2 Arsenal 6 - 2 Blackburn Rovers

Salah seorang pemain Blackburn Rovers yang muntah-muntah dan terasa seperti usus kena tarik apabila sepanjang masa asyik berlari kejar bola tak dapat-dapat.

Ramalan gua tersasar 3 gol. Tak kisahlah. Janji menang dengan menjaringkan minimum 5 gol dan ke atas. Gol sikit-sikit ni tak seronok. Apa gila tengok bola kat TV tak dapat nak seronok-seronok? Baik tengok akuarium.

Semua barisan kemungkinan yang gua senaraikan tempoh hari masuk ke dalam padang malam tadi (waktu Malaysia) kecuali Tomas Rosicky yang masuk sebagai starting line-up terlebih dahulu, bukan Bendtner. Dengan bermain passing passing macam main petang petang, Arsenal menguasai permainan dengan penguasaan bola sebanyak 65% atau dengan kata lain, Blackburn berlari mengejar bola lebih banyak berbanding memegang bola.

Percubaan ke arah gol oleh pasukan Arsenal adalah sebanyak 24 berbanding 7 yang dilakukan Blackburn Rovers. Namun begitu percubaan tepat Arsenal adalah 16 kali dengan 10 daripadanya berjaya diselamatkan bekas penjaga gol England, Paul Robinson. Percubaan tepat Rovers pula adalah sebanyak 5 kali dengan 3 daripadanya berjaya diselamatkan adik Vito Mannone.

Hasilnya perlawanan berkesudahan dengan 6 gol berbalas 2 dan yang penting, gol-gol yang dijaringkan Arsenal adalah gol-gol yang memang gila babi punya terer hasil gabungan kejuruteraan, seni tampak dan akhlak. Jika diperhatikan jurang yang besar antara pasukan Arsenal dengan Blackburn Rovers yang pernah muncul juara Liga Perdana Inggeris 94/95 ini, gua tak dapat bayang bila Arsenal main lawan pasukan lemah macam Liverpool. Mesti boleh pergi sampai 12-3.

Abang Henry tidak ketinggalan bersama-sama menonton perlawanan semalam di Emirates. Beliau ke London untuk temuduga jawatan bancuh air di Arsenal. Geram juga gua tengok gambar ni.


(Ulasan tambahan)


Chelsea 2 - 0 Liverpool

Chelsea menang bergaya dengan 2 gol tanpa balas. Tapi gua menyesal tengok perlawanan tu. Main macam cilake dua-dua pasukan. Macam MSSD bawah 15. Sepak bola tak tentu hala. Budak-budak penjara main lagi smart.

Sumber Asli : Sokernet

2 487 batang pen patah:

firdausMohamad berkata...

gua setuju tahap gempa bumi punya setuju!!!!

Bajet berkata...

Nasib baik aku tgk match ni live time tgh rest dari fyp.