi dekat.


*Orang datang booth gua, gua layan. Diorang bawak makanan gua paw. Itu rahsai kejayaan gua. (Kelihatan laptop skin gua yang jambu...awcch)

Dan gua tak tahu lagi macam mana mereka evaluate, gua terdapat Silver Award pulak. Gua ternanti-nanti jugak, mana tau dapat hadiah berjuta-juta. Tapi dapat sekeping medal sama sijil pun gua dah bersyukur. Dan gua berbangga, department gua (Computer Information Science) berjaya merembat anugerah The Best Department. Dicucuk rapat oleh department Civil Engineering, iaitu department tempat Bentara mengajar. Boss Ben, Dr Shark ketap bibir aja. Haha.. btw congrate to all!!


*Budak-budak department gua. Semua power-power cuma gua sorang je yang hensem.


*Ini medal Silver, nanti sesak-sesak boleh gadai.

notaKaki : Lagi 14 jam gua ada ujian Perlombongan Data, ingat tak post 6 bulan lepas yang gua nak ambik exam subjek Perlombongan Data. Gua gagal subjek tu semester lepas, dah-dah lu jangan doa pisang berbuah dua kali.

4 487 batang pen patah:

iLLy berkata...

mu gagal DM?

alaaaa.. kecut perut dah neh...
xmooooo extend... nak gradddddddd

Achan Sinclair berkata...

Jangan gaduh ngan lekcerer..tu je pesanan!!

Abang Ben berkata...

kalau gua yang evaluate... gua bagi full marks semata2 atas kehensemen (dan berat) lu je...

AlexAlabasta berkata...

Kongratz biotch~!!! Marvlah ko~!!!