1 1Entri 1Malaysia #7 : Ketamadunan?? Hak tui!!

Peniaga Air Tebu Didakwa

KLANG 30 Okt. – Empat hari selepas Mantik Hani meninggal dunia dipercayai angkara perbuatan keji majikannya, seorang penjual air tebu hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh pembantu rumah warga Indonesia itu.

A. Murugan, 35, didakwa membunuh wanita berusia 36 tahun itu di rumahnya di No. 11, Jalan Datuk Yusof Shahbudin 6, Taman Sentosa di sini di antara 18 dan 20 Oktober lalu.


Ingat lagi kes Nirmala Bonat? Seorang pembantu rumah Indonesia yang didera secara fizikal dan mental oleh majikannya. Bagaimana badannya ditekap dengan seterika panas, kepalanya digondolkan dan dipaksa makan daging babi yang mana ianya haram disisi agama Islam. Kini kejadian yang lebih teruk berlaku dalam genre yang sama. Sebuah isu yang gua rasakan tak patut berlaku dalam kalangan sekumpulan manusia yang berakal dan lebih-lebih lagi mengaku sebagai orang Timur yang mempunyai tamadun dan keadaban.

Penderaan manusia? Penaniayaan? Apakah layak dipanggil sebagai tamadun? Humanities..hak tuih!! Adakah penindasan yang berlaku setimpal dengan gaji yang dibayar setiap bulan? Gua rasa gaji mad ni adalah RM400-500, dan gua tak rasa ianya satu harga yang munasabah untuk sebuah nyawa manusia. Gua rasa sebenarnya dengan gaji sebanyak itu skop tugasan seorang pembantu rumah tak adalah sehingga mendukung seorang anak berusia 6 tahun apabila kat luar rumah. Lebih tak berbaloi dengan harga yang sama lu diperuk dalam jamban berhari-hari dan di biarkan kelaparan.

Adakah kekayaan dan kekuatan yang ada membuatkan lu layak untuk memijak kepala yang lemah? Apa lu ingat duit lu tu boleh memberi kekuatan yang sama kepada 7 keturunan lu? Lu konfem kepala cucu cicit lu nanti tak kena pijak? Jangan sombong sangat brader.

Ingatlah, setiap insan di dunia ni pasti berkait dengan insan yang lain. Dimana seorang anak mempunyai ibunya, si bapa yang sayangkan anaknya, seorang sahabat yang menemani sahabat lain dan seorang kekasih yang merindui kekasihnya. Apa sanggup lu nak membunuh seorang ibu kepada anak-anak yang merantau untuk mencari rezeki di negara asing semata-mata nak memenuhi kemarahan lu? Berbaloikah? Sedangkan kalau lu dikerah untuk bekerja ketika hari Sabtu pun lu dah maki-maki tak puas hati sebab tak boleh luangkan masa dengan anak/isteri/awek. Inikan lagi bukan masa lu yang kena ambik, tapi nyawa lu. Puaskan?

1 487 batang pen patah:

Abang Ben berkata...

orang macam ni sebenarnya ada mental problem. Kena pergi check.

Moga Allah s.w.t. pelihara mereka yang teraniaya.